Telegram Web Link
HPV 'Catch-Up'

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1
Tarikh : 14 Mei 2024 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Dr. Mardiana binti Omar
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Vaksin membantu menguatkan sistem imun 💪🏻 anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan mengesyorkan agar kanak-kanak 👶🏻👦🏻 diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-Kanak.
Vaksin-vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) diberi adalah untuk mencegah penyakit-penyakit khusus.

Sehingga kini terdapat 1️⃣0️⃣ Jenis produk vaksin untuk mencegah 1️⃣3️⃣ penyakit Cegahan Vaksin Bayi dan Kanak-Kanak (dari lahir 👶🏻 sehingga umur 15 tahun 🧑🏻).
Elak keracunan makanan semasa berada di tanah suci.

Elak daripada menjamah bahan mentah atau makanan yang tidak dimasak.
Elak makan makanan bermasak yang disimpan melebihi 4 jam.

Cuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas ke tandas dan selepas menyentuh kotoran.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perasmian Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan disambut pada 13 Mei 2024 dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Program Imunisasi Kebangsaan di Malaysia bermula sejak 1950an dengan tiga (3) jenis vaksin sahaja. Kini terdapat 10 jenis produk vaksin untuk mencegah 13 penyakit menerusi Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi baru lahir sehingga berumur 15 tahun.

Antara kejayaan Program Imunisasi adalah pembasmian penyakit cacar di seluruh dunia pada tahun 1980 dan pembasmian penyakit polio di lima (5) buah rantau di dunia termasuk Malaysia.

#ANMS #sihatmilikku
BERAT BADAN NAIK SELEPAS RAYA?

"Alamakkk, macam mana ni? Berat badan naik mendadak masa raya."

Raya kan sebulan, tak mustahil kalau berat badan semakin naik. Maklumlah terlalu banyak juadah dan kuih-muih yang enak dan sukar untuk ditolak di sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Itu belum lagi termasuk jemputan rumah terbuka, memang susah nak kawal selera makan dan menolak pelbagai hidangan yang menyelerakan.

Apa kata cuba untuk 'reset' semula corak pengambilan makanan harian dan tetapkan azam untuk capai berat badan yang ideal demi kesihatan yang lebih baik. Semuanya bermula dari diri sendiri.

Jom sama-sama amalkan.

Sumber: Nutritionist KKM
Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Impak Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) :
📌 menurunkan kadar kejadian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin
📌 mengurangkan komplikasi penyakit yang boleh membawa kematian
📌 Menurunkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak
📌 Meningkatkan status kesihatan generasi
Kebanyakan pekerja di negara ini berdepan dengan tekanan di tempat kerja dalam menjalankan kerja harian mereka. Semakin banyak tugas diberikan, semakin tinggi tekanan dan stres dirasakan pekerja. Kesannya, jika terlalu banyak tekanan dan stres dialami pekerja ia boleh menyebabkan keletihan mental dan fizikal, sekali gus menjejaskan prestasi kerja.

#hentikanstigma
#kesihatanmentalmiliksemua
#pekerjakesumabangsa

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Pendaftaran Janji Temu Klinik Kesihatan di Aplikasi MySejahtera

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Jayshanty a/p Jeyaseelan, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Botanik.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Middle East Respiratory Syndrome (MERS) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona.

Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk.

Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah).

Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Selain mengelakkan penyakit, vaksin turut berfungsi baik seiring dengan alat kesihatan global yang lain seperti antibiotik dan penyusuan susu ibu. Kaedah ini selamat, efektif serta melindungi orang tersayang dan masyarakat. Malah, imunisasi kanak-kanak berjaya menyelamatkan kira-kira 2-3 juta kanak-kanak setiap tahun.
2024/06/16 08:16:28
Back to Top
HTML Embed Code: