Kongsi kebaikan pinned Deleted message
Tips Untuk Hidup Yang Tenang.

Jangan pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil kisah setiap kata-kata orang hanya membuat kita terseksa. Selagi benda yang kita buat patuh syariah dan itulah yang kita rasa terbaik maka jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

Berbaik sangka.

Semua kejadian berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya berusaha, Allah yang tentukan. Sentiasalah bersangka baik, bersyukur dan redha.

Apa yang dah berlalu, biar ia berlalu.

Berdamailah dengan masa silam. Jangan terlalu menanggung penyesalan dan dendam. Semua orang ada pernah buat kesilapan. Ambil pengajaran darinya dan baiki diri. Kesilapan yang terjadi adalah untuk mendidik menjadi lebih baik, bukan untuk mengikat kita dari terus maju.

Bahagia dengan cara sendiri.

Kita tentukan kebahagiaan kita sendiri, bukan orang lain. Nikmatilah kehidupan dengan cara sendiri. Jangan biarkan orang lain menentukan bagaimana kita hendak hidup bahagia. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap manusia berbeza.

Jangan buat jahat.

Seperti mana kita tak suka orang buat jahat kepada kita, maka kita jangan buat jahat kepada orang lain. Jadilah orang yang baik sebab orang baik sentiasa tenang dan bahagia.

Selalu berdoa.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Berdoalah agar Allah sentiasa jaga dan merahmati hidup kita supaya sentiasa tenang dan bahagia.

Mohd Yazid Ismail
Forwarded from Halal Dikongsi 🀎
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Aimi ada terbaca something so wonderful that Aimi rasa Aimi nak share balik.
Ada satu proses sains panggil 'fetal-maternal microchimerism'.
Masa kita mengandung, sel janin dari baby kita tu masuk ke dalam saluran darah kita dan mengalir balik ke dalam tubuh janin.
Selama 40 minggu kita mengandung, sel baby ni keep on keluar masuk keluar masuk dari badan dia ke dalam salur darah kita, dan balik semula ke dalam badan baby.
Lepas baby lahir, banyak sel baby ni yang kekal dalam badan kita. Dalam tissue badan kita, tulang, otak, kulit kita dan lain-lain. Dan selalunya akan kekal berdekad lamanya.
Setiap baby yang kita kandungkan memang akan tinggalkan kesan sel baby ni di dalam badan kita.
Walaupun kita keguguran tak kira pada berapa minggu kehamilan pun, sel baby yang kita kandungkan tu tetap ada tertinggal dalam badan kita.
Apa fungsinya?
Kajian menunjukkan kalaulah tisu jantung kita ada kecederaan, sel baby akan segera pergi ke jantung kita dan bertukar menjadi sel yang khusus untuk membaiki kecederaan tisu jantung.
Maksudnya, sel baby ni boleh berubah jadi sel lain untuk rawat badan kita dari dalam.
Macam stem cell.
Amazing kan?
Hebatnya proses yang Allah S.W.T cipta.
Sepanjang kita pregnant, badan kita Allah cipta sangat fokus untuk lindungi dan besarkan baby.
Tapi dalam masa sama Allah cipta untuk baby juga bantu sembuhkan badan ibu.
Subhanallah.
Ada kajian menunjukkan kewujudan sel janin dalam otak si ibu walaupun ibu tu bersalinkan anaknya 18 tahun yang lepas.
Kita semua tahu all mothers have what we call mother instinct.
Anak tidur atas katil, kita tergerak hati nak check, tengok-tengok rupanya anak dah tertiarap.
Kita tahu something is wrong dengan anak kita walaupun dia takde dengan kita.
We just can feel them.
Banyak masa Aimi tengah sedih,
Tiba-tiba umi call dari kampung.
Dia kata teringat.
How amazing is that?
Now kajian dah buktikan kita still 'kandungkan' anak kita walaupun dah bertahun-tahun kita bersalinkan dia.
Maybe that's where mother instinct come from.
Subhanallah.
All praises belong to Allah.

Kredit: Aimi Nawi
Anak perempuan ini anugerah dariMu Ya Allah

1. Ya Allah , jadikan anak perempuan kami anak perempuan yang lembut hatinya
2. Ya Allah , jadikan anak perempuan kami anak perempuan yang pandai menghormati orang tua
3. Ya Allah , jadikan anak perempuan kami anak perempuan yang 'Qawwam' iaitu pelindung dan penjaga kepada adik beradik lelakinya
4. Ya Allah , jadikan anak perempuan kami anak yang patuh dan tunduk dengan ajaran agama
5. Ya Allah , jadikan anak perempuan kami anak perempuan yang suka membantu dan berbudi pada orang di sekelilingnya
6. Ya Allah , jauhkan anak perempuan kami daripada pengaruh buruk rakan sebaya
7. Ya Allah , jauhkan anak perempuan kami daripada mengikuti artis dan idola yang menjahamkan peribadi dan agamanya
8. Ya Allah , jauhkan anak perempuan kami daripada masalah sosial yang melanda anak anak muda di negara kami
9. Ya Allah , jauhkan anak perempuan kami daripada pengaruh buruk game dan media yang boleh mempengaruhi akal fikirannya
10. Ya Allah , jauhkan anak perempuan semua daripada azabMu di dunia dan akhirat

Kredit: Taufiq Razif
2024/05/28 19:49:25
Back to Top
HTML Embed Code: