Telegram Web Link
Jom Hidupkan Solat Berjemaah

Setiap langkah ke masjid membawa pahala, setiap saf yang diluruskan menguatkan ukhuwah, dan setiap solat berjemaah mengangkat darjat kita di sisi Allah SWT.

Marilah sama-sama kita merebut peluang ganjaran besar ini serta ajak keluarga, sahabat & jiran untuk sama-sama menghidupkan masjid dengan solat berjemaah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa untuk Global Sumud Flotilla

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita terus panjatkan doa agar semua peserta Global Sumud Flotilla khususnya warganegara Malaysia yang kini ditahan dikurniakan perlindungan Allah SWT, dijauhkan daripada sebarang bahaya, serta segera dibebaskan dengan selamat.

Semoga usaha kemanusiaan ini terus mendapat sokongan dan doa daripada kita semua demi keamanan sejagat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#freepalestine
#sumudflotilla
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

TAJAAN SKIM PEMBIAYAAN HUFFAZ (SPH) JAKIM TAHUN 2025

2 OKTOBER 2025M / 10 RABIULAKHIR 1447H
Bagi memperkukuh pelaksanaan undang-undang jenayah syariah, Garis Panduan Permohonan dan Pelaksanaan Waran Tangkap di Luar Bidang Kuasa telah diperkenalkan. Dokumen ini menjadi rujukan utama kepada Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie & Pegawai Mahkamah Syariah.

Garis panduan ini memastikan proses penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, sah dan berkesan. Ia juga membantu memperjelas tatacara permohonan serta pelaksanaan waran tangkap agar selaras dengan bidang kuasa dan peraturan yang ditetapkan.

Langkah ini menzahirkan komitmen untuk memastikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan syariah demi menjaga kepentingan ummah serta menegakkan keadilan Islam di Malaysia.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#rancakkanmadani
Ingatlah, Kiamat itu benar dan pasti

Sebagai persediaan kita menghadapi hari kiamat hendaklah kita mempertingkat keimanan kita kerana dengan hanya iman yang tulus sahaja akan menjamin keselamatan kita di sana kelak.

Persiapkanlah diri dengan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi.

Jangan bertangguh untuk memohon keampunan Allah SWT atas dosa dan noda. Sesungguhnya, itulah anugerah paling berharga.

Muhasabah dirimu hari ini, sebelum tiba hari di mana segala amalan dihitung oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Adil.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa ingat dan bersiap siaga menuju hari yang pasti datang.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Nabi SAW Dalam Solat Sebelum Salam

Setiap kali kita menunaikan solat, jangan lupa untuk berdoa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW sebelum salam. Doa ini melindungi kita daripada:

☑️ Azab kubur
☑️ Fitnah Dajjal
☑️ Fitnah hidup & mati
☑️ Dosa dan beban hutang

Amalkan doa ini sebagai perisai diri, kerana hanya dengan perlindungan Allah SWT kita selamat di dunia dan akhirat.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Syukuri Yang Sedikit

Apabila hati diajar untuk mensyukuri setiap nikmat, walau sekecil apa pun, jiwa akan tenang dan lapang. Rezeki yang sedikit terasa cukup, yang banyak makin menambah keberkatan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
🎙️PODCAST QAWWAM 🎙️

Apakah erti sebenar lelaki sebagai pemimpin, pelindung dan pembimbing keluarga?

Bagaimana mereka berdepan cabaran emosi, nafkah, kepimpinan dan realiti kehidupan moden?

Jawapannya bakal dikupas dalam siri podcast ini yang menampilkan perkongsian tentang peranan lelaki dari soal nafkah, kepimpinan, emosi, hingga isu ayah moden dan cabaran maskuliniti. Semua dikupas dengan penuh jujur, berani dan berinspirasi.

📅 Setiap RABU, mulai 8 Oktober 2025
🕗 8.00 malam
📍 Secara langsung di media sosial & YouTube JAKIM, IKRAM & RareNation
🎤 Hos: Ustaz Shauqi Hasan (RareTV)

Jangan lepaskan episod-episod yang menarik ini bersama tetamu jemputan istimewa setiap minggu! Tekan butang subscribe, aktifkan notifikasi dan sertai kami secara langsung

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#PodcastQawwam
#LelakiQawwam
4 Ucapan yang Dicintai Allah SWT

1️⃣ Subhanallah – Maha Suci Allah
2️⃣ Alhamdulillah – Segala puji bagi Allah
3️⃣ La ilaha illallah – Tiada Tuhan selain Allah
4️⃣ Allahu Akbar – Allah Maha Besar

Basahkanlah lidah dengan zikir ini setiap hari. Sesungguhnya ia ringan di lisan, tetapi berat di timbangan amal.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Tanda Allah SWT Menerima Taubat Seseorang

Antara tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT. Amin

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Cara Mengubati Penyakit Was-Was

Jangan biarkan syaitan memperdaya hati dan fikiran kita. Rasulullah SAW telah mengajarkan penawar terbaik apabila was-was datang mengganggu solat dan ibadah.

Amalkan sunnah ini. Semoga hati kita kembali tenang, fokus dan ikhlas dalam setiap ibadah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Kepentingan Mempelajari Al-Quran

Sebaik-baik manusia ialah yang hidupnya bersama Al-Quran iaitu mempelajari, membaca, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain.

Setiap huruf yang kita pelajari, setiap ayat yang kita ajarkan akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Muliakan Tetamu, Tanda Iman di Hati

Menyambut tetamu dengan penuh kasih dan layanan terbaik bukan sekadar adab, ia cerminan keimanan dan akhlak seorang Muslim sejati.

Hulurkan senyuman, sambut dengan ikhlas, dan raikan dengan doa kerana setiap tetamu yang hadir membawa barakah dan rahmat Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Mukmin yang sejati tidak hanya berjuang untuk dirinya, tetapi juga bangkit demi saudaranya termasuk rakyat Palestin yang sedang diuji dengan kezaliman dan penindasan.

Mereka berjihad di jalan Allah dengan nyawa dan harta, menyumbang tenaga, doa dan segala kemampuan demi membela bumi suci yang diberkati.

Setiap bantuan, setiap doa, dan setiap langkah solidariti adalah tanda cinta kepada Allah dan Rasul-Nya kerana jihad bukan hanya di medan tempur, tetapi juga di medan kesedaran, perjuangan, dan pengorbanan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#sumudflotilla
Rukun Islam ialah lima perkara asas yang menjadi tiang dan asas utama dalam agama Islam. Ia merupakan amalan zahir yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim sebagai tanda keimanan kepada Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
JAKIM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan atas keprihatinan ini. Usaha berterusan ini bukan sahaja menyuburkan pembangunan fizikal institusi, tetapi turut menyemai benih harapan bahawa pendidikan Islam akan terus menjadi nadi yang menggerakkan sebuah negara yang berintegriti, berakhlak dan diberkati.

IkhtisarPerbelanjaan Peruntukan Hal Ehwal Islam 2025

Sehingga 30 September 2025, sebanyak RM90.2 juta telah disalurkan kepada 892 Institusi Pendidikan Islam (IPI) di seluruh negara melalui Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Podcast Qawwam merupakan inisiatif kolaboratif antara JAKIM, IKRAM dan RareNation bagi mengupas isu-isu berkaitan kepimpinan, tanggungjawab dan kesejahteraan lelaki Muslim dalam keluarga serta masyarakat.

Menampilkan tokoh-tokoh ilmuwan dan personaliti berpengaruh, siri ini mengetengahkan pendekatan rahmah, seimbang dan inklusif.

📅 Siaran setiap Rabu, jam 8.00 malam di MyJAKIM, TV IKRAM dan saluran YouTube RareNation Podcast.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Arak Merosakkan Akal, Keluarga & Negara

Arak bukan sekadar minuman, ia adalah punca kepada banyak keburukan dan kerosakan dalam kehidupan manusia. Islam mengharamkan arak kerana kesannya yang merosakkan akal, tubuh, dan masyarakat.

Jauhi arak, pelihara maruah bangsa dan negara.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Meraih Kekayaan Hakiki

Kekayaan sebenar bukan pada harta yang melimpah,
tetapi pada hati yang merasa cukup dengan segala pemberian Allah SWT.

Rezeki takkan pernah kurang, bila hati sentiasa cukup dengan Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat

Mari sama-sama kita amalkan doa ini setiap hari, memohon perlindungan agar nikmat yang ada terus diberkati oleh Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
2025/10/19 16:35:20
Back to Top
HTML Embed Code: