Telegram Web Link
@pedagangilmu

Kita duk ketawa dan gembira waktu raya,

Itukah perbuatan orang yang syukur, seandainya puasa ia diterima?

Sebaliknya jika puasa nya itu tidak diterima, itukah kelakuan orang yang takut kepada ALLAH TAALA

Kata seorang wali Allah
Intaha Sheikhuna hafizollahu taala
3
@pedagangilmu

Nak mendapat keredhaan ALLAH TAALA, salah satu caranya adalah dengan bersugi.

Intaha Sheikhuna Hafizollahu Ta'ala
Bertuah dan beruntunglah bagi mereka yang :-

1-Menjaga lidah
2-Banyakkan berada dirumah dengan beribadat kepada ALLAH TAALA
3-Menangis dengan sebenarnya sebagai kejujuran kembali dan bertaubat kepada ALLAH TAALA.

intaha Sheikhuna Hafizollahu Ta'ala
Kitab bidayah
@pedagangilmu

Lazimkan dengan sayyidul istighfar kerana ini diajar oleh baginda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam, kerana sayyidul istighfar ini sangat terkenal di langit.
Tambahan pada waktu sepertiga malam,serta berdoa sungguh.

Intaha Sheikhuna Hafizollahu Ta'ala
@Pedagangilmu

Barangsiapa tumbuh dengan benda haram, Maka terbaik baginya neraka.
@pedagangilmu

Orang yang masih ada dalam kalimah Islam dan beriman, cuma masih ada kekotoran dosa ditubuh dan anggota dia, maka orang ini kena masuk neraka dulu. Sebab nak bagi bersih dulu baru masuk syurga

Kalau tak nak masuk neraka untuk cuci disana , kita kena cuci dosa kita di sini lagi. Supaya kita tak masuk langsung dalam neraka.


Adapun org yg iktikod nya bukan Islam (kafir) , dia kekal dalam neraka dia tak keluar dah.
@pedagangilmu

Bukannya orang yang tak dak ilmu sahaja tak takut kepada ALLAH TAALA

Orang yang mengaji pun kekdg tak takut kepada ALLAH TA'ALA.

kalau sekadar nak ilmu di luar sana banyak ilmu, tapi di pondok ni nak ilmu dan ilmu itu dapat takut kepada ALLAH TA'ALA.

Itulah hasilnya ilmu yang bermanfaat.
@pedagangilmu

HATI kita ni biar bagi jadi lembut seperti kulit muka, mudah terkesan.

Jangan, menjadikan HATI kita seperti tapak kaki, tapak kaki keras tidak mudah terkesan.

Bila hati keras , mudah menolak kebenaran.
@pedagangilmu

Kehidupan kita

من الله

-daripada Allah
مع الله
- yang ini paling takut, kita bersama ALLAH TA'ALA atau bersama syaitan
- bila kita ikhlas, syaitan takleh masuk.
الئ الله
-kepada ALLAH TAALA
-takkala kita mati.
@pedagangilmu

Natijah belajar ilmu tauhid serta belajar sifat kamalat ALLAH TA'ALA

1- nak iktikod bahawa semua sifat sifat kesempurnaan ini ,adalah sifat yang selayaknya bagi zat yang mulia, zat ALLAH.

2- Membersihkan segala sifat sifat kekurangan daripada zat ALLAH yang maha mulia

3-Bahawa kenal dan yakinlah keagungan dan kebesaran Allah.
(Disitulah datangnya sifat taqwa)

4-Disitulah kita akan beradab bersama ALLAH TA'ALA.
@pedagangilmu

Tiga keadaan kalau manusia mengetahui apa yang ada di dalamnya, nescaya berlari mereka untuk menghasilkan amalan itu

1) Azan
2) Solat jemaah di saf pertama
3) Datang awal ke masjid

Intaha Sheikhuna Hafizollahu Ta'ala
@pedagangilmu

Manusia sibuk mengimarahkan perkara di bumi (Harta dunia) tapi lupa untuk mengimarahkan perkara dalam bumi (tak buat persiapan ke alam barzakh).
@pedagangilmu

Kaku mata ( sukar menangis ) kerana keras hati, keras hati sebab rakus dengan dunia.
@pedagangilmu

PESANAN Al Marhum TUAN GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat :

”Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa alam akhirat.”

Cc by zafrullah
Ramai orang yang merindui junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ sering bertanya:
“Bagaimanakah caranya untuk dapat melihat Rasulullah ﷺ?”

Jalannya ialah dengan memperbanyakkan membaca sirah Baginda yang penuh kemuliaan. Bacalah sirahnya, maka engkau akan dapati di hadapanmu akhlak yang agung, insan yang sempurna, manusia yang membahagiakan sesiapa yang mengikuti jejaknya. Baginda sangat tekun beribadah kepada Tuhannya dengan penuh ikhlas dan benar, dengan kemudahan dan ketenangan yang hanya diberikan oleh Allah.

Bicara tentang Rasulullah ﷺ tidak pernah berkesudahan.
Sejauh mana pun ilmu manusia tentang Baginda, hakikatnya Baginda tetap seorang insan – tetapi insan terbaik daripada seluruh ciptaan Allah.
Namun, bagaimana mungkin manusia yang lalai dalam mimpi dapat benar-benar menyelami hakikat Baginda di dunia ini?

Ini adalah bulan penuh cahaya (Rabi‘ul Awwal). Maka perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi yang terpilih ﷺ. Sesungguhnya setiap amalan berada antara diterima atau ditolak, kecuali selawat ke atas Baginda kerana ia berkaitan langsung dengan kedudukan Baginda yang mulia. Selawat itu menambah rezeki, menghapus dosa, menjadi sebab Allah memberi taufik kepada amalan, mengembalikan salammu melalui Baginda, memperluas bahagianmu di syurga, serta mendatangkan segala kebaikan. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi ﷺ.

Selawatlah ke atas Nabi ﷺ setiap masa – pagi dan petang, secara individu mahupun berjemaah. Jadikan ia pembuka dan penutup doa, juga amalan seharian. Ajarkan anak-anak kalian mencintai Rasulullah ﷺ, kerana cinta kepada Baginda adalah asas iman. Rasulullah ﷺ adalah tonggak utama Islam; tiada siapa masuk Islam hanya dengan mengucap “La ilaha illallah” melainkan ia mesti disertai dengan “Muhammad Rasulullah.”

Wahai manusia, kedudukan Nabi kita amat agung. Baginda sendiri bersabda:
“Aku adalah penghulu anak Adam pada hari kiamat, yang pertama dibangkitkan dari kubur, yang pertama memberi syafaat, dan yang pertama diterima syafaatnya.”

Sesungguhnya kedudukan Nabi kita amat agung, bukan kerana dimuliakan oleh manusia, tetapi kerana dimuliakan oleh Tuhan langit dan bumi. Maka, berselawatlah ke atas Nabi ﷺ setiap waktu.

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, selawat yang menjadi sebab kami diselamatkan daripada segala kegentaran, dan yang mendatangkan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Cc by murtajim al imam fb
Setelah setiap kali solat baca "Astagfirullah lil mukminin wal mukminat", 27 kali. Barangsiapa yang beramal dengannya akan menjadi orang yang doanya makbul dan disebabkan mereka, akan turun hujan di muka bumi ini. Dan bila kita baca sekali sahaja "Astagfirullah lil mukminina wal mukminat" memakan masa 1 atau 2 saat sahaja, tapi Allah akan beri kepada kita berbilion2 pahala mengikut bilangan jumlah orang Islam.

- Habib Kazim as-Seqqaf -

Cc by ustaz Tengku yusuf
Diceritakan gurunya TG Sheikh Abu Zaki, iaitu Habib Umar Bin Hafidz — tentang #tukangsampah.

1) Seorang pemuda ini ialah ahli ibadah. Keluar dihujung malam untuk ziarah & solat sunat di Masjid.

2) Sampai di kuburan, terjumpa tukang sampah yang sedang kumpulkan sampah sampahnya di akhir malam.

3) Terdetik dalam hati pemuda yang ahli ibadah itu sepertinya berbunyi “Alhamdulillah, saya keluar malam hari untuk Ibadah — bukan seperti dia yang keluar angkut kotoran”.

4) Tukang sampah itu pun toleh padanya & menegurnya.

“Hai Fulan, perbaiki lah dirimu. Meski aku angkut kotoran, namun aku sedang perbaiki diriku, aku sedang perbaiki hubunganku dengan Allah Taala. Kau lihat kerjaku lalu kau rendahkan ku? Waspadalah terhadap dirimu.”

5) Rupanya Tukang sampah itu seorang Wali. Mengetahui isi hati pemuda yang ahli ibadah tadi.

6) Sayangnya, ibadah pemuda tadi itu hanyalah zahir berbanding Tukang sampah melakukan ibadah hati. Lebih istimewa, tinggi dari ibadah zahir.

7) Pemuda itu tadi menangis kerna rasa ibadahnya lebih baik dari Tukang sampah. Malah meremehkan pekerjaan orang lain. Beliau meminta maaf pada Tukang sampah tadi.

Apa yang kita boleh ambil ialah sentiasalah bersangka baik dengan sesiapa pun termasuk yang kita rasakan tiada apa apa.

Kita mungkin pelajar / ahli ibadah (mungkin tiada apa apa) — tapi yang tiada apa apa sepertinya orang awam itu mungkin jauh lebih baik, mungkin mereka Wali Allah Taala.

.
.
.

Teringat pesanan TG Sheikh Abu Zaki,

“Biarlah orang suuzon (sangka tidak baik) dengan kita, kita husnuzon (sangka baik) sahaja dengan orang lain.”

“Terima kalau kalau orang suuzon dengan kita. Minta maaf sahaja. Jangan explain panjang panjang, nanti bertambah bertengkar.”

POV : Semuanya tentang hati. Moga moga Allah Taala perbaiki hati kita semua 😔

Wallahualam.
Forwarded from النصائح و الفوائد (Fatihah Azahari)
Hidup kalau ada tujuan, pasti kita akan berjalan menuju tujuan itu. Sebab apa kita leka? Kerana kita lupa/tidak tahu tujuan. – Mafhum kalam Toklong حفظه الله تعالى. Begitulah, apabila kita sedar sekadar mana kita perlu menuntut ilmu untuk melaksanakan kewajipan kita, tentu kita akan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Apabila kita istiqamah berwirid dan beramal harian, tentu kita akan berusaha sampai kepada target amalan itu. Apabila kita benar-benar faham bahawa kita adalah hamba, tentu kita akan berusaha menjadi hamba yang sebaik-baiknya.

Begitulah apa pun posisi kita,
Fahami dan jangan lupa tujuan, perlu mujahadah kerana bukan senang hendak "berjalan" 🥲

~ Yang sering terleka
@pedagangilmu

Jangan rasa selamat lagi lah, jangan rasa dah hebat dengan kitab kitab yang tersusun dan yang kamu belajar.

Tapi dalam hati kamu ada sekelumit hasad, sekelumit riyak dan sekelumit ujub.

Jangan rasa hebat !

Intaha Sheikhuna حفظه الله تعالى -
2025/10/19 04:42:24
Back to Top
HTML Embed Code: