Telegram Web Link
Satu saat nanti kau akan memahami bahawa sebuah pertemuan pasti akan diakhiri dengan perpisahan. Dan pasti, pada akhirnya, kita akan saling mengucapkan ''selamat tinggal''

Entah kerana berpisah untuk pergi kepada-Nya, atau kerana pergi kepada yang lain.

Yang pasti, di balik ''Selamat datang'', akan ada ''Selamat tinggal''


@pendakwahkecil
Kenangan tidak pernah mengenal waktu, tidak pernah mengenal jarak.

Bilapun, dimanapun, dan sejauh apa pun, dia akan tetap datang tanpa diundang.

Kerana perihal kenangan; memang untuk dikenang.

@pendakwahkecil
Kekadang kita patut bersyukur kepada Allah selalu kerana sentiasa memilih kita dalam melakukan kebaikan yang berterusan.

Ada orang lain Allah bagi nikmat dunia yang banyak kerana Allah tidak mahu dekat dengan dia. Dia terus terlalai dengan nikmat dunia yang menipu.

@pendakwahkecil
Berat juga dada nak menahan sebak bila terdengar orang yang dipercaya menikam belakang sendiri.

Tangisan itu rasanya tak henti mengalir tapi jangan terus mengalirkan air mata bila kau boleh menjadikan air mata itu sebagai bahan pembakar semangat untuk bangkit.

@pendakwahkecil
Menangislah jika kau merasa ada sesuatu yang menyesakkan dada.

Berhenti sejenak dari terlihat kuat seperti biasa. Terkdangnya, kau juga harus 'merehatkan' perasaanmu.

Mungkin untuk seketika sahaja, biarkan doamu dan tangis mu menjelaskan semuanya.

@pendakwahkecil
Tidak ada yang salah jika kau terasa lelah. Yang salahnya, bila kau lelah lalu menyerah.

Ingat, kau bukan manusia lemah!

Kau memiliki impian dan kau berhak mewujudkan. Kau juga bertanggungjawab membuatnya menjadi sebuah kebaikan.

Kerana Allah itu menciptakan sempurnanya raga, istimewanya akal, luar biasanya hati untuk membuat semua impian mu menjadi nyata. Moga berjaya!

@pendakwahkecil
Kau boleh menghindari sebuah pertemuan, tapi tidak boleh menjauh dari kenangan.

Jadi permasalahannya, jika sulit menerima kenyataan, bagaimana boleh tenang untuk melupakan

@pendakwahkecil
Dalam bahagia, Allah selitkan duka agar kita tahu nilai setitik air mata. Dalam harapan Allah selitkan resah agar kita sedar untuk mengiringi doa. Dalam perjuangan Allah letakkan lelah agar kita ingat bertapa mahalnya isitiqamah.

@pendakwahkecil
Terkadang kamu harus meminta maaf, bukan karena kamu salah, namun karena kamu tak ingin hubunganmu dengan seseorang berakhir.

Terkadang, kamu harus memaafkan, bukan karena kamu lemah, namun karena kamu menyadari semua orang melakukan salah.

@pendakwahkecil
Aku tahu,

Yang datang tetap akan pergi. Yang singgah akan tetap pindah. Yang bertemu suatu saat pun akan terpisah.

Kerana itu hari ini; kita kembali menjadi orang asing yang dahulunya sempat bersama.

Jangan tanya lagi kenapa.

Kerana setelah hari ini aku cukup mengerti. Bahawa; kita hanyalah sebatas kisah, kita hanyalah sebatas pernah.

@pendakwahkecil
Orang yang bersedih itu, tidak selamanya bersedih.

Kerana akan sampai satu saat nanti, di mana Allah gantikan segala kesedihan itu dengan kebahagiaan.

Sentiasa letak keyakinan atas kekuasaan Allah SWT.

Dia mendengar tiap rintih hambaNya.

@pendakwahkecil
Sedih itu menyakitkan.

Jadi, jangan biar kita sedih lama-lama.

Kena cari cara macam mana nak gembira.

Jika dulu kamu bahagia sebab ada orang lain, namun kali ini, sentiasa ingat bukan manusia yang bahagikan kita tetapi Allah yang memberi kebahagiaan kepada kita.

@pendakwahkecil
Kau bukan lagi anak kecil yang bahkan tidak tahu apa yang terbaik untuk hidupmu.

Kau sudah dewasa. Bahkan lebih dewasa dari aku.

Dan aku turut yakin bahawa kau mengerti apa yang terbaik untuk bahagia mu.

Berhenti memaksa hati.
Lepaskan.
Semoga kau bahagia selalu!

@pendakwahkecil
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.

Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.

Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.

@pendakwahkecil
Kejar dunia ni memang penat, sebab tak cukup-cukup. Bukan senang nak penuhi semua keinginan kita. Bukan senang nak puaskan hati orang lain.

Sebab tu pentingnya fokus akhirat. Ambil dunia ni sekadarnya saja. Cukup makan pakai pun alhamdulillah. Tak perlu nak bermewah-mewah.

@pendakwahkecil
Bagi orang beriman, apa saja yang datang dalam hidup, semuanya dari Allah.

Allah bagi gembira, dia dekatkan diri dengan Allah. Allah bagi duka, juga dia dekatkan diri pada Allah. Indahkan?

Lalui hidup dengan penuh ketenangan bila segalanya kita serahkan pada Allah.

@pendakwahkecil
Ada saat di mana kau harus mengalah, tapi bukan menyerah.

Sedarlah, dia bukan milikmu. Sekuat apa pun kau pertahankan, ia tak akan pernah menetap.

Perjalananmu sungguh indah, berterima kasihlah pada Tuhan kerana 'meminjamkan' kehidupan untukmu.

@pendakwahkecil
Jangan kerana disakiti, kau memilih untuk merosakkan diri.

Mungkin itu tandanya kau harus undur diri, tapi bukan bermakna kau harus kehilangan diri sendiri.

Tenang. Kamu mampu♥️🍃

Tuhan itu selalu mempersiapkan yang baik. Lebih dari apa yang kamu anggap baik.

@pendakwahkecil
Perkara yang terbaik akan datang pada saat yang terbaik. Tidak akan cepat atau lambat sedikit pun.

Tinggal lagi terserah pada diri kita, untuk terus sabar dan yakin sahaja.

Semuanya akan baik-baik saja.

@pendakwahkecil
Dan kecantikan itu sifatnya sementara.

Ia hanya dikejar pada permulaan perkenalan sahaja. Lambat laun, manusia tetap akan melupakan.

Yang tetap dicari kelak, hanya kejujuran hati.

Orang yang kekal setia menemani dan menenangkan tika mana manusia lain melupakan.

Tika mana dia bersusah payah meredah setiap satu ujian yang Tuhan berikan.

Kita ini kelak, hanya akan bersama dengan orang yang kita sayang.

@pendakwahkecil
2025/06/28 18:55:57
Back to Top
HTML Embed Code: