https://vt.tiktok.com/ZShmMUcLW/
Di tengah musibah, kita dihadapkan dengan pilihan: tenang atau marah.
Surah Al-Fath seolah-olah baru diturunkan bagi menggembirakan mereka yang memilih jalan ketenangan, meskipun perjalanannya tidak mudah.
Pembukaan Kota Makkah bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan bukti nyata umat beriman bahawa di balik setiap rintangan, tersimpan rahmat yang hanya dapat dilihat dengan iman dan kesabaran.
Kehidupan kita juga penuh dengan 'Hudaibiyah' setiap hari - ujian dan cabaran yang bila dilihat sebagai peluang, boleh membawa kita jauh ke hadapan.
#paradigmaibrah #halanganiturencanatuhanmu #kompassurahalfath #surahalfath #tadabburplus #pbakl2025 #tadabburcentre

Syaari Ab Rahman
https://vt.tiktok.com/ZShmMUcLW/ Di tengah musibah, kita dihadapkan dengan pilihan: tenang atau marah. Surah Al-Fath seolah-olah baru diturunkan bagi menggembirakan mereka yang memilih jalan ketenangan, meskipun perjalanannya tidak mudah. Pembukaan Kota…
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Yang Anda Mahu Tahu Tentang Surah Fatihah
Nama al-Fatihah berasal daripada akar kata فَتَحَ – yang bermaksud membuka, menghilangkan yang tertutup, dan merungkai kekeliruan.
Bukan sekadar nama, ia adalah isyarat yang dalam:
Bahawa surah agung ini adalah kunci - yang membuka tirai antara hati dan Tuhan.
Ia membebaskan jiwa daripada kekeliruan, dan membuka pintu untuk merasai kemanisan al-Quran yang sebenar.
Dengan memahami al-Fatihah, kita tidak lagi membaca al-Quran hanya dengan mata - tetapi dengan hati yang tersambung ke langit.
Terbukalah satu jambatan yang menghubungkan kita dengan Tuhan kita dan Kalam-Nya, al-Quran.
Dalam surah yang serba ringkas ini, ia mengandungi pujian-pujian buat Allah swt, pengabdian diri yang bulat, malah menerangkan jalan orang-orang yang berjaya dan sebaliknya.
Kita diwajibkan atau dimestikan membaca surah ini dalam setiap solat termasuklah solat jenazah. Daripada itu kita memahami bahawa Surah al-Fatihah merupakan pembukaan kepada penerimaan amal dan ampunan.
Ibaratnya surah inilah yang berfungsi untuk merayu-rayu kepada Allah swt agar memberikan kebaikan kepada kita.
Di tengah lautan buku dan semangat ilmu, 25-5-2025 bakal menyaksikan pertemuan kita di Pesta Buku Antarabangsa KL. Dengan izin-Nya, saya akan mengungkap rahsia dan keindahan sebuah surah yang menggugah jiwa.
Ayuh hadir – membina makna, menaut rasa, dan menghidupkan budaya ilmu.
Daftar di https://abbascentre.onpay.my/order/form/seminaralfatihah

OnPay
PENDAFTARAN SEMINAR TADABBUR RAHSIA 7 AYAT: AL-FATIHAH SEBAGAI PETA HIDUP SEORANG HAMBA
Pendaftaran program seminar Tadabbur Rahsia 7 Ayat. Program akan diadakan pada 25 Mei 2025 (Ahad) bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.