Telegram Web Link
Salam Maal Hijrah 1447H 😊

Selamat menyambut tahun baharu Islam, Maal Hijrah 1447H. Semoga tahun ini membawa keberkatan, rahmat, dan kebahagiaan yang melimpah kepada kita semua.

Mari kita merenung sejenak, mengambil ibrah dari hijrah Rasulullah SAW, dan berhijrah dalam diri kita menuju kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya. Setiap langkah hijrah adalah langkah mendekatkan diri kepada Allah, meninggalkan dosa, memperbaiki amalan, dan memperkukuhkan iman.

Semoga cahaya Maal Hijrah menerangi hati kita, memberikan kekuatan untuk terus berusaha, berdoa, dan bertawakal dalam setiap ujian yang mendatang. Jadikan hijrah ini sebagai titik permulaan untuk kita berubah menjadi insan yang lebih hidup dengan tadabbur al-Quran, lebih beriman, dan lebih bertaqwa.

Dari kami, semoga setiap detik dalam tahun baru ini dipenuhi dengan kebaikan, kesejahteraan, dan kasih sayang Allah SWT.

Selamat Tahun Baru Islam 1447H.

Salam penuh kasih,
Paradigma Ibrah 😊

ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
(25:74) Kita selalu minta anak jadi penyejuk mata. Tapi Allah ajar kita lebih dari itu. Minta anak yang memimpin orang-orang bertakwa.

Anak yang bawa perubahan. Anak yang ada misi besar untuk agama. Doa ini bukan main-main. Ini doa pembina generasi ummah!

#tiktoklive #livehighlights #paradigmaibrah #tadabburcentre #kisahkisahalquran

https://vt.tiktok.com/ZSBJ7kAPk/
Tidak terdapat sebarang doa khusus dari Rasulullah SAW dengan bentuk doa awal dan akhir tahun.

Ini kerana, penetapan awal tahun hijrah dibuat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Meskipun begitu, secara umumnya tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu untuk membaca doa meminta kebaikan dan kesejahteraan buat dirinya sebaik dia memasuki tahun baharu.

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (w. 852 h.) menukilkan kata-kata ‘Abdullah bin Hisyām yang menyebut :

‎كَانَ أصْحَابُ رسول الله صلى الله ُ عليهِ وسلَّم يتعلَّمونَ الدُّعَاءَ كما يتَعَلَّمونَ القرآنَ إذا دخل الشَّهْرُ أو السَّنةُ

Terjemahan : Para sahabat Rasulullah SAW mempelajari doa (berikut) sebagaimana mereka mempelajari Al-Quran apabila masuknya bulan baharu atau tahun baharu :

‎اللهمَّ أَدْخِلْهُ عَلَينَا بالأَمْنِ والإِيمَانِ ، والسَّلَامَةِ والإِسْلَامِ ، وَجِوَارٍ مِنَ الشَّيطَانِ ورِضْوَانٍ من الرَّحْمَن

Terjemahan : Ya Allah, masukkanlah ia (bulan atau tahun baharu) kepada kami dengan keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, mendapat perlindungan daripada syaitan, serta mendapat keredaan daripada Al-Rahmān.

Rujuk Mu’jam Al-Sahābah, Al-Baghawi (3/543), Al-Isābah fī Tamyīz al-Sahābah, Ibn Hajar (4/218)

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

#tiktoklive #livehighlights #paradigmaibrah #tadabburcentre #maalhijrah1447h

https://vt.tiktok.com/ZSBe6Mkpg/
24 jam sahaja lagi.

Dapatkan promosi Maal Hijrah sehingga esok! Tekan link pembelian di bawah segera untuk dapatkan semua naskah USAR dengan harga promosi!

ezy.la/ParadigmaIbrahBooks
T – Tangkas
Cepat, jelas, dan kesan tinggi. Bukan kerja banyak, tapi kerja bijak.

C – Cermat
Teliti ikut SOP. Review sebelum hantar. Amanah itu teliti.

P – Proaktif
Jangan tunggu arahan. Nampak salah, betulkan. Nampak peluang, laksanakan.

I – Ilmu
Jangan hanya kerja sekeliling Quran. Hidup bersama Quran.
Tadabbur bukan aktiviti, tapi budaya.

https://vt.tiktok.com/ZSBNjVVE9/
https://vt.tiktok.com/ZSBYTCqvk/

“Dalam Surah Al-Waqi’ah, Allah gambarkan as-Sābiqīn duduk berhadapan sambil berbual-bual di syurga.

Bukan sembang kosong — tapi perbualan dengan para nabi dan tokoh-tokoh besar.
Jiwa besar tak lahir dari kerja semata-mata… tapi dari perbualan bermakna sebelum kerja dimulakan.

Sebelum buat apa-apa, tanya: Siapa mentor bicaramu? Apa yang kalian bualkan dengannya?”

“In Surah Al-Waqi’ah, Allah describes the as-Sabiqoon sitting face to face, engaging in meaningful conversations in Paradise.

Not idle talk — but visionary dialogue with the prophets, for sure if this happened in this world, it will be about dreams and higher purpose.

A great soul isn’t built by work alone… but by purposeful conversations before the work even begins.

So ask yourself: Who are your conversations with? And do they build your vision?”

#paradigmaibrah #tadabburcentre #maalhijrah1447h #alwaqiah
AKU SEBATANG POKOK BIDARA (56:28)

Assalamualaikum. Nama aku Pokok Bidara.

Aku bukan pokok yang tinggi sangat, tapi aku kuat dan tahan panas.

Aku suka tumbuh di tempat yang kering dan berpasir. Akarku boleh masuk jauh ke dalam tanah untuk cari air. Aku tak mengeluh walau cuaca panas.

Dahan aku berduri. Hati-hati. Tapi itu bukan untuk menyakiti. Duriku menjaga aku daripada musuh. Ia juga mengingatkan manusia bahawa keindahan perlu dijaga dan dilindungi.

Daun aku kecil-kecil. Tapi tahukah kamu? Daun aku sangat istimewa. Dalam Islam, daun aku digunakan untuk mandi jenazah, rawatan sihir, dan membersihkan diri. Aku berasa bangga kerana Allah pilih aku untuk tujuan yang mulia.

Buah aku kecil bulat dan berwarna hijau atau kekuningan. Rasanya manis bila ranum. Orang suka makan aku begitu saja atau buat jus.

Buah aku penuh vitamin C, bagus untuk kulit dan perut. Nabi Muhammad ﷺ pernah menyebut tentang pokok aku dalam hadis, dan saya juga disebut dalam al-Qur’an, Surah al-Waqi‘ah ayat 28: “Di antara pohon bidara yang tidak berduri…”. Bangga aku, setinggi itu Tuhan muliakan aku.

Aku gembira bila manusia menanamku di taman dan tepi rumah.

Apapun, aku hanyalah sebatang pokok. Tapi aku ingin jadi temanmu menuju syurga.

Aku nak jumpa kamu malam ini. Katanya ada perbincangan tentang aku ya. Ok, set jam 9 malam inshaallah. Jom wahai Ashabul Yamin !
AKU SEBATANG POKOK PISANG (56:29)

Assalamualaikum semua!
Nama aku Pokok Pisang 🍌🍌🍌

Aku bukan pokok besar macam durian atau rambutan. Tapi aku sangat istimewa.

Aku lembut, mudah tumbuh, dan aku suka memberi manfaat kepada manusia.

Tahukah kamu? Aku disebut oleh Allah dalam al-Qur’an!

Dalam Surah al-Waqi‘ah ayat 29, Allah cerita tentang syurga yang ada pokok pisang:

“Dan pohon-pohon pisang yang tersusun rapi…”
(wa ṭalḥin manḍūd)

MasyaAllah, hebat kan? Itu maksudnya aku bukan pokok biasa-biasa!

🍃 Aku Lembut Tapi Kuat

Walaupun batang aku lembut dan berair, aku tetap boleh berdiri tegak. Aku nak ajar kamu, tak semestinya lembut itu lemah. Lembut itu kekuatan, bila kamu sabar dan tenang.

🍌 Aku Suka Memberi

Aku bukan hanya beri buah. Aku beri daun untuk bungkus nasi lemak, jantung untuk dimasak, batang untuk haiwan makan, dan akar untuk kuatkan tanah.

Aku nak ajar kamu: jadilah orang yang suka memberi, bukan suka ambil saja.

🍰 Buah Aku Sedap & Sihat

Buah aku manis dan penuh tenaga. Orang buat cekodok, lempeng, kek dan banyak lagi. Aku ajar kamu: jadilah orang yang boleh bawa manfaat dengan pelbagai cara, bukan satu sahaja. Agar orang tak bosan.

🌿 Aku Tak Marah Bila Dipetik

Bila buah aku cukup masak, orang datang petik. Aku tak marah. Aku reda, sebab hidup aku memang untuk berbakti.

Lepas aku habis berbuah, aku mati — tapi anak aku tumbuh di sebelah.
Hidup ini tentang meninggalkan kebaikan.

Apapun, aku cuma pokok pisang.
Tapi aku nak jadi pokok dalam syurga,
dan teman kepada anak-anak yang nak jadi insan yang baik.

Aku nak jumpa kamu malam ini.

Katanya ada perbincangan tentang aku ya.

Ok, set jam 9 malam inshaallah.

Jom wahai Ashabul Yamin !
Surah al-Waqi’ah ini menyentuh satu impian yang kita semua dambakan:

➡️ Kebahagiaan yang tidak menyakitkan.
➡️ Hidup yang tidak berserabut.
➡️ Segalanya tersusun, penuh ketenangan.
➡️ Ada ruang privasi. Ada waktu bersama yang tersayang.

Itulah syurga sebenar.
Dan begitulah bayangan kebahagiaan yang Allah sediakan.
Bukan sekadar fizikal. Tapi emosi yang sembuh, hati yang damai, dan jiwa yang cukup.

Jadikan ia cita-cita.
Usahakan ia mulai sekarang.
🌴

#TadabburAlWaqiah #SyurgaYangDirindu #TenangItuNikmat #ParadigmaIbrah #TadabburHati #BidaraDanPisang

https://vt.tiktok.com/ZSBMw1nUw/
2025/07/04 04:07:00
Back to Top
HTML Embed Code: