Telegram Web Link
KURANG BUAH & SAYUR = KURANG VITAMIN A & C

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 menunjukkan:
❗️ Hanya 13% remaja & 17% dewasa makan cukup BUAH
❗️ Hanya 5% remaja & 12% dewasa makan cukup SAYUR
Akibatnya:
🚫 55% remaja & 63% dewasa kurang Vitamin A
🚫 78% remaja & 74% dewasa kurang Vitamin C

Kenapa penting?
👀 Vitamin A = Kesihatan mata, kulit & meningkatkan imuniti
💪 Vitamin C = Pembentukan kolagen, imuniti yang kuat & penyerapan zat besi
Selain itu, buah dan sayur juga kaya dengan serat (fiber) dan antioksidan yang bantu:
Melancarkan penghadaman
Menstabilkan tahap gula dan kolesterol dalam darah
Menyokong kesihatan keseluruhan

👉 Jom cukupkan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah & 3 hidangan sayur setiap hari!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
RUGINYA KALAU TAK MINUM SUSU 🥛

Hanya 3% remaja & 1% dewasa minum susu secukupnya setiap hari!

👉 Akibatnya:
98% remaja & 96% dewasa kurang kalsium
Kurang fosforus & vitamin B2
👉 Akhirnya: tulang & gigi rapuh, kurang tenaga!

💡Jom mula hari ini – minum sekurang-kurangnya 2 gelas susu sehari!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
🌞 TAHUKAH ANDA?

42.1% dewasa di Malaysia mempunyai PARAS VITAMIN D YANG RENDAH!

🏙 1 daripada 2 penduduk bandar &
👩‍🦰 3 daripada 5 wanita berisiko rendah Vitamin D
💡 Tingkatkan paras Vitamin D anda hari ini!
Dapatkan cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 30 minit
Ambil makanan kaya Vitamin D seperti ikan tenggiri, hati, telur, susu dan keju.

📌 Vitamin D penting untuk tulang, imuniti & emosi anda!
Jom mula jaga kesihatan dari sekarang!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
Artikel khas bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bertajuk "Derma Darah, Semai Budaya Prihatin, Empati Masyarakat".

Surat khabar : Berita Harian
Tarikh : 15 Jun 2025 (Ahad)
Muka Surat : 16
Ruangan : Rencana
Penulis : Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin (Pengarah Pusat Darah Negara)

Sumber : Pusat Darah Negara
https://www.facebook.com/share/p/1JTZe8bcNd/

Wellness on Wheels di Rumah Panjang Julies, Roban, Parlimen 205, Saratok, Betong.

Sumber : Promosi Kesihatan JKN Sarawak
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2025. Kepada yang berminat boleh e-melkan permohonan segera ke [email protected]

Kelayakan akademik dalam bidang multimedia atau setaraf.
TERLALU MANIS MEMBAHAYAKAN!

Tahukah anda?

📌 2 daripada 3 remaja & 1 daripada 2 dewasa ambil GULA BERLEBIHAN setiap hari!
📌 Separuh daripada gula ini datangnya dari... MINUMAN!
💣 Akibatnya? Berat badan naik, risiko diabetes & serangan jantung meningkat!
Solusinya mudah:
☑️ Kurangkan gula semasa bancuh
☑️ Semak label pemakanan
☑️ Pilih minuman kurang atau tanpa gula

🥄 Satu sudu teh sudah cukup.
💥 Kurang lebih baik, tiada TERBAIK!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
Infocast FB Live Wellness Hub Batu Pahat kembali!

🔗 https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
👉 Tewaskan Flu: Kekal Peka, Kekal Sihat
🗓 18.06.2025 (Rabu)
🕝 3.00 Petang

Jangan lupa 🔒 lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🤞

Sumber : Wellness Hub Batu Pahat
GARAM: MUSUH SENYAP 🧂

3 daripada 4 dewasa di Malaysia ambil diet tinggi garam!
Terlalu banyak pengambilan garam boleh menyebabkan:
👉 tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung & kegagalan buah pinggang.
🚫 Hadkan pengambilan kepada kurang 1 sudu teh sehari ya!

Jom kurangkan garam dengan:
Guna rempah asli
Baca label – pilih rendah sodium
Elak makanan proses tinggi garam tersembunyi

💪 Sayangi jantung, ginjal & kesihatan anda!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
Selamat pulang ke tanah air, Jemaah Haji yang dikasihi!🕋 Semoga setiap doa dan ibadah anda diterima sebagai haji mabrur.

Untuk memastikan kesihatan anda terus terjaga selepas menjalani ibadah haji, luangkan sedikit masa untuk membuat Penilaian Kesihatan Harian anda di aplikasi MySejahtera!!

Jangan lupa juga untuk sentiasa memantau kesihatan anda♥️

Sumber : MySejahtera
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih kerana memeriahkan event Kembara Sihat Sejahtera HePiLI X Didi & Friends di KB Mall, Kelantan pada 30 Mei hingga 1 Jun lepas. Seronok sangat dapat jumpa korang semua!

#didiandfriends

Sumber : Didi & Friends Malaysia
🧂 IODIN BUKAN SEKADAR GARAM – IA KUNCI UNTUK OTAK & TUMBESARAN SIHAT!

Ramai rakyat Malaysia masih kekurangan iodin tanpa sedar!
📉 Sarawak (52%), Semenanjung (45%) & Sabah (44%) ada tahap iodin urin rendah!
📛 Kesan kekurangan iodin:
❗️ Tumbesaran & perkembangan mental kanak-kanak terbantut
❗️ Risiko goiter (pembengkakan leher disebabkan pembesaran kelenjar tiroid) & hipotiroidisme (pengurangan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid)
❗️ Kelahiran pramatang & berat lahir rendah

💡 Apa perlu buat?
Guna garam beriodin (dan simpan dengan betul!)
Masukkan garam selepas masakan siap
Makan lebih makanan laut (ikan bilis, udang, sotong, kerang)
Rendam sayur goitrogen (bahan-bahan yang meggangu penyerapan iodin ke dalam kelenjar tiroid bagi membantu menghasilkan hormon thyroxine) (contoh: ubi kayu, kobis, brokoli)

Jangan anggap remeh, mencegah lebih baik dari merawat! 💪

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ingin dapatkan rawatan estetik

3️⃣ jenis rawatan estetik yang perlu anda ketahui.

Fikir dahulu sebelum membuat keputusan.‼️
🌙 MAKAN LEWAT MALAM – TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN

Ramai antara kita suka ‘late night supper’ atau kudap-kudapan waktu malam. Tapi tahukah anda, tabiat ini sebenarnya boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang?

📊 Data NHMS 2024 menunjukkan:
🔸 2 daripada 5 remaja dan
🔸 1 daripada 3 dewasa
mengamalkan makan malam berserta makan lewat malam secara berlebihan sekurang-kurangnya sekali seminggu!

Kenapa kita perlu risau? Sebab makan lewat malam boleh:
Mengganggu kualiti tidur
Melambatkan metabolisme & naikkan berat badan
Menyebabkan masalah pencernaan
Meningkatkan risiko penyakit jantung
Meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis 2

Jadi, apa boleh kita buat?
• Elakkan makan berat selepas pukul 10 malam
• Pilih snek sihat jika perlu
• Amalkan rutin makan yang teratur & seimbang

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alahan Ubat💊
Apakah yang dimaksudkan dengan alahan ubat?

Tonton video ini untuk ketahui jawapannya.😉

Video ini disediakan oleh Puan Fauziah Hanim Ahmad Azman, pegawai farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : Kenali Ubat Anda
2025/07/04 07:11:14
Back to Top
HTML Embed Code: