Telegram Web Link
TEMU BUAL EKSKLUSIF DI ASTRO AWANI BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2025

Bersama :
Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin
Pengarah
Pusat Darah Negara

Topik perbincangan :
πŸ“Œ *DERMA DARAH SEBAGAI BUDAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA*

πŸ—“οΈ Tarikh/Hari : 13 Jun 2025 (Jumaat)
⏰ Masa : 07.30 pagi

πŸ“Ί Tonton secara penstriman langsung di :
Laman Sesawang ASTRO AWANI
πŸ”— https://www.astroawani.com/

Sumber : Pusat Darah Negara
❀8πŸ‘2
KURANG BUAH & SAYUR = KURANG VITAMIN A & C

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 menunjukkan:
❗️ Hanya 13% remaja & 17% dewasa makan cukup BUAH
❗️ Hanya 5% remaja & 12% dewasa makan cukup SAYUR
Akibatnya:
🚫 55% remaja & 63% dewasa kurang Vitamin A
🚫 78% remaja & 74% dewasa kurang Vitamin C

Kenapa penting?
πŸ‘€ Vitamin A = Kesihatan mata, kulit & meningkatkan imuniti
πŸ’ͺ Vitamin C = Pembentukan kolagen, imuniti yang kuat & penyerapan zat besi
Selain itu, buah dan sayur juga kaya dengan serat (fiber) dan antioksidan yang bantu:
βœ… Melancarkan penghadaman
βœ… Menstabilkan tahap gula dan kolesterol dalam darah
βœ… Menyokong kesihatan keseluruhan

πŸ‘‰ Jom cukupkan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah & 3 hidangan sayur setiap hari!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘9❀2
RUGINYA KALAU TAK MINUM SUSU πŸ₯›

Hanya 3% remaja & 1% dewasa minum susu secukupnya setiap hari!

πŸ‘‰ Akibatnya:
❌ 98% remaja & 96% dewasa kurang kalsium
❌ Kurang fosforus & vitamin B2
πŸ‘‰ Akhirnya: tulang & gigi rapuh, kurang tenaga!

πŸ’‘Jom mula hari ini – minum sekurang-kurangnya 2 gelas susu sehari!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘9
🌞 TAHUKAH ANDA?

42.1% dewasa di Malaysia mempunyai PARAS VITAMIN D YANG RENDAH!

πŸ™ 1 daripada 2 penduduk bandar &
πŸ‘©β€πŸ¦° 3 daripada 5 wanita berisiko rendah Vitamin D
πŸ’‘ Tingkatkan paras Vitamin D anda hari ini!
βœ… Dapatkan cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 30 minit
βœ… Ambil makanan kaya Vitamin D seperti ikan tenggiri, hati, telur, susu dan keju.

πŸ“Œ Vitamin D penting untuk tulang, imuniti & emosi anda!
Jom mula jaga kesihatan dari sekarang!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘6❀1
Artikel khas bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bertajuk "Derma Darah, Semai Budaya Prihatin, Empati Masyarakat".

Surat khabar : Berita Harian
Tarikh : 15 Jun 2025 (Ahad)
Muka Surat : 16
Ruangan : Rencana
Penulis : Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin (Pengarah Pusat Darah Negara)

Sumber : Pusat Darah Negara
❀3πŸ‘2
https://www.facebook.com/share/p/1JTZe8bcNd/

Wellness on Wheels di Rumah Panjang Julies, Roban, Parlimen 205, Saratok, Betong.

Sumber : Promosi Kesihatan JKN Sarawak
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2025. Kepada yang berminat boleh e-melkan permohonan segera ke [email protected]

Kelayakan akademik dalam bidang multimedia atau setaraf.
❀1
TERLALU MANIS MEMBAHAYAKAN!

Tahukah anda?

πŸ“Œ 2 daripada 3 remaja & 1 daripada 2 dewasa ambil GULA BERLEBIHAN setiap hari!
πŸ“Œ Separuh daripada gula ini datangnya dari... MINUMAN!
πŸ’£ Akibatnya? Berat badan naik, risiko diabetes & serangan jantung meningkat!
βœ… Solusinya mudah:
β˜‘οΈ Kurangkan gula semasa bancuh
β˜‘οΈ Semak label pemakanan
β˜‘οΈ Pilih minuman kurang atau tanpa gula

πŸ₯„ Satu sudu teh sudah cukup.
πŸ’₯ Kurang lebih baik, tiada TERBAIK!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘5❀1
Infocast FB Live Wellness Hub Batu Pahat kembali!

πŸ”— https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
πŸ‘‰ Tewaskan Flu: Kekal Peka, Kekal Sihat
πŸ—“ 18.06.2025 (Rabu)
πŸ• 3.00 Petang

Jangan lupa πŸ”’ lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🀞

Sumber : Wellness Hub Batu Pahat
❀3
GARAM: MUSUH SENYAP πŸ§‚

3 daripada 4 dewasa di Malaysia ambil diet tinggi garam!
Terlalu banyak pengambilan garam boleh menyebabkan:
πŸ‘‰ tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung & kegagalan buah pinggang.
🚫 Hadkan pengambilan kepada kurang 1 sudu teh sehari ya!

Jom kurangkan garam dengan:
βœ… Guna rempah asli
βœ… Baca label – pilih rendah sodium
βœ… Elak makanan proses tinggi garam tersembunyi

πŸ’ͺ Sayangi jantung, ginjal & kesihatan anda!

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘5❀1
Selamat pulang ke tanah air, Jemaah Haji yang dikasihi!βœ¨πŸ•‹ Semoga setiap doa dan ibadah anda diterima sebagai haji mabrur.

Untuk memastikan kesihatan anda terus terjaga selepas menjalani ibadah haji, luangkan sedikit masa untuk membuat Penilaian Kesihatan Harian anda di aplikasi MySejahtera!!

Jangan lupa juga untuk sentiasa memantau kesihatan andaβ™₯️

Sumber : MySejahtera
πŸ‘3❀1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih kerana memeriahkan event Kembara Sihat Sejahtera HePiLI X Didi & Friends di KB Mall, Kelantan pada 30 Mei hingga 1 Jun lepas. Seronok sangat dapat jumpa korang semua!

#didiandfriends

Sumber : Didi & Friends Malaysia
❀4
πŸ§‚ IODIN BUKAN SEKADAR GARAM – IA KUNCI UNTUK OTAK & TUMBESARAN SIHAT!

Ramai rakyat Malaysia masih kekurangan iodin tanpa sedar!
πŸ“‰ Sarawak (52%), Semenanjung (45%) & Sabah (44%) ada tahap iodin urin rendah!
πŸ“› Kesan kekurangan iodin:
❗️ Tumbesaran & perkembangan mental kanak-kanak terbantut
❗️ Risiko goiter (pembengkakan leher disebabkan pembesaran kelenjar tiroid) & hipotiroidisme (pengurangan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid)
❗️ Kelahiran pramatang & berat lahir rendah

πŸ’‘ Apa perlu buat?
βœ… Guna garam beriodin (dan simpan dengan betul!)
βœ… Masukkan garam selepas masakan siap
βœ… Makan lebih makanan laut (ikan bilis, udang, sotong, kerang)
βœ… Rendam sayur goitrogen (bahan-bahan yang meggangu penyerapan iodin ke dalam kelenjar tiroid bagi membantu menghasilkan hormon thyroxine) (contoh: ubi kayu, kobis, brokoli)

Jangan anggap remeh, mencegah lebih baik dari merawat! πŸ’ͺ

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM
πŸ‘7
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ingin dapatkan rawatan estetik❓

3️⃣ jenis rawatan estetik yang perlu anda ketahui.

Fikir dahulu sebelum membuat keputusan.‼️…
πŸ‘4❀3πŸ‘Œ2
2025/07/12 18:41:56
Back to Top
HTML Embed Code: