Telegram Web Link
Majlis perasmian World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 sempena Car Free Day Putrajaya telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

#MalaysiaSihat
#WorldPhysicalActivityDay2025
#JomAktif

https://www.facebook.com/share/p/1FDogoZUNk/?mibextid=wwXIfr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
❀1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
13 April 2025 - Rangkuman Majlis perasmian World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Seri Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Dataran Putrajaya.

#MalaysiaSihat
#WorldPhysicalActivityDay2025
#JomAktif

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
πŸ‘2
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sejak 2024 hingga 2030 dengan 7 Fokus Strategik dan 15 inisiatif pembudayaan hidup sihat yang merangkumi hidup aktif, pemakanan sihat, persekitaran yang menyokong, saringan kesihatan, dan minda sihat. Setakat ini, PSS telah dilaksanakan di 25 kementerian dan agensi kerajaan, melibatkan penyertaan lebih 60,000 penjawat awam di Putrajaya.
Dalam majlis yang sama, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut merasmikan Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian yang akan berlangsung bermula dari 13 hingga 27 Mei 2025. Pada tahun 2024, cabaran ini disertai oleh 612 pasukan dengan penyertaan seramai 13,031 penjawat awam (19.2%). Untuk tahun 2025, lebih banyak penyertaan disasarkan bagi menyemarakkan persaingan sihat dan membudayakan amalan 10,000 langkah sehari sebagai norma dalam sektor perkhidmatan awam.

Terdahulu YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersama YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah hadir menyertai program Syawal Fun Walk yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada pagi ini.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM dan Pegawai-pegawi kanan KKM dan Kerajaan Persekutuan.

https://www.facebook.com/share/p/199kQBfnbX/?mibextid=wwXIfr
πŸ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dah sahut cabaran langkah sihat putrajaya 2025?

Seperti tahun sebelum ini, setiap 10,000 langkah sehari = 1 mata πŸ†

πŸ“Š Ikuti cara pengiraan mata untuk lihat siapa bakal juara!

Jom kita buktikan semangat dan kehebatan kementerian masing-masing! πŸ’ͺ

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
❀2πŸ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan Montaj Pelancaran Cabaran Langkah Sihat Putrajaya 2025.

Cabaran akan bermula pada 13 - 27 Mei 2025.

Kementerian mana pula bakal juara pada tahun ini?

Jom daftar sekarang!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
πŸ‘1
🌷 Penyakit Parkinson kerap melanda golongan tua πŸ‘΄πŸ» yang seterusnya mengganggu fungsi kehidupan mereka.

Penyakit ini berpunca daripada kerosakan saraf 🧠 yang akan menghasilkan gejala yang melibatkan pergerakan badan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
πŸ‘5😒3
Beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi membantu pesakit Parkinson mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup yang terdiri daripada ubat-ubatan dan gaya hidup meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Disebabkan penyakit ini memberi kesan yang berbeza bagi setiap individu, rawatan perlu disesuaikan mengikut individu.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
πŸ‘5πŸ‘Œ1
Persediaan Ubat Haji : Kekal Sihat di Tanah Suci

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@kenaliubatanda/live
❀5
Sesetengah ibu hamil menjadikan kopi sebagai minuman harian. Kopi mengandungi kafein yang merupakan sejenis bahan kimia perangsang.

β˜•Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan keletihan.Walaubagaimanapun, pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan oleh ibu hamil berisiko memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

❗Oleh itu, ibu mengandung perlu mengawal jumlah pengambilan kopi sebagai minuman harian demi menjamin kesihatan berterusan ibu dan bayi dalam kandungan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
πŸ‘10❀4πŸ€”1
SEDIAKAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANDA

Pemakanan yang sihat sejak kecil memainkan peranan penting dalam pertumbuhan fizikal dan perkembangan minda kanak-kanak. Bekalan makanan ke sekolah dan pilihan snek harian yang sihat dapat membantu anak kekal cergas, fokus dan bersemangat untuk belajar.

βœ… Sediakan bekalan yang seimbang dan berkhasiat
βœ… Pilih snek sihat dan rendah gula
βœ… Elakkan makanan yang diproses secara berlebihan

🌟 Mula dari rumah, bina tabiat sihat untuk masa depan anak yang lebih cerah.

Sumber : Nutritionistkkm
πŸ‘6❀1
πŸŽ‰ JEMPUTAN MENGHANTAR ABSTRAKπŸŽ‰

1st Kedah International Health Conference 2025 kini menerima penghantaran abstrak!

πŸ” Abstrak berkaitan program komuniti amat digalakkan, termasuk:

πŸ—£ Program Kesedaran Komuniti untuk Perubahan Tingkah Laku
⭐️ Komponen MyChampion (KOSPEN, COMBI, πŸ’Š Duta Ubat, πŸ₯ Panel Penasihat KK, 🦷 Ikon Gigi)
🀱 Perkhidmatan Tradisional & Komplimentary (cth: Perkhidmatan Postnatal Tradisional/Urutan)
🏘 Organisasi Komuniti (cth: Kelab Warga Emas Daerah, PAWE, KRT, PDK)
πŸ₯ Lembaga Pelawat Hospital
πŸŽ“ Community and Family Case Studies (CFCS)
🀝 Inisiatif pemerkasaan komuniti lain yang bersesuaian
πŸ‘1
πŸ“š Peluang Penerbitan:

Semua abstrak yang diterima akan diterbitkan dalam Abstract Collection (Special Issue) di Journal of Biomedical and Clinical Sciences (JBCS)

πŸ† Pemenang (1, 2, 3) pembentangan lisan & poster berpeluang menerbitkan extended abstract di JBCS.

🎯 Khas Warga JKN Kedah: Artikel penuh (dari abstrak diterima) akan diterbitkan dalam Kedah Technical Report 2025

πŸ”— Untuk panduan & penghantaran abstrak, layari:
www.kedahiphc.com
πŸ‘1
Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar, tersekat-sekat atau berulang-ulang. Masalah ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Antara punca berlakunya gagap adalah faktor genetik, kerosakan saraf dan juga tekanan. Masalah gagap boleh dibantu melalui rawatan terapi pertuturan.

Sekiranya anda, anak atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini, anda boleh mendapatkan rujukan dan janji temu untuk berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan-Bahasa) di hospital-hospital berhampiran.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
πŸ‘9πŸ‘Œ1
Pesakit Hemofilia mengalami kekurangan faktor pembekuan darah dan pesakit Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun berlaku luka yang kecil.

Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
πŸ‘5πŸ‘Œ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ibu bapa pasti seronok apabila anak autisme pandai makan ubat.

Jom tonton video ini...pov anak autisme boleh makan ubat sirap!

#MalaysiaSihat
πŸ‘7❀1πŸ‘1πŸ€”1
Meriahnya raya bersama aktiviti Wellness on Wheels (WoW). WoW kini berada di Dataran Wawasan, Putrajaya sempena PERKESO RUN & RIDE 2025 hari ini.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Sambil kita meriahkan sambutan hari raya, eloklah kita kekal aktif dan cergas di musim perayaan ni.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya;
1. Cabaran kayuh sihat🚴🏻- ayuh bakar kalori anda
2. Soft Archery 🎯 - uji fokus mata anda dengan memanah

Yang paling best, anda layak untuk tebus hadiah menarik dengan melengkapkan semua aktiviti di atas. Ini baru WOW!

#MalaysiaSihat
#PerkhidmatanKesejahteraanBergerak
#Wellnessonwheels
πŸ‘7❀1
2025/07/14 11:34:28
Back to Top
HTML Embed Code: