Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penjajahan Mengubah Identiti Bangsa
Kehadiran penjajah khususnya di tanah air kita bukan sahaja hadir bagi mengeksploitasi sumber dan tanah di negara kita.
Tetapi mereka hadir dengan mengubah pemikiran dan identiti bangsa kita.
Wujud persoalan, mengapa mereka lakukan perkara ini? Apakah intipati idea dan pemikiran mereka?
Dapatkan e-majalah AkalWahyu Edisi Kemerdekaan 2024 bagi kupasan lebih mendalam makna dan erti sebuah peradaban dari kaca mata Islam.
https://ezy.la/E-MajalahAkalWahyuEdisiKemerdekaan2024

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SALAM MAULIDURRASUL 1446H
Risalah kenabian yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah satu perkara yang perlu diteruskan oleh kita.
Satu risalah yang membawa kepada pembinaan sebuah peradaban Islam yang berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
Mari kita meneruskan perjuangan ini di dalam konteks kita bagi membina sebuah peradaban Islam yang diinginkan.
-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir

❤1
KEMERDEKAAN DALAM MENGGAPAI KESEMPURNAAN INSANIAH
"Islam melihat pembebasan hamba sebagai satu bentuk pakej yang menyempurnakan makna insan, iaitu seseorang manusia yang bebas memilih dan menentukan apa yang dikehendaki dalam hidupnya.
Apabila manusia tidak lagi tertakluk kepada arahan tuannya seperti dalam perhambaan, mereka dapat menikmati seluruh keupayaan dan kemampuannya sebagai seorang makhluk Allah SWT yang paling mulia.
Galakan ini hakikatnya menjurus kepada hakikat bahawa Allah SWT mahu untuk melakukan pilihan, agar taklif dan pertanggungjawaban itu sempurna, lalu manusia itu patuh kepada Allah SWT dengan pilihannya sendiri, bukan dengan paksaan."
Baca tulisan penuh Ust Syamil Esa di Majalah AkalWahyu edisi Kemerdekaan di pautan:

KARYA AGUNG ZA'BA DI ASTAKA FIKIR
Kitab Pelita Bahasa Melayu antara karya agung Zainal-'Abidin bin Ahmad (Za'ba) terbitan tahun 1957 kini di Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir. Karya ini yang diterbitkan secara tiga jilid merupakan usaha beliau ingin menghasilkan sebuah buku teks bagi generasi muda menghargai serta mengangkat martabah bahasa Melayu di waktu fasa kemerdekaan. Beliau menyebut:
"Mudah-mudahan dapat-lah kitab ini jadi satu panduan kepada anak-anak sekolah dan pemuda-pemudi Melayu berlateh mengarang dengan betul dan elok dalam bahsa mereka sendiri, sa-hingga chukup tahu akan salah betul sa-suatu ayat, terang atau tiada terang-nya, dan sedap atau tiada sedap-nya sa-suatu karangan itu"
Beliau mengharapkan dengan pembelajaran khazanah keilmuan bahasa ini secara tersusun melalui karya ini dapat mengangkat jiwa serta identiti Melayu sebagai sebuah bangsa ilmu seperti yang terlihat dalam lembarang sejarah.
"Maka di-harap dengan kitab ini guru-guru akan dapat menghidupkan perasaan anak-anak Melayu gemar kepada pengajian-pengajian bahasa Melayu, hingga kenal dan terasa akan keindahan-nya, sombong dan megah akan segala kelebehan-nya, sentiasa chemburu memelihara kebersehan dan kekayaan-nya, serta tiada khali daripada berusaha menginggikan mutu darjay-nya, meluaskan, mengkayakan dan mengelokkan-nya"
Hari Malaysia adalah saat terbaik untuk kita kembali menghayati perjuangan pemikir-pemikir generasi terdahulu. Mereka bukan berjuang atas kepentingan diri mereka, tetapi demi memikirkan kita sebagai generasi terkemudian.
MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN

Proses Mematikan Akal Di Malaysia
Baru-baru ini tular berkaitan dengan sebuah syarikat yang terkenal terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Syarikat ini juga dikatakan terlibat dengan aktiviti ajaran sesat yang pernah diharamkan oleh kerajaan satu ketika dahulu.
Wujud persoalan, mengapakah perkara ini terjadi? Mengapa aktiviti yang dilakukan oleh ahli syarikat ini dikatakan sebagai satu proses mematikan akal?
Dapatkan e-Majalah AkalWahyu Edisi Merdeka 2024 bagi memahami makna kemerdekaan yang sebenar.

👍3💯1
Ketika membicarakan berkaitan kejatuhan ummah, Shakib Arsalan pernah berkata:
"Mari kita mengkaji berkaitan kepercayaan yang dipasak kepada umat Islam. Barat telah membina satu idea yang telah mendorong musuh-musuh Islam untuk melakukan serangan yang agresif terhadap Islam dan menyebarkan segala kebatilan terhadapnya. Ianya berlaku akibat kepercayaan umat Islam yang mula percaya bahawa Islam adalah sebuah agama yang bukan sahaja bertentangan dengan tamadun moden, tetapi Barat juga telah menghalang umat Islam untuk mendapat manfaat daripada perkembangan dunia." (Our Decline: Its Causes and Remedies)
Daripada kata-kata dapat difahami bagaimana keadaan ummah pada hari ini yang masih lagi di dalam minda terjajah. Bentuk penjajahan pemikiran yang meletakkan naratif bahawa Islam adalah agama mundur, kolot dan tidak berkembang.
Usaha menggerakkan ummah bagi bangkit membina sebuah peradaban perlu dilakukan dengan memerdekakan jiwa, pemikiran dan tindakan dari penjajahan.

👍2❤1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MENDAPAT SUMBER KEKAYAAN MELALUI JALAN YANG BAIK
Pendekatan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tempatan yang mengeksploitasi dilihat menghampiri falsafah ekonomi sosialism.
Kerahan tenaga, pemerolehan keuntungan adalah milik syarikat dan eksploitasi sumber manusia menjadi tunjang kepada perkembangan ekonomi syarikat ini.
Pendekatan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tempatan ini dilihat menghampiri falsafah ekonomi sosialism. Adakah benar perkara ini berlaku?
Adakah kaedah ini dilihat memberikan kesan yang baik kepada ekonomi ummah? Atau sebenarnya ianya hanyalah satu metodologi yang membawa kepada kesengsaraan kepada ummah?
Dapatkan e-Majalah AkalWahyu Edisi Merdeka 2024 bagi memahami bagaimana ekonomi dilihat menjadi alat kepada penjajahan moden.

👍1🔥1
Raja Leopold II: Lambang Eksploitasi Ekonomi Penjajahan
Penjajahan Congo oleh Raja Leopold II dari Belgium adalah contoh bagaimana ekonomi dijadikan alat eksploitasi dalam penjajahan moden. Pada akhir abad ke-19, Leopold II menguasai Congo secara peribadi di bawah nama Congo Free State, tetapi sebaliknya menggunakannya untuk memonopoli sumber seperti getah dan gading.
Penduduk tempatan dipaksa bekerja di ladang getah di bawah sistem yang kejam, dengan hukuman berat dikenakan jika gagal memenuhi kuota pengeluaran. Amalan ini mengakibatkan kematian berjuta-juta rakyat Congo.
Keuntungan yang diperoleh daripada eksploitasi ini memperkaya Leopold, sementara penduduk Congo mengalami kemiskinan, kelaparan, dan penderitaan. Sistem ekonomi ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat eksploitasi sumber semula jadi, tetapi juga sebagai alat penindasan sosial dan fizikal terhadap rakyat tempatan.
Eksploitasi ekonomi yang dilakukan oleh Raja Leopold II menjadi salah satu bukti bagaimana ekonomi dijadikan sebagai alat kepada kepentingannya.
Perlakuan ini mendapat kecaman antarabangsa, yang akhirnya memaksa Leopold menyerahkan Congo kepada kerajaan Belgium pada tahun 1908, walaupun kekejaman yang dilakukan telah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan tanah itu.

👍1
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR
Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.
Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.
Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.
-------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

SESI RESENSI BUKU ASTAKA FIKIR
Tradisi saintifik dalam era masa kini dilihat sebagai satu proses yang neutral dan tidak dibentuk oleh budaya serta pemikiran masyarakat. Sehingga ada juga dikalangan orang Islam yang mempercayai sedemikian. Buku Dr Alparslan Açikgenç ini mengupas lebih lanjut bagaimana dalam sejarah dunia Islam dan pandang alam Islam bagaimana dari awal kenabian Rasulullah S.A.W sehingga ke abad ke 16 terdapat tradisi saintifik yang serius di dunia Islam.
Jemput hadir bagi bersama mengupas lebih lanjut buku ini bersama pembentang saudara Aulia Rahman, graduan Sarjana Institut Islam Hadhari yang akan membincangkan bersama topik ini bersama anda.
Tarikh : 25 September 2024
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Perpustakaan Astaka Fikir, Bandar Baru Bangi
Goggle maps lokasi :
https://maps.app.goo.gl/QbKY8XNRTV8PUi4a7
Jemput hadir bersama kita mengupas lanjut buku ini !

KOMUNITI NUKLEUS PERADABAN
Minggu lalu telah diadakan Meja Bulat Kemerdekaan anjuran ISMA Bangi di Perpustakaan Astaka Fikir. Sesi tersebut dihadiri dikalangan pimpinan komuniti serta surau sekitar Bangi bagi membincangkan aspek penambahbaikan dan pembangunan masyarakat Bangi.
Dalam sesi tersebut juga PEMIKIR telah dijemput memberi sedikit perkongsian tentang kepentingan komuniti dalam melahirkan sebuah Peradaban Islam.
Antara perkara yang dikongsikan adalah ancaman terbesar dihadapi oleh masyarakat dunia hari ini akibat modenisasi Barat yang disebut sebagai individualisme. Ideologi tersebut menjadikan lahirnya budaya self-centered yang menjadikan seseorang itu hanya berfikir segala perkara pada perspektif kepentingan dirinya.
Ia membentuk individu dalam sosial yang tidak lagi cakna atau mengambil berat tentang perihal orang lain. Bahkan ramai sarjana Barat sendiri membahaskan bagaimana genocide besar yang berlaku abad 20 ni sebenarnya terjadi akibat benih pemikiran individualisme yang membarah dalam masyarakat.
Oleh sebab itu dalam Islam ia meletakkan ummah sebagai paksi kemuliaan serta keagungan. Allah meletakkan mulianya muslim kerana kefungsiannya secara ummah dalam memelihara kemaslahatan insan (amar makruf) serta menolak segala bentuk kefasadan (nahi mungkar).
Terdapat juga seperti kata Umar RA bahawa kebinasaan yang berlaku dalam sesebuah kota yang makmur itu boleh terjadi apabila struktur ummah itu tidak lagi berfungsi dalam memelihara kestabilan sosial. Doa Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail dirakam dalam Quran setelah membangunkan Kaabah juga mengambarkan jelasnya tasawwur Baginda akan kunci sebuah baldah al tayyibah.
Di sana hendaklah adanya guru, pemimpin atau mufakkir yang menjadi nukleus kepada pembangunan masyarakat. Mereka ini akan membangunkan tiga aspek pada masyarakat iaitu pada identiti, kehendak serta budaya ilmu yang menatijahkan asobiyah membawa kepada ketamadunan seperti dibahas Ibn Khaldun.
Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka ufuk kita dalam memahami erti komuniti dalam mafhum ummah. Forum wacana secara kolektif berasaskan taawun ala al-bir (kerjasama dalam kemaslahatan) perlu menjadi landasan serta nadi dikalangan kepimpinan komuniti barulah ia akan mengalir ke dalam jiwa masyarakat.

👍2
KIMIA KEBAHAGIAAN: FORMULA IMAM AL-GHAZALI MENCARI KEBAHAGIAAN
Kimia Kebahagiaan (Kimiyyah al-Sa'adah) merupakan sebuah karya yang ditulis oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Buku ini ditulis bagi menjelaskan tentang kimia kerohanian yang berada dalam hati para Nabi iaitu kebahagiaan yang mampu memberikan impak perubahan yang besar kepada stiap jiwa yang membacanya. Imam al-Ghazali menyebut:
"Maka wajarlah manusia itu diibaratkan sebagai 'alam al-shaghir' atau alam kecil (mirokosmos) di dalam dirinya. Struktur jasadnya wajar dipelajari, nukan sahaja oleh orang yang ingin menjadi doktor, tetapi juga oleh orang yang ingin mencapai pengetahuan yang lebih mendalam tentang Tuhan, sebagaimana kajian yang mendalam tentang keindahan dan gaya bahasa dalam sebiah karya puisi akan mengungkap kepada kita lebih banyak tentang kebijaksanaan pengarangnya."
Memahami hakikat sesuatu perkara seperti diri sendiri, akhirat, dunia dan pelbagai lagi merupakan satu perkara yang ingin digariskan oleh Imam al-Ghazali. Tujuannya adalah bagi mencapai kebahagiaan (sa'adah).
Kini, anda boleh membaca dan mendalami karya ini di Astaka Fikir.

OnPay
INFAQ ILMU ASTAKA FIKIR
Kempen infaq pembesaran Astaka Fikir dan program bagi perpustakaan komuniti Astaka Fikir.
❤3
Bagi yang ingin mengikuti resensi buku pagi ini, jemput ke Tik Tok melalui pautan di bawah:
https://www.tiktok.com/@pemikirummah
https://www.tiktok.com/@pemikirummah
Taqi al-Din: Cendiakawan Islam Era Uthmaniah
Taqi al-Din Muhammad ibn Ma'ruf (1526–1585) adalah seorang sarjana terkenal Uthmaniyyah yang menyumbang besar dalam bidang astronomi, kejuruteraan, dan penciptaan jam mekanikal. Antara kitab kajian beliau yang paling terkenal adalah Sidrat Muntahā al-Afkār fī Malakūt al-Falak al-Dawwār yang membahaskan berkaitan astronomi.
Taqi al-Din mencipta beberapa alat astronomi baru dan menghasilkan pemerhatian yang tepat, menyumbang kepada perkembangan astronomi Islam dan dunia.
Salah satu sumbangan pentingnya adalah penciptaan jam mekanikal yang dapat mengukur masa dengan tepat hingga ke saat, satu kemajuan besar pada abad ke-16. Jam ini, yang dibina untuk balai cerapan beliau, sangat penting dalam membolehkan pemerhatian bintang yang lebih tepat, sesuatu yang tidak mungkin dengan alat penentu masa sebelumnya.
Selain itu, Taqi al-Din juga memperkenalkan pelbagai alat seperti sextant untuk mengukur jarak antara bintang dan inovasi seperti sistem penggera dalam jam ciptaannya.
Beliau turut meneroka bidang optik dan kejuruteraan, dengan penemuan seperti mesin pemutar stim dan sumbangan dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta hidraulik.
Beliau digelarkan sebagai 'saintis agung' kerana kemampuan beliau menguasai pelbagai displin ilmu dan membawa kepada perkembangan inovasi serta perkembangan peralatan baharu. Kini, hanya tinggal 24 karya kajian beliau sahaja yang berjaya diselamatkan daripada 90 buah karya beliau yang direkodkan berjaya dihasilkan.
Usaha inovasi dan penciptaan peralatan ini berpunca daripada keinginan dan sifat ingin tahu para cendiakawan Islam yang ingin meneroka alam. Penerokaan yang berpaksikan kepada usaha memahami kekuasaan Allah terhadap alam.