Telegram Web Link
@pedagangilmu

KENAPA TAKSUB SANGAT DENGAN HABIB UMAR ?

•••••••

Kita perlu tahu dulu apa maksud Taksub ni. Sebelum ni saya dah pernah share apa yang dimaksudkan dengan taksub ni. Taksub ni menghadirkan pemikiran sendiri dan memperendahkan pemikiran orang lain. Dan taksub ni datangnya dari rasa cinta. Bila dia terlalu cinta pada sesuatu sehingga dia sanggup merendah rendahkan sesuatu yang lain dari apa yang dicintainya itu. Seolah olah hanya pemikiran dia sahaja yang betul, apa yang dibuat itu betul dan yang dibuat orang lain salah. Sebab tu kita kena tahu apa beza cinta yang dikawal dengan taksub dan cinta tanpa kawalan taksub. Insya Allah nanti saya akan share tentang apa itu cinta yg dikawal taksub dengan cinta tanpa kawalan taksub ni.

Ok berbalik kepada life kami disini. Memang betul, kami duduk bersama Habib Umar, kami solat bersamanya, mendengar ceramahnya, melihat perilakunya seharian dan berbagai bagai detik moment bersamanya.

Tapi..

Bukan itu sebagai dalil / tanda untuk menghukum kami taksub dengan beliau bilamana kami seringkali post atau ceritakan tentang beliau.

Sepanjang perjalanan kehidupan kami bersamanya, tak pernah pun beliau memerintahkan kami untuk mengikutinya atau mengabaikan syeikh2 yang lain atau merendahkan orang2 lain.

Apa yang diajarkan hanyalah untuk mengenal Allah dan RasulNya. Serta mencintai Ahli keluarga Nabi, mencintai Sahabat2 , mencintai orang2 Soleh dan menghormati orang2 muslim.

Kemudian, jika ada orang yang bercanggahan pendapat dgn kami , jangan caci maki atau hina mereka. Kerana tidak layak kita sebagai hambaNya untuk mencaci atau merendah rendahkan makhlukNya.
Kepentingan kita bukan dengan mencari kesalahan sesama kita tapi kepentingan kita adalah dengan mencari hubungan dengan Tuhan kita. Mencari cintaNya dan keredhaanNya.

Betul kami muliakan beliau (Habib Umar). Kami muliakan seorang makhluk yang telah membawa kami untuk mengenal Pencipta Makhluk Yang Maha Mulia ﷻ . Dan tidak ada yang lebih mulia berbanding kemuliaanNya Allah Taala.

Wallahua’lam.

Habib Bagir Ben Yahya
@pedagangilmu

Orang beriman tidak akan meminta sesuatu melainkan untuk menjadikannya suatu tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

-Habib Umar Bin Hafidz-
Forwarded from Smart Tahfiz
“Bacalah Al-Quran sekarang walaupun hanya 5 minit sama ada dari mushaf atau dari telefon.

Sesungguhnya jika kamu tangguhkannya kamu akan sibuk dan terlupa dan berlalu sehari dan dua hari tanpa tilawah.

Berusahalah untuk membaca Al-Quran seperti mana kamu berusaha mengambil ubat yang padanya terdapat kesembuhan dan keselamatan.

Kata Uthman bin Affan :

“Aku tidak suka jika berlalu malam dan siang tanpa aku melihat kalamullah iaitu; membaca dari mushaf.”

- Sheikh Abdul Aziz Al-Shaya'.

@smarttahfiz
Forwarded from Smart Tahfiz
MENGHAFAZ DAN MEMEGANG GELAR AL-HAFIZ DATANG DENGAN TANGGUNG JAWAB SEUMUR HIDUP.

Bergelar al-Hafiz atau pelajar Tahfiz memang "Gah". Gelar ini seakan "magnet" yang mampu menarik penghormatan manusia dan menarik rezeki kepada pemegangnya.

Akan tetapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu "cerita dalaman" seorang al-Hafiz atau pelajar Tahfiz. Cerita mereka sangat berliku sebenarnya. Pilihan menghafaz al-Quran secara automatik mengubah laras kehidupan mereka sehingga mati.

Pernah suatu ketika tahun lepas, anak sulung saya yang menghafaz al-Quran di Maahad Integrasi Tahfiz Turath Selangor (MITTS) kehilangan motivasi dek sukar dan banyaknya sukatan menghafaz. Ditambah pula tuntutan mengulang kaji hafazan yang semakin berganda saban hari.

Dalam telefon, suara Ahmad Mujtaba jelas keresahan. Beliau mengadu kehilangan motivasi dan berasa serba tak kena. Di kala "rasa putus asa" sebegini menyerang, pelajar Tahfiz yang kurang perkasa mentalnya akan mengalah dan meninggalkan alam tahfiz. Habislah riwayatnya sebagai pelajar tahfiz.

Selepas meminta izin dengan pengetua, saya memandu ke sekolahnya di Sabak Bernam dan mengisi kuliah maghrib dengan perkongsian pengalaman sebagai seorang abang hafiz senior yang sudah hampir 21 tahun bergelumang dengan al-Quran.

Antara isi penting adalah:

Pesan saya kepada al-Hafiz dan AL-HABISS. ...

"Apabila sudah melangkah ke alam tahfiz....hidupmu sudah berubah. Engkau bukan lagi manusia biasa tetapi pemikul panji al-Quran sehingga akhir hayatmu."

"Kamu wajib selalu mengulang kaji hafazan. Kamu terpilih menghafaz al-Quran adalah suatu ni'mat...tetapi TERPILIH UNTUK KEKAL MENJAGA HAFAZAN SEHINGGA AKHIR HAYAT ADALAH NI'MAT YANG JAUH LEBIH BESAR. BAHKAN JIKA ANDA TERPILIH (HASIL USAHA KERAS ANDA), IA TETAP BUKAN MILIK ANDA KERANA ALLAH MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA..".

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada YANG MENDAHULUI (ORANG LAIN) DALAM BERBUAT KEBAIKAN DENGAN IZIN ALLAH. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata) (Fatir [35:32]).

FB Ust Abdullah Bukhari Abdul Rahim

@smarttahfiz
Forwarded from The Hifz Quran
Menghafal Al-Quran bukan kerana berkejar berapa lama kamu bisa menghafal 30 juz tetapi tentang sehingga mana kamu bisa istiqomah mengamalkannya.

@thehifzquran
Forwarded from The Hifz Quran
Dear Penghafal Al-Quran,

Jika orang tua kita dapat bersabar dalam mengurus kita, lalu kenapa kita tidak bersabar dalam menghafal Al-Quran?

Bukankah dengan hafalan ini kita dapat menghadiahkan mahkota dan pakaian kemuliaan kepada mereka di hari kelak nanti?

Al-Quran akan datang pada hari qiamat seperti orang yang wajahnya cerah. Lalu bertanya kepada penghafalnya:

“Kamu kenal saya? Sayalah yang membuat kamu terjaga di malam hari, dan membuat kamu kehausan di siang hari.”

Kemudian diletakkan mahkota kehormatan di kepalanya, dan kedua orang tuanya di beri pakaian indah yang tidak dapat dinilai dunia seisinya.

Lalu orang tua kita bertanya:
“Ya Allah dimana kami dapat pakaian seindah ini?” kemudian dijawab, “kerana anakmu belajar Al-Quran”.

Dan siapa yang menghafal Al-Quran, mengkajinya, dan mengamalkannya, maka Allah akan memberikan mahkota bagi kedua orang tuanya dari cahaya terangnya seperti matahari.

[HR Thabarani dalam Al-ausath 6/51, dan disahihkan Al-Albani]

[HR Hakim 1/756 dan dihasankan Al-Albani]

@thehifzquran
Forwarded from The Hifz Quran
Korang,
Pernah tak rasa camni?

Kita dah tahu sesuatu dosa,
tapi susah betul kita nak tinggalkan?

Dah faham betul perkara tu salah,
tapi fikiran kita meracau
Mencari-cari juga jalan untuk berbuat dosa

Lalu kita pun keliru

“Bukankah dosa itu meresahkan?”
“Bukankah dosa menghalang cahaya ketenangan?”
“Bukankah dosa itu tidak indah?”

“Kenapa aku masih mencari?”
Seolah ketagih...

Kau sedang berperang
Yang sedang sulit untuk dimenangi
Yang sangat rahsia antara kau dan Robb sahaja

Apa yang aku mahu katakan
T.e.r.u.s.k.a.n u.s.a.h.a

Layan rasa bersalahmu setiap kali dosa itu berulang
Buat ke sekian kali

Jika rasa bersalah masih ada
Kau masih punya kelembutan
Yang Tuhan kirimkan
Untuk menyelamatkanmu

Jangan sampai rasa ‘gelisah akibat dosa’ itu pudar
Semakin jauh dibawa angin dosa yang sepoi-sepoi bahasanya

Biarkan tubuh kita menggeletar
Saat ketagihan dosa itu datang
Biarkan dosa itu tertulis kecil atau besar
Hati tetap amat peduli
Kerna bukan itu ukurannya

Bukankah dosa kecil juga boleh membawa jejak ke gerbang neraka?
Jika tidak sempat kau pintakan ampun

Kau akan menderita barang sebentar
Kerna tubuh dan pemikiranmu yang dahagakan dosa
Sedang iman berjuang untuk meninggalkan

Tapi kau perlu ingat;

Penat beramal akan hilang, tapi pahalanya tetap kekal

Seronok ma’siat pasti berlalu,
tapi dosanya kekal dalam hitungan yang Satu.

Aku bersama kalian.
Yang masih terjatuh namun bangkit yang tidak berhenti.
Yang meniti dosa namun selepas itu bercucur tangis takut.
Yang merasa sepi saat tiada teman menghulur pesan. Pesan dalam warkah keimananan.

Aku mendoakan kalian.
Kerna aku juga begitu.
Kita usaha sama-sama ye

@thehifzquran
@pedagangilmu

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐛𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐬𝐚𝐡,𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐫𝐨𝐛𝐛𝐢𝐦𝐮 𝐤𝐚𝐫𝐞𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐣𝐮𝐤,𝐩𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫 & 𝐨𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐣𝐚𝐫𝐚𝐛

~𝐇𝐚𝐛𝐢𝐛 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐟𝐢𝐝𝐳
@pedagangilmu

Kadang² untuk belajar Adab, kita perlu keluar dari suasana kebiasaan kita.

Ya Tarim Wa Ahlaha
Forwarded from Smart Tahfiz (Akhi Lebai)
AKHLAK PARA HUBABAH

1. Bercakap apabila perlu.
2. Tidak membuang masa.
3. Sentiasa senyum apabila tetamu bertandang ke rumah.
4. Selalu bagi yang terbaik kepada orang lain.
5. Selalu bercakap/berdoa perkara yang baik.
6. Sentiasa ada siwak di tangannya.
7. Sangat mencintai ilmu dan para ilmuwan.
8. Sangat kuat beribadah.
9. Masih solar berdiri walaupun sudah lanjut usianya.
10. Sentiasa menggembirakan kanak² dengan memberi gula² (memang wajib ada gula² di dalam beg hubabah).
11. Sentiasa fokus pada orang yang sedang berkata-kata.

"Tidaklah seseorang di tambah umur oleh Allah, kecuali agar bertambah ilmunya, kecintaannya dan kedekatannya kepada Allah."

- Al Habib Umar bin Hafidz -
@pedagangilmu

Wajah Wajah Penuh Cinta?

Ilmu yang memberi manfaat itu adalah ilmu yang menambahkan rasa takutmu kepada Allah,
Ilmu yang menambah celik mata hatimu terhadap keaiban dirimu,
Ilmu yang menambahkan ibadahmu kepada Allah,
Ilmu yang mengurangkan kasihmu kepada dunia,
Ilmu yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memelihara dirimu daripadanya,
Dan ilmu yang menampakkan kepada kamu segala tipu helah syaitan."

[Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali]
@pedagangilmu

Tujuan utama ilmu ialah kenal Allah. Ini no wahid. Islam ajar begini.
.
Sebut pada anak “ayah/ibu hantar sekolah ni untuk Along kenal Allah. Untuk cinta Allah dan Rasul. Nanti Allah sayang Along.”
.
Kalau ilmu itu tak ajar kenal Allah, carilah tempat lain. Carilah ilmu lain.
.
Bukan hantar ke sekolah untuk ada ilmu sebab nak masuk universiti. Bukan sebab masuk universiti dapat gaji tinggi. Bukan sebab dapat gaji tinggi boleh hidup senang.
.
Bukan.
.
Kalau inilah sebabnya akan lahir generasi taksub pada kebendaan. Ada fikrah maddiyah. Jauh dari Allah.
.
Lahir generasi berpenyakit wahan. Takut mati.
.
Kalau inilah tujuan ilmu akan muncul generasi berbangga tok tok dengan bidang mereka. Mereka saja yang hebat.
.
Mereka saja yang bagus. Orang lain salah belaka. Ilmu mereka lebih tinggi. Bangsa pilihan mungkin.
.
Sebab tu lahir geng bergulung ijazah, berbiji biji rumah, berbuah buah kereta tapi kecilkan agama. Walaupun mulut sebut Allahu Akbar, tapi yang akbar tu perkara lain. Bukan Allah lagi.
.
Ada yang sanggup pertikai sunnah nabi. Tanya mana sains nya sunnah nabi itu. Sahabat tidak pernah persoal kenapa nabi larang bernafas dalam air ketika minum air. Tidak ditanya mana sains nya.
.
Tidak ditanya juga mana sains nya bila benamkan sayap lalat yang satu lagi dalam air. Mereka ikut. Patuh. Hari ini baru ada kajian tentang hal ini.
.
Sains itu bagus. Tapi ia bukan qat’ie. Sains berubah. Bergantung pada populasi. Bergantung pada zaman. Bergantung pada metodologi. Bergantung pada soalan yang ditanya.
.
Sains berkembang kerana ada soalan yang ditanya. Proses cari jawapan jadikan sains berkembang. Sains itu panduan selagi tidak bercanggah dengan dalil.
.
Agama berkembang kerana kepercayaan. Kerana kasih sayang.
.
Dulu telur punca kolesterol. Ini kata sains. Tapi sains juga kata tidak betul telur punca kolesterol. Sekarang puncanya ialah gula putih. Ini kata sains. Esok esok mungkin lain jadinya.
.
Jangan jadi seperti Sabda Rasulullah ini. Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah
telah bersabda (mafhumnya):
.
“Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
.
Ayah ibu, semak semula ilmu anak anak bantu kenal Allah tak? Kalau tak, gunalah masa yang ada ni untuk baiki semula.

Tq Dr Rizal
Kredit by kak lyn
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Part 2
Menuju Rumah Bersejarah Peninggalan Al Imam Ahmad bin Isa Al Muhajir. ( Keturunan Rasullah Saw pertama yg menduduki Negeri Hadhramaut - Yaman )
Dari beliau lah terlahir Anak Cucu keturunan Rasulullah Saw yg berasal dari Hadhramaut.

يا تريم و اهلها
@pedagangilmu

Pesan dekat diri sendiri :

Jangan pernah putus asa dalam menggapai impian dan cita-cita
Forwarded from Smart Tahfiz (Akhi Lebai)
Bukalah mushaf. Bacalah Al-Quran.

Ketika kita mula membaca Al-Quran, kita mula mencetak pahala dari pelbagai sudut dan keadaan.

Mata kita mendapat pahala kerana melihat ayat-ayat Al-Quran.

Lidah kita mendapat pahala kerana menyebut ayat-ayat Al-Quran.

Telinga kita mendapat pahala kerana mendengar ayat-ayat Al-Quran.

Otak kita mendapat pahala kerana cuba memahami ayat-ayat Al-Quran.

Hati kita mendapat pahala kerana cuba mendalami maksud ayat-ayat Al-Quran.

Orang-orang di sekeliling kita mendapat pahala kerana terdengar bacaan ayat-ayat Al-Quran.

Selamat pagi para pencinta Al-Quran.

Bacalah Al-Quran di awal pagi setiap hari. Kerana jika kita tidak dapat membaca Al-Quran di awal pagi, kita tidak akan dapat membacanya sepanjang hari.

FB Ust Khairul Anwar Basri

@smarttahfiz
Forwarded from Smart Tahfiz (Akhi Lebai)
3 Cabaran yang biasa dihadapi penghafaz Alquran.

1.Perasaan hilang yakin diri
perasaan ini perlu cepat² ditangani dengan kita sentiasa lihat sahabat² seperjuangan yang sudah pun hafiz quran,minta mereka kongsi pengalaman dan persamaaan situasi yang mereka hadapi sebeum ini .

2.Datang perasaan rendah diri
Randah diri atau Tawadhuk itu sifat yang bagus, namun bagi penghafaz Quran sifat jni jangan disalahkan ertikan sehingga melabelkan diri sendiri "aku tak layak" dan "aku tak mampu" untuk hafaz Quran, sedangkan Wahyu Alquran ini Allah turunkan sebagai Rahmat seluruh alam

3.Rasa penat dan putus asa
Selalu berdoa pada Allah agar sentiasa diberi kekuatan dan sentiasa tanam semangat kerjasa Ruh Jamaah samaada bersama keluarga atau kawan. Support each Other

FB akademi amalillah

@smarttahfiz
Forwarded from ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛ (⚘ TM)
AKHLAK PELAJAR YANG MEMBACA AL-QURAN KEPADA GURU

1️⃣ Sesiapa yang membaca Al-Quran dengan guru, hendaklah dia membaca dengan cara bacaan gurunya. Dia hendaklah menjaga adabnya ketika dia duduk di hadapan gurunya.

2️⃣ Dia hendaklah bersikap tawaduk dengan cara duduknya. Dia hendaklah duduk menghadap gurunya.

3️⃣ Sekiranya guru memarahinya dia bersabar. Sekiranya guru menegurnya, dia menerima teguran itu dan bersikap lemah lembut dengan gurunya itu. Dia hendaklah melahirkan rasa hormat kepada gurunya dan merasa malu dengannya.

4️⃣ Dia hendaklah membaca di hadapan gurunya beberapa ayat yang dia mampu. Seandainya gurunya memintanya berhenti maka hendaklah dia berhenti. Sekiranya gurunya meminta untuk menambahkan lagi ayat untuk dibaca hendaklah dia meneruskan bacaan.

5⃣ Dia seharusnya tidak merasa tertekan dengan orang yang mengajarkannya bacaan Al-Quran, sebaliknya bersikap merendah diri. Sekiranya guru mengajarinya, dia berterima kasih atas tindakan itu, mendoakannya serta menghargai jasa gurunya itu.

6⃣ Dia tidak bersikap melampau walaupun gurunya bersikap sedemikian. Dia menghormati guru yang menyampaikan bacaan kepadanya sepertimana gurunya juga menghormatinya.

7⃣ Dia hendaklah merasa malu terhadap gurunya walaupun guru tidak merasa malu terhadapnya. Kamu hendaklah membiasakan diri kamu menunaikan kewajipan kamu terhadap guru. Sudah semestinya guru mengetahui hak-hak kamu. Ini kerana ahli Al-Quran adalah orang yang baik, sedar dan penuh adab.

8⃣ Sekiranya dia hendak memperdengarkan bacaan kepada gurunya, dia tidak memotong bacaan yg sedang dibaca oleh gurunya sehingga gurunya selesai. Sekiranya dia mempunyai keperluan sedangkan guru mengharapkan dia membaca seratus ayat maka dia hendaklah membaca sehingga lima puluh ayat, kemudian dia memaklumkan selepas itu alasannya.

9⃣ Seharusnya dia duduk berhadapan dengan gurunya. Dan bukan menghadap orang lain. Sekiranya guru sedang sibuk dengan perbualan yang tidak dapat dielakkan pada masa itu, dia hendaklah memutuskan bacaan sehinggalah gurunya kembali memberi tumpuan kepada bacaannya.

🔟 Dia hendaklah mengulangi apa yang telah dibaca mengikut bacaan gurunya. Sekiranya dia suka untuk terus duduk bagi mengambil bacaan daripada guru lain, dia boleh lakukannya.

Dia hendaklah menggunakan akhlak yang mulia ketika dia hadir dan ketika dia beredar dari majlis sepertimana selayaknya akhlak ahli Al-Quran. Semoga Allah merestuinya ke arah itu.

Disusun oleh : Muhammadun Amin

Rujukkan : أخلاق حملة القرآن
https://www.tg-me.com/CoretanAmin

📚 www.tg-me.com/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
Forwarded from ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛ (⚘ TM)
AKHLAK GURU AL-QURAN SEKIRANYA DIA MENGAJAR MEMBACA KERANA ALLAH SWT

Muhammad bin Husain RH berkata : “Seharusnya bagi orang yang diberikan ilmu tentang kitab Allah, lalu dia suka untuk duduk di masjid membaca Al-Quran kerana Allah SWT, mengambil peluang daripada sabdaan Nabi SAW : “Sebaik-baik kamu ialah siapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”, seharusnya dia mempergunakan akhlak yang mulia yang menunjukkan kelebihan dan kebenarannya.”

1. Dia hendaklah bersikap rendah diri di dalam dirinya apabila duduk di dalam majlisnya dan tidak suka menonjolkan rasa bangga dengan dirinya.

2. Usahakan menghadap ke arah kiblat.

3. Dia merendah diri terhadap sesiapa yang mengambil bacaan Al-Quran daripadanya. Dia menerima dengan baik.

4. Sekiranya dia menyampaikannya kepada kanak-kanak kecil atau orang dewasa atau orang baru Islam atau orang kaya atau golongan fakir, maka seharusnya dia menunaikan hak dalam pembelajaran masing-masing. Sesuai kepada kemampuan orang yang belajar dengannya.

5. Tidak bercakap-cakap dengan orang lain ketika ada orang yang sedang membacakan Al-Quran dihadapannya.

6.Sekiranya dia mengajarkan Al-Quran, dia tidak mengajar dalam sesuatu pengajaran melainkan seorang sahaja dan tidak ada orang kedua bersamanya (memperdengarkan bacaan dengan serentak). Itulah yang lebih bermanfaat kepada semua. Adapun sekiranya dia menyampaikan cara bacaan, maka tidak menjadi satu masalah dia menyampaikannya kepada kumpulan yang ramai.

7. Seharusnya sesiapa yang dibacakan Al-Quran kepadanya, lalu si pembaca melakukan kesalahan atau tersilap, dia tidak memarahinya tetapi berlembut denganya. Dia tidak mencelanya tetapi bersabar. Muhammad bin Husain RH berkata : “Saya yakin sekiranya dia bersikap keras, pelajar akan lari daripadanya.

8. Seharusnya sesiapa yang mengajarkan Al-Quran yang agung, dia memelihara dirinya daripada memenuhi keperluan dirinya daripada orang yang belajar daripadanya. Dia tidak seharusnya mempergunakan khidmat mereka, tidak memberikan sesuatu kerja untuk dia lakukan. Sebaliknya sekiranya dia mempunyai sesuatu keperluan, dia memilih seseorang yang tidak belajar daripadanya melakukan sesuatu kerja untuknya. Sekiranya seseorang rakannya memenuhi keperluannya tanpa diminta maka dia bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memeliharanya daripada meminta-minta dan mengambil sikap yang hina pada pandangan manusia lain.

Disusun oleh : Muhammadun Amin

Rujukkan : أخلاق حملة القرآن
https://www.tg-me.com/CoretanAmin

📚 www.tg-me.com/MujahidHuffaz 🖌
@MujahidHuffaz
2025/10/26 10:14:58
Back to Top
HTML Embed Code: