Telegram Web Link
PEMIKIR baru ini berbesar hati menerima kehadiran Dr Necati Aidin bersama Sister Uzma Ahmed daripada kumpulan penyelidik projek 5D Thinking, Turki di Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir. Kehadiran mereka ke Astaka Fikir atas undangan kami bagi bertukar pandangan serta berbahas bersama bagaimana usaha tajdid pemikiran perlu dilakukan pada hari ini.

5D Thinking adalah projek yang disusun bagi membina kesedaran khususnya di kalangan pendidik bagaimana menghadapi ancaman sains sekular yang didalangi oleh Barat hari ini. Implikasi ilmu sains barat ini bukan sekadar pada rangka luaran tetapi ia mengancam identiti dan cara fikir sebagai seorang muslim. Mereka mengambil rangka pemikiran An-Nursi iaitu melihat kembali keterkaitan keilmuan tersebut dengan hakikat keTuhanan (ma'na harfi dan ma'na ismi).

Dalam pertemuan tersebut telah didiskusikan tentang pentingnya umat Islam mempunyai rangka pemikiran yang menyeluruh dalam menghadapi krisis semasa. Tanpa rangka pemikiran itu umat Islam boleh terjerumus sekadar cuba menyelesaikan simptom permasalahan tanpa memahami akar sebenar kepada realiti yang sedia ada.

Di atas menyedari realiti akar inilah dilihat pentingnya peranan sebuah sekolah pemikiran sebagai asas tajdid pemikiran. Membangun kesedaran ummah serta peradaban Islam amnya menuntut kepada wujudnya sebuah kelompok pemikir (epistemic circle) yang membina rangka pemikiran itu secara kolektif kemudian didiskusikan bagi mengaplikasinnya pada pelbagai bidang kehidupan insan.

Kami turut berkongsi dengan Dr Necati tentang rangka asas pemikiran PEMIKIR dalam melihat realiti epistemologi ketamadunan Barat serta bagaimana kita umat Islam perlu berperanan membina rangka falsafah ilmu bersepadu. Implikasi pertembungan pada peringkat asas inilah yang membawa kepada pelbagai bentuk pertembungan kuasa yang dilihat pada dimensi luaran.

Pelbagai persoalan serta percambahan idea yang telah didiskusikan dalam pertemuan tersebut serta dilihat juga banyak ruang kerjasama yang boleh dilakukan bersama antara PEMIKIR dan 5D Thinking di masa hadapan. Moga wacana seperti ini menjadi satu budaya ilmu yang mengalir dikalangan masyarakat khususnya kumpulan pemikir Islam pada hari ini.

-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
πŸ‘4
Human Rights and the National Commission

Buku ini diterbitkan sebagai usaha untuk meneruskan perbincangan tentang kepentingan dan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), yang dibentuk selepas Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 diluluskan dan diterbitkan dalam Warta pada 9 September 1999.

Penulisan ini muncul setelah kerajaan Malaysia pertama kali mengumumkan hasratnya untuk menubuhkan suruhanjaya hak asasi manusia dalam sidang Parlimen Julai 1999.

Antara organisasi yang terlibat dalam penulisan ini ialah HAKAM, SUARAM, ERA Consumer dan Kumpulan Kerja Mekanisme Hak Asasi Manusia ASEAN, yang bersama-sama menganjurkan forum khas pada 3 hingga 4 Julai 1999 untuk membincangkan peranan penting suruhanjaya tersebut.

Kini, anda boleh membaca dan mendalami karya ini di Astaka Fikir.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
πŸ‘1
PEMIKIR pada bulan Oktober yang lalu telah menghantar beberapa wakil ke Istanbul, Turki untuk membina jaringan dengan pelbagai kumpulan pemikir Islam. Tujuan utama sesi-sesi pertemuan tersebut adalah untuk membahas idea, membuka ufuk serta berdiskusi bagi membentuk ruang kerajasama ke arah membangun sebuah rangka pemikiran baharu.

Antara pihak yang kami temui ialah Institut Kajian Ummatic iaitu sebuah pusat kajian dibangunkan komuniti muslim US yang memberi fokus mengangkat perbahasan peradaban Islam dikalangan ummah dan kemanusiaan secara keseluruhan. Kami bertemu dengan Ahsan Syafiq, Penyelaras Ummatics cawangan Turki dan Sister Ilham Ibrahim yang merupakan lepasan Sarjana Universiti Ibn Haldun.

Antara hal yang didiskusikan adalah bagaimana usaha mereka cuba membawa wacana peradaban Islam dalam dunia 'western academia' yang sedia ada hari ini. Mereka berpandangan pentingnya kita menonjolkan serta kehadapankan pemikiran Islam sebagai alternatif terhadap ketandusan wacana pemikiran akademik Barat yang sedia ada.

Selain itu, dalam pertemuan tersebut juga dibincangkan tentang kepentingan kita mempunyai rangka pemikiran tersendiri yang terhasil dari kesepaduan falsafah ilmu kita. Jika tidak kita akan tenggelam dalam rangka pemikiran pihak lain sehingga menyebabkan objektif asal iaitu membangun pemikiran peradaban Islam itu tidak kesampaian. Antara pemikir muslim yang Ummatics cuba tonjolkan adalah pemikiran Al-Mawdudi tentang peradaban.

Kami berkongsi dalam pertemuan itu tentang keperluan kita membentuk kelompok pemikir muda sebagai langkah pertama usaha tajdid ini. Arus tajdid pemikiran baharu yang hendak dibentuk tidak boleh bersifat setempat semata tetapi ia hendaklah mempunyai jaringan merentasi benua sebagai ruang pertukaran idea serta mematangkan buah fikiran yang lahir.

-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
πŸ‘1
Setahun Taufan al-Aqsa: Apa Harapan untuk Ummah?

Akan berlangsung sesi Borak2 Astaka pada jam 12 tengahari ini.

Saksikan di live FB PEMIKIR:
https://www.facebook.com/@pusatpemikirummah
πŸ‘4
Sedang berlangsung Borak2 Astaka Setahun Taufan al-Aqsa: Apa Harapan Untuk Ummah?

Saksikan di live FB PEMIKIR.

https://www.facebook.com/share/v/VqwDpX7CrpQQkTrM/?mibextid=iCjFHx
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
πŸ‘1
[ASTAKA FIKIR TUTUP SEMENTARA]

Penutupan ini bagi memberi laluan untuk memberi ruang kepada program dan tempahan di Astaka Fikir.

Ianya akan beroperasi semula pada hari ini bermula jam 1 tengahari.

--------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu Siri 2: "Kerancuan Falsafah Barat"

Diskusi ini bertujuan untuk membahas secara kritis persoalan ontologi tentang hakikat akar ketamadunan Barat. Merungkai elemen-elemen kerancuan dalam falsafah Barat khususnya dalam aspek metodologi dan asas pemikirannya serta implikasi terhadap pandangan mengenai Tuhan, kehidupan dan manusia.

Lebih 30 ahli diskusi yang akan hadir membahaskan persoalan ini dikalangan ahli akademik, pemikir serta ilmuan. Kepelbagaian pandangan ini bagi menawarkan perspektif yang mendalam dan membuka ruang bagi perbincangan yang kritis terhadap perkembangan falsafah Barat serta apakah landasan kepada pemikiran ini.

Kami juga membuka ruang terhad seramai 10 orang untuk hadir sebagai pemerhati. Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://ezy.la/DiskusiMejaBulatKerancuanFalsafahBarat

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
Ketika di Istanbul Turki baru-baru ini, kami juga berpeluang bertandang ke ibu pejabat Istanbul Foundation for Science and Culture (IIKV) bertempat di Suleymaniye. Di sana kami berpeluang bertemu serta berdiskusi dengan Said Yuce, Pengerusi Ahli Lembaga serta Dr Unal, Bahagian Hubungan Korporat IIKV.

IIKV adalah sebuah pertubuhan yang berhasrat mengetengahkan kerangka pemikiran Said Nursi dalam membangun kesedaran ummah. Said Nursi adalah seorang pemikir terkenal Turki yang banyak mengetuai kebangkitan khususnya dalam pemikiran menentang usaha sekularisasi serta pembaratan Atartuk pada awal abad ke 20.

Pemikiran an-Nursi yang banyak dihimpunkan dalam tulisannya Risalah an-Nur dijadikan rujukan dalam membahas pelbagai perkara dari hal kehidupan peribadi sehingga pada tata kenegaraan. Ia menjadi rujukan dalam membangunkan projek islamis dari dulu hingga ke hari ini.

Dalam pertemuan itu juga, Said Yuce berkongsikan tentang kisah perjuangan an-Nursi serta tentangan hebat dari kerajaan ketika itu yang beliau hadapi. Beliau dipenjara, penulisannya diharamkan bahkan sehingga beliau telah dibuang ke sebuah pulau terpencil bagi menyekat kebangkitan yang sedang dibawa.

Di IIKV mereka membangunkan sebuah galeri ringkas berkenaan Said Nursi. Mereka menghimpunkan penulisan-penulisan tangan surat beliau, buku serta catatn anak muridnya yang membahaskan tentang jihad serta perjuangan bagi menyedarkan masyarakat yang sedang hanyut ketika itu.

Di sana kami juga berdiskusi tentang pentingnya wujudnya ruang wacana sesama sekolah pemikiran dunia Islam bagi membentuk sebuah kematangan idea. Pengalaman yang dilalui oleh pemikir-pemikir serta dunia perlu dikongsikan sebagai usaha membentuk sebuah kebangkitan baharu ummah pada peringkat global.

Kami juga menghargai bagaimana mereka dapat memelihara serta menginstitusikan idea pemikiran Said Nursi. Ia adalah sebuah proses yang sangat penting bagi memastikan pemikiran itu terus berkembang serta terus releven dengan pekembangan cabaran semasa.

-----------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
πŸ‘3❀2πŸ‘2
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
2025/07/13 20:49:40
Back to Top
HTML Embed Code: