Telegram Web Link
Bantulah Saudaramu Yang Zalim Dan Juga Yang Dizalimi.

Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kasih sayang dan tanggungjawab sesama insan tidak mengenal kedudukan.

Jika dia menzalimi maka hentikan kezaliman itu dengan menegurnya. Jika dia dizalimi, bela dan lindungilah dia.

Mari kita jadi ummah yang berkasih sayang, bukan kebencian dan dendam kerana Islam mengajar kita agar saling memimpin menuju kebaikan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
JANGAN SIA-SIAKAN WAKTUMU!

Masa adalah amanah, bukan untuk disia-siakan.
Gunakan setiap detik untuk perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan yang melalaikan dan tiada manfaat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Hukum melakukan tatoo sama ada tukang tatoo ataupun yang di tatoo adalah haram dan kedua pelakunya wajib bertaubat dengan segera.

Islam melarang perbuatan menukar ciptaan Allah tanpa keperluan syarie. Pelihara tubuh yang Allah amanahkan dan biarlah ia kekal suci, bersih dan terhormat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Apabila hidup terasa sempit namun hati tetap bersabar, redha dan terus berusaha mencari rezeki yang halal, itulah tanda kejayaan sebenar dalam ujian kesusahan.

Dan apabila Allah melapangkan harta, lalu kita bersyukur dengan menunaikan zakat, membantu yang miskin, menyantuni anak yatim serta membelanjakan harta di jalan kebaikan, maka itulah kejayaan dalam ujian kelapangan.

Hakikatnya ialah, sama ada diuji dengan sempit atau lapang, yang Allah nilai adalah hati yang sabar dan jiwa yang bersyukur.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Abdul Hadi Jehmica bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JAKIM berkuat kuasa pada 21 Oktober 2025.

Semoga amanah yang dipikul ini terus diberkati dan membawa kecemerlangan baharu dalam memperkukuh sistem pengurusan maklumat JAKIM ke arah organisasi Islam yang unggul dan berdaya saing.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
Berhati-hatilah Terhadap ISTIDRAJ!!

Seseorang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

Awasilah nikmat yang datang ketika kita lalai. Boleh jadi ia bukan anugerah, tetapi istidraj yang menanti kehancuran.

Moga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT daripada tipu daya dunia yang menyesatkan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Liputan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia Dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-21 di Akhbar Melaka Hari ini 20 Oktober 2025.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
SIARAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KONVENSYEN MUALAF MADANI (KEMUDI) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

23 OKTOBER 2025M / 1 JAMADILAWAL 1447H
Ketika Hilang, Baru Terasa Berharga

Ramai antara kita leka menghargai nikmat sebelum ia pergi iaitu kesihatan yang membolehkan kita beribadah dan bekerja, serta waktu lapang yang sepatutnya diisi dengan amal dan manfaat.

Jangan tunggu sakit baru rindu sihat. Jangan tunggu sibuk baru hargai masa lapang.

Gunakan hari ini untuk berbuat kebaikan, kerana masa dan kesihatan adalah amanah yang tidak akan kembali.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kebersihan Cermin Keimanan

Islam menuntut umatnya agar sentiasa menjaga kebersihan, bukan sekadar pada tubuh dan pakaian, bahkan juga pada hati, rumah dan persekitaran.

Ayuh jadikan amalan bersih sebagai budaya hidup kita kerana kebersihan itu separuh daripada iman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN MASJID AL-AQSA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PALESTIN

24 OKTOBER 2025M / 2 JAMADILAWAL 1447H
Tiada satu pun keadaan dalam hidup seorang mukmin sama ada yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan, kecuali memberi kebaikan baginya. Ini kerana apabila mendapat nikmat atau kesenangan, dia akan bersyukur dan apabila ditimpa musibah atau kesusahan dia akan bersabar.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
HATI SEBAGAI PENGUKUR PERILAKU SESEORANG

Hati atau jantung ini merupakan salah satu organ yang penting di dalam badan atau jasad manusia kerana ia akan menentukan sama ada baik atau buruknya jasad (akhlak) seseorang itu.

Sebagai seorang mukmin sewajarnya kita berusaha membersihkan hati dengan bertaubat dan beristighfar serta berdoa kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Hijrah Ke Arah Terbaik

Setiap langkah menuju perubahan adalah tanda kasih Allah. Berusaha untuk meninggalkan amalan buruk, seperti meninggalkan larangan Allah, dan menggantinya dengan amalan soleh serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Mari kita jadikan hijrah bukan sekadar perubahan tempat atau masa, tetapi perubahan jiwa, akhlak dan arah hidup menuju redha-Nya.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Menjiwai Semangat Dakwah, Menyemai Nilai Murni!

Ayuh sertai Program Ziarah Dakwah dan Jiwa Murni anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah, JAKIM, sebuah inisiatif penuh makna yang menyatukan warga tentera dan masyarakat dalam semangat keprihatinan, ukhuwah dan kasih sayang sesama insan pada:

📅 31 Oktober – 2 November 2025 (Jumaat hingga Ahad)
🕖 7:00 pagi hingga 12:00 malam
📍 Kampung Pahang, Tapah, Perak

Dirasmikan oleh:
YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat

Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada anda semua.

Bersama kita semarakkan dakwah, suburkan jiwa murni dan kukuhkan hubungan antara tentera serta masyarakat Madani.
Adakah Hidung Termasuk Dalam Anggota Sujud?

Antara syarat sah sujud adalah dengan menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah serta melakukan sujud dengan tujuh anggota badan, iaitu, dahi, dua telapak tangan, dua lutut dan dua hujung jari kaki.

Sekiranya seseorang bersujud hanya dengan dahi tanpa hidung, solatnya tetap sah. Namun, adalah lebih baik dia melalukan perbuatan yang sunat yang memberikan pahala kepadanya iaitu dengan meletakkan hidungnya bersama dahi ketika sujud di samping mengamalkan sunnah Nabi SAW.

Sujud dengan dahi dan hidung bukan sekadar menundukkan tubuh, tetapi melambangkan kerendahan hati seorang hamba di hadapan Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/28 02:33:22
Back to Top
HTML Embed Code: