Telegram Web Link
Forwarded from Komuniti Dakwah Tarbiah
Nuzul Quran Challenge – 10 Jam Bersama al-Quran!

Jom cabar kreativiti anda! Sertai TikTok Video Challenge sempena Nuzul Quran dan menangi hadiah sehingga RM1,000!

Cara penyertaan:
1. Peserta perlu menghasilkan video Tiktok berdurasi minimum 15 saat dan maksimum 60 saat dan memuat naik video tersebut dengan tetapan ‘public’ menggunakan akaun Tiktok masing-masing dengan hashtag #QiamMacamNabi, #QuranSanaSini berserta mesej atau kapsyen berkaitan qiamullail dan quran yang kreatif berkenaan tema pertandingan.

2. Mesej atau kapsyen boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Peserta dibenarkan memuat naik seberapa banyak video Tiktok mengikut kreativiti masing-masing. Video boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan.

📞 Sebarang pertanyaan: 018-949 4887 (Fidak)

Mari bersama meraih pahala & keberkatan bulan Ramadan! 🌙📖
Forwarded from Komuniti Dakwah Tarbiah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bila betul-betul masa boleh start Qiam??

Jom #QiamMacamNabi ! Boleh menang sampai RM1,000!!
Antara kisah Sirah yang kita perlu ketahui yang berlaku pada bulan Ramadan.
Malam ini bermula bacaan doa qunut pada rakaat terakhir solat witir. Kita akan baca sehingga penghujung Ramadan.
Update terkini. Nak tak dapat sale macam ni juga?

join sini : https://www.tg-me.com/+mX_YUTQ6R0czMjY1
Bermula malam selepas maghrib ini adalah
Anonymous Poll
10%
Lailatul Qadar
90%
Nuzul Al Quran
17 Ramadan (bermula selepas maghrib) ini adalah hari berlakunya 2 peristiwa besar iaitu Nuzul Quran dan Perang Badar.
Salam Nuzul Al - Quran dari Tarbiah Sentap.

Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup.

Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.
Gaza diserang lagi. Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah 🤲🏻
Hamas terus membuktikan keteguhan mereka di medan perang, meskipun berdepan dengan peningkatan serangan penjajah Israel. Kenyataan Usamah Hamdan ini menegaskan bahawa tekanan ketenteraan tidak akan melemahkan semangat perjuangan mereka.

Sebaliknya, semakin kuat serangan musuh, semakin teguh mereka mempertahankan hak dan tanah air mereka. Allahu akbar!

Hasbunallah wa nikmal wakil
___
'Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan'

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik www.tg-me.com/bumimikraj
Telah masuk 19 Ramadan. Bermakna 1 hari lagi kita akan memasuki 10 akhir Ramadhan. Misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula.

Aisyah radiallahu ‘anha berkata: "Rasulullah saw sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan."

Baginda bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan." - Sahih al-Bukhari
Kata-kata syahid Abu Hamzah ini adalah tamparan buat kita, umat Islam yang masih berdiam diri terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin. Bagaimana kita boleh merasa tenang beribadah tetapi dalam masa yang sama gagal menunaikan tanggungjawab untuk membela mereka yang ditindas?

Allah tidak hanya menilai ibadah peribadi kita, tetapi juga sejauh mana kita mengangkat keadilan dan membela hak saudara seagama. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan yang hanya sibuk dengan urusan sendiri tetapi buta terhadap penderitaan umat. Apa jawapan kita di hadapan Allah nanti?

#gazaberdarahlagi
#hentikangenosid
#pejuangpalestin
___
'Sebarkan Kemenangan, Akhiri Penjajahan'

Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Bumi Mikraj, Palestin : klik www.tg-me.com/bumimikraj
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🌙 10 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙏𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖! 🌙

Malam ini kita melangkah ke 10 malam terakhir – detik pencarian Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Inilah peluang terbaik untuk meraih pahala yang berlipat ganda!

🤲 Salurkan Infaq Anda untuk membantu saudara kita di G4z4 yang sedang berdepan dengan serangan rejim bertali arus.. mereka kini hidup dalam kesusahan dan keperitan.

Mereka berpuasa seharian tanpa juadah buka.. sehingga sahur pun masih tiada makanan😭😭

Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka!

Klik Link 👇
https://bit.ly/4iClU8e

untuk
📌 Infaq Kecemasan G4z4

atau transfer

🔹 Bank: Maybank
🔹 Akaun: PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH
🔹 No. Akaun: 5686 2103 7401
🔹 Rujukan: AQSA

💛 Jangan lepaskan peluang emas ini! Bersama kita rebut keberkatan Ramadan dan menjadi sebab kegembiraan buat saudara kita di bumi Palestin.
Tiada alasan untuk kita berpaling dari perjuangan. Susah atau senang, tetaplah teguh berjuang di jalan Allah. Itulah sebaik-baik jalan bagi orang yang mengerti.

#kalampejuang
__
Berita terkini saudara kita di Palestin. Tekan butang Join sekarang.

www.tg-me.com/bumimikraj
www.tg-me.com/bumimikraj
www.tg-me.com/bumimikraj
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Malam INI!
Malam Ganjil! Malam 21 Ramadan!

Malam ganjil seperti malam 21 Ramadan adalah peluang besar untuk meraih pahala yang berlipat ganda. Rasulullah ﷺ bersungguh-sungguh beribadah di malam-malam ini, dan kita pun dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan, termasuk berinfaq.

🤲 Salurkan infaq terbaik Anda untuk pembinaan Sekolah Ulama’, Kompleks Al-Juwaini!
Bayangkan, setiap Ringgit yang Anda sumbangkan akan menjadi ilmu yang mengalir di dada para ulama masa depan, yang kelak akan membimbing umat menuju cahaya Islam.

Jangan tunda! Manfaatkan keberkahan malam ganjil ini dengan berinfaq sekarang:

🔗 Klik untuk infaq → https://bit.ly/4iujMzW
"Nabi Muhammad Saw ketika memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan memilih fokus beribadah, mengisi malamnya dengan dengan ibadah, dan membangunkan keluarganya untuk ikut beribadah," (HR Al-Bukhari).
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔥 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊 – 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐙𝐀 🔥
🌙 Malam Ke-22 Ramadan: Gandakan Pahala, Selamatkan Nyawa! 🌙

💝 Pembelian Seikhlas Hati – Harga Tidak Ditetapkan!

📖 Dapatkan Ebook Bermanfaat & Hulurkan Infaq Untuk Gaza 📖

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya… Inilah peluang keemasan untuk beramal jariah dan membantu saudara kita di Gaza yang sedang menderita.

Kenapa anda tak boleh lepaskan peluang ini?
Ilmu dapat, pahala berpanjangan
Membantu saudara seakidah yang memerlukan
Ganjaran berlipat ganda di 10 malam terakhir Ramadan

Jangan tunggu lagi!

Klik http://bit.ly/3Xv5XZp
sekarang untuk dapatkan ebook dan sumbangkan infaq anda.
Ada sebab kenapa Rasulullah ‌‎ﷺ‌‎ mengajarkan umatnya doa “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa‘fu ‘anni/na” sering kali dibaca dan mengulanginya khususnya dalam 10 hari baki terakhir bulan Ramadan ini.

Ada kata-kata yang dinisbahkan kepada Ibn Qayyim al-Jawziyyah رحمه الله berkenaan isu ini, antara sebabnya adalah:

إذا كنت تدعو وضاق عليك الوقت و تزاحمت في قلبك حوائجك، فاجعل كل دعائك أن يعفو الله عنك فإن عفا عنك أتتك حوائجك من دون مسألة

Maksudnya: Jika kamu ingin berdoa namun kurang ada masa dan hajat-hajat yang terbuku di dalam hati kamu sangatlah banyak, maka memadai dengan berdoa memohon keampunan Allah.

Kerana apabila Allah telah mengampunkan kamu, maka segala hajat kamu akan datang tanpa perlu dipinta.”

Doa ini digalakkan untuk dibaca terutama pada 10 malam terakhir Ramadan ketika memburu malam al-Qadr, seperti yang disebutkan dalam hadis Aisyah RA, beliau berkata:

قلتُ : يا رسولَ اللهِ أرأيتَ إن علمتُ أيَّ ليلةِ القدرِ ما أقولُ فيها ؟ قال : قولي :

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku mengetahui malam al-Qadr, apa yang aku perlu minta?”

Baginda bersabda: “Ucapkanlah:

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan mencintai kemaafan, maka maafkanlah kami.”

— HR al-Tirmidhi (3513), al-Nasa’ie dalam Sunan al-Kubra (7712), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384) dengan sedikit perbezaan lafaz.

kredit - Muhammad Nasrullah
Tarbiah Sentap
Ada sebab kenapa Rasulullah ‌‎ﷺ‌‎ mengajarkan umatnya doa “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa‘fu ‘anni/na” sering kali dibaca dan mengulanginya khususnya dalam 10 hari baki terakhir bulan Ramadan ini. Ada kata-kata yang dinisbahkan kepada Ibn Qayyim…
Ringkasnya:

Sesiapa yang ada banyak hajat tapi tak tahu nak doa mana dulu, maka berdoalah dengan doa keampunan ini kerana bila dosa terampun maka kesemua hajat boleh dikabulkan oleh Allah tanpa kita minta.

Wallahua’lam
2025/07/05 20:22:50
Back to Top
HTML Embed Code: