Telegram Web Link
#MF24

Dengan pantas dia menoleh ke arah suara amat dikenalinya.

" auntie " dia berlari mendapatkan Aulia yang membawa barang penuh di kedua dua tangannya.

Belum sempat mereka berpelukan. Marcus telah selamat mendarat di atas badan Aulia.

Dengan pantas dia bangun semula. Aulia tidak puaa hati. Boleh terbatal puasa dia hari ini gara-gara wuduk terbatal. Mungkin.

" perempuan sewel. dah la berdiri tak nampak orang. "

Aulia mula naik berang. " eh malaun kau yang salah. macam budak kecik ke berlari dalam rumah. kau ingat ni stadium ke tempat untuk kau berlari. "

" suka hati aku lah rumah aku kau sibuk kenapa? " walaupun marah namun hati dia terdetik untuk mengenali perempuan itu. cantik juga tapi mulut takda insurans.hampehh punya perempuan.kalau kau single takpe boleh usya sikit kalau dah ada suami hye hye bye bye je laa.ehh jap apa kau cakap ni Marcus. Ukhti tu.

Tangan dilambaikan di depan Marcus.
" helo? dah puas tenung aku? tenung macam nak tembus je dinding "

" ingat kau tu tetamu " Marcus terus berlalu pergi. William terus digendongnya. Tujuan dia untuk menidurkan anak tersebut. Dia lebih suka habiskan masa dengan budak kecil berbanding berbahaa dengan perempuan tidak dikenali itu.

" dasar jantan tak guna."
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
The Tengku's Wife | 5
#ttwbab5

- warning! -

NAK melayang rasanya melihat senyuman nakal Haqeem. Mohon lah Haqeem tidak menjatuhkan denda padanya. Dia terlupa ingin menurut perintah Haqeem.

"Pa- Pakai, eh tak. Eh pakai- pakai." Tergagap - gagap mulut Hayra menuturkan ayat. Bibir bawahnya dikemam rapat tatkala tangan jejaka di hadapannya ini melingkari pinggang rampingnya.

"Jujur sayang," ujar Haqeem perlahan. Rahang isterinya dicengkam lembut. Pantang betul dia kalau isterinya berani menipu.

"Tak pakai. Sorry Haqeem. Saya terlupa. Hihihi. Janganlah marah please." Hayra membuat muka comel sambil jari peace ditayangkan.

Haqeem mengigit bibir bawah. Nak marah pun tak boleh sebab Hayra ni comel sangat. Dia mengusap kepala si isteri.

"Lain kali pakai nya. Bahaya kalau tak pakai," nasihat Haqeem. Seatbelt si isteri ditarik.

"Okay." Hayra tersengih kelat. Sengaja dikerdipkan kelopak mata buat jejaka itu beberapa kali.

"Jangan okay saja, buat juga." Hayra mengangguk laju.

Haqeem menggelengkan kepala. Tangannya kembali memegang streng kereta. Laju minyak pedal kereta ditekan.

───── A N G E L K I N G ─────

ANAK mata Aqilah melilau mencari teksi di persekitaran sekolah. Agak susah untuk mencari teksi pada petang ini. Tambahan pula di kawasan sekolah.

"Panasnya." Dahi Aqilah mula berkerut hebat tatkla matahari semakin meninggi. Teriknya memancar pada wajah putih Aqilah.

Aqilah bangun dari bangku yang di dudukinya. Dia berjalan menuju ke lorong yang tak pernah dilalui mana-mana pelajar. Nak atau tidak terpaksa lah dia lalu lorong tersebut.

Bibirnya bergetar tatkla melalui lorong tersebut. Habis meremang bulu romanya. Meskipun sekarang matahari masih memancarkan sinaran namun sepi yang terhasil dari lorong itu buatkan dia takut.

Prak!

Tertelan air liur Aqilah ketika telingannya menangkap bunyi kaki manusia di belakang. Hatinya usah dikatakan, berdegup kencang.

Tanpa menoleh ke belakang, larian pecut terus dibuka. Bahagian atas tudung sekolahnya dilipat ke dalam. Peduli apa kalau awning tudungnya tidak jadi. Yang penting keselamatannya sekarang perlu diutamakan.

"Kejar perempuan tu cepat." Serentak dengan suara garau, derapan kaki mula mengejarnya.

Apalagi Aqilah dibuatnya, memang lari tak cukup tanah lah jawabnya.

Buk !

Entah mana silapnya, kaki Aqilah tersadung lalu kepalanya mencium kayu yang menghalang lariannya.

"Auch!" Bibir Aqilah mengaduh perlahan. Kepalanya yang terhantuk pada kayu diusap seketika. Sakitnya noh.

Aqilah perlahan bangkit semula meskipun kakinya terasa sakit. Dia melirik sekilas ke arah lelaki- lelaki yang mengejarnya.

Membulat anak matanya apabila melihat lelaki yang tidak dikenalinya kian mendekat. Belum sempat dia membuka langkah, lengannya dikelar oleh seseorang.

"Woi nak lari mana hah!?" Jerkahan lelaki itu betul-betul menampar gegendang telinga Aqilah.

Sakit telinga gadis itu mendengar. Silap hari bulan, boleh tuli telinganya. Kalau jerkah jauh- jauh tu takpelah juga. Ni jerkah dengan jarak yang dekat. Mana tak sakitnya telinga. Dah lah, lengan mulut lelaki ini berbau seperti longkang. Erk mamat singa ni tak gosok gigi ke apa?

"Ma- mana ada saya lari." Aqilah terus merentap lengannya. Kepalanya dipusingkan bagi menatap wajah yang berani menyentuh lengannya. Wajah para lelaki di hadapannya sekarang ini seperti dalam lingkungan umur 20 tahun. Nampak mereka ni muda lagi.

"Berani betul kau lalu jalan ni nya?" Lelaki yang memegang lengannya tadi menyoal dirinya.

"Eh mestilah. Lagipun lorong ni bebas untuk semua." Dengan penuh keberanian mulut Aqilah membalas pertanyaan lelaki ini.

Aqilah menekup mulutnya sendiri apabila menyedari yang dia terlanjur kata. Ha sudah! Macam mana ni? Aduhai mulut ni. Tak reti nak cover langsung.

Lelaki yang berada di hadapannya menjongketkan kening. Kepalanya disengetkan seketika bagi memandang wajah pucat Aqilah. Matanya menilik atas bawah tubuh Aqilah yang tampak seksi meskipun gadis itu memakai baju sekolah yang labuh dan longgar. Bibirnya tersenyum sinis. Terus tubuh Aqilah didekati.
"Baru aku perasan, kau ni cantik juga. Body pun nice. Kalau aku rasa ni boleh juga," ucap lelaki itu. Pandangannya pada Aqilah sekarang bukan lagi menyinga. Malah raut wajahnya diseleputi nafsu yang kian memuncak.

Aqilah yang perasan dirinya didekati terus mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Tangannya menggenggam erat tali beg sekolahnya. Hatinya mula berasa kurang enak. Pelbagai bayangan buruk mencemari fikiran sihatnya.

Pap!

Tersenyum sinis remaja di hadapannya ketika belakang tubuh Aqilah tersandar di dinding. Tepat dengan situasi, tangan lelaki itu menekap di sebelah kanan dan kiri kepala Aqilah.

"Saya minta maaf. Tolong jangan apa-apakan saya," pohon Aqilah cukup sayu.

Lelaki itu tersenyum keji.

"Why sayang?" Rahang Aqilah diusap lembut sebelum dicengkam kasar. Tangan kasar lelaki itu mencabut tudung sekolah yang dipakai Aqilah lalu dicampak jauh.

Aqilah terkedu. Bibirnya bergetar ketakutan.

"Beautiful girl with nice body," puji lelaki itu. Ikatan rambut Aqilah dilepaskan.

"Your smell, hmm." Jejaka itu menghidu wangian yang terbit daripada rambut Aqilah. Wangian yang buatkan nafsu lelakinya terjentik.

Belum sempat jejaka itu ingin meneroka leher jinjang Aqilah, tubuhnya ditarik dari belakang.

Buk!

Wajah jantan yang menyentuhnya tadi menjadi tempat tumbukan seseorang buatkan jejaka itu terdorong beberapa tapak ke belakang.

"Apasal dajjal sangat perangai kau, hah bangsat!?" Jerkah seseorang. Beberapa tumbukan padu dimuntahkan pada lelaki-lelaki yang menganggu Aqilah.

Bam!

Jejaka 'syaiton' yang menyentuh Aqilah terjelepok lemah di atas tar jalan. Aqilah tersentak lalu mengundurkan diri ke belakang. Takut dirinya diapa - apakan lagi.

"Syameer, tolong aku." Aqilah memusingkan kepalanya ke belakang. Matanya sedikit terbuntang melihat seorang lagi jejaka menghampirinya.

"Tutup aurat kau yang terdedah." Sejurus dengan ucapan itu, jejaka yang digelar dengan nama Syameer meletakkan sesuatu di atas kepala Aqilah. Kepala Aqilah diusap lembut.

"Jangan lari. Stay sini budak," Tegas Syameer memberikan arahan tatkala irisnya menangkap yang tubuh Aqilah ingin berganjak pergi.

Aqilah hanya mengangguk kepalanya laju. Walaupun dia tak kenal siapa dua jejaka ini, arahan tetap arahan.

Syameer terus meluru ke arah Zareef yang sedang bergelut dengan samseng jalanan. Terus dihayunkan laju kaki panjangnya pada wajah sempurna lelaki itu.

"Arghh!" Mengerang kuat lelaki itu dengan tindakan Syameer sebentar tadi. Rahangnya terasa pedih gara- gara makan sepakan maut Syameer.

Buk!

Tubuh lelaki itu ditendang kuat oleh Zareef. Kakinya laju merapati jejaka itu yang sudah dilemparkan ke arah dinding.

Raut wajah manusia itu dikerling sekilas sebelum bibirnya mendecit perlahan. Cukup decitan itu didengari makhkuk tuhan yang berdepan dengannya sekarang.

"Kalau aku nampak kau ganggu perempuan itu lagi, hati- hatilah nya. Hidup kau mungkin tak akan aman," bisik Zareef perlahan. Kolar baju lelaki itu dipegang kemas.

Berubah pucat air muka bangsat tersebut ketika Zareef membisikkan ayat yang terselit seribu makna. Jarinya menggeletar kuat serentak dengan degupan jantungnya tika ini.

Zareef melorek senyuman sinis. Sengaja telapak tangannya melekap pada dada lelaki ini kejap sebelum ditarik kembali.

"Hmm takut?" Soalnya agak sinis.

Zareef menelan air liurnya kesat. Tangan beruratnya mengempal penumbuk. Ditumbuk kuat perut jejaka itu tanpa belas kasihan.

"Jadi, apa tunggu lagi?! Bawalah geng kau blah dari sini!" Jerkah Zareef. Seraya dengan jerkahan itu, kakinya menendang beberapa anak buah bangsat yang terbaring kesakitan.

Dengar saja jerkahan Zareef, kelam kabut mereka membuka langkah. Meskipun mereka ramai, namun aura gelap Zareef buatkan bulu roma mereka merinding. Mahu tak mahu terpaksa mereka mengangkat kaki pergi.

"Jalan tu kalau laju boleh, sikit tak?!" Kalau tadi Zareef yang menjerkah mereka, sekarang suara Syammer pula yang melengking.
Meremang habis bulu- bulu pada tubuh Aqilah tatkla mendengar tengkingan Syameer. Pada waktu yang sama, dia tertanya- tanya juga. Tak sakit ke anak tekak tu bila menjerit, tengking dan jerkah bagai tu?

Hilang saja bayangan tubuh yang mengganggu gadis tadi buatkan Zaref menghela nafas lega. Tubuhnya dipusingkan ke belakang bagi melihat seraut wajah yang dia selamatkan tadi.

Hujung bibir Zareef ternaik seketika bilamana dia dapat lihat betapa suci dan bersihnya wajah gadis ini. Entah kenapa, riak gadis ini buatkan hatinya tenang.

"Kau okay? Ada cedera mana- mana tak?" Penuh prihatin Syameer melemparkan soalan. Ditelek tubuh langsing Aqilah dari atas hingga bawah.

Aqilah menggelengkan kepalanya sekilas. Bibirnya terherot ke tepi sewaktu soalan Syameer menerobos gegendang telinganya. Terasa dilindungi oleh kedua jejaka ini.

"Alhamdullilah. Syukur kau tak apa-apa." Syameer meraup wajahnya yang beriak kegembiraan. Kalimah syukur tidak berhenti - henti lepas dari mulutnya.

"Kalau kau cedera bagitahu je. Nanti aku bawa pergi hospital," ucap Syameer sambil tangannya mengelus kepala gadis yang dilindungi blazer hitamnya. Gadis kecil ini pula hanya membiarkan usapan tersebut. Sekadar mengusap kepala saja, bukannya berbuat apa pun.

Anak mata Aqilah yang asyik memerhati tindak tanduk Syameer, tiba- tiba irisnya tanpa sengaja menyinggah pada seorang lelaki yang lama berdiri bersebelahan dengan jejaka ini.

Zareef hanya menggariskan senyuman nipis. Buat pertama kalinya, dia senyum sebegitu buat insan yang diselamatinya. Tak pernah seumur hidupnya lorek senyuman nipis hatta senyuman sinis pun jarang. Bukan jarang, langsung tidak pernah.

Aqilah tersentak. Senyuman jejaka itu dibalas dengan senyuman kekok. Agak segan juga dia senyum sebegitu.

"Meer. Jom balik." Lelaki itu bersuara dan mengajak kawannya yang leka mengusap kepala Aqilah.

Syameer memandang Zareef kejap sebelum matanya dikalihkan pula pada wajah Aqilah.

"Kau balik dengan siapa?" Ditujukan soalan tersebut buat Aqilah.

"Jalan kaki."

"Kalau macam tu, baliklah dengan kitorang berdua. Kawan aku hantarkan kau," pelawa Syameer. Bahu Zareef ditepuk- tepuk perlahan.

Aqilah mengigit bibir. Separuh hatinya ingin menerima pelawaan dari lelaki itu. Namun separuh lagi hatinya enggan terima. Dan buat seketikanya dia keliru.

"Hey kau okey?" Syameer memetik jari halusnya depan mata Aqilah yang tampak gelisah. Risau dia melihat gadis ini.

"Jangan takut, okey? Kitorang berniat baik. " Seperti dapat membaca kegelisahan Aqilah, Syameer mengatakan niat yang tulus dan ikhlas dari hatinya. Sangat ikhlas. Langsung tidak berniat ingin mengapa - apakan gadis ini meskipun Aqilah mempunyai rupa paras yang elok.

Mendengarkan itu, Aqilah tak angguk, tak juga geleng. Hanya bisu menjadi jawapan. Dia masih teragak- agak ingin menerima pelawaan tersebut atau tidak. Malahan pula, dia tidak mengenali kedua- dua jejaka ini.

Zareef hanya sekadar membantu. Wajahnya tidak terbias sebarang emosi. Hanya melihat Syameer memujuk gadis ini sahaja. Mata helangnya meliar segenap tempat tersebut sebelum melekat kearah sesuatu yang terdampar di atas tar jalan.

"Apa dia tu?" Gumam Zareef seraya mencapai 'sesuatu' tersebut. Kening tebalnya terangkat sesaat tatkala memandang barang tersebut. Pantas tangannya membelek barang yang seakan tudung sekolah. Matanya dipincingkan kecil apabila melihat lencana tersebut. Kepalanya dipanggung.

"Tudung sekolah kau?" Soal Zareef. Dihulurkan tudung labuh itu kepada gadis genit ini.

Aqilah mengangguk laju. Dia mengambil tudung sekolahnya lalu dikibas. Dia ingin menyarungkan tudung pada kepalanya tapi kehadiran Syameer dan Zareef membantut niatnya.

Seakan memahami apa yang bermain dalam fikiran Aqilah, Zareef memusingkan tubuhnya bersama tubuh sepupunya. Mata cantinknya menatap dinding yang dipenuhi contengan.

"Apa kau ni?" Lengan Zareef dicubit oleh Syameer buatkan jejaka mengeluh perlahan. Dijeling tajam wajah sepupunya. Suka hati mak dia je cubit aku.
"Pakai lah tudung tu dulu." Perintah Zareef menyebabkan Syameer mengangguk perlahan. Kenapa tak cakap awal- awal? Tak adalah tangannya gatal mencubit Zareef.

Laju Aqilah menyarungkan tudung sekolah pada kepalanya. Anak tudungnya memang dia tak pakai. Hilang entah ke mana pun dia tak tahu.

"Dah."

Lekas Zareef dan Syameer memusingkan tubuhnya kembali. Senyuman manis tergaris pada bibir Syameer, namun tidak bagi Zareef. Jejaka itu hanya terangguk kecil.

"Lencana sekolah kau sama dengan lencana kitorang. Kau pelajar Silver School?"

Aqilah diam sesaat. Soalan Zareef dibalas dengan anggukan kecil.

"Baguslah. Kitorang sekolah situ. Jadi kau tak perlu risau. Aku setiausaha pengawas sekolah. Dia ni ketua pengawas. Tengok lencana kitorang." Syameer menunjukkan tali leher yang dipakainya. Jelas terlambang logo Silver School di situ. Dan Aqilah juga perasan bahawa baju yang mereka pakai berwarna biru menandakan mereka ialah pengawas sekolah.

"Jadi macam mana? Kau nak ikut kitorang balik tak?" tawar Zareef bagi pihak Syameer. Dia tak gila lagi nak tinggalkan gadis ini keseorangan.

Aqilah mengangguk tanpa merasa was- was sedikit pun. Percaya dengan kata- kata kedua jejaka ini. Lagipun mereka berdua nampak baik walaupun muka dingin semacam.

Tambahan pula, mereka ada mengatakan bahawa mereka satu sekolah dengannya. Jadi rasanya tak perlulah dia rasa bimbang.

Ting...

Bunyi notification masuk buatkan langkah mereka bertiga terhenti. Zareef menjeling Syameer apabila menyedari bunyi tersebut datang daripada temannya itu.

Syameer sengih tidak bersalah. Dia mengangkat bahu perlahan sebelum menghidupkan iPhone nya.

Bibir jejaka itu mencebik ketika membaca message yang baru masuk beberapa minit yang lalu. Dirinya mengeluh perlahan tatkala menerima pesanan terakhir daripada mamanya.

Syurga .
- Jangan lupa beli udang dengan sotongnya. Anak mama sayang yang tolong belanjakan.


Berkerut sedikit dahi Syameer kala ini. Boleh habis duit dia asyik taburkan pada mamanya. Suka sangat pakai duitnya. Nak tegur pun tak boleh sebab mama kandungnya sendiri. Bertabahlah.

Memang puasa lah dia nanti. Kerap sangat guna duit kerja.

"Kenapa Meer?" tegur Zareef apabila tiada respon daripada Syameer. Sepupunya itu sedari tadi merenung skrin telefon pintar sendiri.

"Aku tak boleh pergi village lah petang ni. Mama mintak tolong aku," ujar jejaka itu bersama keluhan. Zareef hanya senyum nipis sebelum menggeleng perlahan. Faham sangat dengan perangai mak su dia tu.

"Takpe. Hazwan ada."

"Kalau macam tu aku balik dulu lah." Baru saja ingin membuka langkah, Syameer teringatkan gadis yang diselamatinya tadi. Dia menepuk dahinya kuat.

Gadis yang berdiri tidak jauh darinya hanya memandang dengan riak yang takut. Syameer senyum. Kakinya bergerak menghampiri tubuh genit tersebut.

"Aku ada hal. Kau bolehkan balik dengan kawan aku ni?" tanya Syameer sambil tangannya menepuk bahu Zareef. Jejaka itu hanya kekal diam.

"Ermm..." Aqilah menepi.

Syameer senyum manis. Tangannya naik mengelus kepala Aqilah perlahan. Aqilah tidak menghalang malah semakin menundukkan kepalanya. Tubuhnya sedikit mengigil apabila bau maskulin yang terbit dari tubuh Syameer. Wangi je.

"Tak apa. Jangan takut. Kau balik je dengan dia okey?" Syameer senyum nipis.

Syameer terus meninggalkan Aqilah dan Zareef di situ. Zareef memusingkan tubuhnya memandang wajah suci Aqilah. Melihat daripada pemakaian dan wajah gadis ini, Aqilah tampak seperti polos dan pendek orangnya.

"Jom ikut aku."

───── A N G E L K I N G ─────

KERETA diberhentikan ketika sampai di rumah yang tak besar namun cukup luar bagi Zareef. Jejaka itu membuka seatbelt yang melekap penuh di tubuh sasanya. Irisnya mengerling insan yang duduk tegak di sebelahnya.

Mata bulat itu tidak henti dari memerhatikan keadaan rumah tersebut buatkan kening Zareef terjungkit. Macam bukan rumah dia pula. Pelik semacam pandangannya.

Aqilah membuang pandangannya ke arah Zareef setelah memastikan yang ini betul- betul rumahnya.

"Erm thank you," ucap Aqilah seraya menundukkan kepalanya tanda hormat terhadap ketua pengawas tersebut.
Zareef angguk. Matanya mengerling
keadaan di luar kereta itu. Jalannya agak lengang dan tiada orang yang berkeliaran di situ. Mungkin hari ingin malam agaknya. Muncul perasaan bimbang sekiranya dia terus meninggalkan Aqilah.

"Aku teman kau sampai ke pintu rumah eh?" tawar Zareef selari membuka pintu keretanya. Jejaka itu keluar dari perut kereta sambil tangannya mengacak rambut yang menutupi mata.

Baru saja Aqilah ingin halang, Zareef sudah turun terlebih dahulu. Gadis itu mengeluh seketika. Kalau Zareef temannya sampai ke depan muka pintu, memang masaklah dia.

Aqilah membuka pintu kereta. Dia berjalan menghampiri Zareef yang sedari tadi memandang suasana di kawasan tersebut. Dahi licin jejaka itu berkerut- kerut.

"Erm jom," ajak Aqilah. Dia mengorak langkah mendekati pintu rumahnya yang tertutup rapat. Sempat irisnya menjeling ke arah sebuah kereta yang berada dalam garaj. Hujung bibirnya naik sedikit melihat nombor plat kereta mewah tersebut. Macam pernah nampak. Tapi di mananya?

"Cantik kan rumah saya?"

"Haah. Cantik rumah mak bapak kau." Suara maskulin Zareef memecahkan lamunan Aqilah. Lantas Aqilah berpaling ke arah jejaka yang berdiri tegak di sebelahnya. Wajah yang tiada perasaan itu hanya menatapnya dengan kening terangkat.

Sempat lagi mamat ni menyindir aku. Tumbuk nanti, bersepai gigi.

"Kenapa? Puji pun salah ke?" tanya Zareef. Kakinya mengundurkan setapak ke belakang.

"Tak salah. Jomlah masuk." Aqilah terus menolak sliding door dan bolos ke dalam rumah. Zareef yang berada di belakang hanya membuntuti tanpa kata.

Apabila menapak kakinya ke dalam rumah, Aqilah menuju ke dapur. Belum sempat kakinya menyentuh kawasan dapur, suara seseorang memetir kuat. Laju kepalanya menoleh ke arah empunya suara tersebut.

Mati terus senyuman manisnya tadi ketika raut wajah bengang abangnya memenuhi kornea mata. Bergetar tubuhnya kala ini.

"Hai adik," sapa Arief. Bibirnya menguntum senyuman palsu. Mana taknya, adik perempuannya bawa pulang lelaki kut. Membaralah hatinya ini. Kalau Aqiel tahu, memang meletop habis rumah ni.

"Erk abang..."

| tbc...
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
The Tengku's Wife | 6
#ttwbab6

HANYA senyuman kelat beraja di bibir nipis Aqilah tika ini. Perasaan takut menghentam dirinya. Tak mampu dia mengeluarkan aksara yang dapat mengubah fikiran abang kembarnya. Jejaka itu masih berpegang dengan kata- kata Aqiel bahawa kaum lelaki sangat berbahaya untuk dikenali atau dijadikan sahabat. Mahu tak mahu Aqilah menelan pernyataan mereka berdua.

Arief menjegilkan mata cantiknya ke arah Aqilah. Sempat lagi jelingan maut diberikan buat jejaka di sebelah adiknya itu. Ergh.

"Siapa ni?!" soal Arief dengan nada mendatar. Halkum jejaka itu bergerak- gerak. Rahangnya menggeletuk kerana menahan amarah yang sedang membuak- buak. Kalau ikutkan bicara hatinya, ingin saja dia heret Aqilah ke biliknya.

Sungguh, dia kurang senang jika kalau Aqilah membawa pulang lelaki lain selain dia dengan Aqiel. Bukan kurang senang, tapi dia langsung tak selesa jika ada kaum Adam mendekati satu- satu adik perempuannya.

"Se- senior Aqilah..." Tergagap- gagap Aqilah membalas pertanyaan abangnya. Matanya bergetar ketika menatap wajah dingin tersebut. Tak perlu katakan sepenuhnya, lihat iris helang yang dimiliki oleh abangnya juga mampu buatkan tubuhnya mengigil.

"Kau kan -" Baru saja Arief ingin mengelar lengan Aqilah, tubuhnya ditarik ke belakang. Arief memusingkan tubuhnya. Raut wajah permaisuri hatinya memenuhi kornea mata. Bibir Arief menghasilkan decitan kasar ketika menatap wajah syurganya. Lekas dia menjauhkan tangannya dari menyentuh lengan Aqilah.

"Kawal kemarahan tu Arief," tegur puan Nadhirah. Kuat tangannnya menggenggam buku lima Arief. Dia tahu Arief inginkan Aqilah selamat dalam jagaannya. Tapi jejaka itu terlalu mengawal anak daranya. Sampaikan segala kerja khusus yang melibatkan diri dengan lelaki pun disekat.

Arief menolak isian pipi dengan penuh perasaan yang bercampur baur. Ini lah yang paling dia lemah. Dia tak suka pengarang jiwanya turut serta dalam masalah antara Aqilah dengan dia.

"Mama ni kenapa?!" Naik sedikit suara jejaka itu. Dia menarik tangannya dari genggaman puan Nadhirah secara kasar. Matanya mengerling wajah Aqilah dan lelaki di sebelahnya itu dengan tajam. Tanpa membuang masa, langkah dibuka dan dibawa ke arah biliknya.

Puan Nadhirah mengeluh kesal. Anak bujangnya itu pasti merajuk dengannya. Pantang ditegur sedikit terus tarik muka dan berlalu pergi. Penat dia melayan kerenah Arief yang bertentangan dengan perangai kembarnya, Aqiel Ridrean. Jejaka itu lebih kepada membisukan mulut apabila dia campur tangan.

"Maafkan anak mak cik. Dia memang spesies begitu. Jangan dilayan sangat." Zareef hanya menjatuhkan kepalanya sekilas. Dia faham kenapa abang Aqilah berkelakuan sebegitu. Niat jejaka itu pasti hanya satu sahaja. Ingin menjaga Aqilah daripada bergaul dengan kaum adam. Faham sangat dengan riak jejaka tersebut.

"Tak apa, mak cik. Salah saya juga sebab menonong masuk dalam rumah ni tanpa kebenaran." Lembut suara Zareef meminta ampun. Senyuman nipis di bibir jelas menaikkan ketampanan yang dimiliki olehnya. Dia menundukkan tubuh sedikit tanda kemaafan dek perbuatannya yang telah bangkitkan kemarahan seorang abang.

Puan Nadhirah mengulum senyum melihat kesopanan yang dipamerkan oleh senior Aqilah ni. Wanita tua itu menjatuhkan kepalanya.

"Mama, dia ni ketua pengawas kat sekolah Jannah," tutur Aqilah. Jari telunjuknya dinaikkan sedikit dan menghala ke arah tubuh tegap Zareef.

Terpempan puan Nadhirah mendengar butir kata dari anak daranya. Wow, bukan biasa- biasa anak perempuannya ni dapatkan lelaki. Terus dikebasnya ketua pengawas. Sudahlah sopan, hensem pula tu. Yang ni tak perlu isi borang untuk menjadi menantunya pun, dia dah setuju. Ceh, miangnya ibu.

"Ketua pengawasnya?" soal puan Nadhirah inginkan kepastian. Lekas Zareef mengangguk sekilas. Bibirnya hanya melorek senyuman manis. Segan pula dia dengan puan Nadhirah. Entah kenapa. Mungkin puan Nadhirah merupakan ibu kepada gadis yang diselamatkannya tadi. Itu rasanya pelik semacam.

Hai Zareef, takkan lah dah terjatuh hati dengan gadis pendek tu? Cepat betul perasaan ni. Set dalam minda yang kau ni dingin.
"Saya balik dulunya. Saya ada hal dengan sepupu saya." Zareef meminta izin. Tak boleh dia lama di sini. Tercari nanti ibunya ke mana dia pergi. Sudahlah Syameer tak maklumkan lagi pada ibunya. Jejaka itu sibuk mencari bahan di pasar raya.

Puan Nadhirah angguk perlahan. Adoi, baru je nak ajak makan sama. Tapi tak apalah Nadhirah. Lain kali jelah. Sibuk sangat Zareef ni.

"Baiklah. Hati- hati di jalan. Terima kasih hantar anak mak cik." Zareef mengukir senyuman nipis.

"Sama- sama. Saya minta izin dulunya," ujar Zareef selari menundukkan kepalanya tanda hormat pada puan Nadhirah. Usai itu, dia membuka langkah ke keretanya.

Hilang saja bayangan Zareef, Aqilah membuang pandangan pada mama kesayangannya yang sibuk menghantar pemergian Zareef. Dah kenapa mama dia ni? Berkenan dengan ketua pengawas tu ke?

"Mama dah kenapa?" sergah Aqilah. Bahu puan Nadhirah ditepuk perlahan bagi menarik perhatian mamanya. Ralit sangat tenung kereta mewah itu keluar dari perkarangan rumah.

"Eh kamu ni. Terkejut mama. Jangan sergah macam tu boleh tak? Mahunya mama pengsan nanti macam mana?" getus puan Nadhirah. Kepala anak perempuannya diketuk kuat. Geram betul. Main sergah saja.

Ketukan dari mamanya nyata menimbulkan keluhan sakit dari celah bibir Aqilah. Gadis itu meringis perlahan. Jari kecil je tapi ketukan tu mainkan peranan betul. Rasa macam kena ketuk dengan besi.

"Apa mama ni? Sakitlah," ringis Aqilah seraya menggosok kepala sendiri. Wajah wanita berumur itu dikerling tajam. Suka hati dia je ketuk kepala orang.

"Mengada. Kena sikit dah mengada. Dah, mama tak nak kamu bunyi suara lagi. Pergi menagih kemaafan daripada abang kamu tu. Merajuk sudah dia. Nanti ndak ada siapa mau layanin keranah manja kamu lagi. Hanya lembu saja yang mau layan," perli puan Nadhirah. Langsir ditarik menutupi tingkap rumahnya. Sejurus itu, setapak langkah dibuka berjalan menghampiri dapur namun laluannya dihalang oleh anak gadisnya. Luas anaknya membuka kangkang bagi menutup jalan yang dia ingin lalui.

"Apa lagi kamu mahu, sayang?" tanya puan Nadhirah. Nafas berat dilepaskan pada wap udara. Tatapan tajam anaknya dibalas dengan pandangan maut. Tak makan saman betul Aqilah ni. Suka hati cempedak kau je halang jalan. Potong kaki tu baru tahu.

"Macam mana nak pujuk abang Arief, ma?" tanya Aqilah bersama keluhan kecil. Pasti susah nak pujuk abangnya. Lagi- lagi Arief tu jenis panas baran.

"Mana lah mama tahu." Tanpa pedulikan Aqilah, puan Nadhirah terus memasuki ruangan dapur. Memang tolak saja tubuh anak gadisnya yang sibuk menutup jalan. Biarlah si kecil itu mahu bising, peduli apa dia?

Aqilah mendengus perlahan. Inilah yang paling dia anti. Memujuk abangnya tanpa sebarang bantuan. Arief tu bukan yang jenis termakan pujukan. Ambil berapa hari jugalah nak bagi hati jejaka itu sejuk semula.

───── A N G E L K I N G ─────

SAMPAI saja di pasar raya, troli yang mempunyai empat roda dikeluarkan dari tempat asalnya. Sepenuh tenaga tangannya menolak troli tersebut memasuki pasar raya.

Kakinya tak henti berjalan sehingga kasut sukannya terpahat betul- betul di depan barang basah. Apalagi, memang dia buat muka ketika matanya disapa dengan bahan- bahan memasak. Sungguh terlalu banyak produk sehingga mengaburi matanya. Tak tahu mana satu halal, mana satu haram.

"Shit! Bahan sama je tapi pelbagai jenama," rengusnya. Batang hidungnya dipicit kejap. Pening dia melihat isi peti sejuk tersebut. Susah ni nak buat pilihan. Terpaksalah dia mencari mana satu yang halal. Maklumlah, empunya tubuh memang tak pernah jejak kaki ke dapur melainkan kelaparan yang tak terhingga. Tu pun sekadar makan roti dengan telur.

Miskin betul makanan. Sedangkan lahir dari keluarga berada. Nak jimat punya pasal konon. Hakikatnya tak ada kemahiran dalam memasak.

"Bermula dari nuget ayam 2 paket dan burger daging 4 paket," ujarnya seiring dengan perbuatan. Makanan yang keluar dari mulutnya itu lah yang dia ambil dan letak dalam troli.

Setelah itu, beberapa biji bawang putih, cili, lobak merah dan habis semua dicapai. Meskipun barang tersebut tiada dalam senarai. Tak peduli dah.
Merasakan troli sudah penuh, dia menolak menggunakan kakinya menuju ke arah satu tempat yang seperti menempatkan lampin bayi.

"Ni kut tempat lampin bayi," desisnya seraya menyebakkan rambutnya yang sedikit kebasahan akibat dari peluh yang merinik di tubuh sasanya. Jersi yang tersarung di tubuhnya melekap penuh sehingga menampakkan isi dalamnya. Meskipun jersi jejaka itu berwarna hitam pekat, namun apabila dibasahi dengan peluh automatik serasa seperti tak memakai apa- apa.

Lagi risau kalau dia pakai baju sekolah. Mujur dia sempat tukar sebelum datang ke sini. Sebabnya Malaysia ni panas sangat. Nasib dia simpan jersi dalam beg sekolahnya.

"Adoi, apa yang susah sangat nak cari lampin bayi ni?" gerutu Syameer. Matanya nak terjuling melihat saiz lampin bayi. Seriuslah? Ada ke panjang 42cm? Bayi mana yang besar sangat tu?

Perlahan tangan Syameer mencapai sebungkus lampin bayi. Dahinya berkerut seribu apabila matanya dihiasi dengan perkataan 'non wings' di bungkusan tersebut. Dah upgrade eh lampin bayi sekarang? Siap ada sayap sekali. Nak terbang gi mana lampin woi?

"Biar betul? Boleh lah aku beli untuk adik aku ni. Selalu budak Haneera terlepas hajat. Bila dah kepak- kepak macam ni, memang dalam ni je dia akan membuang," bisik hati Syameer. Bibirnya menguntum senyuman. Kuat tangannya menggenggam bungkusan tersebut tanpa mengetahui isi dalamnya.

Sedang Syameer ingin mengambil lebih banyak lagi, bahunya terlanggar dengan seseorang buatkan bungkusan di tangannya terjatuh. Tak kurang dengan itu, tubuh yang dia langgar pun turut jatuh tapi dalam keadaan bersimpuh.

Lagi malang bagi pihak gadis itu, barang itu menghempap kepalanya. Serentak itu, mulut gadis itu mengaduh perlahan.

"Weh sorry." Laju mulut Syameer meminta maaf. Resah mukanya melihat gadis itu mengusap kepala dek barang yang terlepas dari tangannya terjatuh atas kepala insan tersebut.

Baru Syameer ingin mengambil barangnya, gadis itu terlebih dahulu memegangnya. Berdiri tegak terus tubuh Syameer kala ini. Hatinya sudah membisik perkara yang negatif. Mungkinkah gadis itu ingin melemparkan barang tersebut padanya? Ha sudah. Tolong jangan buat begitu. Aku tak sengaja bah.

"Budak, tu barang aku. Boleh kau bagi?" pinta Syameer seraya duduk mencangkung di hadapan gadis itu. Keningnya terangkat bilamana gadis itu masih lagi tidak menunjukkan mukanya. Adakah gadis ini malu ingin menatap dirinya ataupun dia kurang tampan? Rasanya dia memang dah tampan.

"Er hello?" tegur Syameer sekali lagi. Kali ni dia cuma menggamit perhatian gadis itu dengan memetik jarinya. Mana tahu dengan cara ini, gadis itu akan panggung kepala.

Tepat tekaannya. Gadis itu benar- benar mengangkat kepala lalu mata gadis itu berlaga dengan matanya. Terdiam kejap Syameer apabila tertala dengan iris gadis itu. Subhanallah, cantik betul warna matanya, begitu juga dengan wajahnya. Putih melepak.

"Apa pandang- pandang?"

Teguran gadis itu nyata menggamit Syameer ke dunia sebenar. Demi apa dia ditegur kasar macam ni? Hm cantik memang cantik. Tapi kasar sungguh suaranya.

"Siapa pandang kau? Perasan!" Lekas Syameer membalas demi menutup malunya. Bibirnya mencebik seketika. Telapak tangan dipamerkan pada gadis itu.

Berkerut kening insan di hadapan Syameer tatkala jejaka itu menyangkan tangan sendiri. Apa mamat ini mahukan? Ingin membantu dia berdiri ke?

"Jangan harap saya benarkan awak tolong saya berdiri!" ujar gadis itu seraya merengus kecil.

Terus berlapis dahi Syameer dengan kerutan. Apa benda gadis ini mengarut? Sejak bila dia terdetik ingin membantu gadis ini?

"Kau dah kenapa? Aku nak barang aku tu. Lagipun siapa juga nak sentuh kau. Muka je cantik tapi perangai hm hampeh," sinis Syameer selari merampas barang yang berada di dalam genggaman gadis itu. Muka mengejek terbias pada wajahnya. Nampak sangat gadis ini terlalu perasan diri. Dia tunjuk telapak tangan pun dah kata ingin menolongnya. Memang macam ni ke pemikiran gadis yang selalu perasan?

Merah habis wajah gadis itu apabila Syameer menyinisnya. Bibir nipisnya dikemam rapat untuk mengurangkan rasa malu yang bersarang di jiwa.
Syameer terus menegakkan batang tubuhnya. Bebola matanya berputar apabila gadis yang dia menyinis masih lagi duduk bersimpuh dan mengusap kepala sendiri. Sakit sangat ke?

"Girl, boleh berdiri tak?" tanya Syameer. Mula timbul perasaan risau dalam dirinya.

"Boleh kut..." Sedaya upaya gadis itu berdiri keseorangan. Sudah Syameer tawarkan diri untuk membantu, namun ditolak baik oleh gadis genit tersebut.

Mata Syameer sekadar melihat kaki gadis itu menapak pada lantai dan perlahan berdiri dengan sebaiknya. Kekok gadis itu menggariskan senyuman.

"Kau...okay?" Lembut pertanyaan Syameer menerjah pendengaran gadis buatkan mata cantik itu menatap dirinya.

"Okay, terima kasih."

Syameer memberikan anggukan kecil. Setapak langkah dibuka namun suara gadis tadi membantutkan pergerakannya.

"Ya?" Kening Syameer terjungkit seketika.

"Untuk ibu awak?" tanyanya selari jari telunjuk gadis itu terarah pada bungkusan yang berada dalam troli.

"Hm yang mana, girl?"

"Yang bungkusan jatuh atas kepala saya tadi la..."

Syameer terdiam kejap. Matanya menghala pada bungkusan 'lampin bayi' yang menjadi pilihannya. Yang itu kah gadis ini maksudkan? Bukan kah itu lampin bayi? Tak akan lah gadis itu tak perasan? Aku tak perlu tengok nama pun dah tahu tu lampin bayi. Tengok saja bentuknya yang lembut.

"Kau kenapa? Tu lampin bayi lah. Tak kan lah untuk ibu aku? Ingat ibu aku ni kecik lagi ke?" perli Syameer selari menjeling gadis tereebut. Berapa kali dah dia menang dalam berbahas mulut dengan gadis ini? Well, ini Syameer Fakhri lah. Apa pun kemenangan mesti berpihak padanya walau apa pun terjadi.

Terkatup seketika mulut gadis itu mendengar penjelasan daripada Syameer. Terguris hati dengan sindiran Syameer? Tak langsung. Bahkan hatinya digeletek dengan perasaan lain. Ingin mengetawakan Syameer.

"Awak fikir tu lampin bayi?!" tanya gadis itu sedikit lantang sehingga perhatian orang ramai tertumpu pada mereka berdua. Gadis itu mula tersenyum- senyum. Giliran dia pula mengenakan jejaka yang kuat memerli orang ini. Muka je tampan macam setiausaha pengawas sekolahnya. Tapi perangai hm, lebih kurang seperti dirinya.

Syameer menggarukan dahinya yang tidak gatal. Pandangannya dibuang menoleh manusia yang berada di sekelilingnya. Semua kaum hawa memberikan reaksi yang berbeza- beza. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih dan ada yang menggelengkan kepala. Adakah semua reaksi ini tertuju pada dirinya atau gadis ini?

"Kenapa kau ni?" tanya Syameer dengan perasaan geram. Kornea matanya kembali dihiasi bungkusan yang dikatakan 'lampin bayi' tadi. Rasanya dia dah betul. Ini memang lampin bayi tapi kenapa ramai memandangnya seakan apa yang dia katakan adalah palsu.

"Ini dikatakan lampin bayi? Seriuslah cik abang? Rabun ke atau memang tak boleh bezakan?" sindir gadis itu cukup sinis mengundang ketawa insan di sekelilingnya. Senyuman senget tergaris pada bibir mungilnya.

"Itu tuala wanita cik abang."

Dam!

Terus darah menyerbu wajah tampan Syameer ketika mendengar kenyataan tersebut. Keras lidah Syameer kala ini. Patutlah ramai yang ketawakan dia, rupanya dia tersilap meneka. Aduh, malu la dia kalau mukanya terpapar di media sosial dek tidak dapat membezakan mana satu tuala wanita dan lampin bayi.

"Betul ke apa yang minah penguin ni cakap, mak cik?" Tak puas hati lagi, Syameer melemparkan soalan pada wanita yang sudah menjangkau usia darinya. Jarinya ditunjukkan pada bungkusan tebal tersebut.

"Betul, nak. Benda yang kamu pegang ini merupakan tuala wanita yang khas buat kaum hawa yang didatangi darah haid. Bukan lampin bayi. Rupanya langsung tak sama," jelas mak cik tersebut seraya melakar senyuman manis buat Syameer.

Syameer menjatuhkan kepalanya beberapa kali tanda faham. Maklumat baru padanya. Rupanya, selama ini ibunya menggunakan tuala wanita untuk menampung darah haid yang keluar. Ingat ke ibunya memakai tuala sebagai halangan daripada darah keluar.
"Tak tahu lagi ke?" Pertanyaan gadis itu buatkan Syameer menoleh ke sisi. Dia menjeling gadis itu sebelum kembali pada trolinya. Tangannya memaksa dirinya untuk menolak troli tersebut setelah meletakkan bungkusan tuala wanita ke dalamnya. Tak apa lah. Anggap dia hadiahkan untuk ibunya.

"Kita seri kan? 1-1. Am I right, cik abang?" jerit gadis itu dari belakang diselangi dengan tawa mengejek.

Perjalanan tetap Syameer teruskan meskipun ketawa dan suara itu menyakitkan. Bukan gadis tersebut seorang yang mengetawakan dirinya, ramai lagi yang satu kepala dengan minah penguin itu.

Sebelum dia bayar, sempat lagi dia mengambil bungkusan lampin bayi yang sebenar. Banyak kali juga dia pastikan adakah ini bungkusan lampin bayi atau sebaliknya. Tak kurang itu, habis semua kaum hawa disoal siasat olehnya. Tak mahu ditimpa malu lagi akibat tidak bertanya.

"Seri tak seri, kalau aku jumpa kau memang habis- habisan kau kena dengan aku, penguin jadian," desis hati Syameer. Tangan membentuk penumbuk. Tak apa. Mungkin hari ni hari kau. Tapi mana tahu, hari yang akan datang ialah hari aku. Markahtetap akan dikira.

1 lawan 1 dan markahnya ialah seri. Ergh, pertama kali namanya jatuh gara- gara tersilap meneka. Malunya.

─────  A N G E L  K I N G  ─────

PRIT!

Bunyi wisel menghentikan pergerakan seorang pengawas sekolah yang mempunyai pangkat naib setiausaha. Jejaka itu automatik memaksa tubuhnya menuju ke tepi padang walaupun berat. Namun, dia harus sedar masa berlalu dengan pantas. Hanya berbaki 40 minit lagi sebelum azan Maghrib berkumandang.

"Damn it! Panasnya," keluh Hazwan seraya mengibas baju sukannya. Tangannya naik untuk membenarkan helaian rambut ke belakang. Melekap habis baju sukan ini pada tubuhnya dek peluh yang merinik keluar. Hari ni, entah mengapa cuaca begitu panas berbanding hari sebelumnya. Dugaan betul.

"Iskandar, aku balik dulu."

Panggung kepala terus Hazwan ketika suara garau menyentuh gegendang telinganya. Wajah teman sekelasnya dan juga merupakan teman dalam kumpulan bola sepak memenuhi kornea matanya. Berlipat dahi jejaka itu merenung dirinya.

"Awal kau balik, Zif."

Qhazif mengangguk perlahan. Erat dia memegang tali beg supaya barang dalamnya tak mencium rumput. Mendatar wajahnya tika ini dek menahan kepanasan dan berat pada bahu. Hidung mancung disentuh lembut tatkala tersedut bunga halus yang berterbangan.

Melihat jawapan temannya itu, mata Hazwan meliar sekeliling. Ingin memastikan semua ahli bola sepak beredar terlebih dahulu sebelum dia membenarkan Qhazif pulang ke destinasi yang menjadi pilihan jejaka itu.

Hening.

Nampaknya semua memang kelelahan pada hari ini sampaikan kawasan padang itu kosong. Biasanya, ada dua tiga pelajar akan melepak namun pada hari ni, langsung tiada. Fuh luar biasa.

"Semua ahli dah beredar ke?" tanya Hazwan inginkan kepastian daripada Qhazif.

Jejaka itu mendiamkan diri seketika sebelum membalas jawapannya. Sempat lagi bahu yang lenguh diregangkan. Nak terputus uratnya mengangkat beg berat ini. Mahu saja dia mencampak ke dalam laut tapi tak dapat teruskan kerana ada hadiah ulang tahun tunangnya.

"Dah. Tak sempat aku tegur lagi, terus diorang balik," respon jejaka itu. Matanya mengecil kerana menangkap mulut pengawas sekolah itu terbuka sedikit. Mungkin jejaka itu terkejut kerana sebelum ini tak pernah ahli bola sepak pulang awal. Biasanya bila kena ugut, baru menjadi.

Penatkan jadi orang atasan dalam kumpulan bola sepak ni. Pasal reputasi dalam bermain, kesihatan, kehadiran ahli bola sepak semestinya dia dan Hazwan kena uruskan selain guru bola sepak. Mujur saja Hazwan tidak merungut dan jejaka itu cekap dalam mengurus hal sebegini. Jadi kuranglah kepenatan dia. Kerjanya hanya memberi arahan supaya pemain menepati masa ketika latihan diadakan dan memaksa mereka pulang lebih awal setelah habis melakukan latihan.
Walaupun ada yang tak puas hati, dia dan Hazwan tetap tidak peduli. Memang jejaka itu pantang sekiranya ada pelajar yang tidak balik awal. Katanya, mereka akan terlepas Maghrib kalau masih melepak di padang. Kenyataan Hazwan buatkan Qhazif memandang tinggi ke arahnya. Tak dinafikan lagi, Hazwan memang layak dijadikan pengawas sekolah dan ketua bola sepak. Lihat saja ketegasan jejaka itu dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Tak pernah disiakan.

"Hm, kalau macam itu, kau baliklah." Mendengar kata- kata Hazwan, Qhazif mengulum senyuman lebar. Alhamdulillah, hari ni dia sangat bernasib baik. Jarang sekali dia dapat kebenaran pulang awal. Sempat lah nak sediakan apa yang patut untuk majlis ulang tahun tunangnya.

"Terima kasih, Hazwan."

Hazwan mengangguk sekilas.

Langkah besar terus dibuka dan Qhazif terus menuju ke kereta mewahnya. Betapa terujanya dia hari ni sampaikan tak menoleh langsung ke belakang.

Setelah bayangan Qhazif hilang, Hazwan mengangkat punggungnya. Kakinya mula menyentuh rumput setelah lama merehatkan diri. Tangannya memegang kasut sukannya. Sakit dah tapak kakinya tatkala ingin menyarungkan kasut pada kaki. Memang kaki ayam lah dia menuju ke sportbike yang menapak elok dalam tempat parking. Tak apa lah. Ini semua dugaan. Itu lah, berangan sangat nak jadi pelajar sekolah menengah lagi kan?

Sampai saja di tempat parking, keningnya tercantum rapat. Berkerut hebat dahinya melihat helmetnya yang sudah bertukar tempat. Pantas dia mencapai helmet dan helmet kesayangannya dibelek. Ingin mencari sebarang kecacatan padanya namun yang dia jumpa ialah sehelai kertas berbentuk segi tiga.

"Siapa pula bagi surat cinta untuk aku ni?" tanyanya pada diri sendiri. Dia mengeluh perlahan. Helmet diletak kembali di tempat asal. Kasut sukannya disarungkan pada kaki setelah stoking sukan melindungi kakinya. Maaf Syameer, aku rembat kasut kau sekejap. Kasut sukan aku selalu hilang.

Helmet dicapai semula dan kertas itu diambil. Sekeping hati miliknya mendesak diri sendiri supaya membaca aksara yang tertulis. Lekas, anak mata mula melihat isi dalamnya. Terkaku keras tubuh Hazwan membaca ayat- ayat di dalam kertas itu. Terasa dunianya berhenti berputar tika ini. Bukan sekarang waktunya dia dan sepupunya harus bertindak!

| tbc...
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
hai. vote @daneeaish blh? thanks cinta 🤍

https://www.tg-me.com/moviepercoma/3179
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
2024/06/05 10:50:37
Back to Top
HTML Embed Code: