Dan pada akhirnya,
Tak ada satu pun milik kita,
Semuanya adalah pinjaman dari Tuhan.
Forwarded from Usrah Santai
Forwarded from Usrah Santai
Selawat al Fatih.

Dan telah berkata Abul Abbas Tijani ra; “Talqinlah/ijazahlah manusia dengan selawat fatih, supaya mereka mati dalam keimanan.”

Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’. (sekadar makluman kepada para pengamalnya).

Selawat yang membuka dari yang terkunci. Ia juga selawat pembuka, macam-macam kita nak mulakan pagi hari kita, maka amalkanlah selawat pembuka ini agar terbuka segala pintu rezeki, terlerai segala pintu kesukaran dan kesusahan. Semoga apa yang kita minta, semoga apa yang kita harapkan. Allah SWT akan bantu dari pelbagai sudut. InshaAllah.

Allahu Ta'ala 'Alam

#usrahsantai
Forwarded from 𐙚 sepenuh hearty ♡ ( نور صفية النساء)
Bila dititik terendah, moga Allah menjadi tempat kita pulang. Bersabarlah duhai jiwa-jiwa kesayangan Allah.

Ingatlah kita pada janji Allah ini

‎لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah: 286)

Sesungguhnya Allah tidak akan membebani melebihi kemampuan hamba-Nya. Moga sahaja kita menjadi orang-orang yang kuat.
Forwarded from Jentik Hati
Semua tahu menutup aurat itu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
.
Jadi kenalah pandai beza antara tutup dan balut.
.
Fesyen tak salah, tetapi pastikanlah anda menjaga aurat anda.
.
Diri kita adalah tanggungjawab kita.
.
Jangan kerana mahu rancak berfesyen di dunia, Sehingga kita lupa akan rancaknya seksaan di akhirat.
.
Kerana apa?
.
Kerana meremehkan perintah Allah untuk menutup aurat.
.
Semoga anda semua diberi kekuatan untuk berubah dan diberi hidayay untuk menutup aurat dengan sempurna.
.
Saya tegur kerana sayang.
.
.
Kredit : @imanimex_official
Kita semua adalah 'work on progress', di mana ujian & cabaran adalah lumrah seorang hamba. Jadi jangan lupa berdoa, minta pada Allah supaya sentiasa diberi ketenangan menghadapi hari-hari mendatang.

Kecil atau besar sesuatu ujian itu, semua itu adalah perjalanan hidup. Semoga kita semua sentiasa moving forward, sentiasa ingin menjadi lebih baik dari semalam.
Forwarded from seketulgadis (seketulgadis ♡)
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا مِنَ الْحَاضِرِيْنَ مَعَ الْحَاضِرِيْنَ مِنْ أَهْلِ الْحُضُوْرِ

“Yaa Allah, jadikan kami daripada orang yang hadir, bersama orang yang hadir daripada ahli hudhur (orang yang hadir hatinya)”
Forwarded from seketulgadis (seketulgadis ♡)
boleh copy dan save sesiap doa atas ni. kalau ada kenalan kita g mana mana majlis ahlul bayt, atau majlis majlis kheyr, kita minta hadirkan kita sekali 🤍
Forwarded from Harith Osman
MENUNTUT ILMU WAKTU MUDA SEBELUM TIBA WAKTU TUA

Dua kalam hikmah daripada dua orang guru ini sangat bermanfaat bagi para penuntut ilmu yang berusia muda:

1) Kalam Syeikh Dr. Hisyam al-Kamil Hamid Musa al-Azhari hafizahullah:

من فاته العلم في الصغار ، صعب له أن يدرك العلم في الكبار

“Barangsiapa yang mensia-siakan untuk menuntut ilmu di waktu mudanya, maka susah baginya kelak untuk mendapatkan ilmu ketika tiba waktu tuanya.”

2) Kalam Baba Faisal Abdul Rahman ad-Dalawi al-Fathani hafizahullah:

التعلم في الصغر كالنقش على الحجر والتعلم في الكبر كالنقش على الماء

“Menuntut ilmu di waktu muda seperti mengukir atas batu (melekat). Menuntut ilmu di waktu tua seperti mengukir atas air (hilang).”

Imam az-Zarnuji rahimahullah juga menyebut dalam kitabnya, Ta’lim al-Muta’allim pada fasal waktu penghasilan ilmu bahawa masa yang afdhal bagi orang muda ialah pada waktu sahur dan waktu antara maghrib dan isyak. Penuntut ilmu itu sepatutnya menyibukkan segala waktunya dan apabila jemu dengan suatu ilmu maka berpindahlah kepada ilmu yang lain.

Para ulama’ terdahulu manfaatkan waktu muda untuk menuntut ilmu bersungguh-sungguh selama berpuluh-puluh tahun. Apabila sudah tua atau sudah sampai waktunya maka merekalah yang menjadi penyuluh cahaya ilmu buat masyarakat di tanah air.

Sebab itu Imam asy-Syafi‘ie rahimahullah menyebut bahawa di antara 6 syarat untuk mendapatkan ilmu ialah dengan memerlukan tempoh masa yang lama (طول الزمان).

Kita sering menyebut untuk mencontohi dan meneruskan perjuangan dakwah Tuan Guru sekian dan sekian tetapi kita tidak mencontohi perjalanan mereka sepanjang proses menjadi seorang ulama’ iaitu menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Usah berharap buah durian menjadi manis andai ditanam hanya beberapa hari. Mohon maaf jika diri ini ada salah dan silap. Pesanan buat diri saya juga.

Muhammad Harith Osman
19 Jun 2020.

#PenaUkhrawi
Beratnya ujian Mu Ya Allah,
Lemahnya aku Ya Allah
2024/05/14 06:14:54
Back to Top
HTML Embed Code: