Telegram Web Link
[ASTAKA FIKIR TUTUP SEMENTARA]

Penutupan ini bagi memberi laluan untuk program dan tempahan di Astaka Fikir.

Ianya akan beroperasi semula pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.

--------------------------------------------------
MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Umat Islam Berada Dalam Kekalutan: Salah Siapa?

Wujud dilemma apabila umat Islam hari ini dilihat perlu memilih sama ada hendak hidup sekadar hidup atau hidup di dalam kerangka Islam yang sebenar.

Persoalan ini wujud kerana kehidupan hari ini seolah-olah dikongkong oleh sistem yang dibentuk oleh Barat. Mereka menentukan apa yang kita anggap penting, bagaimana kita bekerja, apa yang kita kejar bahkan bagaimana kita melihat diri kita sendiri.

Siapa yang sebenarnya menguasai minda dan jiwa kita?

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
πŸ‘1
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kuasa Bagi Ummah Itu Apa?

Masyarakat secara umumnya melihat kuasa itu hanya sekadar pada politik. Apabila menguasai politik, maka kita akan berkuasa.

Persoalannya adakah benar kepada kenyataan tersebut? Adakah kuasa sekadar pada bidang politik atau ianya juga merujuk kepada makna yang lebih luas?

Saksikan kupasan daripada Ustaz Rushdan Abdul Halim, Felo Kanan PEMIKIR.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
πŸ‘5
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Gambar sekitar diskusi Forum Putrajaya bersama Dr Yaakob Ahmed, Sejarawan Akhir Uthmaniyah
πŸ‘1
Baru ini telah dianjurkan diskusi di Astaka Fikir antara ahli Forum Putrajaya bersama Dr Yaakob Ahmed, Sejarawan Akhir Uthmaniyah. Beliau merupakan graduan PhD dari SOAS, Universiti of London. Penyelidikannya banyak memberi tumpuan krpada pemikiran intelektual muslim pada abad ke 19 dan 20.

Topik yang dipilih untuk diwacanakan ialah berkenaan "Institusi Ummah di Era Uthmaniyah". Perbahasan bagi merungkai kefahaman topik ini meliputi beberapa persoalan besar seperti:

Bagaimanakah konsep ummah difahami dan diaplikasi di waktu Uthmaniyyah? Apakah ummah membentuk institusi kenegaraan atau struktur sosial yang mendasarinya? Apakah makna konsep nizam yang mendasari pentadbiran ketika itu?

Dalam sesi ini juga telah dibincangkan tentang apakah yang mempengaruhi modenisasi yang berlaku di sejak abad 18? adakah disana wujud pengaruh atau respon terhadap Eropah dan sebagainya? Begitu juga perubahan nizam yang bersifat dicentralization kepada centralization bagi menghadapi kehidupan yg semakin kompleks.

Di akhir sesi ini, Dr Yaakob menyatakan pentingnya diadakan wacana bersifat 'deep and real work'. Ini kerana ummah telah banyak disibukkan dengan wacana atau seminar berbentuk gah namun tidak benar membincangkan solusi kepada ummah.

MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN
πŸ‘1
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Gambar sekitar pertemuan PEMIKIR bersama INSISTS, Indonesia.
PEMIKIR baru ini berpeluang bertemu dan berdiskusi bersama Prof Hamid Fahmy Zarkasyi yang merupakan Pengasas Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization (INSISTS), Indonesia. Turut hadir ialah Dr Khoirul Umam, Pengarah Universiti Darulsalam Gontor, Mohd Taufiq, Pengerusi Ikatan Keluarga Pondok Modern (IKPM) serta Saudara Dzulfiqor.

Antara perkara yang didiskusikan adalah tentang kepentingan Islamis membangun sisi keilmuan yang lebih tersusun. Ini penting supaya gerakan Islam tidak hanya bersifat responsif atau sekadar mengulas isu semasa tanpa benar membangun agenda berlandaskan kerangka pemikiran yang jelas.

Prof Hamid juga berkongsi tentang pengalaman INSISTS menghadapi ancaman pemikiran dikalangan gerakan liberal di Indonesia. Dalam menghadapi ancaman tersebut masyarakat perlu dididik dengan cara fikir yang betul serta bagaimana pemikiran tersebut tidak berdiri atas akar rasional yang jelas.

Turut didiskusikan adalah tentang pentingnya wujud forum atau ruang diskusi dikalangan pemikir muda merentasi pelbagai aliran pemikiran. Ini penting supaya idea yang dibentuk akan lebih matang serta dapat menanggapi setiap permasalahan yang timbul secara tuntas.

Di akhir pertemuan, dibincangkan juga tentang ruang-ruang kerjasama yang boleh dianjurkan antara PEMIKIR dan INSISTS pada masa hadapan. Ini termasuk dengan menganjurkan diskusi secara bersama serta sesi pengkongsian pengalaman bagi membentuk budaya intelektual dikalangan umat Islam hari ini.

MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN
Astaka Fikir dibuka seperti biasa hari ini!

Bagi yang bercuti dan ingin menenangkan minda. Jom datang ke Astaka Fikir

Jam : 9pagi - 5petang
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/9j4QsZouDPqEJtjP7?g_st=com.google.maps.preview.copy

Astaka Fikir Bangi
πŸ‘2πŸ‘1
Diskusi β€œMemahami Naratif Sejarah Yang Betul” dan
β€œCatur Melayu”

Pencerahan terhadap sejarah kegemilangan adalah satu jalan penting ke arah pengukuhan jati diri agar memiliki rasa patriotisma yang tinggi dan kuat bekerja untuk memelihara dan memajukan negara. Mempelajari naratif sejarah yang betul adalah langkah awal untuk memahami peristiwa yang berlaku dengan pandangan yang lebih adil.

Hari: Khamis
Tarikh: 13 Februari 2025
Masa: 10 pagi
Tempat: Astaka Fikir,
Bandar Baharu Bangi.

https://goo.su/PeCGg

Jemput hadir ke diskusi ilmu bersama Dr. Hasanuddin Yusof
πŸ‘1
Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu: Dikotomi Ilmu dalam Pendidikan

Diskusi ini bertujuan untuk membahas secara kritis persoalan tentang pemisahan ilmu dalam sistem pendidikan moden.

Ia akan merungkai bagaimana dikotomi antara ilmu wahyu dan ilmu rasional telah membentuk struktur pemikiran hari ini serta kesannya terhadap pemahaman tentang Tuhan, kehidupan dan manusia.

Lebih 30 ahli diskusi yang terdiri daripada ahli akademik, pemikir dan ilmuan akan berhimpun untuk mengupas persoalan ini.

Kepelbagaian pandangan ini bertujuan menawarkan perspektif mendalam dan membuka ruang perbincangan kritis terhadap sistem pendidikan semasa, serta bagaimana ia membentuk asas pemikiran masyarakat.

Maklumat bagi program ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 22/Feb/2025
Hari: Sabtu
Masa: 8:30 pagi - 2:00 petang
Lokasi: Bilik Sidang Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM

Kami juga membuka ruang terhad seramai 5 orang untuk hadir sebagai pemerhati. Tekan pautan di bawah untuk daftar:

https://ezy.la/MejaBulatDekotomiIlmuDalamPendidikan

--β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
πŸ‘1
INFAQ JUMAAT PENYELIDIKAN PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Ayuh kita bersama membangun peradaban bermula dengan menyumbang di Infaq Penyelidikan PEMIKIR:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Barat Menolak Tuhan Dalam Perbincangan Ilmu Alam Sekitar

Dalam pemikiran Barat moden, alam sekitar dilihat sebagai satu entiti yang bebas daripada kuasa ketuhanan. Mereka mengkaji ekosistem, perubahan iklim dan biodiversiti dengan metodologi saintifik tetapi tanpa dimensi metafizik.

Tuhan dikeluarkan daripada perbincangan dan alam hanya dianggap sebagai sumber yang boleh dieksploitasi atau diuruskan secara teknikal.

Namun, adakah pendekatan ini benar-benar berkesan? Ketika dunia berhadapan dengan krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan adakah manusia mampu mencari penyelesaian yang hakiki tanpa melihat kepada aspek moral dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi?

Fahami perbincangan ini dengan menelesuri perbincangan dari Dr Kamil Azmi Tohiran, Ketua Komuniti Penyelidik Sumber Asli, Pertanian dan Alam Sekitar (SALAM).

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
2025/07/08 15:28:36
Back to Top
HTML Embed Code: