Telegram Web Link
Cara Mengubati Penyakit Was-Was

Jangan biarkan syaitan memperdaya hati dan fikiran kita. Rasulullah SAW telah mengajarkan penawar terbaik apabila was-was datang mengganggu solat dan ibadah.

Amalkan sunnah ini. Semoga hati kita kembali tenang, fokus dan ikhlas dalam setiap ibadah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kepentingan Mempelajari Al-Quran

Sebaik-baik manusia ialah yang hidupnya bersama Al-Quran iaitu mempelajari, membaca, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain.

Setiap huruf yang kita pelajari, setiap ayat yang kita ajarkan akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Muliakan Tetamu, Tanda Iman di Hati

Menyambut tetamu dengan penuh kasih dan layanan terbaik bukan sekadar adab, ia cerminan keimanan dan akhlak seorang Muslim sejati.

Hulurkan senyuman, sambut dengan ikhlas, dan raikan dengan doa kerana setiap tetamu yang hadir membawa barakah dan rahmat Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Mukmin yang sejati tidak hanya berjuang untuk dirinya, tetapi juga bangkit demi saudaranya termasuk rakyat Palestin yang sedang diuji dengan kezaliman dan penindasan.

Mereka berjihad di jalan Allah dengan nyawa dan harta, menyumbang tenaga, doa dan segala kemampuan demi membela bumi suci yang diberkati.

Setiap bantuan, setiap doa, dan setiap langkah solidariti adalah tanda cinta kepada Allah dan Rasul-Nya kerana jihad bukan hanya di medan tempur, tetapi juga di medan kesedaran, perjuangan, dan pengorbanan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#sumudflotilla
Rukun Islam ialah lima perkara asas yang menjadi tiang dan asas utama dalam agama Islam. Ia merupakan amalan zahir yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim sebagai tanda keimanan kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
JAKIM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan atas keprihatinan ini. Usaha berterusan ini bukan sahaja menyuburkan pembangunan fizikal institusi, tetapi turut menyemai benih harapan bahawa pendidikan Islam akan terus menjadi nadi yang menggerakkan sebuah negara yang berintegriti, berakhlak dan diberkati.

IkhtisarPerbelanjaan Peruntukan Hal Ehwal Islam 2025

Sehingga 30 September 2025, sebanyak RM90.2 juta telah disalurkan kepada 892 Institusi Pendidikan Islam (IPI) di seluruh negara melalui Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Podcast Qawwam merupakan inisiatif kolaboratif antara JAKIM, IKRAM dan RareNation bagi mengupas isu-isu berkaitan kepimpinan, tanggungjawab dan kesejahteraan lelaki Muslim dalam keluarga serta masyarakat.

Menampilkan tokoh-tokoh ilmuwan dan personaliti berpengaruh, siri ini mengetengahkan pendekatan rahmah, seimbang dan inklusif.

๐Ÿ“… Siaran setiap Rabu, jam 8.00 malam di MyJAKIM, TV IKRAM dan saluran YouTube RareNation Podcast.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Arak Merosakkan Akal, Keluarga & Negara

Arak bukan sekadar minuman, ia adalah punca kepada banyak keburukan dan kerosakan dalam kehidupan manusia. Islam mengharamkan arak kerana kesannya yang merosakkan akal, tubuh, dan masyarakat.

Jauhi arak, pelihara maruah bangsa dan negara.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Meraih Kekayaan Hakiki

Kekayaan sebenar bukan pada harta yang melimpah,
tetapi pada hati yang merasa cukup dengan segala pemberian Allah SWT.

Rezeki takkan pernah kurang, bila hati sentiasa cukup dengan Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat

Mari sama-sama kita amalkan doa ini setiap hari, memohon perlindungan agar nikmat yang ada terus diberkati oleh Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
SIARAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

SEMINAR LELAKI QAWWAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

7 OKTOBER 2025M / 15 RABIULAKHIR 1447H
Pelantikan 100 juruaudit baharu bukan sekadar langkah mempercepatkan proses pensijilan halal, tetapi usaha memperluas jaminan keyakinan rakyat terhadap produk yang mereka gunakan setiap hari.

Di sebalik inisiatif ini, terserlah kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh peranan JAKIM sebagai peneraju tadbir urus halal yang berintegriti dan profesional.

Terima kasih Kerajaan MADANI atas keprihatinan dan sokongan berterusan kerana dalam setiap dasar yang digubal, sentiasa tersemat kasih dan amanah terhadap ummah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
‎ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Al-Allamah Prof. Dr. Ahmad Umar Hashim, Ahli Majlis Ulama Kanan Al-Azhar As Syarif, yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Oktober 2025.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia ilmu dan ummah.

Semoga segala jasa, sumbangan serta ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berkekalan di sisi Allah SWT.

Al-Fatihah buat Almarhum.
Dua Zikir Ringan yang Disukai Allah

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูุญูŽู…ู’ุฏูู‡ูุŒ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู

Maha Suci Allah sambil memuji-Nya,
Maha Suci Allah Yang Maha Agung.โ€

Ringan diucap, besar ganjarannya. Mari basahi lidah dengan zikir ini setiap hari.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Mereka mungkin tidak di pentas utama, tetapi merekalah denyut nadi yang menghidupkan rumah Allah. Dari azan subuh hingga doa penutup hari, dari madrasah kecil hingga bilik KAFA di kampung semuanya diterangi bakti mereka.

Menyedari jasa besar golongan ini, Kerajaan MADANI menzahirkan penghargaan melalui langkah yang bukan sekadar tanda terima kasih, tetapi lambang kasih terhadap insan yang menjadi nadi rohani masyarakat.

Ikhtisar Belanjawan 2025: Seramai 74,614 orang penerima sumbangan khas RM500 dengan jumlah keseluruhan RM35 juta yang terdiri daripada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ilmu itu cahaya, dan kesejahteraan penuntut adalah sinarnya.

Sebanyak 1,693 pelajar di bawah institusi JAKIM telah menerima manfaat kenaikan elaun penuntut di bawah seliaan JAKIM, satu langkah signifikan hasil keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan penuntut ilmu Islam di seluruh negara.

Kenaikan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi tanda sokongan moral kepada para pelajar yang menjadi generasi pewaris ilmu dan pembimbing ummah.

JAKIM komited memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara, seiring hasrat menjadikan pendidikan Islam sebagai nadi kemajuan bangsa.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Faqih Dalam Agama

Faham agama bukan milik semua, tapi anugerah bagi mereka yang dicintai Allah.

Teruskan menuntut ilmu, memahami hikmah dan mengamalkan ajaran-Nya dengan penuh taqwa.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Bacalah Surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. Ia bukan sekadar amalan mingguan, tetapi perisai daripada ujian akhir zaman.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/26 14:13:11
Back to Top
HTML Embed Code: