Telegram Web Link
Dalam terus mengembangkan ruang kelestarian dana untuk pembangunan sosioekonomi Palestin, CGM telah bertandang ke pejabat urusan Wakaf Pulau Pinang untuk mengeratkan hubungan dan mengukuhkan kerjasama strategik. Perbincangan kita untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Palestin melalui projek Wakaf seperti Central Kitchen, bangunan komersil dan pertanian untuk manfaat rakyat tempatan dan diaspora Palestin.

Kita juga berpeluang bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datoโ€™ Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga meraikan hasrat kami bagi membangunkan peluang ekonomi dengan teras yang berlandaskan Maqasid Syariah.

Moga kerjasama ini akan memberi manfaat kepada Ummah kerana itu bukan lagi menjadi kerja, tetapi menjadi tanggungjawab kepada kita bersama.

#Heroes4Hope
Esok ayuh kita perbaharui semangat kita untuk Palestin. Sejuk dah semangat kita kan, berita dah jarang kongsi, sumbangan tak kerap, demonstrasi pun dah tak dibuat.

Jadi esok ni pembakar semangat kita untuk terus bersama saudara kita yang masih dibunuh! Ayuh esok kita bertakbir dan bersorak, bersama ummah!

Allahuakbar!
Forwarded from Cinta Syria Malaysia
Bagi yang ingin menonton semua episode Tentang Syam edisi Palestin, boleh ke Instagram Cinta Syria Malaysia

Atau boleh klik terus ke link dibawah untuk menonton episod yang tertentu :

Part 1 : Sejarah Tamadun Palestin

Part 2 : Perbezaan Palestin, Jurusalem, Baitul Maqdis & Al-Aqsa

Part 3 : Kepentingan Baitul Maqdis kepada 3 Agama

Part 4 : Kronologi Perang-Perang di Palestin

Part 5 : Di Sebalik Peperangan Taufan Al-Aqsa

Part 6 : Apa Kaitan Palestin dan Syria?

Part 7 : Perbezaan Hamas dan Fatah
๐Ÿ‘†Kami sedang menuju ke sini inshaAllah. Tayar kenderaan pecah, doakan selamat dan sempat sampai.
Ramai yang duk fikir nak bawa apa ke majlis makan raya ofis, surau dan sebagainya. Yelah kita kan raya sebulan ++

Kalau yang nak special, boleh dapatkan Rempeyek Rare ni. Sesuai untuk kunyah sambil bincang isu umat, isu politik setempat.

Satu balang biasa tak cukup ni sebab isu kan banyak. Beli dua, tiga balang sekaligus baru puas hati.

Dibungkus setiap satu, sekeping sekeping jadi bila tak pecah. Memang makan rempeyek bukan sedut serbuk pakai straw. Penuh kacang pula tu.

Satu bekas RM35 tapi kalau beli dua terus, RM65. Kalau tak memang tak puas makan.

Klik sini hah https://kurmarutob.bilisworld.com/rempeyek-nan/

Kruup kraap kruup kraaap. Pehhh memang sedap.
Rafah ๐Ÿ˜ญ
Apa harapan kamu? Ditanya kepada anak kecil yang menempuh ombak bergelora untuk mendapatkan bantuan makanan yang dicampakkan daripada kapal terbang.

Saya berharap yang saya akan mati!

Allah. Allah. Apa yang telah anak kecil ini lalui sehingga di usia sebegini, dia berharap untuk mati?

Mati lebih mudah, lebih indah kerana di dalam syurga, makanan sentiasa ada, di dalam syurga, ibu ayah kami menunggu penuh setia, kata sebahagian mereka.

Kalian hanya ada Allah. Semoga Allah yang memberikan kalian kesabaran dan kekuatan.
Video ini membuatkan saya sedih lebih daripada melihat gambar anak-anak kita yang syahid di Rafah setiap saat pada waktu ini.

Kerana apa? Kerana video ini menggambarkan satu rasa yang cukup menyakitkan, rasa yang kalau orang tak beriman mungkin akan mengambil nyawa sendiri, rasa kosong dan hidup tak lagi bermakna.

Ia adalah rasa ู‚ู‡ุฑ yang tidak boleh diterjemahkan secara terus dalam BM. Tetapi maksudnya lebih kurang putus asa, putus harapan, hidup seperti zombie dan menghitung hari-hari berlalu yang kosong dan tak lagi bermakna.

Saya pernah diuji rasa ini apabila mengheret 2,3 beg dan berjalan berkilometer untuk masuk ke sempadan Rafah, saya merasainya juga apabila menjunjung bagasi berjalan masuk ke kota Dimashq di bawah bedilan Apache berjam lamanya.

Ketika itu kerana terlalu penat, kita sudah tak peduli kalau dibedil bom atau ditembak sniper. Apa nak jadi, jadilah, aku redha.

Rasa inilah yang dirasai anak kecil yang menolak meja yang diterbalikkan untuk berpindah menyelamatkan sedikit harta dan nyawa, rasa inilah yang dilalui si ibu yang menarik di hadapan. Setiap langkah dipaksa, setiap titisan peluh diseka, hanya kerana dia tahu masih ada yang bergantung kepadanya.

Allah sahaja yang dapat memberikan kalian kekuatan dan kesabaran. Ya Allah permudahkan urusan mereka, campakkan semula sinar dan keinginan meneruskan hidup di dalam hati mereka, ameen ameen ๐Ÿ˜ญ
๐Ÿ‘†Terus berkongsi tentang P. InshaAllah sekejap lagi saya juga akan berkongsi tentang kenapa kita masih 'belum menang' sehingga saat ini.
Malam ini saya dan isteri akan berkongsi di sini inshaAllah ๐Ÿคฒ
2024/05/17 06:00:23
Back to Top
HTML Embed Code: