Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
🙅🏻‍♂️ BAHAYA MEMBENCI KEBENARAN WAHYU! 🙅🏻‍♂️ #PesanTuhan

وَالَّذينَ كَفَروا فَتَعسًا لَهُم، وَأَضَلَّ أَعمالَهُم ذلِكَ بِأَنَّهُم كَرِهوا ما أَنزَلَ اللَّهُ فَأَحبَطَ أَعمالَهُم #BSS

Adapun orang-orang yang kufur (akan keEsaan Tuhan), maka mereka hanya menantikan kebinasaan, malah Allah akan sia-siakan segala usaha mereka (di dunia). Ia hanya kerana mereka membenci segala apa yang diturunkan oleh Allah (berupa wahyu), maka Allah hapuskan segala amal mereka.

[Muhammad(47):8-9]

Ibrah pesan-Nya: Wahyu-Nya merupakan kunci panduan kehidupan ini. Menolak & mengingkarinya hanya mengundang kerugian dan penyesalan. Tunduk & patuhlah pada setiap ketetapan-Nya yang tuntas. Kaji & hayati setiap butir pesanan-Nya & teladani setiap tindak utusan-Nya. Jangan biarkan segala usaha di dunia menjadi sia-sia.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
🌅 BETAPA KITA SEBENARNYA KAYA! 🌅 #PesanNabi

‎مَنْ أصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا في سربِهِ، مُعَافَىً في جَسَدِهِ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ، فَكَأنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا بِحَذَافِيرِهَا

“Sesiapa yang bangkit di hari yang baru dalam keadaan aman persekitarannya, sihat tubuh badannya, memiliki makanan seharinya; seolah-olah telah terkumpul untuknya seluruh dunia dan segala isinya.”

[HR at-Tirmizi. Dia menyebutkan: Ini hadith hasan]

Ibrah pesannya: Betapa cukupnya segala yang kita perlukan dengan segala nikmat dari-Nya yang tak pernah putus. Memadai dengan keadaan yang aman, tubuh yang sihat, adanya makanan; itu sahaja merupakan kekayaan yang tidak terhitung. Syukurilah! Pujilah Dia, sang pemberi nikmat!
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<subscribebss.wasap.my>>
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
8 THINGS TO QUIT: 1. Trying to please everyone. 2. Fearing change. 3. Living in the past. 4. Overthinking. 5. Being afraid to be different. 6. Sacrificing your happiness for others. 7. Thinking you’re not good enough. 8. Thinking you have no purpose
Forwarded from #BroSyariefShares
JANGAN ‘PRANK’ MENAKUT-NAKUTKAN ORANG! #PesanNabi

‎لَا يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لَاعِبًا وَلَا جَادًّا وَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا #BSS

”Jangan sesiapa dari kalangan kalian mengambil barang saudaranya secara bergurau atau bersungguh-sungguh! Sesiapa yang pernah mengambil tongkat saudaranya (kerana sebab tadi), hendaklah dia mengembalikannya (dengan segera)!”

[HR at-Tirmizi. Hadith ini hasan gharib.] #BSS

Hikmah pesannya: Bukan sikap orang beriman suka menimbulkan gelisah, takut dan panik sesama insan. Atas alasan apa pun, ianya lebih memudaratkan di mata agama. Interaksi asas insan di atas nilai kejujuran, bukan keraguan apatah lagi penipuan. Matlamat tak akan pernah menghalalkan cara.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
‏<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 13 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 39 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya.

Dengan pertambahan 39 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 197 kes. Daripada kes baharu ini, sebanyak 38 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 dan satu (1) kes dari kalangan kontak rapat. Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes telah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

https://kpkesihatan.com/2020/03/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Forwarded from #BroSyariefShares
🙌🏻 FOKUS RAIH BANTUAN-NYA DENGAN SABAR & SOLAT 🙌🏻 #PesanTuhan

‎وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخاشِعينَ

”Kalian mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar & solat. Ianya sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”

[al-Baqarah(2):45]

Ibrah pesan-Nya: Hanya Allah sumber pertolongan kita. Bertahannya kita ke hari ini hanya kerana bantuan-Nya. Malah kita digesa agar selalu meminta pertolongan-Nya dengan dua kunci utama: SABAR & SOLAT. Manakala prasyarat utamanya ialah KHUSYUK aka FOKUS!.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Sewaktu orang lain menjauhkan diri, mereka perlu mendekati pesakit dan indvidu yang disyaki untuk melakukan proses saringan , pengambilan sampel dan merawat pesakit.

Ia bukan satu tugas yang mudah. Dengan persekitaran yang panas terik, mereka perlu bermandi peluh setiap kali menyarungkan pakaian perlindungan khas ini.

Pakaian perlindungan ini perlu ditukar untuk setiap pesakit. Memakainya mungkin boleh dilakukan dengan pantas, untuk membukanya (degowning) memerlukan langkah yang tertib dan berhati hati bagi mengelakkan pemukaan pakaian yang telah tercemar dari menyentuh tubuh.
.
Sekiranya anda perlu disaring dan diambil sampel, berikan kerjasama baik kepada mereka. Jangan ambil gambar secara sembunyi untuk tujuan penyebaran berita palsu.
Memahami agama dengan kefahaman betul

Para ulama' membahagikan agama ini kepada beberapa bahagian seperti;

👉Bab Aqidah, contohnya persoalan tauhid, syirik, qadha qadar atau takdir

👉Bab Ibadah, seperti masalah solat, puasa, zakat, haji.

👉Bab Akhlak seperti jujur, sabar, adil dan pemaaf.

Justeru, seseorang yang memiliki tauhid yang betul (seperti percaya hanya Allah boleh beri manfaat dan mudharat) tetap boleh melakukan kesalahan dalam bab feqah, ibadah dan akhlak.

Seseorang yang aqidahnya sahih, tauhidnya betul dan imannya kuat sampai ke langit, tetap boleh sahaja melakukan kesalahan feqah dalam bab ibadah seperti dalam bab solat, puasa dan zakat atau muamalat atau lemah dalam akhlak SEKALIPUN IMANNYA SETINGGI LANGIT.

Bab aqidah= Imannya kuat, tauhidnya sahih.

Tetapi,

Bab ibadah = Solatnya boleh sahaja tidak sah atau batal sebab ada najis walaupun Imannya kuat.

Bab akhlak = Dia seorang yang kurang sabar dan pemarah walaupun solatnya kusyuk, kaki masjid dan Iman tinggi.

Contoh lagi,

Seseorang menjadi Imam solat Jumaat dengan khusyuk dan ikhlas (bab aqidah= bagus) lengkap sah rukun solat semuanya (bab ibadah= bagus) tetapi dia menjadi Imam solat Jumaat hanya memakai baju singlet tanpa lengan yang nampak ketiak dengan kain pelikat sahaja di dalam masjid negara, dirakam untuk ditonton satu dunia.

(Bab akhlak= buruk sangat)

-----------------------------

📜 Jadi menyakini hanya Allah boleh memberi mudharat dan bukannya virus Covid-19 dan menganggap virus Covid-19 hanyalah makhluk lemah adalah BETUL, TEPAT, SAHIH, dalam bab AQIDAH/TAUHID.

Tetapi itu sama sekali bukan jaminan dalam bab fiqh atau IBADAH bahawa tindakan anda untuk ke masjid, tidak kuarantin, tidak melaporkan diri kepada KKM jika terlibat dengan wabak Covid-19 adalah betul.

Bab Ibadah = Seseorang dilarang oleh Nabi salallahualaihiwassalam dari ke masjid jika memakan bawang seperti hadith مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّوم وَالْكُرَّاث فَلا يَقْرَبَنَّ مسْجِدَنَا maka tuntutan menjauhi masjid dan orang ramai jika terkena wabak adalah lebih wajib dan dituntut.

Jadi mereka yang tidak ambil langkah pencegahan wabak Covid-19 ini...

Dalam bab tauhid dia betul tetapi dalam bab feqah pula dia salah. Kemudian dalam bab Akhlak, ada yang menipu dan penting diri atau berdegil serta keras kepala.

Maka bab Akhlak pun salah.

Manhaj beragama yang diajar oleh Nabi salallahualaihiwassalam adalah lengkap dan sempurna.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara kaffah dan janganlah mengikuti jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah: 208)

👉Aqidah mesti betul
👉Ibadah pun mesti betul
👉 Akhlak pun mesti betul

Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam walaupun bertawakal (BAB AQIDAH) baginda tetap memakai baju besi perisai ketika perang dan solat khauf (BAB IBADAH) serta menerima taktik dan teguran sahabat dan bermesyuarat bagi menghadapi musuh (BAB AKHLAK).

📗 Mohon kerjasama sahabat-sahabat yang faham akan penjelasan ringkas ini, sudi menulis 'faham' di ruangan komen 👇di bawah.

Jazakumullahukhairan
Ustaz Emran Ahmad)

@EmranAhmad
MKN memandang serius penggunaan nama dan logo rasmi MKN secara salah dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan keresahan orang ramai mengenai situasi semasa negara. Semua laman palsu di Facebook/Twitter/Whatsapp/Telegram akan dipantau dan tindakan tegas dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bantu kami untuk melaporkan sebarang laman palsu selain yang dinyatakan di atas bagi membendung penularan yang tidak bertanggungjawab ini. Rakyat Malaysia Bersatu Menentang Berita Palsu!
Forwarded from #BroSyariefShares
⬆️ DI HARI JUMAAT BANYAKLAH BERSELAWAT ⬆️ #PesanNabi

‎إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَأَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَىَّ #BSS

“Antara hari-hari kalian yang paling utama (kelebihannya) ialah hari Jumaat. Banyaklah berselawat kepadaku padanya, kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku!“

[HR Abu Dawud]

Hikmah pesannya: Perbanyakkan berselawat di penghulu hari, Jumaat. Semakin banyak selawat dibaca, semakin banyak ia dipamerkan kepada Nabi kita - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -, semakin hampir kedudukan kita dengannya di akhirat nanti.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
Channel tajwid Alquran

@tajwidalquranUiTO
Forwarded from #BroSyariefShares
🚫 THE QURAN IS NO GAME OF NUMBERS! 🚫

After yesterday’s (03/04/2020) update on Covid-19 in Malaysia, rumours are spreading about the coinciding unique numbers on the date (3rd of April), the number of death (3) and the total cases (3333).

Amazingly (?) it coincides with the 33rd verse, in the 33rd chapter that says: And stay in your houses, and do not display yourselves! *Check the translations here >> https://quran.com/33/33?translations=20,85,18,33,39

Unfortunately, the verse was taken out of it context. The whole verse focuses on the instruction for the household of the prophet to prevent them from going out the way they were during jahiliyyah period.

The reason for the revelation was something very different. It has nothing to do with the call to #StayAtHome that we are currently abiding to protect ourselves from the virus.

Not just that, the number 3333 is merely total cases including those who has recovered and this are only the cases in Malaysia, not the whole world.

The Quran is a guidance for mankind, not only for a certain group of people from a certain country. It is not a fortune telling machine, nor it functions as a magical item.

It guides through its educational message that continuously teaches those who believe to always learn, practice and improve oneself through patience and perseverence, not relying onto any superstitious beliefs.

We stay at home because the Quran taught us to help out and care for everyone so to prevent from inflicting possible harm towards others. (5:2)

The Quran also taught us to always abide by the rules of the goverment in order to preserve the well being of the community as a whole. (4:59)

So, please don’t get confused with some superficial rumours that is too good to be true, be it through numbers or whatever.

Take the lessons from reading the Quran by understanding its context, abiding its rules and discipline, taking it from the authentic resources, not from any unknown rumours.

May Allah protect us all!
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
🟢 HIDUP & MATI ITU KATA PUTUS TUHAN, BUKAN INSAN! 🔴 #PesanNabi

‎ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُل: اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي‏

Janganlah siapapun dari kalian mengimpikan untuk mati kerana mudarat yang menimpanya. Andai terdesak, berdoalah: Ya Allah, teruskan kehidupanku ini jika kehidupan ini lebih baik untukku. Atau matikanlah aku jika kematian itu yang lebih baik untukku!”

[HR al-Bukhari]

Ibrah pesanan: Hidup & mati itu keputusan Tuhan, jangan sesekali meletakkan diri seolah berkuasa menetapkan titik hidup & mati sendiri. Andai ditekan kerana kesakitan atau kezaliman melampau, Nabi ajarkan berdoa, dengan tetap meletakkan keputusan itu kembali kepada-Nya Yang Menghidup & Mematikan.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Buku kecil Ramadhan
2025/10/26 08:40:02
Back to Top
HTML Embed Code: