Telegram Web Link
7 golongan manusia ini yang akan mendapat naungan Allah Swt pada hari kiamat, hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. Ini disebutkan dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
โค80๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ‘4
Punca rezeki tidak berkat boleh datang daripada perkara yang Allah larang atau perbuatan yang menzalimi diri dan orang lain.

Dalam Islam, bukan semua banyaknya harta itu tanda keberkatan โ€” yang berkat ialah rezeki yang mencukupi, tenang, dan memberi kebaikan.
โค52๐Ÿ‘11
Hadis Rasulullah Saw :

โ€œAllah berfirman: Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik, maka baiklah baginya. Jika dia bersangka buruk, maka buruklah baginya.โ€ (Riwayat Bukhari & Muslim)
โค68๐Ÿ‘1
Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu.

Alhamdulillah semalam Tarbiah Sentap Records telah release lagu baru yang bertajuk Busyra Lana nyanyian dari kumpulan Rabithah.

Lagu ni untuk persediaan kita menyambut Maulidur Rasul nanti. Lagu tentang Nabi Muhamad kita, sedap sangat....

harmoni dari semua ahli kumpulan Rabithah tak pernah mengecewakan.

jemput dengar, like, komen dan share.

https://youtu.be/xP_ekAR1-F4?si=CbeTc4i9YnclVFQ_

Jangan lupa subscribe sekali you tube Tarbiah Sentap.
โค39๐Ÿ”ฅ1
Cara jaga pandangan mata:

1. Segera alihkan pandangan bila terlihat perkara yang tak patut dilihat.

2. Kurangkan tengok media sosial, drama, atau video yang memaparkan aurat atau adegan tak senonoh.

3. Fokus pada urusan sendiri bila di tempat awam.

4. Ingat ganjaran โ€” pandangan yang ditahan kerana Allah akan diberi rasa manisnya iman.

5. Doa โ€” Rasulullah SAW ajar doa untuk minta perlindungan daripada fitnah pandangan.
โค126๐Ÿ˜ข6๐Ÿ”ฅ3
Amalkan doa Nabi Yunus ketika rasa tertekan, sedih, atau terhimpit masalah sangat digalakkan, sebab ia memang diajarkan dalam Al-Qurโ€™an sebagai doa memohon pertolongan Allah.

โ€ข Nabi Yunus a.s. membaca doa ini ketika baginda berada di dalam perut ikan besar, dalam keadaan gelap di tengah lautan.

โ€ข Baginda mengakui kesilapan diri (pengakuan dosa), memuji Allah (tasbih), dan mengesakan-Nya (tauhid).

โ€ขDoa ini menjadi asbab Allah menyelamatkannya.
โค92๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ข2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Comeback yang dinanti akhirnya tiba โ€” The Truth akan kembali dengan karya baharu!

Kami dari Tarbiah Sentap ingin mengucapkan Selamat Datang kepada The Truth yang ahlinya terdiri daripada Naufal Isa dan Irwan Fariz

Setelah sekian lama mereka berehat dari bidang nyanyian, The Truth akhirnya menandatangani perjanjian sebagai penyanyi dibawah naungan Tarbiah Sentap Records.

Kami mengucapkan Selamat Datang Kembali dan nantikan single terbaru dari The Truth tidak lama lagi.
๐Ÿคฉ63โค15๐ŸŽ‰10๐Ÿ‘4
Maksiat bukan hanya sekadar bercinta atau โ€œcoupleโ€ sebelum nikah.

Dalam Islam, maksiat bermaksud apa sahaja perbuatan yang melanggar perintah Allah atau melakukan larangan-Nya โ€” sama ada dengan hati, lisan, atau perbuatan.

Jadi, kalau orang rasa โ€œaku tak couple, jadi aku suci dari maksiatโ€, itu silap. Maksiat boleh berlaku dalam bentuk yang orang tak sedar โ€” kadang hanya dalam hati.
โค59๐Ÿ˜ข17๐Ÿ‘5๐Ÿ”ฅ1
"๐˜๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐Š๐”๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐‘๐„๐Š๐€"๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ’” ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ dalam sehari, realiti di Gaza yang mereka lalui dengan air mata dan darah.

๐ŸŽคWartawan yang bukanlah memegang senjata pun, dibunuh beramai-ramai dikatakan pengganas sedangkan mereka bawa berita benar.

๐Ÿ—“ 14 Ogos 2025 : 8 lagi syahid akibat kebuluran. Jumlah korban kebuluran: 235 orang (106 daripadanya kanak-kanak).

๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚๐’‘ ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’ƒ๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’Œ๐’‚๐’…๐’‚๐’“ ๐’”๐’•๐’‚๐’•๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’Œ โ€” ๐’Š๐’‚ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’˜๐’‚๐’‹๐’‚๐’‰, ๐’Œ๐’†๐’๐’–๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚, ๐’…๐’‚๐’ ๐’„๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’Š๐’…๐’‚๐’Œ ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’Š.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿผ Anak kecil yang dulu berlari kini hanya terbaring lemah, terlalu letih untuk menangis..

๐Ÿคฒ ๐‰๐š๐๐ข๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š

๐Ÿ‘‡ Klik untuk sama-sama menguatkan mereka :

๐Ÿ”—https://app.seedkind.my/campaign/view/bantuan-kecemasan-palestin-20-1

ATAU

Sumbang terus ke:

Pertubuhan Komuniti Dakwah dan Tarbiah
5686 2103 7401
Maybank
Ref: Aqsa
โค30
Tidak ada doa khusus yang diwajibkan, tapi kita digalakkan berdoa dengan apa saja hajat kita. Antara doa umum yang baik:

ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽูููŠ ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina โ€˜adhaban-naar.

Maksud: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka. (QS Al-Baqarah: 201)
โค61๐Ÿ”ฅ3
Niatkan setiap perkongsian untuk mengajak kepada kebaikan atau memberi manfaat.

Rasulullah saw bersabda: โ€œSesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat.โ€ (HR Bukhari & Muslim)
โค63๐Ÿ‘3๐Ÿ”ฅ1
Fahami bacaan solat

โ€ข Kalau tak faham maksud bacaan, otak mudah melayang. Belajar terjemahan surah dan doa yang dibaca.

Banyakkan zikir dan istighfar di luar solat.

โ€ข Hati yang sentiasa ingat Allah lebih mudah fokus dalam solat.
โค66๐Ÿ‘15
Kenapa tak digalakkan?

1. Mudah timbul perasaan โ€“ walaupun mula dengan โ€œkawan biasaโ€, lama-lama boleh jatuh hati tanpa sedar.

2. Boleh lalai โ€“ banyak masa terbuang dengan mesej atau sembang yang tak bermanfaat.

3. Syaitan ambil peluang โ€“ Rasulullah bersabda:
โ€œTidaklah seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, melainkan syaitan menjadi yang ketiga di antara mereka.โ€ (HR. Tirmizi)

4. Jaga maruah โ€“ hubungan tanpa tujuan jelas boleh menjejaskan maruah diri, terutamanya bagi perempuan.
โค125๐Ÿ‘18๐Ÿ”ฅ9
Kalau dalam kereta berdua-duaan:

โ€ข Ia termasuk situasi khalwat, kerana tiada orang lain yang boleh mengawasi.

โ€ข Walaupun niatnya baik (contoh hantar balik), tetap ada risiko fitnah dan godaan syaitan.

โ€ข Islam menutup pintu fitnah sebelum maksiat berlaku.

Kalau perlu sangat, pastikan ada orang ketiga bersama. Ingat, syaitan sangat licik. Kadang-kadang kita rasa โ€œbiasa jeโ€ atau โ€œtak ada apa-apaโ€, tapi sedikit demi sedikit hati boleh terjerumus.
๐Ÿ‘79โค34๐Ÿ”ฅ7
2025/10/17 16:10:17
Back to Top
HTML Embed Code: