T.me/notatazkirah

Rugi.
Jika masa yang diberi 24 jam sehari
Tapi tak satu detik pun digunakan utk beribadat kepada Allah.

Rugi..
Jika buku ilmiah bertimbun dibaca
Tetapi satu mukasurat pun tak sempat membaca Al Quran.

Rugi..
Jika kawan punyalah ramai di facebook, twitter ,instagram dll.
Tetapi tak satu pun mengingatkan kita kepada Allah.

Rugi.
Jika harta menimbun tak habis dimakan
Tetapi tak satu pun disedekah, dikongsi utk mereka yang memerlukan.

Rugi..
Jadi Hamba Allah tetapi lupa diri
Dari mana datang ke mana akan pergi..

Credit: Izzan Najian ✍️❀️
Salam Jumaat yg mulia.
Istiqamahlah selawat sahabat2ku.
T.me/notatazkirah

https://www.tg-me.com/kata_katanasihat

Selalunya apabila berlaku perselisihan faham..
Hati yang terguris..
Dendam..
Sahabat boleh bertukar menjadi musuh.

Aib akan tersebar, sudah tiada rahsia lagi.Hati akan puas bila aib dibuka satu persatu.

Kerana itu..
Sebaik mana pun kita berkawan, simpanlah aib dan amanahlah dalam rahsia persahabatan kerana prinsip diri.

Jangan tewas kerana bisikan syaitan.
T.me/notatazkirah

πŸ’Œ NOTA PAGI

Ada tiga tamu yang pasti akan datang, iaitu rezeki, takdir, dan kematian. Semoga rezekimu berkah, takdirmu baik, dan kematianmu Husnul Khatimah.

- Al-Habib Nabiel bin Fuad al-Musawa -
T.me/notatazkirah

Jangan meletakkan akal di belakang hingga kita bercakap tanpa berfikir akan akibatnya.

Keterlanjuran kata tak boleh ditarik balik kerana sudah melukakan hati sipendengar.

Semoga kita dapat menjaga lidah kita.
T.me/notatazkirah

πŸ’Œ NOTA PAGI

'' Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati yang rosak''

- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -
T.me/notatazkirah

Jangan sesekali meremehkan neraka. Jangan jadikan neraka bahan gurauan dengan kata-kata, β€œApa der hal! Masuk neraka kejab jer. Last last masuk syurga juga kan, bro!” Ini adalah ucapan orang yang tidak beriman

- Muharrik Daie -
T.me/notatazkirah

Memilih diam itu lebih baik.
Bukan sombong ya.
T.me/notatazkirah

Hutang wajib dibayar.
Kita lihat orang yang suka pinjam duit sana sini, enjoy hidupnya.

Makan sedap-sedap, pergi melancong ada pula duitnya.Tapi bab nak bayar hutang kenapalah liat sangat.

Si pemberi hutang pula malu-malu, mengemis minta duit sendiri.Jadilah pemiutang yang bertanggungjawab, jangan terseksa di akhirat nanti kerana dek hutang tu.

#stressbabhutangniπŸ˜’
T.me/notatazkirah

Ada orang boleh memaafkan tapi tak boleh melupakan.
Ada orang tak boleh maafkan dan tak boleh melupakan.

Jadilah kita seorang yang pemaaf dan buanglah jauh-jauh apa yang lama terpendam kerana disakiti.

Hak orang untuk memaafkan atau tidak.Tapi ingatlah kita akan sama-sama susah di akhirat nanti jika hati kita sekeras batu.
T.me/notatazkirah

πŸ’Œ NOTA PAGI

Kenapa ucapan ulama yang ratusan tahun masih lagi disebut-sebut sehingga hari ini ?

Kerana ucapan itu terbit dari hati yang BERSIH dan IKHLAS.

#ustazwadiannuar
T.me/notatazkirah

Menimba ilmu dan menyampaikan ilmu ada adab-adabnya, dan sesungguhnya kedua-dua amalan ini amat dituntut dalam Islam.

Bertawaduklah dalam menuntut ilmu, semoga apa yang dipelajari  mendapat berkat dan rahmat Allah SWT.

Berdakwahlah tanpa jemu.
Jangan kecewa kiranya dakwahmu tidak disukai.

Ingatlah kamu melakukannya kerana Allah..
Ditulis apa kebaikan dan kejahatan yang kamu lakukan.

Berlapang dadalah, kita semua sama di sisi Allah, tanpa mengira darjat dan pangkat.

Dunia hanya pinjaman.
T.me/notatazkirah

Kita kena tahu, apa yang kita buat pada orang ni kadang impact dia besar sangat dalam hidup orang tu. Hilang trust, hilang sayang, hilang macam-macam. Kita tak rasa, sebab bukan kita yang hadap

Cr; eyrafazliera (tiktok)
#Share
T.me/notatazkirah

Jika ibu sakitkan hati kita, apa yang perlu kita buat?

Senyum, doa, dan istighfarlah.
Balaslah dengan senyuman dan kata-kata yang lembut.

Apalah sangat sakit hati kita itu dibandingkan dengan sakit dia ketika melahirkan kita dulu.

#motivasidakwah
T.me/notatazkirah

πŸ’Œ NOTA PAGI

Jangan terlalu memikir kenapa orang tak suka kita.Susah nak puaskan hati semua orang, dan kita tak boleh nak paksa orang suka kepada kita.Yang perlu kita fokuskan pada orang yang sentiasa ada, ikhlas dan tak berpura-pura.
T.me/notatazkirah

πŸ’Œ NOTA PAGI

Sesusah mana pun hidup kita di dunia, itu sebenarnya tak sampai pun satu hari di akhirat.

- Ustaz Mohd Salleh -
T.me/notatazkirah

Bila kita rasa sedih, kecewa, susah atau berputus asa, cuba ambil sedikit masa melihat insan-insan lain di sekeliling kita. Sangat ramai yang sedang berjuang dalam meneruskan kehidupan masing-masing.

Jika kita diberikan rezeki kesenangan namun tiada rezeki anak, ada mereka di luar sana yang diuji anak yang tidak sihat dan memerlukan penjagaan rapi yang tentunya memakan kos tinggi, masa serta tenaga yang banyak.

Jadi nikmat mana lagi yang kita mahu dustakan?

***ilustrasi berdasarkan gambar tular di media sosial. Semoga dipermudahkan segala urusan 🀲🏻

#ArtworkByArtortoise #ArtortoiseMY #ujian #nikmat #syukur
T.me/notatazkirah

Mengapa kita sering melakukan dosa?

Kerana jika tidak kerana dosa, nescaya manusia akan merasa bangga dengan amal solehnya.

Itulah sebab terkadang seorang hamba tergelincir jatuh ke dalam dosa, untuk menghancurkan hatinya yang mulai sombong, dirinya yang mulai bertambah ujub,

Sehingga akhirnya dia kembali menyedari bahawasanya dia bukanlah apa-apa tanpa pertolongan dan rahmat Tuhannya.

- Bahagian Agama & Kaunseling BAKA JIPS PDRM -
2024/05/22 00:28:44
Back to Top
HTML Embed Code: