Telegram Web Link
KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN KE NASI

Ramai di kalangan kita amat gemar makan nasi dengan kuah banjir, tambahan pula kalau lauknya kena dengan selera. Pernah ke kita terfikir sebenarnya dengan setiap penambahan sesudu kuah boleh menambahkan jumlah kalori serta garam dan lemak (jika kuah mengandungi minyak atau santan) kepada hidangan kita.

Jadi setiap kali kita nak menambah kuah ke nasi, fikir-fikirkan dulu pesanan dan nasihat “Kurangkan pengambilan garam” , “Kurangkan makan makanan tinggi lemak” dan sebagainya.

Sumber: Nutritionist KKM
MERS-CoV boleh menyebabkan gejala yang serius terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai penyakit kronik.

Kes MERS yang serius boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, kegagalan organ dan perlu dirawat di unit rawatan rapi.

Buat masa ini, belum ada vaksin dan tiada rawatan khusus bagi penyakit ini.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Inginkan hadiah yang teristimewa di hari jadi anda? Dapatkan pemeriksaan pergigian setahun sekali untuk senyuman yang kekal menawan! Kerana senyumanmu adalah hadiah yang tidak ternilai.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Team HePiLI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan ribuan terima kasih buat semua warga pendidik yang telah banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa.

Jasamu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

#hepili
#anms

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Tahukah anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐚𝐧𝐝𝐚
𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐳𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes 🦟 yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi boleh mengakibatkan kematian. ☠️

‼️Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨, 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙜𝙞, 𝙘𝙝𝙞𝙠𝙪𝙣𝙜𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙯𝙞𝙠𝙖
Langkah pencegahan MERS.

Elakkan

Bersentuhan dengan unta baka Arab
Mengambil susu unta mentah
Mengambil air kencing unta
Memakan daging unta yang tidak dimasak dengan betul

Hubungi petugas kesihatan untuk penilaian kesihatan jika mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti MERS-CoV dalam tempoh 14 hari.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ALAMI MASALAH KULIT? JANGAN SUKA-SUKA GUNA KRIM SAPU!

Penjualan ubat secara online menerusi laman web, platform e-dagang dan media sosial boleh mendedahkan pengguna kepada bahaya kesan mudarat yang tidak diingini.

Hal ini kerana pengguna sukar untuk menyemak kesahihan penjual serta tidak dapat meneliti krim sapu tersebut untuk menentukan status pendaftarannya sebelum membuat pembelian.

Konsultasi yang salah oleh penjual yang tidak bertauliah boleh memudaratkan.
Malah, pengguna boleh mendapat ubat yang salah dan tidak membantu dalam merawat masalah kesihatan yang dihidapi.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Bersenam 🏃🏻 membawa banyak kebaikan bukan hanya untuk turunkan berat badan sahaja tapi terdapat banyak lagi manfaat lain untuk kesihatan.
Penting‼️Pengambilan air 💧yang cukup sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti senaman.

⚠️ Ini dapat mengelakkan daripada dehidrasi dan kekejangan otot dan juga kekal bertenaga semasa aktiviti senaman.
Kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian.

Dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan obesiti.
🌹🌹Wanita dijulang, negara gemilang...19 Mei (Ahad) ini, Jom hadirkan diri mendapat manfaat kesihatan wanita terutamanya di Dewan Serbaguna Sri Sulong, BATU PAHAT. Lelaki? Jangan risau tetap boleh hadir sama, sokonglah wanita kesayangan anda ! 🌹
Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.

Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.
Pemilihan makanan yang selamat dan bersih penting untuk menjamin kesihatan. Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya kita mengambil makanan yang rosak.

⚠️ Perhatikan ciri-ciri makanan yang rosak berikut sebagai langkah pencegahan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Semasa COVID-19 di Malaysia Minggu Epidemiologi 20/52 (12 Mei – 18 Mei 2024)
Pengambilan diet yang tinggi zat besi dapat membantu tubuh mengekalkan hemoglobin / sel darah merah 🩸 di tahap yang optimum.👍🏻

‼️Ambil makanan tinggi zat besi ini dalam setiap hidangan utama anda.
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah 🩸 yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen 🧬 yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

‼️Jika tidak dirawat, pesakit talasemia boleh membawa maut yang disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.
2024/05/20 10:54:36
Back to Top
HTML Embed Code: