Telegram Web Link
📍 ESOK 📍

KULIAH FIZIKAL TADABBUR CENTRE

SURAH YASIN: Penawar Hati Dalam Derita Gaza
Bersama: Ustaz Syaari Ab Rahman

📅 Isnin | 07 Julai 2025
🕙 10:00 pagi
📍 Dewan Seminar, Surau al-Sobah, Seksyen 3, Bangi
🎥 Juga disiarkan secara langsung di Facebook & YouTube Tadabbur Centre
🎟️ Masuk Percuma

Dalam dunia yang semakin kelam, Surah Yasin hadir membawa cahaya.

Ketika Gaza sedang merintih, mari kita selami ayat-ayat yang menyembuhkan.

Sebuah kuliah khas untuk kita fahami makna perjuangan, ketabahan dan harapan, terus dari kalam Tuhan.

📌 Terbuka untuk semua.
Ajak keluarga, sahabat dan sesiapa yang sedang mencari kekuatan jiwa.

Ayuh hidupkan pagi Isnin anda dengan tadabbur yang membangkitkan semangat umat.

📲 Sebar-sebarkan.
🌐 Daftar dengan tekan link dibawah:
https://tadabburcentre.onpay.my/order/form/64
📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 018-2754617

#TadabburCentre #KuliahFizikal #SurahYasin #UntukGaza #TadabburHealing #AlQuranUntukSemua
🔥1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tiga soalan besar yang dijawab oleh Surah al-Fatihah:

1. Siapa sebenarnya Tuhanmu?
2. Ke mana arah hidupmu?
3. Apa yang perlu kau buat sekarang?

Semua ada dalam surah yang kita baca 17 kali sehari.

🎧 Rakaman penuh Daurah Surah al-Fatihah kini tersedia.
📥 10 siri lengkap bersama Ustaz Syaari Ab Rahman.

Daftar sekarang di:
ezy.la/DaurahFATIHAH
KT SURAH AL-ISRA AYAT 98-111.pdf
973.1 KB
Al Isra (FINALE) TV al-Hijrah ESOK inshaallah
Kadang cinta itu bukan pada kata. Tapi pada keberadaan.

Sarah “qaimah”, tetap berdiri di sisi Nabi Ibrahim saat tetamu datang membawa rasa gentar.

Dia tak lari. Tak panik. Dia setia.

Dalam diamnya, ada mawaddah, cinta yang faham, cinta yang kukuh.

Cinta sebenar bukan hanya hangat di bibir, tapi hadir saat paling gementar.

#tiktoklive #livehighlights #paradigmaibrah #tadabburcentre #kisahkisahalquran #TadabburCinta #SurahAlRum #Mawaddah #SarahDanIbrahim #CintaQuranik

https://vt.tiktok.com/ZSBySAd5G/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📌 Warga Bangi dan sekitarnya,

Kita sering membaca surah-surah seperti Yāsiin, al-Kahfi, al-Mulk, as-Sajdah, dan al-Insān.
Namun, bila kali terakhir kita benar-benar mendengar apa yang Allah ingin sampaikan melalui ayat-ayat ini?

🔁 Seperti sesuatu yang telah biasa digunakan — apabila mula hilang fungsinya, kita perlu RESET.
Begitu juga dengan surah-surah ini.

🌟 Izinkan saya membantu tuan/puan untuk:
• Menyegarkan kembali hubungan dengan al-Quran
• Menemui semula kekuatan sebenar dalam ayat-ayat yang sudah biasa dibaca

📆 Bermula Sabtu, 19 Julai 2025
📍 DAURAH RESET di Bangi
🎙 Bersama Ustaz Syaari Ab Rahman

📲 Daftar di: ezy.la/Daurah_RESET

#RESET #DaurahFizikal #SyaariAbRahman #SurahNusantara #KembaliFaham
2
Jom adik kakok ore Ganu kita pakat maghi ghama-ghama!

📍 Jelajah USAR mari ke Ganu kite!
Tiga tarikh penting, tiga majlis ilmu yang moga bukök minda dan sejuk jiwa kito belako :

📆 14 Julai – Tadabbur Al-Fatihah (khas kakitangan Terengganu Inc)
📆 26 Julai – Jelajah Tadabbur Terengganu
📆 2 Ogos – Seminar Ibrah 114 Surah

🏛️ Tempat: Kompleks UMT Convention Centre
🕗 Masa: 8 pagi - 5 petang
📌 Terbuka untuk semua yang daftar awal!

Tokleh lepah belako deh…

Sekali datang, moga Tuhan campök cahaya dalam dada.

Mari kite pakat gi, bawa set kito, bawa famili belako.

Tadabbur ni ubat ruh, ubat hati dok tenang.

Inshaallah
Syaari Ab Rahman
Photo
Malam ini, kita akan jawab soalan yang paling menakutkan dalam Surah al-Waqi‘ah ayat 41-48.

1.

Jika bayang-bayang kepada sesuatu dalam neraka pun menyeksa, ke mana lagi mahu lari dari azab Tuhan? Air cond rosak pun tak sedap duduk, ini air cond keluarkan gas beracun.

2.

Bagaimana jika nikmat yang kita syukuri selama ini sebenarnya hanya membutakan kita dari kebenaran? Apa makna “mutrafeen” menurut Maududi dan Islahi ?

3.

Kenapa Allah tak sebut langsung “api” tetapi menyebut angin panas, air panas dan asap? Ada sesuatu dari al-Razi mengenai “hukum fizik” yang baru dalam neraka.

4.

Jika Allah berikan kita bayangan sejuk sebagai nikmat di dunia, mengapa bayangan di neraka pula menjadi azab? Terlalu banyak gaya bahasa sindiran dibongkarkan Ibnu Ashur mengenai babak neraka dalam surah ini.

5.

Apa yang kita ulang setiap hari yang boleh menjadi “yusirrun ’ala al-hinth al-‘azim” tanpa sedar? Kekadang kita tidak sedar yang kita sedang melazimi suatu perbuatan yang berdosa rupanya. Penulis tafsir al-Wasith ada refleksi penting buat kita.

6.

Bila kali terakhir kita baca ayat tentang neraka — dan hati kita benar-benar rasa takut? Syinqiti menghubungkan “samum” dan “hamim” dalam beberapa surah yang lain sehingga kita harus bertanya, keras benarkah hati kita hingga tidak pernah menangis dengan al-Quran.

7.

Apakah sebenarnya “kemewahan” yang paling berbahaya untuk akhirat kita? Semua mufassir sepakat bahawa ia bukanlah harta itu sendiri, tetapi sikap lalai dalam mengejar harta dan kesenangan.

“Kaya” bagaimanakah yang dimahukan dari surah al-Waqi’ah ini ?

Bertemu kisah Ashab al-Shimal dalam siri Daurah Surah al-Waqiah jam 9 malam ini. Alhamdulillah, memasuki siri kelima dari sepuluh siri yang dijanjikan.
1
📌 Surah Yaasiin — Kita Ulang, Tapi Adakah Kita Faham?
Ramai antara kita baca Surah Yaasiin setiap minggu.

Tapi jarang kita fikir…

🔍 Apa maksud “Yaasiin” yang membuka surah ini?
🔍 Kenapa ayat terakhir kembali kepada penciptaan dan kebangkitan?

Surah ini bukan sekadar pengisian rutin malam Jumaat.

Ia adalah panggilan kepada hati yang lupa arah,
peringatan untuk yang masih hidup — bukan yang telah pergi.

Ayuh, kita RESET kembali kefahaman.
📅 19 Julai (Sabtu)
🎥 Rakaman disediakan | 📌 Slot terhad

Daftar di sini: ezy.la/Daurah_RESET

#syaariabrahman #RESET #paradigmaibrah #tadabbur #kembalimemahami
2025/07/10 14:29:22
Back to Top
HTML Embed Code: