Seorang Ustaz melangkah ke Barber Shop untuk menggunting rambutnya. Semasa rambutnya sedang digunting, si tukang gunting itu bertanya satu soalan kepada Ustaz.

BARBER: Saya ada soalan nak tanya.

USTAZ: Silakan.

BARBER: Adakah benar Tuhan itu wujud?

USTAZ: Tentu saja, Tuhan itu wujud. Kalau Tuhan tidak wujud, kita pun pasti tidak akan wujud di dunia ini.

BARBER: Jika Tuhan memang wujud, mengapa ketika manusia dalam kesulitan, Tuhan tidak membantu? Jika Tuhan benar-benar wujud, seharusnya tidak ada manusia yang mengalami kesusahan di dunia ini.

USTAZ: Ustaz hanya diam, tersenyum dan menggelengkan kepala.

BARBER: Kenapa Ustaz hanya diam?

USTAZ: Selesaikan dulu gunting rambut saya, nanti saya akan jawab soalan anda.

Si tukang gunting itu dengan cepat menyelesaikan potongan rambut Ustaz kerana ingin tahu jawapan Ustaz. Akhirnya, siap juga.

BARBER: Sudah siap, Ustaz. Apa jawapannya?

USTAZ: Berapa harganya?

BARBER: Hanya RM10. (masih menunggu jawapan)

USTAZ: Ustaz membayar tanpa berkata apa-apa, hanya tersenyum.

Setelah membayar, Ustaz keluar dari kedai. Si tukang gunting itu terdiam, terkejut dengan tindakan Ustaz yang pelik. Tiba-tiba, Ustaz kembali ke kedai dengan membawa seorang pengemis yang rambutnya kusut masai.

USTAZ: Lihat orang ini. Adakah benar Tukang Gunting Rambut itu wujud di dunia ini?

BARBER: Sudah tentu, saya ini tukang gunting.

USTAZ: Jika tukang gunting memang wujud, tidak sepatutnya ada orang dengan rambut tidak terurus seperti ini. Jika tukang gunting benar-benar wujud, seharusnya semua rambut orang terurus.

BARBER: Ini kerana dia tidak pernah mencari tukang gunting, maka rambutnya tidak terurus.

USTAZ: Begitulah jawapan saya untuk soalan awak tadi.

BARBER: Terdiam sejenak.

USTAZ: Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong terhadap Tuhan. Tuhan itu sentiasa bersama kita. Jika kita mencari Tuhan, pasti hidup kita akan terurus seperti rambut yang dijaga.

BARBER: Terus terdiam dan air mata menitis mendengar jawapan Ustaz itu.

---


1. Dalil dari Al-Quran:
Ayat dalam Al-Quran, Surah Adh-Dhariyat (51:56) yang berbunyi:
_وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ_

Maksudnya:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

Ayat ini menegaskan tujuan penciptaan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan mengenal Tuhan, yang mencerminkan pentingnya mencari dan mendekati Tuhan dalam kehidupan.

2. Hadis Sahih:
Hadis dari Sahih Muslim, hadis no. 2675 yang berbunyi:
_إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ_

Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk dan harta benda kalian, tetapi Dia melihat pada hati dan amalan kalian."

Hadis ini mengajar kita bahawa nilai sejati seseorang di sisi Allah adalah berdasarkan keikhlasan hati dan amalan, bukan pada penampilan luar.

Renungkanlah kisah di atas. Sebagaimana tukang gunting yang ada tetapi tidak dicari oleh orang yang rambutnya kusut, begitu juga dengan kehadiran Tuhan. Dia sentiasa ada dan dekat, namun kita perlu mencari-Nya dengan hati yang ikhlas dan amalan yang soleh. Janganlah kita menjadi seperti orang yang terlalu sibuk dengan dunia sehingga lupa untuk mencari pencipta yang sebenar. Ingat, pencarian kita terhadap Tuhan akan membawa kedamaian dan ketenangan dalam kehidupan kita.
Solat dhuha bukan sebab kita nak minta murah rezeki je. Tapi nak berlapang hati, dipermudahkan segala urusan. Dan bila solat dhuha ini, masa akan terasa panjang. Kita tak rasa terkejar-kejar dengan sesuatu. Good things are on the way, just trust Allah’s timing.
Angka 5 dalam ISLAM

5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan

Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isya'

5 Rukun ISLAM

Mengucap dua kalimah syahadah.
Mendirikan solat.
Menunaikan zakat.
Berpuasa di bulan Ramadhan.
Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

5 hukum Syariah Islamiah

Wajib
Haram
Sunat
Makruh
Mubah (harus)

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sblm sakit
Kaya sblm sempit (miskin)
Lapang sblm sibuk; masa muda sblm tua
Hidup sblm datangnya mati.

5 peperangan besar dalam ISLAM

Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Muktah
Perang Hunain

5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI

Nabi Nuh a.s
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad SAW

5 Perkara yang WAJIB disegerakan.

Wajib menyegerakan memberi makan apabila tetamu datang kerumah.
Wajib menyegerakan urusan keatas jenazah.
Wajib menyegerakan mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh.
Wajib menyegerakan membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya.
Wajib menyegerakan TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan.

5 Dosa Besar yang paling Utama

Syirik kepada Allah
Derhaka kepada kedua ibubapa
Meninggalkan Solat Fardhu
Memakan Harta Anak Yatim
Membunuh jiwa yang diharamkan Allah & terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan.

5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..

Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat.
Mencintai Hidup & Melupakan Mati.
Mencintai harta benda & Melupakan Hisab.
Mencintai Gedung-gedung & Melupakan Kubur.
Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni Allah s.w.t

Semoga bermanfaat...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru Penyebar Kebaikan


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

"Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."

(HR Muslim No: 4831)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan   sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

3.  Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.

4.  Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

5.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

6.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Marilah kita merebut peluang menjadi guru yang bersifat jauhari dan menguasai perkembangan digital sebagai alat menyebarkan ilmu. Semoga ilmu yang disebar menjadi simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita. Sampaikan ilmu melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti Tiktok, FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya.

SELAMAT HARI GURU

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

15hb Mei 2024
06hb Zulkaedah 1445H
Zaman sekarang bukan lagi zaman berlumba-lumba untuk dunia.

Bukan lagi zaman untuk bermegah-megah dengan harta yang ada.

Kerana kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman.

Ubahlah kehidupan kita daripada untuk dunia kepada untuk akhirat.

CHECKLIST 40 HARI

1. Puasa Isnin dan Khamis

2. Baca al-Waqiah setiap hari

3. Baca al-Mulk setiap hari

4. Baca 2 ayat terakhir surah al-Baqarah

5. Baca al-Kahf setiap malam Jumaat

6. Baca surah Yasin dan malam Jumaat

7. Baca surah kursi, al-Ikhlas 3 kali, istighfar 3 kali, ayatul kursi, al-lkhlas 3 kali, istighfar 3 kali, doa perlindungan untuk diri dan keluarga, dan baca doa sebelum tidur

8. Maafkan semua orang sebelum tidur

9. Tahajud 2/4 rakaat

10. Mandi sebelum subuh

11. Solat subuh tepat waktu

12. Solat Sunat Qabliyah

13. Solat Sunat Dhuha 2/4 rakaat

14. Dengar bacaan Quran 10 minit

15. Solat penuh 5 waktu tepat waktu

16. Selepas solat fardu, zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, selawat 10x) dan baca ayatul kursi
2024/05/15 06:42:25
Back to Top
HTML Embed Code: