Sudah 3 tahun Meor Iskandar Meor Khairuddin, remaja yang berusia 15 tahun itu menjaga neneknya, Halimah Yeop yang kini sedang uzur kerana sakit tua.

Meor akan memastikan neneknya itu dimandikan dan diberikan makan terlebih dahulu sebelum ke sekolah.

Kadang-kala, beliau tidak dapat hadir ke sekolah kerana risaukan nenek Halimah yang tinggal .

Bila persekolahan tidak berjalan seperti biasa semasa PKP, dia cukup senang sekali kerana dapat menjaga neneknya sambil mengulang kaji pelajaran di rumah secara online.

MyFundAction tampil mengedarkan kotak #RezekiUmmat sebagai bekalan keperluan asas. Semoga adik Meor Iskandar sentiasa dipermudahkan urusannya menuntut ilmu.

#MyFundAction #forthebestfuture #RezekiUmmat
Meskipun tinggal di pondok yang serba daif, Zairiman tidak suka meminta-minta daripada orang lain.

Pondok yang berdindingkan kanvas itulah yang menjadi tempat mereka berteduh.

Kelambu dipasang sebagai penghadang kerana “dinding mudah terbuka, nanti anak bergolek dan jatuh”, ujarnya lagi.

Musim tengkujuh ini memberi kesan terhadap pendapatan Zairiman sehingga tidak dapat membeli susu formula buat anak perempuannya.

Ikon Kemanusiaan MyFundAction, Ardell Aryana turun bersama-sama menyerahkan kotak Rezeki Ummat yang berisi barang keperluan asas berserta susu demi kelangsungan hidup keluarga kecil ini pada hari yang mendatang.

P/s: Update terkini. Sebuah rumah dibina untuk Pak Cik Zairiman sekeluarga oleh usahasama Ardell dan pengikutnya. Terima kasih rakyat Malaysia
Bukan mudah bagi Kak Shazliza (bukan nama sebenar) memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan isteri. Makcik Norlia, 64 tahun seorang OKU lumpuh sepenuh badan perlu dijaga rapi.

Dia juga harus membantu suaminya turun ke laut 3 kali sehari untuk mencari rezeki. Hasil nelayan yang diperoleh sekitar 800-900 sebulan itu juga digunakan untuk pendidikan anak-anak mereka.

Apabila ditanya siapa yang menjaga ibunya semasa ketiadaan mereka, “akak berserah dengan Allah SWT je dik. Hanya Allah yang mampu jaga mak akak,” jawab kak Shazliza.

Kali ini, MyFundAction berkongsi rezeki bersama kak Shazliza sekeluarga dengan mengedarkan kotak Rezeki Ummat buat meringankan beban.

#MyFundAction #forthebestfuture #RezekiUmmat
Saat kita jatuh terjelepuk, ada tangan yang dihulur tanpa disangka.
Rupanya, kita pernah membantu seorang hamba dalam kesusahan pada suatu ketika.

Ini semua aturan Ilahi.
Oleh yang Maha Pemberi Rezeki.

Sesiapa yg memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusannya.
Remaja bunuh diri disebabkan polling di media sosial. Remaja bunuh diri sebab tidak ramai yang 'like' hantarannya di media sosial.

Tekanan dalam senyap itu memang berlaku. Ditambah lagi dengan rasa tidak percaya diri dalam kalangan remaja.

Apa yang menyebabkan mereka bertindak begitu? Jom ikuti slot Cakap Je bersama Mus'ab, sukarelawan aktif MyFundAction.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan, sebanyak 17.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut.

Di Sabah, faktor ekonomi jadi halangan buat mereka mendapat sumber nutrisi terbaik. Sama seperti pakcik OKU ini yang hanya mampu membekalkan air bancuhan gula buat cucu-cucunya.

Memandangkan cucunya masih kecil, ada kalanya mereka mengadu sakit perut kerana masalah pencernaan dan kekurangan nutrisi.

Terima kasih tidak terhingga buat rakyat Malaysia yang bersatu hati memberi sumbangan kotak Rezeki Ummat berisi barang keperluan serta susu demi kelangsungan hidup mereka.

#myfundaction #forthebestfuture #rezekiummat
Messages in this channel will be automatically deleted after 1 day
2024/04/29 18:21:33
Back to Top
HTML Embed Code: