Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sebelum tidur nanti, ambillah masa sejam untuk membelek terjemahan juzuk 15 khususnya 3-4 halaman terawal. Moga bacaan juzuk 15 imam di masjid dan surau malam tadi menjadi bacaan yang meninggalkan “bekas” dalam hati. Ameen
Kompas 114
Juzuk 15
10 Jun 2017
#kompas114 #juzuk15 #ramadhan1446h #tadabburcentre #paradigmaibrah

👍1
Syaari Ab Rahman
Temui anda esok inshaallah
Merawat ketaksuban bukanlah agendanya mudah. Menambah kesedihan ayah sehingga dihilangkan seketika nikmat penglihatan, antara harga yang perlu dibayar oleh Yusuf dan Ya’qub عليهما السلام.
Surah Yusuf 111 ayat. 99 dari 111 ialah kisah Yusuf.
44 dari 99 ayat atau hampir 45 % memberi perhatian kepada babak Yusuf bertemu semula saudara-saudaranya semasa tujuh tahun kedua Mesir.
44 ayat iaitu dari ayat 58 hingga 101 menjadi separuh masa yang kedua surah Yusuf. Apa yang sebenarnya cuba dilakukan Yusuf dalam tiga pertemuan dengan abang-abangnya ? Baginda “membalas dendam” ? Ma’azallah dari seorang bergelar Rasul dari melakukannya.
Al-Quran sedang memberi perincian luar jangkaan kepada pembacanya. Separuh masa kedua surah Yusuf sedang menekankan kepentingan kaedah-kaedah tarbiyah dan sentuhan-sentuhan halus Yusuf pada penyakit hati yang masih bersarang pada abang-abangnya, penyakit إِن يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ أَخٌ لَّهُ مِن قَبْلُ , penyakit “hanya kita yang betul, orang lain salah”.
Penyakit وَنَحْنُ عُصْبَةٌ sangatlah berbahaya, apatah lagi jika ia berlaku atas nama agama.
Penyakit ini boleh berpindah kepada kita. Semoga surah al-Hujurat menjadi “ubat” dari Yusuf kepada kita. Semoga kita semua membawa semangat إِنِّي أَنَاْ أَخُوكَ dan إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ .

❤9👍1
Sinopsis Juzuk 16 ditangguhkan ke jam 12 tengahari esok inshaallah. Semoga berkat tadarus dan tadabbur al-Quran mengiringi anda semua
👍4
Syaari Ab Rahman
Photo
Salah satu program yang saya boleh rasakan mereka ini benar-benar hidup dengan dakwah. Bukan lakonan, bukan rekaan, bukan kerja separuh masa. Senyuman mereka, hormat mereka, kesungguhan mereka belajar dan mendengar, nampak keikhlasannya.
Selepas membentangkan keistimewaan agama fitrah ini menerusi ayat Ramadhan iaitu ayat 185 al-Baqarah, tidak saya duga para pimpinan Hidayah Centre merancakkan lagi perbincangan di meja ifthar.
Saya hanya kongsikan hal-hal yang biasa-biasa sahaja dibincang dalam dunia tafsir, namun mereka sangat menghargainya dan mengakui tidak pernah mendengar sudut pandang sebegitu.
Segala puji dikembalikan pada Allah. Kita hanya membuka mulut menyampaikan, namun kerja Dia jua menjatuhkan hidayah pada insan-insan pilihan-Nya.
Membentangkan signifikan kisah Nabi Adam di juzuk 1 dengan ayat pensyariatan puasa pada juzuk 2, tidak disangka abang Faizal Tahir menyambut dengan lagu “Adam”. Doakan beliau terus istiqamah menyampaikan mesej dakwah dari sentuhan suara memukau kurniaan Tuhan bersama seni lirik yang sangat bermakna yang dihasilkan.
Terima kasih Hidayah Centre atas jemputan bermakna ini. Semoga kita semua dikurniakan pengalaman membantu seseorang bersyahadah dan membantu memudahkan urusan perjuangannya untuk istiqamah sebagai seorang Muslim.
Barakallah fikum

👍13❤1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selepas Asar nanti, ambillah masa sejam untuk membelek terjemahan juzuk 17 khususnya 3-4 halaman terawal. Moga bacaan juzuk 17 imam di masjid dan surau malam ini menjadi bacaan yang meninggalkan “bekas” dalam hati. Ameen
Kompas 114
Juzuk 17
13 Jun 2017
#kompas114 #juzuk17 #ramadhan1446h #tadabburcentre #paradigmaibrah

👍3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap “musibah” dihadirkan Tuhan untuk serlah suatu kekuatan yang dianugerahkan-Nya pada diri.
😢7👍2
Syaari Ab Rahman
Photo
ANTARA MADRASAH “RAMADHAN” DAN “KELUARGA IMRAN”
1. Ali Imran keluarga pilihan Tuhan satu ketika dahulu (3:33), manakala umat Islam pula umat pilihan Tuhan pada waktu ini (2:143).
2. Ibu Maryam melahirkan Maryam selepas 9 bulan mengandung (3:36), manakala Ramadhan pula ialah bulan Islam ke-9 yang selepasnya umat Islam “dilahirkan”, bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.
3. Doa ibu Maryam agar anak (Maryam) dan cucunya (Isa) tidak diganggu syaitan (3:36), manakala Ramadhan pula bulan syaitan dirantai, lalu ia tidak boleh akses pada orang beriman yang benar-benar berpuasa.
4. Maryam beribadah dalam mihrab (3:37), manakala umat Islam lebih banyak masa di masjid dan beriktikaf sepanjang Ramadhan. Nama ‘imran juga dikaitkan ulama dengan ‘imarah al-masjid iaitu mengimarahkan Masjidil Aqsa.
5. Doa Nabi Zakariyya yang telah dimustajabkan (3:38-39), manakala adanya ayat doa mustajab selepas ayat Ramadhan (2:186).
6. Nabi Zakariyya didatangkan berita gembira dari Jibril semasa baginda berdiri solat (3:39), manakala Ramadhan menjadi bulan umat Islam paling banyak berdiri mendengar al-Quran yang pernah diturunkan Jibril, bertarawih.
7. Seorang bukan nabi iaitu Sayyidah Maryam telah didatangi Jibril (3:42), manakala malam Lailatul Qadar menyaksikan Jibril turun menemui umat Muhammad SAW bersama seluruh para malaikat meskipun Nabi SAW sudah lama wafat.
8. Bayi Isa bin Maryam telah berkata-kata dengan kuasa diberikan Allah kepadanya sehingga Bani Israil terkejut, manakala Ramadhan menyaksikan seorang Rasul yang “ummi” diberikan kalam Allah yang bermukjizat dan mengejutkan penyair dan pakar-pakar bahasa ketika itu (3:46).
9. Lafaz “saum” dari Maryam dengan makna meninggalkan perkataan yang sia-sia (19:26). Manakala Ramadhan pula difardhukan “siyam” untuk kaum muslimin meninggalkan makan-minum di siang hari (2:183).
10. Setiap mukjizat Nabi Isa diselangi dengan lafaz “izin Allah” (3:49). Manakala Ramadhan pula berakhir dengan umat ini melaungkan takbir yang membesarkan Allah atas hidayah dari mukjizat al-Quran (2:185!
Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman
17 Ramadhan 1446H

👍11❤1