Telegram Web Link
Langit terakhir Zulhijjah 1446H..

Setahun hampir berlalu, entah berapa banyak amal dan dosa yang terkumpul. Namun tetap sahaja Tuhan memberikan rezeki dan peluang.

“Ya Allah, jika ini tahun terakhirku, terimalah segala kebaikan yang sedikit, dan ampunilah segala kejahatanku yang banyak. Jangan Engkau palingkan aku dari rahmat-Mu…”

“Ya Allah, tahun ini tahun baru. Jadikan aku hamba baru yang lebih sedar, lebih kuat, lebih jujur dalam mencintai-Mu…”

Selamat menyambut tahun baru Hijrah.

Hijrahlah,
daripada kelalaian kepada kesedaran,
daripada cinta dunia kepada cinta Tuhan,
daripada jauh kepada lebih dekat dengan al-Quran.

Moga permulaan ini menjadi detik sebenar kita kembali pulang.

Sempena Cahaya Muharram, dapatkan koleksi buku-buku USAR dengan harga promosi. 7 hari sahaja!

⭐️ Klik link di bio untuk senarai buku & diskaun istimewa. Jangan lupa hadiahkan juga buat insan tersayang.

ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
Salam Maal Hijrah 1447H 😊

Selamat menyambut tahun baharu Islam, Maal Hijrah 1447H. Semoga tahun ini membawa keberkatan, rahmat, dan kebahagiaan yang melimpah kepada kita semua.

Mari kita merenung sejenak, mengambil ibrah dari hijrah Rasulullah SAW, dan berhijrah dalam diri kita menuju kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya. Setiap langkah hijrah adalah langkah mendekatkan diri kepada Allah, meninggalkan dosa, memperbaiki amalan, dan memperkukuhkan iman.

Semoga cahaya Maal Hijrah menerangi hati kita, memberikan kekuatan untuk terus berusaha, berdoa, dan bertawakal dalam setiap ujian yang mendatang. Jadikan hijrah ini sebagai titik permulaan untuk kita berubah menjadi insan yang lebih hidup dengan tadabbur al-Quran, lebih beriman, dan lebih bertaqwa.

Dari kami, semoga setiap detik dalam tahun baru ini dipenuhi dengan kebaikan, kesejahteraan, dan kasih sayang Allah SWT.

Selamat Tahun Baru Islam 1447H.

Salam penuh kasih,
Paradigma Ibrah 😊

ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
2025/06/29 15:52:56
Back to Top
HTML Embed Code: