Telegram Web Link
11. Jelas sekali, Luqman Al-Hakim memberi perhatian terhadap pembinaan nilai integriti dalam diri anaknya. Nilai integriti tersebut tidak disandarkan pada manusia sebaliknya diikat dengan Allah SWT. Luqman Al-Hakim juga memberi perhatian untuk membina karektor positif. Bukan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia, tetapi kerana karektor negatif dibenci oleh Allah SWT.

12. Allah SWT merakamkan perbualan Luqman Al-Hakim dengan anaknya dalam Al-Quran bukanlah sekadar menyampaikan cerita silam. Sebaliknya ianya adalah petunjuk serta panduan berkaitan proses pendidikan awal kanak-kanak yang wajib kita ikuti.

Sumber: Razak Rawi
@nota_tasawwuf
โค10
Assalamualaikum wbt๐Ÿ’“

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Majlis "Selawat Hour" Tvsufi.com pada malam ini Khamis 24 Oktober 2024.

Luangkan masa kita dalam majlis ilmu untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT .

Boleh tekan di pautan di bawah untuk ikuti bersama
Masa : 9.00- 9.30 Malam
Platform : Zoom

https://us06web.zoom.us/j/86219992142?pwd=j2wVaOPFxNtIwa1tcq3dXdOXOynpi5.1

Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Ayuh kita hadir bersama๐ŸŒน

#SelawatmembawaRahmat
#WorldMawlidCelebration2024
#WMC2024
#GemaSelawat
#HouseOfLight
@nota_tasawwuf
๐Ÿ‘2
โค5๐Ÿ‘5
โค6๐Ÿ‘4
ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Semoga Allah tempatkan Syeikh Hisham Kabbani bersama dengan para kekasihNya.
Al-Fatihah.
โค19๐Ÿค1
Forwarded from Abu Dhiya
ZIARAH UZBEKISTAN

*4TH INTERNATIONAL NAQSYBSNDI FESTIVAL 2025 UZBEKISTAN*
3 HINGGA 9 FEB 2025
( 4 - 10 SHAABAN 1446)
***. Tarikh tutup penyertaan 20 Dec 2024

*TASKENTโ—TERMEZโ— KITABโ— SAMARKANDโ— BUKHOROโ—TASKENT*

Bersama
*Sheikh Aleey Athohiri*
*Sheikh Alaiddin Attori al Khaliddi*
Ust Abd Somad Batubara
*Kiyai Muhibbul Tibbri*
*Maulana Hussein Abd Kadir*
*Maulana Wan Mohd Aswadi Mujaddidi*

*Harga*
*Tiket Kul Taskent Kul*
*7 hari 6 mlm*
*Di Uzbekistan*
*USD1790.00*
Ikut rate semasa lbh kurang rm 8000


Ziarah Maqam Masyaikh Naqsybandi

1. Skh Abd Khaliq Gujdawani q.s
2. Sheikh Arif Riwuri q.s
3. Sheikh Mahmud Anjir Faqnawi q.s
4. Sheikh Ali Ramitani q.s
5. Sheikh Bobo Samasi q.s
6. Sheikh Sy Amir Kulal q.s
7. Al Imam Mohammad Bahauddin q.s
8. Sheikh Alauddin Attar q.s
9. Sheikh Ubaidullah Ahrar q.s
10. Sheikh Zahid q s
11. Sheikh Darwish q.s
12. Sheikh Muhammad Amkanaki q.s

Imam
1. Al Imam Bukhari
2. Al Imam Hakim Termizi
3. Al Imam Isa Termizi
4. Al Imam Maturidi
5. Sy Qassim ibnu Sy Abbas r.a

Dan lain lain tempat menarik termasuk Chingam Mountain. Cuaca 1% hingga -10c



7 HARI 6 MLM

*Harga* .
HARGA USD1790 .00
TERMASUK PENERBANGAN KUALA LUMPUR TASKENT KUALA LUMPUR DAN DI UZBEKISTAN.

SEMUA PERJALANAN TERMASUK PENERANGAN TASKENT KE TERMEZ, TIKET KERETA LAJU DAN COACH. PENGINAPAN HOTEL 3 ATAU 4 BINTANG,
3 KALI MAKAN DAN SEMUA TIKET MASUK TEMPAT .

Gurupandu. Dalam bahasa indonesia .

Semua perserta mesti setuju ikut program PANITA semasa di Uzbekistan. .

Aktiviti.
Pengunungan Chimgan (1 hingga -10%c) sepetang alami cuaca bersalji
โ€ขceramah dan ijazah Hadith di โ€ขKomplex imam Hadith
โ€ขceramah Tauhid di komplex imam Maturidi.
โ€ขZikir Murzqabah di semua 12 Maqam masyaikh
โ€ขTahlil Akhbar di Maqam Sh Bahauddin.
โ€ขceramah Akhbar di masjid Sheikh Bahauddin( ust Abd Somad)
โ€ขSolat jemaah bersama warga Uzbekistan
โ€ขBeli belah di pasar bersejarah dan nikmati buah buahan
โ€ขMir kolon dan Mir Arabi. Madsrassah tertua
Lain lain tempat menarik.

Senarai Masyaikh / Khalifah yg insha Allah akan hadir.

Indonesia

1. Sheikh Ala iddin Athory indonesia N Khalidi
2. Sheikh Abd Somad N Khalidi
3. Sheikh Muhibbul Thibri. N Khalidi

Malaysia
1. Sheikh Aleey N Khalidi, Mujaddidi
2. Maulana Hussein
3. Maulana Wan Aswadi N Mujaddidi
4. Sheikh Nasir Othman N Khalidi
5. Sheikh Zahari N Khalidi
6. Sh Abd Kareem.N. Mujaddidi

Australia
1. Sheikh Bahrin Omar N. Mujaddidi
๐Ÿ‘5โค2
Forwarded from Abu Dhiya
Yg berminat blh contact Saudara Ammar 0133836015 sblm 20dec 2023
๐Ÿ‘2
15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 14 Februari 2025 (Jumaat). Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya'ban akan disambut pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), selepas masuk waktu Maghrib.

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 (Kalendar JAKIM Malaysia)
โค1
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 (Kalendar JAKIM Malaysia)

TARIKH MALAM NISFU SYAABAN & DOA โ€“ Bulan Rejab kian berlalu pergi, kini tibalah bulan Syaโ€™aban 2025 bersamaan 1446 H.

Bulan Syaโ€™aban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Malah pada pertengahan Bulan Syaโ€™aban yang dipanggil Nisfu Syaโ€™aban adalah antara malam yang dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaโ€™aban.

Berikut dikongsikan antara hadis yang sahih berkenaan malam Nisfu Syaโ€™ban ini, kelebihannya, serta doa-doa yang boleh diamalkan.

Kelebihan Malam Nisfu Syaโ€™ban
Daripada Muโ€™az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ูŠูŽุทูŽู‘ู„ูุนู ุงู„ู„ู‡ู ุฅูู„ูŽู‰ ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ูููŠู’ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ูู‘ุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฌูŽู…ููŠู’ุนู ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู„ูู…ูุดู’ุฑููƒู ุฃูŽูˆู’ ู…ูุดูŽุงุญูู†ู

Maksudnya: โ€œAllah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Syaโ€™ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhanโ€. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025
Awal Syaaban (1 Syaaban) = 31 Januari Februari 2025 (Jumaat) * Insha Allah kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 30 Januari 2025 ini (Khamis).

15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 14 Februari 2025 (Jumaat) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Syaโ€™ban akan disambut pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), selepas masuk waktu Maghrib.

Doa Bulan Syaaban

Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.

Doa-doanya ialah:

DOA 1

ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุจูŽู„ูู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

Maksudnya: โ€œYa Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaโ€™ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.โ€

DOA 2

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ู’ู‡ู ู…ูู†ูู‘ูŠ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู‹ุง

Maksudnya: โ€œYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).โ€

Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.

NISFU SYAโ€™BAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA โ€“ IMAM AS-SYAFIโ€™E RA

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ุงููุนูู‰ูู‘ : ูˆูŽุจูŽู„ูŽุบูŽู†ูŽุง ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูู‚ูŽุงู„ู : ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ุฏูู‘ุนูŽุงุกูŽ ูŠูุณู’ุชูŽุฌูŽุงุจู ููู‰ ุฎูŽู…ู’ุณู ู„ูŽูŠูŽุงู„ู ููู‰ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ุฃูŽุถู’ุญูŽู‰ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ููุทู’ุฑู ูˆูŽุฃูŽูˆูŽู‘ู„ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ูู‘ุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ.

Imam asy-Syafie berkata : โ€œDoa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu syaโ€™ban.โ€

Diriwayatkan dalam:

Imam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009,
Imam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518.
Syuโ€™bul Iman, 3/341, no: 3711.

Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Bulan Ramadan pada tahun ini, Insya Allah.

Hukum Puasa pada Hari Nisfu Syaaban dan Selepasnya
Sunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnya
Dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)
Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.
Haram puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu.
Dibolehkan puasa wajib seperti qadha, nazar dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.

(Sumber Rujuk Google https://ecentral.my/cuti-umum-2025/malam-nisfu-syaaban/)
โค2๐Ÿ‘1
โค2
ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู๐Ÿ’•

NIAT & TEKAD PUASA SUNAT HARI PUTIH, GANJARANNYA UMPAMA PUASA SETAHUN

Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.

Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุฃู’ู…ูุฑูู†ูŽุง ุฃูŽู†ู’ ู†ูŽุตููˆู…ูŽ ุงู„ู’ุจููŠุถูŽ: ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ. ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‡ูู†ู‘ูŽ ูƒูŽู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุฉู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.โ€ (HR Abu Daud, hadis sahih)

Diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RA :

ูƒุงู†ูŽ ุฑูŽุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุญุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ: ู„ุง ูŠููู’ุทูุฑูุŒ ูˆูŠููู’ุทูุฑู ุญุชู‘ูŽู‰ ู†ูŽู‚ููˆู„ูŽ: ู„ุง ูŠูŽุตููˆู…ูุŒ ููŽู…ุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู
ุฑูŽุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงุณู’ุชูŽูƒู’ู…ูŽู„ูŽ ุตููŠูŽุงู…ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฅู„ู‘ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ูˆู…ุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู‡ู ุฃูƒู’ุซูŽุฑูŽ ุตููŠูŽุงู…ู‹ุง ู…ู†ู‡ ููŠ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ

Maksudnya : โ€Rasulullah SAW senantiasa berpuasa sehingga kami berkata beliau tidak berbuka, dan beliau senantiasa berbuka sehingga kami berkata beliau tidak berpuasa. Maka aku tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali Ramadan, dan aku tidak melihat puasa beliau yang lebih banyak dibandingkan puasa bulan Syaโ€™ban.โ€
(HR Bukhari, hadis sahih)

โ€ข NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุงูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุถู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya: โ€œSahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.โ€

โ€ข NIAT PUASA SUNAT SYAABAN :

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู† ุณูู†ู‘ูŽุฉ ุงู„ู„ูŽู‡ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat pada bulan Syaaban kerana Allah Taโ€™ala

๐Ÿ”ถ InsyaAllah, berikut merupakan tarikh puasa hari putih & juga Syaaban :

๐Ÿ”นRABU 13 SYAABAN 1446H , 12 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat Hari Putih
2. Puasa Sunat Syaaban

๐Ÿ”นKHAMIS 14 SYAABAN, 13 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat Hari putih
2. Puasa Sunat Syaaban
3. Puasa Sunat Hari Khamis

๐Ÿ”นJUMAAT 15 SYAABAN, 14 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat hari Putih
2. Puasa Sunat Syaaban

InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 12-14 Februari 2025 bersamaan 13-15 Syaaban 1446H (Rabu, Khamis & Jumaat) ini.
Semoga bermanfaat buat semua.
โค1๐Ÿ‘1
โค2
2025/10/21 11:36:48
Back to Top
HTML Embed Code: