Telegram Web Link
🗡』Waktu umpama pedang. Jika engkau tidak menggunakannya, maka ia yang akan menebasmu. Dan jiwamu jika tidak disibukkan dalam kebaikan, pasti akan disibukkan dalam hal yang sia-sia.

-Imam As-Syafie-

@tarbiahsignal
Start our day with bismillah and end it with alhamdulillah..

صباح الخير🌞

@tarbiahsignal
❤️』Nisfu Sya'ban

Bermaksud separuh bulan Sya'ban iaitu pada Jumaat 18 mac 2022.

Malam nisfu Sya'ban jatuh pada magrib 17 mac 2022.

Malam ini dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh makhluk-Nya.🤍

@tarbiahsignal
[] Sebarkan kebaikan bukan maksiat.

@tarbiahsignal
[💝] Jangan limitkan diri dengan kelemahan dan kekurangan yang kita ada. Kalau kita downgrade diri sendiri macam mana kita nak langkah dan maju ke hadapan?

Jadikan kesukaran dan kelemahan kita pembakar dan kekuatan kita untuk lakukan yang terbaik. Terus berjalan, berusaha, berdoa dan tawakal kepada-Nya. Tak ada usaha yang sia-sia wahai sahabat sekalian!

@tarbiahsignal
Selamat malam semua. Jangan lupa berwudhuk, doa dan baca Al-Mulk sahabat

@tarbiahsignal
[❤️] Sakit hati dengan komen orang yang macam-macam? Itu biasa. Apa perlu kita buat?

Diam dan senyum tak perlu balas apa-apa sebab kita tak akan rugi atau untung apa2 pun. Terus maju langkah ke hadapan sebab kita hidup bukan untuk manusia tapi kerana Allah. Ingatkan balik dan muhasabah diri kita sentiasa tujuan hidup kita dekat dunia ni.

Komen orang tu kita ambillah yang sisi baik...jadikan negatif sebagai positif. In shaa Allah boleh😊💪

@tarbiahsignal
[💪] Kalau main game ada target, dalam akademik pun ada target, dan lain2 kita ada tetapkan target...why not untuk tetapkan target kita dalam beribadah kepada Allah untuk bulan Ramadhan yang dah tak lama menjelang ni?

Jangan lepaskan peluang dan masa ni. Jom letak target🤩

@tarbiahsignal
[🦋] Wahai wanita, jadilah wanita solehah! Bagaimana?

Jadilah wanita yang hatinya tidak mahu dan tidak ada sedikit pun rasa inginkan perhatian lelaki. Dan jadilah wanita yang malu untuk melihat lelaki dan malu mendapat perhatian lelaki ajnabi.

Itulah yang menjadikan dirimu mulia dan mahal....

@tarbiahsignal
[❤️]Ibadah pada sang Pencipta

Allah suka akan hamba yang mencari-Nya dan mengingati-Nya lebih-lebih lagi saat ramai daripada kita masih tidur tetapi kita memilih untuk menghadap-Nya.

Luahlah pada-Nya,ceritakan pada-Nya,luangkanlah masa bersama-Nya.Kita tak akan rugi walaupun sesaat😊.

Waktu yang terbaik untuk Qiyamullail ialah antara 2 pagi - 4 pagi.

Jom,amalkan sama-sama.

@tarbiahsignal
[💝] Stop terlalu letakkan pergantungan hidup kita pada manusia. Kenapa???

Sebab manusia akan mati.

Tetapi letakkanlah sepenuh kebergantungan dan pengharapan pada pencipta kita, Allah Yang Maha Esa. Dia yang cipta kita jadi Dia Maha Mengetahui segala isi hati kita dan Dia yang susun serta tentukan perjalanan hidup kita.

@tarbiahsignal
[] Nak hasil yang besar? Kalau nak mesti setanding dengan usaha.

Kalau tak ada usaha dan usaha sedikit sahaja macam mana nak dapat hasil yang gempakkan? So, ingat kalau nak result yang gempak, tindakan dan usaha kita pun mesti gempak!

Kemudian banyakkanlah berdoa dan tawakal kepada Sang Pencipta

In shaa Allah kejayaan kita kecapi dengan redaNya....

@tarbiahsignal
[😪] Kadangkala kesedihan dan kekecewaan itu ialah peringatan Allah kepada kita agar tidak terlalu leka dengan dunia yang sering kita kejar tanpa kita sedar.

Dan kedukaan itu juga adalah cara Allah hapuskan dosa kita. Time kita sedih ke berduka ke kecewa ke mesti sakitkan perasaan tu.... Itulah ujian Allah kepada kita. Ujian tu tanda Allah sangat sayangkan kita. Dia tak nak kita terus hanyut jadi dia kasi kita ujian untuk kita sedar supaya jangan terus lalai.

Mashaa Allah Maha Penyayangnya Allah kepada kita. Tapi, kita sedar ke dan macam mana kita sayang kepada Allah?

Adakah terus lalai hanyut dalam nikmat yang Dia berikan? Muhasabah kembali diri kita sahabat!

Jangan sampai tiada ujian dan masalah lansung yang diturunkan Allah kepada kita. Itu tandanya Allah murka kepada kita. Allah biarkan kita hanyut di atas jalan kesesatan.

Jadi bersyukurlah kerana Allah berikan kita ujian.

@tarbiahsignal
Rasulullah S.A.W. pernah berkata:

"Wahai sahabatku,ketika engkau menyebut 'hamdan kasiran toyyiban mubarakan fih', malaikat berbondong-bondong turun untuk menulis akan pahala kamu untuk masuk syurga Allah."

Bacaan ini dibaca setelah bacaan
'سمع الله لمن حمده'
dlm keadaan i'tidal sebelum turun sujud.

https://m.facebook.com/FantasticBruneiIssue/videos/sesiapa-yg-membaca-hamdan-katsiran-thayyiban-mubarakan-fihi-setelah-ruku-malaika/4271992916197561/

sekecil-kecil amalan yang kita dapat amalkan,ia tetap dilihat oleh Allah S.W.T

@tarbiahsignal
[] Doa itu senjata orang Islam

Doa menghindari kemiskinan

-اَللّٰهُمَّ إِنِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الكُفْرِ وَالفَقْرِ اَللّٰهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ-

Kemiskinan itu tidak semestinya pada harta tapi juga pada hati,cara kehidupan dan sebagainya.

Doa ini ada juga dalam bacaan mathurat yg kita digalakkan utk membacanya pd setiap hari (pagi dan malam)

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

https://akuislam.com/panduan/al-mathurat-sughra-kubra-rumi/

Jom sama2 kita amalkan❤️

@tarbiahsignal
[❤️] Hati kita Allah yang pegang

Macam mana nak tenang kalau ujian baru datang sedikit kita nak mengeluh,tertekan dan menyalahkan Allah?

Jangan macam itu ya semua☺️

Ujian ni datang dalam pelbagai bentuk dan berlainan untuk setiap orang hatta penerimaan setiap makhluk juga berbeza.

Jadi,
Lapangkanlah jiwa kita,
Tenteramkan fikiran kita,
Lembutkan sangkaan kita,
Kawal akal kita.

sebab takde benda yang tiada penyelesaian selagi nafas masih dikurniakan oleh Allah,okay?

sama2 kita ambil ibrah❤️

@tarbiahsignal
Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Riwayat Muslim 1631)

💡Memberi selagi mampu walaupun sekecil-kecil nilai
💡Manfaatkan ilmu yang baik dengan berkongsi dengan orang lain
💡Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa

@tarbiahsignal
[] Imam Ibnu Qayyim pernah berkata:

"Membaca sebuah ayat Al-Quran disertai dengan mentadabbur dan merenungkan maknanya adalah jauh lebih baik daripada mengkhatamkan al-Quran tanpa disertai tadabbur dan pemahaman akan maknanya . Membaca al-Quran dengan memahami makna dan kandungannya jauh lebih bermanfaat bagi hati serta jauh lebih besar faedahnya dalam menambah keimanan dan merasakan manisnya al-Quran."

Jadi, jom alang-alang dalam list Ramadhan kita ada target nak khatam al-Quran kita tadabbur sekali

@tarbiahsignal
2025/07/05 03:10:19
Back to Top
HTML Embed Code: