Telegram Web Link
Sifat Panas Api Neraka

Api neraka bersifat sangat panas. Rasulullah SAW mengingatkan, api dunia hanyalah 1/70 daripada panasnya api neraka, dengan panas paling ringan pun mampu membuat otak mendidih.

Pelihara diri dan keluarga kita daripada bakaran api neraka. Hidupkan hati dengan zikir, solat, sedekah dan taubat.

Jauhi dosa, tingkatkan amalan, dan mohon perlindungan dari Allah setiap hari.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ketua Pengarah serta seluruh warga JAKIM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kejayaan cemerlang dalam Majlis Hari Inovasi & Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2025.

Kejayaan meraih empat (4) anugerah daripada 47 kumpulan yang bertanding dalam kategori Inovasi dan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ini membuktikan komitmen jitu dan usaha berterusan MAIWP dalam memperkukuh budaya inovasi serta penambahbaikan berterusan demi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Syabas MAIWP! Teruskan kecemerlangan sebagai peneraju inovasi dalam memperkasa institusi Islam di Malaysia.
1 Hari Lagi Program Madani Rakyat Melaka

Program Madani Rakyat Melaka bakal membuka tirainya esok. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai JAKIM serta dapatkan pelbagai info, perkhidmatan serta aktiviti menarik menanti anda!

🗓️ Tarikh: 17 hingga 19 Oktober 2025 (Jumaat-Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
📍 Politeknik Merlimau, Melaka

Jemput hadir beramai-ramai dan kenali lebih dekat peranan JAKIM dalam membina ummah sejahtera.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: “ISLAM MEKAR DI BUMI NUSANTARA”

Malam ini! Ayuh ramai-ramai hadir saksikan perbincangan penuh hikmah bersama tokoh-tokoh agama terkemuka dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam, sempena Mesyuarat SOM Ke-49 & MABIMS Ke-21 pada:

📅 Khamis, 16 Oktober 2025
🕘 9.00 malam
📍 Pusat Pameran MABIMS, Melaka International Halal Festival (MITC)

🎙️ Moderator: Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud (Pegawai JAKIM)

Turut bersiaran langsung di RTM TV1, jam 9.00 malam.

Jumpa anda malam ini!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan kerana ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak.

Allah SWT akan memudahkan jalan ke Syurga serta mendapat perlindungan daripada para malaikat bagi orang yang menuntut ilmu kerana Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi kita ilmu-ilmu yang bermanfaat dan memberi kita kefahaman dalam agama ini agar kita dapat sampaikannya kepada orang lain. Amin.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Bantulah Saudaramu Yang Zalim Dan Juga Yang Dizalimi.

Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kasih sayang dan tanggungjawab sesama insan tidak mengenal kedudukan.

Jika dia menzalimi maka hentikan kezaliman itu dengan menegurnya. Jika dia dizalimi, bela dan lindungilah dia.

Mari kita jadi ummah yang berkasih sayang, bukan kebencian dan dendam kerana Islam mengajar kita agar saling memimpin menuju kebaikan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
JANGAN SIA-SIAKAN WAKTUMU!

Masa adalah amanah, bukan untuk disia-siakan.
Gunakan setiap detik untuk perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, bukan yang melalaikan dan tiada manfaat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Hukum melakukan tatoo sama ada tukang tatoo ataupun yang di tatoo adalah haram dan kedua pelakunya wajib bertaubat dengan segera.

Islam melarang perbuatan menukar ciptaan Allah tanpa keperluan syarie. Pelihara tubuh yang Allah amanahkan dan biarlah ia kekal suci, bersih dan terhormat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Apabila hidup terasa sempit namun hati tetap bersabar, redha dan terus berusaha mencari rezeki yang halal, itulah tanda kejayaan sebenar dalam ujian kesusahan.

Dan apabila Allah melapangkan harta, lalu kita bersyukur dengan menunaikan zakat, membantu yang miskin, menyantuni anak yatim serta membelanjakan harta di jalan kebaikan, maka itulah kejayaan dalam ujian kelapangan.

Hakikatnya ialah, sama ada diuji dengan sempit atau lapang, yang Allah nilai adalah hati yang sabar dan jiwa yang bersyukur.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Abdul Hadi Jehmica bin Abdullah atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JAKIM berkuat kuasa pada 21 Oktober 2025.

Semoga amanah yang dipikul ini terus diberkati dan membawa kecemerlangan baharu dalam memperkukuh sistem pengurusan maklumat JAKIM ke arah organisasi Islam yang unggul dan berdaya saing.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM
2025/10/21 09:00:24
Back to Top
HTML Embed Code: