Telegram Web Link
Forwarded from AkalWahyu
Membongkar Rahsia Kesesatan Zionisme

Edisi khas E-Majalah AkalWahyu kali ini membongkar sisi gelap gerakan Zionism. Dari akar falsafahnya hingga kepada peranannya dalam mencemari akidah dan merancang penjajahan moden.

Tulisan ini lahir dari kesedaran yang mendalam bagaimana ummah perlu celik terhadap bahaya Zionisme. Bukan sekadar pada tindakan tetapi juga pada pemikirannya yang menyesatkan.

Dapatkan segera | E-Majalah AkalWahyu: Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan naskhah anda.

https://ezy.la/FalsafahZionisme
โค2๐Ÿ”ฅ1
Assalamualaikum buat semua pengunjung Astaka Fikir,

Untuk makluman semua Astaka Fikir ditutup pada 27 Jun-sempena awal muharram

Terima kasih buat semua pendokong Astaka Fikir
๐Ÿ‘2
Rakaman wacana Alternative Paradigm, The Intellectual Journey of Dr Ahmet DavutoฤŸlu

Pautan rakaman : https://youtu.be/3C1lXCN8AK4?si=KcCNgRaaZJ9oM4DB

Tempoh hari pihak PEMIKIR dan Insaniah Intellectual Circle telah menganjurkan satu sesi diskusi bersama intelektual yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Tรผrkiye, Dr Ahmet DavutoฤŸlu.

Dalam sesi ini dikongsikan tentang perjalanan intelektual Dr Ahmet dari seorang remaja sehingga dewasa dalam perjalanan mencari hikmah dan jawapan kepada permasalahan dunia Islam.

Perjalanan yang panjang beliau ini dibentuk oleh pergelutan intelektual yang masih mewarisi pemikiran Uthmaniyyah dan kumpulan yang menolak warisan ini terutamanya Kemalism.

Malah antara yang membentuk pemikiran beliau ketika di sekolah menengah adalah penulisan seperti Said Halim Pasha dengan karyanya, Buhranlarฤฑmฤฑz ve Son Eserleri, Ahmed Cevdet PaลŸa dan Muhammad Iqbal yang merupakan kumpulan yang disebut sebagi kumpulan mewarisi tradisi Islam dalam pembaharuan menentang arus pembaratan.

Diskusi kali ini membuka ufuk pemikiran mengenai siri perjalanan kehidupan seorang intelektual yang terlibat dalam pembinaan negara beliau dan membina satu idea kesedaran diri atau Ben-idraki dalam memperbaharui peradaban Islam dan bagaimana melihat masa lalu.

Semoga bermanfaat buat generasi kini dan akan datang.

This discussion was organised by Insaniah Intellectual Circle based in Malaysia, and was held on 25th of October 2024.
๐Ÿ”ฅ1
Forwarded from AkalWahyu
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
AkalWahyu: Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme

Sebuah karya yang membingkan pemikiran Zionisme dari sejarah dan falsafah pemikirannya.

Dapatkan segera | E-Majalah AkalWahyu: Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan naskhah anda.

https://ezy.la/FalsafahZionisme
Forwarded from AkalWahyu
Apa Itu Pluralisme?

Sebuah aliran pemikiran yang berselindung di bawah kebebasaan bagi setiap individu. Membawa kepada pemikiran yang sesat dan menyimpang dari akidah yang sahih.

Ketahui lebih lanjut tentang kesesatan pluralisme dengan membeli E-Majalah AkalWahyu: Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan naskhah anda.

https://ezy.la/FalsafahZionisme

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN
๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ˜ข1
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
Forwarded from Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—›๐—จ๐—›๐—” ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก #๐Ÿญ๐Ÿฎ

๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐— ๐—จ๐——

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR)

4 Julai 2025 | 10.00-10.30 pagi

Siaran langsung di Telegram Dunia Palestin. Dijemput semua sertai di www.tg-me.com/duniapalestin. Sebar-sebarkan.

๐—˜-๐— ๐—”๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ช๐—”๐—›๐—ฌ๐—จ ๐—ญ๐—œ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ (๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ ๐˜… ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป)
Klik sini: bit.ly/akalwahyuzionisme
โค2
Diskusi Forum Putrajaya bersama Ust Nuzulul Qadr di Astaka Fikir
Minggu lalu Forum Putrajaya telah menganjurkan sesi diskusi bersama Ust Nuzulul Qadar di Astaka Fikir. Beliau merupakan pelajar PhD yang sedang menyiapkan kajian dalam bidang Hadis di Universiti Ibn Haldun, Istanbul. Topik yang dibahaskan dalam sesi tersebut adalah sebahagian daripada kajian yang beliau sedang siapkan iaitu berkenaan 'Epistemologi Hadis: Kritikan Terhadap Worldview Feminisme'.

Antara asas yang dibahaskan adalah tentang pentingnya kita umat Islam menyedari feminisme bukan sekadar sebuah gerakan sosial tetapi hakikatnya didasari suatu ideologi. Apabila dinyatakan ia sebuah ideologi, sudah tentu terdapat epistemologi yang menjadi landasan pada pembentukan worldview tersebut. Oleh itu dalam umat Islam menghadapi ancaman gerakan semasa ini tidak cukup sekadar bahas simptom luaran yang nampak tetapi perlu ditanggapi akar epistemologi yang mendasarinya.

Dalam ideologi yang disebut sebagai 'feminisme islam' mereka mendasarinya dengan kecelaruan epistemologi seperti dalam membahas tentang hadis. Antaranya apabila mereka membina konsep 'kritikan matan' (naqd al-mutn) berdasarkan pemikiran orientalis iaitu pemisahan terhadap apa yang disebut sebagai 'hadis' dan 'sunnah'. Hadis dianggap sekadar catatan peristiwa sejarah (historical phenomena) tanpa memberi asas sumber pensyariatan hukum.

Maka bagi feminis muslim apa sahaja yang disebut oleh hadis terdedah pada kritikan teks berasaskan pada metod sekular hermeneutika. Di atas metod tersebut, mereka menyeru kepada penafsiran semula sebahagian teks hadis yang pada pandangan mereka merendahkan martabat wanita. Hadis-hadis tersebut dianggap bertentang dengan paradigma tauhid, worldview Quran dan sebagainya sehingga perlu ditafsirkan kembali berdasarkan konteks semasa.

Apabila diteliti kecelaruan epistemologi ini berpunca apabila mereka banyak bina kerangka pemikiran itu bersumberkan pandangan sarjana orientalis yang dibahaskan dalam dunia akademik Barat. Mereka langsung tidak merujuk pada sarjana Islam khususnya muhaddithin yang telah membina secara ilmiah dan sistematik berkenaan konsep naqd al mutn. Ini menunjukkan mereka sebenarnya cenderung membentuk islam berdasarkan acuan kehendak Barat.

Diskusi ini menunjukkan tentang peri pentingnya wacana epistemologi dibahaskan dalam kalangan umat Islam hari ini. Ia berperanan dalam kita memahami segala bentuk ancaman ketamadunan Barat hari ini secara tuntas. Begitu juga ia menjadi asas untuk terbentuk sebuah peradaban insaniah di masa hadapan.

MENJUNJUNG ILMU MEMBANGUN PERADABAN
Forwarded from AkalWahyu
Mitos 'Tanah yang Dijanjikan' dalam Politik Israel: Satu Penipuan

Tanah yang Dijanjikan (The Promised Land) menjadi satu naratif utama bagi menjustifikasikan penubuhan negara haram Israel. Ianya dilihat sebagai satu bentuk mitos oleh sebahagian besar sarjana kerana melihat tiada bukti yang kukuh bagi dakwaan ini.

Mitos ini berakar dalam teks-teks agama Yahudi khususnya dalam Tanakh (Jews Bible) di mana Tuhan dikatakan telah menjanjikan tanah Palestin kepada bangsa Israel sebagai warisan abadi mereka. Naratif ini telah digunakan oleh gerakan Zionis untuk menuntut hak eksklusif atas tanah tersebut.

Di dalam masa yang sama, orang Yahudi melihat keberadaaan rakyat Palestin yang mendiami tanah ini perlu 'dibersihkan. Antara melalui pembunuhan dan penghapusan etnik. Rakyat Palestin dilihat sebagai 'goyim' yang perlu dilayan dengan hina.

Roger Garaudy dalam bukunya, 'The Founding Myths of Israeli Politics' menyoroti bahawa tafsiran literal terhadap 'Tanah yang Dijanjikan' ini seringkali bersifat selektif dan tidak sesuai dengan fakta sejarah.

Menurut Garaudy:

"Most exegetes have considered and continue to consider the promise of the patriarchs in its classic form (cf for example Genesis 13/14-17 or Genesis 15/18-21) as a post-eventum legitimization of the Israelites' conquest of Palestine under David's reign. In other words, the promise was introduced in the patriarchal tales to turn that "ancestral epic" into a prelude and an announcement of the golden age of David and Solomon."

(The Founding Myths of Israeli Politics, hlm 12).

Dia berpendapat bahawa 'janji' yang tercatat dalam kitab-kitab Yahudi (Tanakh) lebih bersifat sebagai legitimasi hanya pada zaman Raja David. Bukan sebuah janji yang sah untuk menunut dan menjajah seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi pada abad ke-20. Dia menekankan bahawa tafsiran ini lebih merupakan sebuah mitos yang telah dicipta untuk memberi justifikasi kepada kolonisasi dan penindasan terhadap orang Palestin.

Penggunaan mitos ini oleh Zionisme bertujuan untuk mengukuhkan naratif bahawa Israel berhak untuk menduduki tanah yang sudah didiami oleh orang Palestin. Walaupun dikatakan terdapat pelbagai bukti sejarah yang menunjukkan bagaimana penguasaan tanah tersebut oleh orang Yahudi adalah hasil daripada penjajahan dan pengusiran penduduk asal.

Garaudy menyarankan agar kita melihat mitos ini dalam konteks yang lebih kritikal, memahami bahawa penggunaan teks-teks agama sebagai justifikasi politik berbahaya dan boleh mencetuskan konflik yang berterusan.

Rujukan:
Garaudy. R. The Founding Myths of Israeli Politics. Institute for Historical Review. 1996.

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Ketahui lebih lanjut tentang kesesatan Zionisme dengan membeli E-Majalah AkalWahyu: Membongkar Kesesatan Falsafah Zionisme.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan naskhah anda.

https://ezy.la/FalsafahZionisme
โค1๐Ÿ”ฅ1
Forwarded from AkalWahyu
Pengaruh Astronomi Islam Terhadap Eropah: Nasir al-Din al-Tusi dan Ibn al-Shatir terhadap Copernicus

Copernicus yang terkenal dengan revolusi astronominya yang menentang model geosentrik Ptolemaic dilihat dipengaruhi oleh karya ilmuwan Muslim yang lebih awal. Terutama dalam penggunaan matematik dan geometri untuk membentuk model kosmologi.

Antara bukti utama wujudnya pengaruh astronomi Islam di dalam karya beliau adalah penggunaan 'Tusi-couple'. Ianya diperkenalkan oleh Nasir al-Din al-Tusi sekitar pada abad ke-13 Masihi. Konsep ini digunakan untuk menggantikan titik ekuant dalam model Ptolemaic dan menawarkan cara untuk menggambarkan pergerakan planet dengan lebih tepat tanpa menggunakan titik pusat tetap.

"The Tusi-couple derives its name from Nasir al-Din al-Tusi, a 13th-century Muslim polymath whose writings include the most accurate tables in antiquity of planetary motions, an updated planetary model, as well as penetrating critiques of Ptolemaic astronomy."

Ini menunjukkan betapa pentingnya sumbangan al-Tusi dalam pembentukan model Copernicus.

Di dalam masa yang sama, individu seperti Ibn al-Shatir dengan model solar sistem dan karya Nihayat al-Sul fi Tashih al-Usul menjadi antara rujukan utama bagi Copernicus. Prof Mashhoor al-Wardat menyatakan bagaimana karya-karya sarjana Islam menjadi rujukan utama kepada perkembangan ilmu astronomi Barat.

Sumber: Study Suggests Copernicus was Influenced by an Ancient Muslim Astronomer in Developing His Cosmological System. Muslim Heritage. 2025.

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Mari bersama memperluas penyampaian konten bermanfaat dengan menyumbang melalui pautan di bawah:

https://bit.ly/ProjekKandunganIlmiahIslamik
โค1
SEDEKAH JUMAAT PEMIKIR

Salam Jumaat pada semua Muslimin dan Muslimat. Moga Allah memberkati kita semua pada sayyidul ayyam ini.

Kajian, penyelidikan dan usaha memartabatkan ilmu adalah satu usaha bersama yang perlu digerakkan.

Ini bagi merealisasikan usaha bagi membina sebuah peradaban yang berlandaskan kerangka falsafah ilmu dan kebenaran yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.

-------------------------------------------------

MENJUNJUNG ILMU, MEMBANGUN PERADABAN

Jadikan Jumaat ini sebagai tempat kita mengejar seribu kebaikan bersama:

bit.ly/Infaq_Penyelidikan_Pemikir
2025/07/12 18:23:02
Back to Top
HTML Embed Code: