Telegram Web Link
Rumah Terbuka PEMIKIR 2025

Baru ini telah diadakan majlis kesyukuran Syawal oleh PEMIKIR bersama rakan kerjasama iaitu Institut Ulama al-Juwaini bertempat di Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir. Majlis tersebut telah mengumpulkan pelbagai pihak meliputi ahli akademik, ilmuan, penyelidik, syarikat penerbitan serta rakan kerjasama PEMIKIR.

PEMIKIR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta yang menjayakan majlis ini. Semoga hubungan yang terjalin terus mekar dalam usaha memartabatkan peradaban dan pemikiran Islam.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan: 
 
bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Forwarded from AkalWahyu
Pengkhianatan Yahudi Terhadap Ummah: Luka Dalam Sejarah Peradaban Islam

Dalam menelusuri sejarah panjang hubungan antara umat Islam dan Yahudi, kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat detik-detik pengkhianatan yang meninggalkan kesan mendalam terhadap kestabilan dan kepercayaan dalam peradaban Islam. Walaupun sejarah mencatatkan banyak fasa harmoni antara dua komuniti ini terdapat pula episod-episod yang membuktikan sebaliknya.

Selain daripada episod pengkhianatan orang Yahudi di Madinah, antara peristiwa paling ketara berlaku di Granada, Sepanyol pada tahun 1066 apabila Joseph ibn Naghrela, seorang Yahudi yang memegang jawatan wazir kepada pemerintah Muslim didakwa menyalahgunakan kuasa dan melampaui batas yang dibenarkan dalam struktur sosial Islam. Keadaan ini menimbulkan kemarahan rakyat tempatan dan membawa kepada rusuhan besar yang meragut ribuan nyawa Yahudi. Bernard Lewis menjelaskan bahawa ketegangan ini berpunca daripada perasaan pengkhianatan terhadap nilai kesetiaan dalam masyarakat Islam ketika itu (Lewis, hlm 11).

Lebih jelas lagi ialah ketika era penjajahan Eropah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ketika umat Islam berada dalam tekanan kolonial, sebahagian masyarakat Yahudi mula bekerjasama dengan kuasa penjajah seperti British dan Perancis demi kepentingan politik dan ekonomi mereka sendiri. Keberadaaan masyarakat Yahudi yang minoriti di dalam negara Islam yang dijajah memudahkan mereka mula berlaping tadah dan membantu penjajah mengekploitasi penjajahan yang berlaku. (Lewis, hlm 170)

Ini jelas mencerminkan bagaimana perubahan kesetiaan masyarakat Yahudi mudah untuk beralih demi menjaga kepentingan mereka. Ianya menjadi semakin jelas apabila ummah menjadi lemah. Walaupun mereka mempunyai jumlah yang kecil namun sejarah telah menunjukkan mereka merupakan satu masyarakat yang terkenal dengan pengkhianatan. Bermula daripada zaman kenabiaan Bani Israel sehinggalah ke hari ini.

Rujukan:

Bernard Lewis. The Jews of Islam. Princeton University Press. 1984.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
👍1
Forwarded from AkalWahyu
Hanya Peradaban Islam Yang Memberi Keamanan Dan Kesejahteraan

Dalam merentasi sejarah hubungan antara masyarakat Yahudi dan umat Islam, satu hakikat yang tidak dapat disangkal ialah masyarakat Yahudi hanya menikmati keamanan, kebebasan dan kestabilan ketika berada di bawah pemerintahan Islam.

Ini berbeza jauh dengan apa yang mereka alami di bawah pemerintahan Kristian Eropah yang sering memusuhi dan menindas mereka.

Ketika dunia Islam berada di puncak kegemilangan terutama di bawah pemerintahan Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah masyarakat Yahudi hidup dengan selamat dan bebas menjalankan agama serta aktiviti ekonomi mereka. Mereka diberi status ahl al-dhimma yang menjamin perlindungan nyawa, harta dan kebebasan beragama walaupun tertakluk kepada beberapa syarat sosial dan fiskal.

Bernard Lewis tidak menafikan bahawa ada diskriminasi masyarakat Yahudi di bawah Islam tetapi masyarakat Yahudi tidak mengalami kezaliman sistematik seperti di Eropah:

“Discrimination was always there… but persecution was rare and atypical.” (Lewis, 1984, hlm. 8)

Keamanan ini membolehkan masyarakat Yahudi menyumbang dalam dunia Islam terutamanya dalam bidang perubatan, sains dan penterjemahan. Di al-Andalus dan Baghdad, mereka hidup bersama umat Islam dalam suasana ilmu dan budaya yang dinamik.

Namun, situasi berubah apabila kuasa Barat menjajah dunia Islam. Masyarakat Yahudi mula mencari perlindungan daripada kuasa asing dan bersekutu dengan penjajah. Ini menyebabkan mereka dipandang curiga dan menjejaskan kepercayaan yang sebelum ini terjalin.

Mark R. Cohen menjelaskan bahawa kehidupan Yahudi jauh lebih stabil di bawah Islam berbanding dalam dunia Kristian (Cohen, 1994, hlm. 4–6).

Maka tidak dapat dinafikan bahawa keamanan sebenar masyarakat Yahudi dalam sejarah hanya berlaku ketika berada di bawah naungan keadilan Islam, bukan dalam sistem sekular atau dominasi kolonial yang memecahbelahkan.

Rujukan:

Bernard Lewis. The Jews of Islam. Princeton University Press. 1984.
Mark R. Cohen. The “Golden Age” of Jewish-Muslim Relations. Princeton University Press. 1994.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
4🔥1
Forwarded from AkalWahyu
Menjadi Pemimpin: Antara Keadilan, Tanggungjawab Ummah dan Kenikmatan Dunia

Dalam membicarakan berkaitan dengan keadilan seseorang pemimpin terhadap kaumnya, Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi menyatakan:

"Saudara-saudara! Tiliklah pada laki-laki ini, ia suatu diri yang amat besar dan mempunyai satu perasaan yang waras serta sangat cemburu hati akan qawmnya, yang demikian itu ialah kerana ia melebihkan maslahat qawm bangsanya, tidak dengan lain-lain tujuan. Dia berkeyaqīnan, bahawasanya seseorang itu, walaupun ia dapat hidup dengan kebahagiaan, padahal qawm bangsanya berada di dalam kehidupan yang malang, hidup demikian ialah hidup kehinaan dan kehidupan yang papa.

Adakah dapat redā ahli-ahli 'aqal yang dia hidup di dalam kemewahan dan kesenangan, padahal di sekelilingnya qawm bangsanya berada di dalam kehidupan yang sempit dan sengsara? Atau bolehkah ia berdakap tangan dengan mengintai-intai sahaja, padahal kecelakaan telah mengenai seluruh bangsanya yang dia tiada mengambil bena dan tiada ambil rasa kesakitan di atas apa jua yang mengenai qawmnya dengan anak panah kehinaan yang telah ditujukan ke dalam hati anak-anak bangsanya?"

(Panduan Bangsa. Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi. Akademi Jawi Malaysia. Kuala Lumpur. 2022. Hlm 36)

Dari ini dapat difahami bagaimana sesuatu kaum itu dapat menikmati keadilan apabila pemimpin meletakkan hak pada tempatnya. Seorang pemimpin yang mengetahui bahawa dunia dan kaumnya adalah satu amanah kepada mereka daripada Allah.

Bukan sebagai satu peluang untuk mereka mendapat kesenangan dan kenikmatan dunia. Jika kenikmatan yang mereka kejar, maka hanya kecelakaan yang menanti mereka.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
🔥3👍1
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
🔥1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebenaran Tentang Hakikat Sebenar Sains dan Metodologinya

Persoalan yang jarang dibangkitkan oleh masyarakat hari ini adalah berkaitan hakikat sebenar sains. Sains bukanlah sekadar eksperimen dan data. Tetapi ianya lahir dari kerangka falsafah pemikiran yang melatari cara manusia memahami realiti.

Jadi, adakah benar sains hari ini adalah dari kerangka falsafah ilmu yang betul? Atau ianya terbina dari satu kerangka yang hanya berteraskan kepada akal semata-mata?

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
🔥1
Sejarah Sekularism di Eropah: Bukti Kepada Kecelaruan Barat

Sejarah peradaban di Eropah telah menyaksikan pertembungan yang panjang antara agama Kristian dan sekularisme. Pertembungan ini tidak muncul secara tiba-tiba tetapi merupakan kesan berpanjangan daripada krisis dalaman Gereja serta kerancuan asas falsafah Barat sendiri yang gagal menyatukan antara spiritualiti dan rasionaliti.

Sepanjang Zaman Pertengahan, Gereja Katolik memegang peranan dominan sebagai institusi keagamaan dan politik. Ia bukan sahaja mentafsir makna hidup manusia malah menentukan kebenaran saintifik dan moral. Pengaruh yang terlalu mutlak ini membawa kepada penyalahgunaan kuasa, monopoli ilmu dan ketidakseimbangan dalam struktur sosial.

Bagi John Keane (2002), beliau menyatakan bahawa istilah sekularisme berubah melalui tiga fasa yang berbeza. Ketiga-tiga fasa ini berubah hasil daripada perubahan suasana yang berlaku di Eropah yang cuba memisahkan antara agama dan dunia.

Beliau menyatakan bagaimana konotasi awal kepada sekularisme sekadar merujuk kepada pemisahan antara agamawan yang hidup dengan masyarakat/mendapat manfaat dari keduniaan dan agamawan yang hidup di biara. Pada abad ke-14, ianya berubah kepada makna pemisahan antara institusi agama dan bukan agama.

Sekularisme berubah kepada bentuk tindakan dan proses sekitar abad ke-16 sehingga ke-18. Namun, istilah ini mula berubah kepada satu ideologi sekitar abad ke-19. Perubahan ini berlaku apabila istilah ini dilihat sebagai satu jalan keluar manusia daripada kepompong agama. Beliau merujuk kepada beberapa individu yang berusaha menggerakkan usaha menjadikan sekularisme kepada satu idelogi seperti Ludwig Feuerbach, William Leckey, George Holyoake dan Charles Bradlaugh.

Secara keseluruhan, sejarah sekularisme di Eropah memperlihatkan bahawa ia bukan sekadar respons kepada ketidakseimbangan kuasa Gereja tetapi juga manifestasi daripada kecelaruan falsafah Barat sendiri.

Melalui perubahan sejarah dan perkembangan pemikiran, sekularisme berkembang daripada istilah deskriptif kepada sebuah proses sosial dan akhirnya menjadi ideologi yang menolak autoriti agama dalam ruang awam. Perubahan ini berlaku kerana usaha Barat untuk keluar daripada kepompong agama dan menjadikan manusia sebagai orientasi kepada pemikiran mereka.

Rujukan:
John Keane. Secularism. The Political Quarterly, Volume 71, Issue S1. 2002.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
1🔥1
Forwarded from AkalWahyu
"Kami Tidak Akan Berpaling dan Mengiktiraf Rampasan Ini Walaupun Seinci." - Dr Abdul Aziz al-Rantisi

Azzam Tamimi (2007) ada menyatakan pada 7 March 2004, sebuah kenyataan dikeluarkan oleh Izzadin al-Qassam di laman web mereke berkaitan dengan prinsip HAMAS dalam perjuangan mereka. Kenyataan ini merupakan kenyataan rasmi dari Ketua Biro Politik HAMAS, Dr. Abdul Aziz al-Rantisi. Kenyataan ini dikeluarkan sepuluh hari sebelum dibunuh oleh Israel.

Kenyataan ini merangkumi empat prinsip utama iaitu:

1. Walaupn tanah air kami telah dirampas keseluruhannya, kami sekali pun tidak akan berpaling dan mengiktiraf rampasan ini walaupun seinci,

2. Kelihatan jelas wujudnya ketidakseimbangan kuasa yang memihak kepada kepada Zionist,

3. Kita tidak memiliki persenjataan seperti yang dimiliki oleh musuh, namun kita memiliki iman yang melahirkan tekad yang tidak mengenal erti kekalahan atau berundur sebelum mencapai matlamat kita. Inilah iman yang menuntut pengorbanan demi agama dan tanah air,

4. Orang Arab dan umat Islam berada dalam keadaan lemah, longlai dan berpecah-pecah. Ini menyebabkan usaha untuk membantu rakyat Palestin tidak dapat dilakukan. Komuniti antarabangsa bersikap dingin terhadap harapan dan aspirasi rakyat Palestin serta mereka menyokong kekejaman Zionis. Dari itu, HAMAS meletakkan dua matlamat yang selari:
- Untuk menentang penjajahan dan tekanan Zionis,
- Untuk menjaga kesatuan rakyat Palestin dan keselamatan rakyat Palestin daripada konflik dalaman dimana menyukarkan penentangan terhadap penjajahan.

Daripada prinsip ini, dapat difahami bagaimana perjuangan HAMAS berteraskan kepada pembebasan penuh dalam kerangka jihad. Penolakan terhadap sebarang bentuk pengiktirafan ke atas perampasan tanah Palestin menggambarkan keteguhan pendirian mereka yang tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar mahupun realiti politik semasa.

Dalam keadaan ketidakseimbangan kuasa, kekurangan senjata dan pengkhianatan antarabangsa, HAMAS tetap meletakkan keimanan dan penyatuan rakyat sebagai benteng utama perjuangan. Jihad mereka bukan sekadar fizikal tetapi merupakan jihad mempertahankan nilai, maruah dan hak ummah yang dirampas.

Rujukan:
Azzam Tamimi. Hamas: A History From Within. Olive Branch Press. 2007.

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
1👍1
Penyelewengan Berlaku Hasil Daripada Pengaruh Luar dan Taqlid Buta

Penyelewengan secara asasnya bukan muncul dari pencarian ilmu tetapi dari pengaruh luar dan taqlid terhadap ajaran nenek moyang yang tidak berasaskan akal.

Buku Kerancuan Falsafah Barat membongkar bagaimana kegagalan menggunakan akal secara benar telah membawa kepada keruntuhan pandangan alam dan falsafah hidup taghut.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat melalui link di bawah:

https://bit.ly/KerancuanFalsafahBarat
Forwarded from AkalWahyu
Genosid Moden Bermula dari Krisis Pemikiran Manusia

Pembunuhan beramai-ramai yang dirancang secara sistematik oleh rejim Zionis bukan sekadar tragedi kemanusiaan. Ia adalah manifestasi kepada kekejaman yang terbina dari kerancuan pemikiran.

Ummah hari ini bukan sahaja perlu berhadapan dengan kekejaman fizikal yang berlaku, tetapi terpaksa berhadapan dengan satu bentuk pemikiran yang melatari kepada pembunuhan ini.

Apakah kepada asas kepada falsafah ini? Bagaimana ianya terbentuk?

Baca kupasan penuh melalui tulisan Penyelidik PEMIKIR, Aulia Rahman bin Zulkarnain melalui link di bawah:

https://akalwahyu.com/genosid-moden-bermula-dari-krisis-pemikiran-manusia/

———————————————————

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
👍1🔥1
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Guru dan Tradisi Keilmuan Islam: Warisan yang Semakin Terhakis

Dalam tradisi peradaban Islam, paksi kepada keilmuan adalah Guru. Ini kerana, menurut pandangan kita, hakikat ilmu bukan sekadar maklumat yang terakam, tetapi suatu makna yang menetap dalam diri insan. Ilmu ialah cahaya hidayah yang dipancarkan oleh Allah ke dalam jiwa, lalu dengan cahaya itu insan mampu memahami hakikat dan kebenaran sesuatu perkara.

Oleh itu, institusi atau madrasah yang dibangunkan dalam sejarah umat ini sebenarnya merupakan cerminan kepada pemikiran dan ketokohan seorang Guru. Buku pula ialah ekspresi buah fikiran Guru yang diungkap dalam bentuk penulisan agar dapat difahami dan diwarisi. Pendidikan bukan sekadar penyampaian maklumat, tetapi satu proses membina daya fikir, kefahaman, dan makna dalam diri murid—dan semua ini berlaku melalui bimbingan seorang Guru.

Namun, realiti pendidikan hari ini banyak disandarkan kepada modul, silibus, kokurikulum, bangunan institusi, peperiksaan dan yang terkini, kecerdasan buatan (AI). Semua ini, walaupun memberi manfaat tersendiri, secara tidak langsung telah menghakis peranan dan makna seorang Guru. Akibatnya, murid hanya memperoleh maklumat yang kontang nilai—bukan ilmu yang sarat dengan makna dan hikmah.

Perkembangan teknologi dan inovasi dalam pendidikan tidak wajar dinafikan. Namun, biarlah ia berjalan seiring dengan usaha mengangkat kembali makna dan martabat seorang Guru. Kerana apabila peranan Guru terhakis, maka makna ilmu juga akan hilang sedikit demi sedikit.

Jika ilmu boleh dicapai tanpa seorang Guru, nescaya Allah tidak perlu mengutuskan Rasul untuk menyampaikan wahyu. Hakikat bahawa setiap wahyu diturunkan melalui seorang utusan menjadi hujah paling besar bahawa Guru adalah jalan menuju ilmu yang hakiki. Maka, kembalikanlah semula tempat Guru di takhta keilmuan umat hari ini.

Selamat Hari Guru pada semua Guru yang telah membentuk diri ini. Hanya Allah yang layak membalas pengorbanan atas segala ilmu yang telah dicurahkan.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Bersama kita membangun Perpustakaan Peradaban Astaka Fikir melalui Infaq Penyelidikan:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
👍41
DAPATKAN BUKU-BUKU TERPILIH TERBITAN PEMIKIR DI PBAKL 2025

Temui penulisan-penulisan dari PEMIKIR yang membongkar realiti pemikiran semasa dan menawarkan perspektif falsafah Islam:

Buku baharu:
1. Kerancuan Falsafah Barat
2. Dikotomi Ilmu dalam Pendidikan

Lokasi: Pelita Dhihin (S1-20) & IlhamBooks (3-06E)
Tarikh: 23 Mei – 1 Jun 2025
Tempat:PWTC, Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang miliki buku-buku ini dan sertai misi membina semula peradaban Islam.

#PEMIKIR #PBAKL2025 #FalsafahIslam #PemikiranKritis #MembangunPeradaban
Channel photo updated
Forwarded from AkalWahyu
Ep 05 | The Exile: Bagaimana Yahudi Seleweng Ajaran Nabi?

Agama Yahudi yang sinonim dengan Bani Israel merupakan satu agama yang terbina dari satu penyelewengan. Mereka mengubah kitab-kitab Allah dan merosakkan agama Tahudi yang dibawa oleh para nabi kepada mereka.

Bagaimana proses dari ajaran tauhid berubah kepada sebuah agama yang penuh dengan kesesatan?

Saksikan episod kelima melalui link YouTube pada jam 5 petang ini:

https://youtu.be/dMh8AacP6eg

#yahudi #kisahnabi #baniisrael #sejarahpalestin #TanahYangDijanjikan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Falsafah Barat dan Kerancuannya

Kesan dari penjajahan dengan melenyapkan makna dan identiti diri kita pada hari ini. Pelbagai reaksi yang lahir dari ummah untuk menghadapi kesan ini. Ada yang menerima, ada yang cuba membina kerangka yang baharu dan ada yang melihat dari perspektif yang adil?

Apakah cara terbaik untuk kita membina semula peradaban Islam dari falsafah ilmu yang sebenar?

Saksikan kupasan Ustaz Suhail Suffian, Sekretariat Ulum Syara', PEMIKIR.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat di PBAKL bermula dari 23 Mei – 1 Jun 2025 di reruai:

1. Taybah Press (6-10)
2. Pelita Dhihin (S1-20)
3. IlhamBooks (6-48).
2👍1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kesesatan Falsafah Barat & Mithraism

Ajaran Mithraism yang dipegang oleh Namrud dilihat menjadi kepada asas kepada kesesatan pemikiran Barat yang menjadikan ajaran ini sebagai kiblat mereka.

Wujud persoalan yang besar adalah mengapa ajaran ini menjadi pegangan pemikir Barat? Adakah hasil daripada kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pemikir Barat terhasil daripada kepercayaan ini?

Saksikan kupasan Ustaz Suhail Suffian, Sekretariat Ulum Syara', PEMIKIR.

-----------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Dapatkan Siri Wacana Falsafah Ilmu: Kerancuan Falsafah Barat di PBAKL bermula dari 23 Mei – 1 Jun 2025 di reruai:

1. Taybah Press (6-10)
2. Pelita Dhihin (S1-20)
3. IlhamBooks (6-48).
👍21
2025/07/14 09:28:11
Back to Top
HTML Embed Code: