PERBEZAAN ANTARA:
مالٌ أكثَرُ vs أكثرُ مالٍ vs أكثرُ مالا

1. Frasa مالٌ أكثر yang merupakan frasa adjektif digunakan ketika kita hendak menjelaskan sifat harta.

Contohnya: أريد مالًا أكثر

Perkataan أكثر menjelaskan apa sifat harta yang kita hendak itu, iaitu saya mahu harta yang lebih banyak daripada ada yang ada sekarang.

2. Frasa أكثر مالٍ pula merupakan frasa idhafah, yang bermaksud "harta terbanyak".

Contohnya:
هو ذو مالٍ، وأكثر مالٍ يملكه كان من ميراثِ أبيه
Dia seorang yang berharta. Harta terbanyak yang dimilikinya adalah hasil dari peninggalan ayahnya.

3. Manakala frasa أكثر مالًا, perkataan مالًا di sini dinasabkan kerana tamyiz, iaitu bagi menjelaskan "apa yang banyak itu" ?

Contohnya: هو أكثر منك مالًا
Dia lebih banyak harta daripada kamu.

Seandainya saya kata هو أكثر منك sahaja, ayat ini tidak difahami, maka ia memerlukan tamyiz bagi menjelaskan maksud.
Peralatan Persekolahan
أنواع ( ما ) في اللغة العربية
@أبرز المعجبين
Peta asal Palestin
2024/05/02 04:21:46
Back to Top
HTML Embed Code: