Telegram Web Link
https://vt.tiktok.com/ZShVc23pt/

Boleh dirumuskan enam fakta penting mengenai Nakbah 15 Mei 1948-2025

1. N : Negara haram ditegakkan
2. A : Angkara Theodore Herzl 50 tahun sebelum itu
3. K : Khilafah Uthmaniah makin lemah
4. B : Bencana 750,000 muslimin hanya permulaan
5. A : Angkatan mujahidin lahir untuk halang pencerobohan saki-baki tanah Zaitun
6. H : Harapan dari surah al-Isra’

#nakbah1948 #tiktoklive #livehighlights #surahalisra #halanganiturencanatuhanmu #tadabburplus #pbakl2025 #paradigmaibrah
SURAH AL-ISRA' DAN MASA DEPAN FILASTEEN (SIRI 7)
TADABBUR SELASA 20 MEI 2025
TAJUK: (AL-ISRA’, AYAT 58 - 67)
PENGACARA:
PANEL: USTAZ MUHAMMAD SYAARI AB RAHMAN / Jurulatih Utama Tadabbur Centre.
TARIKH: 20 MEI 2025 / SELASA
MASA: 7:00 PAGI - 8:00 PAGI

Sinopsis
Mesej penting dari surah al-Isra’ menjelang musim haji agar ummat ini bersatu dan kuat umpama satu tubuh, demi membebaskan tanah Zaitun.

Khusus untuk siri ke-7 kali ini, surah al-Isra’ bakal membawa kita pada kaum Thamud, pokok yang dilaknati (beberapa ahli tafsir moden menanggapinya sebagai perkembangan negara haram Zion), Iblis umumkan perang dengan Bani Adam.

The Night Journey (17:58-67)

17:58
وَإِن مِّن قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًۭا شَدِيدًۭا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَـٰبِ مَسْطُورًۭا ٥٨

there is no community We shall not destroy, or punish severely, before the Day of Resurrection- this is written in the Book.

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).


17:59
وَمَا مَنَعَنَآ أَن نُّرْسِلَ بِٱلْـَٔايَـٰتِ إِلَّآ أَن كَذَّبَ بِهَا ٱلْأَوَّلُونَ ۚ وَءَاتَيْنَا ثَمُودَ ٱلنَّاقَةَ مُبْصِرَةًۭ فَظَلَمُوا۟ بِهَا ۚ وَمَا نُرْسِلُ بِٱلْـَٔايَـٰتِ إِلَّا تَخْوِيفًۭا ٥٩

Nothing prevents Us from sending miraculous signs, except the fact that previous peoples denied them. We gave the people of Thamud the she-camel as a clear sign, yet they maltreated it. We send signs only to give warning.

Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).


17:60
وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِٱلنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَـٰكَ إِلَّا فِتْنَةًۭ لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَـٰنًۭا كَبِيرًۭا ٦٠

[Prophet], We have told you that your Lord knows all about human beings. The vision We showed you was only a test for people, as was the cursed tree [mentioned] in the Quran. We warn them, but this only increases their insolence.

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.


17:61
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ قَالَ ءَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًۭا ٦١

When We said to the angels, ‘Bow down before Adam,’ they all bowed down, but not Iblis. He retorted, ‘Why should I bow down to someone You have created out of clay?’

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"


17:62
قَالَ أَرَءَيْتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى كَرَّمْتَ عَلَىَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلًۭا ٦٢

and [then] said, ‘You see this being You have honoured above me? If You reprieve me until the Day of Resurrection, I will lead all but a few of his descendants by the nose.’
2
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)".


17:63
قَالَ ٱذْهَبْ فَمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُمْ جَزَآءًۭ مَّوْفُورًۭا ٦٣

God said, ‘Go away! Hell will be your reward, and the reward of any of them who follow you- an ample reward.


Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.


17:64
وَٱسْتَفْزِزْ مَنِ ٱسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَـٰدِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيْطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا ٦٤

Rouse whichever of them you can with your voice, muster your cavalry and infantry against them, share their wealth and their children with them, and make promises to them- Satan promises them nothing but delusion-

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.


17:65
إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَـٰنٌۭ ۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًۭا ٦٥

but you will have no authority over My [true] servants: Your Lord can take care of them well enough.’

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

17:66
رَّبُّكُمُ ٱلَّذِى يُزْجِى لَكُمُ ٱلْفُلْكَ فِى ٱلْبَحْرِ لِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦٓ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًۭا ٦٦

[People], it is your Lord who makes ships go smoothly for you on the sea so that you can seek His bounty: He is most merciful towards you.

Tuhan kamulah yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.

17:67
وَإِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فِى ٱلْبَحْرِ ضَلَّ مَن تَدْعُونَ إِلَّآ إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّىٰكُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ ٱلْإِنسَـٰنُ كَفُورًا ٦٧

When you get into distress at sea, those you pray to besides Him desert you, but when He brings you back safe to land you turn away: man is ever ungrateful.

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
1👍1
1
Khusus untuk siri ke-7 kali ini, surah al-Isra’ bakal membawa kita pada kaum Thamud, pokok yang dilaknati (Dr Bassam Jarrar menanggapinya sebagai perkembangan negara haram Zion kerana sepertiga dari 41 kali lafaz laknat merujuk pada Bani Israil dan keturunan mereka Yahudi), dan kisah Iblis umumkan perang dengan Bani Adam.

Sudikan tekan SHARE untuk lebih ramai mendekati surah Bani Israil. Barakallah fikum
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
ALANG-ALANG KE PESTA BUKU 😂

Dengar kata banyak jalan di KL tutup. Pasti ada banyak halangan nak ke PBAKL. Namun, sentiasa ingat, HALANGAN ITU RENCANA TUHANMU.

Ke PBAKL, kalau niatnya betul-betul nak tambah ilmu, nak cari buku-buku bermanfaat untuk kehidupan, inshaallah berjam-jam di pelbagai reruai, akan jadi ibadah. TIADA YANG KECIL DI SISI TUHAN.

Balik dari PBAKL, duit banyak mengalir kan ? Tapi inshaallah pelaburan berbaloi mudah-mudahan. Rehat dulu badan. Cukupkan tidur. Baca al-Mulk dulu AGAR AKHIR HARIMU DIBERKATI.

3 hari lagi!

Temui anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 dan jemput memeriahkan reruai Tadabbur+!

🥇 Reruai 6-34, Dewan Tun Razak 3, Booth Tadabbur +
📌 Tarikh: 23 Mei - 1 Jun 2025
🔺 Tempat: World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur

Ayuh memeriahkan pesta buku kali ini dengan cahaya al-Quran! Sampai bertemu nanti 🤩

#pbakl2025 #tadabburplus #paradigmaibrah #bukubaruusar #surahalfath #surahalnaml #surahalmulk
1👍1
LIMA FAEDAH KENA CAPAI DI PBAKL 2025 (WALAU JALAN BANYAK TUTUP😂)

Jomlah ke P.E.S.T.A buku kawan-kawanku 😂

1. P : Pengetahuan baru tentang sesuatu bukan dalam bidang, tapi cubalah jenguk, belek dan cari sebab kenapa hidup kita kena tahu ilmu itu. Tak semestinya beli. Belek, baca kat reruai sahaja pun takpe kan.

2. E : “Engagement” dengan kawan-kawan lama, cipta kawan-kawan baru, reunion keluarga, sepupu sepapat. “Eh, awak baca buku ustaz ni jugak ke. Kita kawanlah ye😁

3. S : Sokong penulis atas tulisan menginspirasikan darinya selama ini. Kekadang kita malas nak menulis feedback pada karyanya secara tulisan. Jadi, kita jumpa dia sambil ambil sign.

Atau sokong kebaikan yang dia buat selama ini kerana mungkin penulis tu lebih kelihatan seorang aktivis kemanusiaan atau artis yang berhijrah. Jangan sokong penulis yang menyebar budaya tak baik. Pergi jumpa dia, tegur atau beri pandangan kritis dengan baik.

4. T : Temui tokoh-tokoh yang dijemput untuk acara pentas bagi beroleh aspirasi kejayaan. “Tuan, apa rahsia buku tuan jadi bestseller?”. Atau inspirasi menulis sebab kita dah 10 tahun bercita-cita menulis. Bab satu pun belum selesai 😂

5. A : Ada diskaun menggila biasanya. Haha. Entah-entah ini faktor utama korang ke PBAKL 🤣 .

Tapi bagi yang buka kedai di sini, “A” ialah analisis. Ia lebih penting kerana besarnya pelaburan kami untuk acara tahunan ini. Kami kena analisa apa dalam fikiran pembeli, kenapa beli, kenapa pegang lepas itu tak jadi beli, kenapa di sana beratur panjang tapi di sini lengang.

Paling penting, “kenapa saya dah beli buku ustaz tahun lepas, saya tak dapat nak habis baca pun. Tapi datang jugak hari ni nak beli buku baru niatnya. Penyakit apakah ini ustaz?” 🤣

#MenjunjungTitahLangit
#TadabburPlus
#PBAKL2025
#ParadigmaIbrah

https://vt.tiktok.com/ZShshNwMu/
MRT Laluan Kajang

• Jika anda dari Kajang:

Dari Stesen MRT Kajang ke Stesen MRT Maluri, tukar ke LRT Laluan Ampang untuk ke Stesen PWTC.
[Tempat letak kenderaan disediakan]

• Jika anda dari Sungai Buloh:

Dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen MRT Merdeka, tukar ke LRT Plaza Rakyat (LRT Laluan Ampang) untuk ke Stesen PWTC.
[Tempat letak kenderaan disediakan]

MRT Laluan Putrajaya

• Dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Stesen MRT Titiwangsa, dan tukar ke LRT Laluan Ampang untuk ke Stesen PWTC.

KTM Komuter

• Dari mana-mana Stesen KTM, berhenti di Stesen Putra, jalan kaki 5 minit untuk ke WTCKL.

JANGAN LUPA GUNA KASUT YANG SELESA DAN BAWA BEG BERODA 🧳

JUMPA DI PBAKL 2025!

#PBAKL2025 #MalaysiaMadani #MalaysiaMembaca #KLIBF2025 #bukumembacamemimpin
#booktokmalaysia
👍1
2025/07/10 22:36:21
Back to Top
HTML Embed Code: