Syaari Ab Rahman
Video
EMPAT PELAN BERTINDAK SELEPAS RAMADHAN BERPANDUKAN SURAH AL-KAHFI
1. Kisah pertama (pemuda al-Kahfi) : Penting selepas Ramadhan untuk terus hidup “bertadarus”, kali ini bukan cara bacaan yang ditegur, tetapi cara berfikir dan cara hidup. Carilah “circle” orang baik-baik dan hiduplah dengan solat berjamaah, ayat-ayat Allah yang dibacakan imam pasti teguran dari Tuhan.
2. Kisah kedua (pemilik dua kebun dan sahabatnya) : Penting selepas Ramadhan berdamping dengan ulama, disiplinkan diri untuk hadir secara fizikal majlis-majlis ilmunya sehingga kesan talaqqi berkenaan mengubah banyak sudut pandangan kita pada tujuan hidup.
3. Kisah ketiga (perjalanan Musa bersama Khadir) : Penting selepas Ramadhan, lebih banyakkan waktu bersendirian seketika tanpa sesiapa melainkan dengan Tuhan, tunaikanlah solat dengan sabar sehingga solat yang dikerjakan dengan tamakninah itu memberi nafsu muthmainnah, kekuatan untuk bersangka baik pada Tuhan pada apa jua musibah yang baru berlaku.
4. Kisah keempat (perjalanan Zulqarnain) : Penting selepas Ramadhan untuk hidup menyebarkan manfaat pada orang lain. Berhentilah menyebarkan keburukan, memecahbelahkan ummat, konten yang batil dan menyemai kebencian.
#apaselepasramadhan #paradigmaibrah #tadabburcentre

❤12👍4🔥1
Dalam karya saya Kompas 114, saya menyatakan hikmah surah pertama menurut turutan mushaf ialah surah al-Fatihah.
Bukan sekadar ia surah yang sempurna dari sudut penurunan pada Baginda SAW, dari sudut penyatuan dan kombinasi kesemua tujuh ayat dengan sempurna, tanpa ada ayat lain perlu “disimpan” dahulu atau turun pada waktu berbeza seperti empat surah sebelum turunnya al-Fatihah.
Bahkan unsur “kami” pada dalam surah al-Fatihah menegaskan lagi mesej adik-beradik, penyatuan dan kekitaan.
Dalam Kompas 114, saya jelas mengapa surah paling panjang dalam al-Quran mesti hadir untuk mengukuhkan mesej “kami” dan “kekitaan” sebagai satu ummat selepas al-Fatihah.
Surah paling banyak sebab penurunan tiba-tiba dikaji Dr Abdullah Diraz mendalam menawarkan ketersusunan, kesepaduan dan “setiap satu bahagian hadir melengkapkan satu bahagian” dengan sangat sempurna.
Manakala Amin Ahsan Islahi pula menemukan surah al-Fatihah hingga al-Maidah, surah 1 hingga 5 menawarkan mesej mengukuhkan perpaduan dan kenegaraan di Madinah menerusi dialog dengan Ahlul Kitab.
Manakala al-An’am hingga al-Taubah, surah 6 hingga 9 pula menawarkan mesej pembukaan Makkah, perpaduan antara Makkah dan Madinah dan keselamatan dua tanah suci ini menerusi dialog dengan musyrikin.
Manakala Yunus hingga al-Nur, surah 10 hingga 24 menawarkan mesej membawa Islam ke tanah-tanah di luar Jazirah Arab, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan pelbagai berita-berita gembira kemenangan Islam dikhabarkan Tuhan.

❤3👍1
Syaari Ab Rahman
Photo
Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan pencerobohan di G dan pengkhianatan perjanjian gencatan senjata, yang paling penting adalah seperti berikut:
1️⃣ Kewajipan berjihad dengan senjata menentang penjajahan di P adalah tanggungjawab setiap Muslim yang berkemampuan dalam dunia Islam.
2️⃣ Kewajipan campur tangan ketenteraan secara serta-merta oleh negara-negara Arab dan Islam.
3️⃣ Kewajipan untuk mengepung musuh Z yang mendiami secara darat, laut, dan udara, termasuk laluan air, selat, dan seluruh ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.
4️⃣ Memberikan sokongan ketenteraan, kewangan, politik, dan hak kepada pergerakan perlawanan adalah wajib secara syarak.
5️⃣ Menubuhkan pakatan ketenteraan Islam untuk melindungi ummah dan menangkis penceroboh, yang merupakan kewajipan syarak yang sudah mendesak.
6️⃣ Pengharaman normalisasi dengan musuh Z.
7️⃣ Mengharamkan penyediaan petroleum dan gas kepada entiti Z.
8️⃣ Mengkaji semula perjanjian damai yang telah ditandatangani oleh beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.
9️⃣ Kewajipan jihad kewangan untuk menyokong saudara-saudara kita di G dan mempercepatkan pembukaan laluan sempadan.
🔟 Mengajak komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk mendesak Trump dan pemerintahannya memenuhi janji pilihan raya mereka untuk menghentikan pencerobohan dan mewujudkan kedamaian.

👍12❤1
https://vt.tiktok.com/ZSrA83mA8/
Fatwa Terkini Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Bumi Gaza dan Palestin

TikTok
TikTok · Syaari Ab Rahman
Check out Syaari Ab Rahman’s video.