Forwarded from Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup
Kata2 ni saya pegang sampai mati.
Sebaik-baik wali pasti punya dosa.
Sejahat-jahat pendosa pasti punya pahala.
Jadi kita hamba di mana sahaja.
Bukan di masjid kita HAMBA.
Di luar kita TUHAN.
Allah nilai AKHIR KITA. Bukan SIAPA KITA.
#dakwahmaksudhidup
#diarihuffaz

*5 gred solat*ππππ
π© *Gred E* π
Bila azan, buat tidak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya
π *Gred D* π
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.
π *Gred C* π
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
π *Gred B*
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.π
π *Gred A*
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.π
Apakah gred solat Kitaβ
Kalau exam kita nak gred A sokmo..
Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga π―insyaAllah benda lain pun πβ β Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat...

Forwarded from Smart Tahfiz
Nikmat terbesar bagi orang hafaz al-Quran ialah bilamana tiba-tiba dia kedengaran ada yang sedang membaca al-Quran, dengan senang hati dia boleh mengikut bacaan al-Quran tersebut. Nikmat yang tidak terungkap!
Cc: Twitter
@smarttahfiz
Cc: Twitter
@smarttahfiz
Forwarded from Smart Tahfiz
Orang yang tak baca Al-Quran hari-hari bukan sebab dia tak nak mengaji, tapi sebab Allah tak nak dengar suara dia.
-Syeikh Syed Muhaimin Ulama' Qiraat
Sentap π₯²
@smarttahfiz
-Syeikh Syed Muhaimin Ulama' Qiraat
Sentap π₯²
@smarttahfiz
Forwarded from Smart Tahfiz
ULANG QURAN
Nak ingat Quran kena banyak ngulang. Istiqamah baca setiap hari. Imam Bukhari ditanya sbb kuat ingatanya. Adakah dgn sbb makan apa2 supplement kuat minda dan mkananan yg membantu hafazan? Beliau mnjwb, "Keazaman yg tinggi kpd ilmu dan selalu melihat"
Abu Soleh al-Baghdadi menyatakan, "Kalaulah hafaz sesuatu dan blh ingat adalah dgn sbb ambil ubat atau mknan sudah tentu semua org yg berada/kaya mengalahkan kami dlm ilmu. Tetapi nk dptkan ilmu adalah melalui tabiat dan didikan.
Sesiapa yg tabiatnya suka menghafaz, maka hafazanya tidak dimudharatkan dgn apa benda yg dimakan. Sesiapa yg tk ada tabiat mengulang dan menghafaz, apa2 makanan dan rawatan tidak manfaat baginya.
Mula2 nak jadikan tilawah Quran dan ulangan Quran sebagai wirid harian terasa bebanan seperti bukit. Ngulang pada hari berikutnya rasa ringan sikit mcm pikul setengah bukit. Istiqamah dgn hal sedemikian, dihujung minggu terasa ringan mcm angin bahkan rasa seronok sehingga tk blh lg tinggal ngulang Quran setiap hari.
Cc: FB Ust Khairul Anwar

Pasak dalam hati, kita berjaya sebab Al-Quran. Lebih banyak masa kita bersama dengan Al-Quran, lagi berjaya kehidupan kita. Ini jaminan Allah, wajib yakin!
Mulakan hari dengan Al Quran.
@smarttahfiz
Mulakan hari dengan Al Quran.
@smarttahfiz
Forwarded from Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup
12 orang yg mendapat do'a Malaikat
1. Orang yg tidur dlm keadaan berwudhu._
2. Orang yg sedang duduk menunggu Sholat.
3. Orang yg berada di Shaf barisan depan saat shalat berjamaah.
4. Orang yg menyambung Shaf saat shalat berjamaah.
5. Orang yg mengucap "Aamiin" setelah imam membaca Al-fatihah.
6. Orang yg tetap duduk di tempat shalat nya sampa selesai shalat.
7. Orang yg melakukan shalat subuh dan ashar secara berjamaah.
8. Orang yg mendo'akan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yg di do'akan.
9. Orang yg ber-infaq._
10. Orang yg sedang makan Sahur.
11. Orang yg sedang menjenguk saudaranya yang sedang sakit.
12. Orang yg mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
"Sesungguhnya Allah para Malaikat nya, Serta semua penghuni langit dan bumi termasuk semut dlm lubang nya, dan ikan-ikan, sungguh semua mendo'akan kebaikan bagi orang-orang yg mengajari manusia." (HR. Tirmidzi)

Ψ¨Ψ³Ω
Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨ±ΨΩ
Ω Ψ§ΩΨ±ΨΩΩ
BAYAN SYURGA
1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.
2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.
3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.
4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.
5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)
~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.
6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.
7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.
8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.
9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.
10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.
11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.
12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.
13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)
14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.
15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.
16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.
17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'
18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.
Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.
19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.
20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"
Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.
Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.
21. Antara nikmat dalam syurga dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.
22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.
23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.
24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:
"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"
"Tiada apa-apa ya Allah."
"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."
Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.
Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.
Bakal Jenazah
#asbabhidayah #tbkundasang #iman #kasihsayang

Forwarded from πZawiyah Imam 'Ashim π
AHLUL QURAN YANG MUNAFIQ
Telah berkata Imam Az-Zuhdi :
"Jika kau melihat seseorang yang memelihara tajwid bacaannya dan mengelokkan suaranya yang merdu ketika ia membaca Al-Quran maka kau telitilah pula pada akhlak dan ibadahnya. Jika perkara itu selari dan sama dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran yang dibacanya maka ia seorang yang MUKMIN. Jika sebaliknya maka ia seorang yang MUNAFIQ."
Sabda Nabi s.a.w :
"Daripada Abdullah bin 'Amru dia telah berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w : Paling banyak orang munafiq dalam umatku ialah para qari".
(Abdullah bin Al-Mubarak : Az-Zuhd)
Dalam hadis lain baginda bersabda :
"Ali bin Abi Talib berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang
harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya."
(Riwayat Muslim)
Seorang ahlul Quran yang munafiq itu menjual ayat Al-Quran yang dipinjam dan diamanahkan oleh Allah s.w.t kepadanya hanya semata mengejar habuan dunia dan melupakan akhirat. Dia sukakan pujian dan tumpuan yang dimaksudkan kepada riak dan ujub. Ia suka dengan gelaran "Al-Hafiz", "Al-Qari", "As-Syeikh" atau seumpamanya padahal ia melalaikan bacaan Quran itu sebagai wirid hariannya dan tidak beramal dengan apa yang ia baca sepertimana yang digambarkan dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ali Imran ayat 188)
Dia juga berusaha untuk menonjolkan dirinya supaya dipandang dan dipertontonkan serta menagih pujian dan mengharapkan sanjungan manusia dalam keadaan dia melakukan maksiat di belakang manusia kerana ditakuti hilang segala apa yang dia harapkan. Secara tidak langsung dia terlepas pandang hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Dari Tsauban dari Nabi s.a.w baginda berkata : Sungguh aku mengetahui suatu kaum dari umatku datang pada hari kiamat dengan banyak kebaikan semisal Gunung Tihamah. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut menjadi debu yang bertebaran.β Tsauban berkata, βWahai Rasulullah, cuba sebutkan sifat-sifat mereka pada kami supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.β Rasulullah s.a.w bersabda, βAdapun mereka adalah saudara kalian. Kulit mereka sama dengan kulit kalian. Mereka menghidupkan malam (dengan ibadah) seperti kalian. Akan tetapi mereka adalah kaum yang jika bersepian mereka merobek tirai untuk bermaksiat pada Allah.β
(Sunan Ibnu Majah)
Hadits di atas semakna dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
βMereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak ridhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.β
(Surah An-Nisa ayat 108)
Inilah penipuan yang dilakukan oleh ahlul Quran yang fasiq yang mengejar dunia dan menipu itu adalah merupakan sifat utama orang munafiq dan tidak ada pada diri seorang Muslim sebagaimana sabda baginda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Daripada Safwan bin Sulaim sesungguhnya dia telah berkata, Rasulullah s.a.w telah ditanya, "Adakah mukmin itu boleh jadi penakut?". Baginda jawab, "ya". Kemudian ditanya lagi, "Adalah mukmin boleh jadi kedekut?". Baginda jawab, "ya". Kemudian ditanya lagi, "Adakah mukmin boleh jadi pembohong?". Baginda jawab, "Tidak".
(Malik bin Anas : Al-Muwatta')

Forwarded from Ψ|Ψ Mujahidin Huffaz Ψ|Ψ (Bintu Zaib)
Kita sebagai Huffazul Quran, tak kiralah alHabis atau alHafiz,
Cubalah untuk istiqamah murajaah. Memang agak sukar, tapi takpe.
Boleh mulakan dengan baca sambil tengok Al-Quran , untuk latih disiplin istiqamah dengan Al-Quran.
Belum terlambat untuk start over. Allah sentiasa pandang usaha kita π€
βBukan kita yang lupa Al-Quran, tapi kita yang dilupakan Al-Quran.β
Sifat Al-Quran ni mudah merajuk. Nak pujuk dia, kita kena banyakkan membaca.
Tak mampu baca tanpa tengok mushaf takpe,
Tapi bacalah sambil melihat mushaf.
Setidak-tidaknya ia akan melatih kita berdisplin , dan menambah rasa cinta terhadap Al-Quran.
Apabila lahirnya cinta terhadap Al-Quran, dan kita dah menjadi β kalihβ dengan Al-Quran, maka :
1οΈβ£ Kita boleh menghafaz semula juzukΒ² yang kita lupa tadi.
2β£ Tasmiβ dengan guru/ sahabat . Jangan syok sendiri.
3β£ Jaga kualiti berbanding kuantiti.
Ingat , meskipun kita sudah lupakan Al-Quran, kita tetap memegang amanah β Huffazul Quranβ . Fakta itu tidak pernah berubah.
Ψ§ΩΩΩΩ Ψ§Ψ¬ΨΉΩΩΨ§ Ω Ω Ψ§ΩΩ Ψ§ΩΩΨ±Ψ‘Ψ§Ω π€²π»
- Nur SyAfiqah -
π www.tg-me.com/MujahidHuffaz π
@MujahidHuffaz

Ustaz bagitau kenapa kita jadi malas solat, malas baca Al-Quran, malas mengaji, malas nak beribadah?
Sebab mata kita masih melihat maksiat. Telinga kita masih mendengar maksiat. Fikiran kita masih ingat pada maksiat. Tangan dan pancaindera kita yang lain masih lagi dengan maksiat.
Tengok movie nampak aurat orang juga tergolong dalam melihat maksiat. Apatah lagi video porno dan sebagainya, kata ustaz.
Bila kita bergelumang dengan maksiat, segala amal ibadah kita jadi malas. Liat nak bangun solat Tahajjud. Hidayah Allah pun susah nak sampai. Mengaji pun susah nak ingat dan susah nak faham.
Amal ibadah kita terhalang oleh maksiat dalam diri kita.
Selagi kita duduk dalam maksiat, selagi itu Allah akan menyempitkan hidup kita. π₯Ί
#bidadarisyurga

π¦π¬π¨π₯ππ πππ‘ π£πππππππ πππ‘ππ¦ π‘πππ ππ§π‘π¬π
Syurga adalah suatu yang benar adanya yakni kewujudannya thabit. Wajib kita beriman dengannya dan ia telahpun ada sekarang ini sepertimana yang difahami daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang sahih. RasuluLlaah ο·Ί pernah bersabda yang mafhumnya: βAku telah masuk ke dalam syurga dan daku dapati kebanyakan daripada ahli syurga adalah dalam kalangan fuqaraββ. (H.R Ibn Hibban).
Syurga terletak di atas langit yang ketujuh, namun lantainya tidak menyentuh langit yang ketujuh yakni ada jarak yang sangat jauh di antara keduanya, bahkan baginya lantai yang berasingan. Atap bagi syurga adalah Arasy Allaah.
Syurga ada lapan pintu. Di antara pintu-pintunya adalah pintu ar-Rayyan yang akan dimasuki menerusinya orang-orang yang berpuasa. Manakala orang yang gugur syahid di medan perang, mereka diberikan pilihan untuk masuk de dalam syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
Fizikal ahli syurga seperti bapa mereka iaitu Sayyiduna Adam ^alayhis salaam, tinggi mereka 60 hasta dan lebar jasad mereka 7 hasta. Manakala wajah mereka tampan seperti Nabiy Yusuf as-Siddiq ^alayhis salaam.
Yang mana dahulu ketika di atas dunia pendek, tidak lagi pendek di dalam syurga. Yang wajahnya hodoh, ketika di dalam syurga wajahnya bertukar menjadi segak, indah rupawan. Namun, mereka tetap dikenali dan dapat dibezakan berdasarkan tanda yang Allaah jadikan pada mereka.
SubhanaLlaah, ahli syurga saling menziarahi di antara satu sama lain. mereka berziarah sama ada dengan cara diterbangkan oleh katil-katil terbang atau dengan menunggang kuda yang dijadikan daripada yaqut merah dan sayapnya daripada emas. Katil-katil tersebut dijadikan daripada kepingan-kepingan emas yang bertatahkan batu zabarjad, permata dan yaqut. Ia sentiasa terapung.
Apabila ahli syurga ingin menaikinya, ia akan turun ke bawah, lalu dinaiki oleh ahli syurga dan ia terbang membawanya dengan qudrat Allaah menuju ke tempat rakan yang ingin diziarahinya tersebut. Katil tersebut akan turun betul-betul di hadapan katil rakannya itu, kemudian mereka saling berbual dan bersembang di atas katil masing-masing.
Credit Ust Mohd Sobri Ellias

π¦π¬π¨π₯ππ πππ‘ π£πππππππ πππ‘ππ¦ π‘πππ ππ§π‘π¬π π¦ππ₯π ππ
Ahli syurga kesemuanya berusia tiga puluh tiga tahun. Tiada bulu yang tumbuh di atas jasad mereka melainkan rambut di atas kepala, bulu kening dan bulu mata sahaja.
Makanan dan minuman yang mereka ambil tidak akan bertukar menjadi tinja dan air kencing, bahkan ia akan keluar dari jasad mereka dalam bentuk peluh yang wanginya semerbak kasturi tidak seperti peluh di dunia yang menyebabkan kotoran dan cemar.
Perkara-perkara yang jijik sewaktu di dunia tidak ada di dalam syurga. Kata ulama, tiada bagi mereka hingus dan tidak keluar daripada mereka mani.
Yang terakhir masuk syurga dalam kalangan ahli syurga akan dikurniakan kepadanya seperti dunia ini dan sepuluh kali ganda yang sepertinya sepertimana yang warid dalam hadith riwayat al-Bukhari.
Seorang dalam kalangan ahli syurga sekurang-kurangnya bagi mereka ada 10,000 daripada wildaanun mukhalladun yang sentiasa menjadi khadam kepada mereka. Mereka bukanlah dari jenis manusia, jin mahupun malaikat, Namun rupa mereka seperti anak-anak yang berumur 14-15 tahun.
Sebelah tangannya memegang dulang yang diperbuat daripada emas dan sebelah lagi memegang dulang daripada perak yang padanya ada gelas-gelas minuman. Rupa paras mereka ternyata menggembirakan orang yang melihat mereka. Segak dan putih seperti mutiara yang tersimpan.
Di dalam syurga penuh dengan cahaya yang bersinar cemerlang sehingga syurga tidak perlu kepada matahari dan bulan buat meneranginya. Tiada kegelapan walau barang sedikitpun, bahkan kadar malam dan siang di dalam syurga diketahui berdasarkan tanda yang Allaah jadikan di dalamnya.
Disebabkan itu, kekuatan pandangan bagi ahli syurga sangat hebat. Sehingga mereka dapat melihat sesuatu yang jaraknya 1000 tahun perjalanan seperti mereka melihat tapak tangan mereka. Jika mereka masuk ke dalam syurga dengan mata mereka di dunia, nescaya akan buta mata mereka tersebut disebabkan kehebatan dan kekuatan cahaya di dalam syurga.
Wanita ahli syurga, jika seorang dalam kalangan mereka memandang ke arah dunia ini, nescaya akan terang benderang di antara timur dan barat.
Di dalam syurga ada banyak pepohonan hijau yang sangat menakjubkan. Batang-batangnya diperbuat daripada emas. Pohon-pohon di dalam syurga apabila bergerak, ia akan menghasilkan suatu bunyi yang sangat indah; menggamit jiwa dan perasaan.
Tiada musim buah-buahan di sana, bahkan pada bila-bila masa ahli syurga mengkehendakinya, pasti mereka akan mendapatinya. Mereka tidak perlu bersusah payah memanjat pokok atau mencari galah untuk mendapatkan buah-buahannya, bahkan dahan-dahan pokok itu sebaliknya akan turun tunduk kepada mereka walaupun mereka sedang duduk atau berbaring, lalu mereka memetiknya. Setelah itu, dahannya akan naik semula dan akan dijadikan buah yang baru pada tangkai yang telah dipetik buahnya tadi.
Begitulah di antara nikmat-nikmat yang kekal abadi di dalam syurga..
Bersambung..

πΈ Program Dauroh Bacaan Kitab Turath, Muslimat sesi (57) , OGOS - SEPTEMBER 2022. πΈ
π‘Bertempat di: Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Seberang Pekan Sik, 08200 Sik Kedah
π Tarikh: 27/08/2022 hingga 23/09/2022 (4minggu)
# Tempat adalah terhad
# *Berumur 15-29* tahun dan yang masih *BUJANG ( Tak Pernah Berkahwin )* sahaja.
Sebarang Pertanyaan boleh cuba Nombor yang tertera di bawah ππΌ:
Urusetia Tok Cik Aminah : 013 598 2011
π©π»βπ» Wakil Pelajar: 011-35780214

Forwarded from Afifah Alwi
Cakaplah benda baik-baik, bukan untuk terlihat baik semata, tetapi kita nak orang lain percaya, masih ada orang baik-baik akhir zaman ni.
1. Terima kasih untuk setiap kebaikan.
2. Mohon maaf untuk segala kesilapan.
3. Alhamdulillah untuk segala nikmat.
4. Innalillah untuk segala ujian.
Apa yang kita cakap, lambang 'siapa' kita.
#afifahalwi

Forwarded from Rindu Sahabat Lillah (.)
Selawat adalah JALAN menuju ketenangan. Setiap kali kalian mengalami kesusahan, ingatlah bahawa Allah meminta kalian supaya berselawat pada KekasihNya agar Dia berselawat untuk kalian 10 kali selawat. Lalu Allah menghilangkan segala kesusahan itu.
- Mawlana Syaikh Hisham Al Kabbani
π»β¨
@rindu_sahabat
- Mawlana Syaikh Hisham Al Kabbani
π»β¨
@rindu_sahabat
@pedagangilmu
Ya Allah,
Saat aku kehilangan harapan dan rencana,
Tolong ingatkan aku bahawa cintaMu jauh lebih besar daripada kekecewaanku,
Dan rencana yang Engkau siapkan untuk hidupku jauh lebih baik daripada impianku.
β Ali bin Abi Thalib
Ya Allah,
Saat aku kehilangan harapan dan rencana,
Tolong ingatkan aku bahawa cintaMu jauh lebih besar daripada kekecewaanku,
Dan rencana yang Engkau siapkan untuk hidupku jauh lebih baik daripada impianku.
β Ali bin Abi Thalib
Forwarded from Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup
Nak jadi ULAMA, jangan tinggal TAHAJUD. Nak jadi PENDAKWAH, jangan tinggal TAHAJUD. Nak jadi AHLUL HADITH, jangan tinggal Tahajud. Nak jadi PELAJAR, jangan tinggal TAHAJUD...
- YM TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI-
SHALALLAHU ALA SAYYIDINA MUHAMMADο·Ί β€οΈ
- YM TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI-
SHALALLAHU ALA SAYYIDINA MUHAMMADο·Ί β€οΈ
Forwarded from Dakwah Jalan Hidup, Redha Allah Maksud Hidup
APA ITU IKHLAS
Ikhlas itu ..
Ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.
Ikhlas itu ..
Ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.
Ikhlas itu ..
Ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan.
Ikhlas itu ..
Ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit.
Ikhlas itu ..
Ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan.
Ikhlas itu ..
Ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.
Ikhlas itu ..
Ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka.
Ikhlas itu ..
Ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan.
Ikhlas itu ..
Ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.
Ikhlas itu ..
Ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan.
Ikhlas itu ..
Ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak Allah, walau terkadang tidak seperti yang diinginkan.
Ye ..
Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.
Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi.
Kerana ikhlas ..
Hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya.
Alhamdulillah π
#tanyalahustaz
ο·½
"ΩΨ§ Ψ₯ΩΩ Ψ₯ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩβπΌ Ω ΨΩ Ψ― Ψ±Ψ³ΩΩ Ψ§ΩΩΩ"
ΫΨ§ΩΩΩΩΩΩ ΩΩ Ψ΅ΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω ΩΨΩΩ ΩΩΨ―Ω ΩΩΨΉΩΩΩΩ Ψ’ΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΨ―ΩΩΩΨ§ Ω ΩΨΩΩ ΩΩΨ―ΩΫο·Ί
Jom SahabatΒ²Ku yang Mulia Banyakkan Selawat...
Ajak SahabatΒ² yang lain Banyakkan juga Selawat..
#LailahaillAllahMuhammadurRasulullah
#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#JomSama2BanyakkanSelawat
#SelawatSampaiJumpaNabiο·Ί