Telegram Web Link
Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit

Setiap ucapan yang baik ketika menziarahi orang sakit bukan sekadar kata-kata semangat, tetapi turut diaminkan oleh para malaikat.

Oleh itu, biasakanlah lidah kita dengan doa dan kata-kata yang menguatkan hati. Moga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan ketabahan kepada mereka yang diuji dengan sakit.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Berbaring Pada Sisi Kanan

Tidur berbaring pada sisi kanan sangat dianjurkan dalam Islam karena bermanfaat bagi jantung, membantu untuk bangun solat malam, dan ia merupakan sunah Nabi Muhammad SAW.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Larangan Menyerupai Jantina Lain

Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita. Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.

Hikmah Allah SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.”

Ketua Pengarah serta seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Haji Muhammad Chan bin Abdullah, Pemilik Rangkaian Restoran Mohd Chan, yang telah kembali kerahmatullah pada 24 September 2025.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.”

Ketua Pengarah serta seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustazah Kamariah binti Zakari, Mantan Pembantu Hal Ehwal Islam JAKIM yang telah kembali kerahmatullah pada 25 September 2025.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.
Lintasan Kufur dalam Hati & Terlafaz di Lidah

Kadangkala, hati kita diuji dengan bisikan dan persoalan yang mengganggu iman. Soalan seperti “Siapa yang menciptakan Allah?” mungkin terlintas.

Jika anda mengalami situasi sebegini, segeralah memohon taubat kepada Allah SWT dengan beristighfar serta memperbaharui dua kalimah syahadah.

Sentiasa melakukan amalan zikir dan doa agar sentiasa ditetapkan hati dalam keimanan dan ketaatan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN PASUKAN SUMUD FLOTILLA

25 SEPTEMBER 2025M / 3 RABIULAKHIR 1447H
Berzikir Dalam Hati

Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah S.W.T dan satu sunnah yang dituntut di sisi syarak dan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya.

Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah S.A.W, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan Al-Quran dan seumpamanya.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang memperbanyakkan zikrullah menerusi lisan dan juga melalui jantung hati.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Akibat Sengaja Meninggalkan Solat Jumaat

Sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur syarie hukumnya adalah berdosa besar. Lebih dahsyat, hatinya boleh menjadi keras hingga tertutup daripada menerima hidayah Allah SWT.

Jangan sia-siakan panggilan azan Jumaat. Ia peluang rahmat, bukan sekadar rutin mingguan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jauhi permusuhan, hiasi diri dengan akhlak mulia

Jagalah akhlak dan wasilah dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Pertanian Dalam Islam

Setiap pokok yang kita tanam, setiap hasil tanaman yang dimakan oleh burung, manusia ataupun haiwan, semuanya dikira sebagai sedekah yang berterusan.

Subhanallah, betapa luasnya rahmat Allah SWT. Bercucuk tanam bukan sahaja memberi manfaat di dunia, bahkan menjadi bekalan pahala di akhirat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kekayaan Harta Bukan Ukurannya

Ramai orang diluaskan rezekinya, tapi masih miskin jiwa. Tidak pernah cukup, sentiasa mahu lebih, hingga sanggup abaikan dari mana sumbernya.

Hakikatnya, kekayaan yang sebenar bukan pada banyaknya harta, tetapi pada keadaan hati seseorang yang sentiasa merasa cukup (qana'ah) dan bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dimiliki.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Fitnah dan Doa Menghindarinya

Dalam kehidupan penuh cabaran, fitnah boleh datang tanpa diduga. Namun, Baginda Nabi SAW telah mengajarkan doa untuk kita amalkan sebagai benteng perlindungan.

Jadikan doa ini wirid harian agar hati sentiasa tenang, dijauhkan daripada fitnah dunia, serta dilindungi oleh Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Ketika Hujan

Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.

Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Jauhi Sifat Ujub

Jangan merasa diri terlalu hebat hingga memandang rendah orang lain.

Ingatlah, kebaikan bukan untuk dibangga-banggakan, tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
KEWAJIPAN BERZAKAT

Zakat bukan sekadar ibadah, tetapi tanda syukur atas nikmat Allah SWT. Ia membersihkan harta, menyucikan jiwa, dan mengukuhkan ukhuwah dengan membantu mereka yang memerlukan.

Ketahuilah bahawa, harta yang dizakatkan tidak akan berkurang, malah Allah SWT gandakan pahala dan rezeki.

Tunaikan zakat, suburkan keberkatan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ke-56 Tahun 2025 pada 29 September 2025M | 7 Rabiulakhir 1447H

Sembah takzim daripada Ketua Pengarah & Seluruh Warga JAKIM.
Solat di Awal Waktu

Rasulullah SAW bersabda, antara amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah:

1️⃣ Solat pada waktunya
2️⃣ Berbuat baik kepada ibu bapa
3️⃣ Jihad di jalan Allah

Jom sama-sama kita jaga solat di awal waktu sebagai tanda cinta kita kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Sekalung Tahniah

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAA Dato’ Hj. Amran bin Mat Zain Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

atas pengurniaan anugerah berprestij Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-56 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan.
Elakkan Diri Dari Mengumpat

Mengumpat bukan sekadar kata-kata biasa, tapi ia luka yang mencalarkan hati saudara kita. Setiap butir bicara akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.

Marilah kita hiasi lidah dengan zikir, doa, dan kata-kata yang baik kerana setiap kalimah yang baik akan mendapat pahala.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/21 11:34:21
Back to Top
HTML Embed Code: