Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿ—“ KENA TAHU NI.. KEHEBATAN 10 HARI AWAL ZULHIJJAH! ๐Ÿ—“

#NotaTerjemahanBroSyarief (120818) 210720
#MalamNi1ZulhijjahDahTau

Nabi - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - pernah menyebutkan,

ู…ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ูููŠ ู‡ูŽุฐูู‡ู

โ€œTiada amalan dalam mana-mana 10 hari yang lebih utama berbanding waktu ini (iaitu: 10 hari awal bulan Zulhijjah).โ€

ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏูุŒ

Para sahabat bertanya, โ€˜Hatta jihad pun tidak (lebih utama)?โ€™

Nabi menjawab, โ€œ(Ya,) Tidak juga jihad..โ€

ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ูŠูุฎูŽุงุทูุฑู ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ุจูุดูŽู‰ู’ุกู

โ€œ..melainkan seseorang yang keluar untuk mengorbankan diri dan hartanya (di jalan Allah) dan dia tidak pulang dengan apapun (kerana telah syahid)โ€

[HR al-Bukhari]

Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menyebutkan,

ูˆู‡ุฐุง ุงู„ุญุฏูŠุซ ู†ุต ููŠ ุฃู† ุงู„ุนู…ู„ ุงู„ู…ูุถูˆู„ ูŠุตูŠุฑ ูุงุถู„ุง ุฅุฐุง ูˆู‚ุน ููŠ ุฒู…ุงู† ูุงุถู„ุŒ

Hadits ini jelas menunjukkan bahawa amal yang kurang diberi keutamaan akan menjadi hebat (ganjarannya) sekiranya ia diamalkan pada waktu yang mempunyai keutamaan.

ุญุชู‰ ูŠุตูŠุฑ ุฃูุถู„ ู…ู† ุบูŠุฑู‡ ู…ู† ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุงู„ูุงุถู„ุฉ; ู„ูุถู„ ุฒู…ุงู†ู‡.

Sehingga ia menjadi lebih utama (dari sudut ganjarannya) berbanding amalan-amalan utama yang lain, kerana kelebihan waktunya.

ูˆููŠ ุฃู† ุงู„ุนู…ู„ ููŠ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุฃูุถู„ ู…ู† ุฌู…ูŠุน ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุงู„ูุงุถู„ุฉ ููŠ ุบูŠุฑู‡.

(Khususnya) Amalan pada 10 hari awal di bulan Zulhijjah, ianya lebih utama berbanding segala amalan yang mempunyai kelebihan di waktu-waktu yang lain.

ูˆู„ุง ูŠุณุชุซู†ู‰ ู…ู† ุฐู„ูƒ ุณูˆู‰ ุฃูุถู„ ุฃู†ูˆุงุน ุงู„ุฌู‡ุงุฏุŒ ูˆู‡ูˆ ุฃู† ูŠุฎุฑุฌ ุงู„ุฑุฌู„ ุจู†ูุณู‡ ูˆู…ุงู„ู‡ุŒ ุซู… ู„ุง ูŠุฑุฌุน ู…ู†ู‡ู…ุง ุจุดูŠุก.

Tanpa ada sebarang pengecualian kecuali hanya 1 bentuk jihad, di mana seseorang itu keluar mencagar diri dan hartanya (di jalan Allah) dan kemudian dia tidak kembali dengan apapun (kerana syahid).

[Fathul Bari li Ibn Rejab]

Timbul persoalan, adakah 10 hari awal Zulhijjah lebih utama berbanding 10 hari akhir Ramadhan?

Ibn Rejab al-Hanbali menjawab persoalan ini dengan mengatakan,

ููŠุฏุฎู„ ููŠ ุฐู„ูƒ ุชูุถูŠู„ ุงู„ุนู…ู„ ููŠ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุนู…ู„ ููŠ ุฌู…ูŠุน ุฃุนุดุงุฑ ุงู„ุดู‡ูˆุฑ ูƒู„ู‡ุงุŒ ูˆู…ู† ุฐู„ูƒ ุนุดุฑ ุฑู…ุถุงู†.

โ€˜Termasuk juga di dalam hadits ini, kelebihan amalan pada 10 hari awal Zulhijjah berbanding amalan di semua pakej 10 hari pada mana-mana bulan, termasuklah bulan Ramadhan.

ู„ูƒู† ูุฑุงุฆุถ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุฃูุถู„ ู…ู† ูุฑุงุฆุถ ุณุงุฆุฑ ุงู„ุฃุนุดุงุฑุŒ ูˆู†ูˆุงูู„ู‡ ุฃูุถู„ ู…ู† ู†ูˆุงูู„ู‡ุงุŒ

Tetapi (perlu diberi perhatian bahawa) keutamaan amal fardhu pada 10 awal Zulhijjah jauh lebih utama berbanding amal fardhu juga di mana-mana 10 hari (pada bulan-bulan yang lain).

Begitu juga halnya untuk amalan sunat (di 10 hari awal Zulhijjah) ianya lebih utama berbanding amalan sunat juga (di 10 hari selainnya).

ูุฃู…ุง ู†ูˆุงูู„ ุงู„ุนุดุฑุ› ูู„ูŠุณุช ุฃูุถู„ ู…ู† ูุฑุงุฆุถ ุบูŠุฑู‡

Adapun amalan sunat di 10 awal Zulhijjah, ia tidak akan menjadi lebih utama berbanding amal fardhu di waktu-waktu selainnya.

ูˆุญูŠู†ุฆุฐ; ูุตูŠุงู… ุนุดุฑ ุฑู…ุถุงู† ุฃูุถู„ ู…ู† ุตูŠุงู… ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ; ู„ุฃู† ุงู„ูุฑุถ ุฃูุถู„ ู…ู† ุงู„ู†ูู„.

Disebabkan itu, puasa di 10 hari akhir Ramadhan tetap lebih utama berbanding puasa di 10 hari di awal bulan Zulhijjah, kerana amal fardhu (puasa Ramadhan) pastinya jauh lebih utama berbanding amal sunat (puasa Zulhijjah).

ูˆุฃู…ุง ู†ูˆุงูู„ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ูุฃูุถู„ ู…ู† ู†ูˆุงูู„ ุนุดุฑ ุฑู…ุถุงู†ุŒ

Adapun amalan sunat di 10 hari awal Zulhijjah, maka ia lebih utama berbanding amalan sunat di 10 hari akhir Ramadhan.

ูˆูƒุฐู„ูƒ ูุฑุงุฆุถ ุนุดุฑ ุฐูŠ ุงู„ุญุฌุฉ ุชุถุงุนู ุฃูƒุซุฑ ู…ู† ู…ุถุงุนูุฉ ูุฑุงุฆุถ ุบูŠุฑู‡.

Demikian juga amalan fardhu di 10 awal Zulhijjah (cth: solat Fardhu) akan digandakan jauh lebih banyak berbanding gandaan bagi amalan fardhu di waktu-waktu yang lain.

[Fathul Bari li ibn Rejab]
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุง
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
Buku sulong terbitan Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia telah berada di pasaran - 131 Tanda Kecil Kiamat oleh Panelis UiTO.org.

Istimewa 100 pembeli pertama

๐Ÿ“Penanda buku (Kata Hikmah Rektor Cikgu Rahim)
๐Ÿ“Kad Zikir
๐Ÿ“Tandatangan Pengarang THTL al-Jazani

Dapatkan naskah anda sekarang๐Ÿ˜

http://www.wasap.my/60192831337/131TKK
Ramai telah mula bertugas di pejabat semula sejak PKPP bermula. Amalkan langkah pencegahan semasa berada di pejabat.

๐Ÿ“Œ Tidak pergi ke pejabat sekiranya bergejala
๐Ÿ“Œ Tidak bersalaman
๐Ÿ“Œ Amalkan etika batuk dan bersin
๐Ÿ“Œ Elakkan berkongsi makanan
๐Ÿ“Œ Sentiasa disinfeksi permukaan yang kerap disentuh

#COVID19
#kitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿคฒ๐Ÿป HEBAT BERDOA DI HARI ARAFAH ๐Ÿคฒ๐Ÿป #PesanNabi

‎ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠูŽุฏู’ู†ููˆ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุจูŽุงู‡ููŠ ุจูู‡ูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ุงูŽุฆููƒูŽุฉูŽ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ู‡ูŽุคูู„ุงูŽุกู

โ€Tiada hari yang Allah bebaskan paling ramai hamba-Nya dari api neraka berbanding di hari Arafah. Allah akan mendekat, kemudian memuji mereka di depan para malaikat, lalu bertanyakan, โ€˜Apa yang mereka inginkan!?โ€™ โ€

[HR Muslim]

Ibrah pesannya: Hari istimewa ini masih berbaki. Mintalah kepada-Nya segala kebaikan, khususnya agar dimasukkan ke dalam syurga-Nya yang tertinggi. Mintalah dijauhkan dari segala keburukan, apatah lagi dari azab neraka-Nya.
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#TadabburAlAnbiya01 Pesan al-Qurtubi, โ€˜Siapa yang menyedari akan hampirnya kiamat, nescaya dia akan berhenti berangan kosong.

Jiwanya puas dengan taubat. Tanpa cenderung memuja dunia. Seolah apa yang telah berlaku itu tidak pernah berlaku apabila ia dah berlalu.

Yang datang itu sebenarnya dekat & kematian itu ketibaannya pasti. Matinya insan, itulah kiamat bagi dirinya.

Kiamat yang sebenar itu sendiri pun semakin menghampiri dengan berlalunya masa.

Umur dunia yang berbaki ini hakikatnya lebih sedikit berbanding yang telah berlalu.โ€™

[Tafsir al-Qurtubi]
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿ˜” ADA APA AKU DENGAN DUNIA NI? ๐Ÿ˜”

#NotaTerjemahanBroSyarief (160717) (010919) 101120

โ€˜Abdullah ibn Masโ€™ud - radhiyalLaahu โ€˜anhu - meriwayatkan bahawa,

‎ู†ูŽุงู…ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุนูŽู„ูŽู‰ ุญูŽุตููŠุฑู ููŽู‚ูŽุงู…ูŽ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุซู‘ูŽุฑูŽ ูููŠ ุฌูŽู†ู’ุจูู‡ู

RasululLah - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - sedang tidur di atas sebidang tikar, lalu baginda - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - bangun dalam keadaan sisi tubuhnya berbekas (kerana kasarnya tikar tersebut).

‎ููŽู‚ูู„ู’ู†ูŽุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูˆู ุงุชู‘ูŽุฎูŽุฐู’ู†ูŽุง ู„ูŽูƒูŽ ูˆูุทูŽุงุกู‹‏.‏

Lalu kami (para sahabat) mencadangkan: โ€˜Wahai RasululLah, bagaimana kalau kami carikan untuk engkau satu alas lembut?

‎ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ‏ู…ูŽุง ู„ููŠ ูˆูŽู…ูŽุง ู„ูู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ู…ูŽุง ุฃูŽู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุฅูู„ุงู‘ูŽ ูƒูŽุฑูŽุงูƒูุจู ุงุณู’ุชูŽุธูŽู„ู‘ูŽ ุชูŽุญู’ุชูŽ ุดูŽุฌูŽุฑูŽุฉู ุซูู…ู‘ูŽ ุฑูŽุงุญูŽ ูˆูŽุชูŽุฑูŽูƒูŽู‡ูŽุง

Lalu baginda - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - menjawab:

โ€œApalah yang sebenarnya aku miliki? Apalah yang ada pada dunia ini? (untuk aku terikat dengannya)

Hakikatnya aku di dunia ini hanyalah bagaikan seorang penunggang yang mengembara, lalu berteduh di bawah sebatang pohon untuk berehat sebentar, lalu meninggalkannya.โ€

[HR at-Tirmizi. Hasan sahih]

Perumpamaan indah & mudah baginda Nabi - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - akan nilai kehidupan di dunia bagi seseorang insan.

Perjalanan sebenar setiap kita adalah menuju alam yang pasti di akhirat nanti. Itu hakikat disedari ramai, walau sering dibuat-buat lupa.

Dunia digambarkan sebagai tempat singgahan sebentar, sehinggakan Allah - subhanahu wa taโ€™ala - merakamkan bagaimana perasaan ketika kita semua dibangkitkan nanti..

‎ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ูŠูŽุฑูŽูˆู’ู†ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู„ู’ุจูŽุซููˆุง ุฅูู„ุง ุนูŽุดููŠู‘ูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ุถูุญูŽุงู‡ูŽุง

โ€œKeadaan mereka pada hari mereka menyaksikan hari kebangkitan itu, mereka merasakan seolah-olah berada di dunia itu hanya sekadar sepetang atau satu pagi sahaja."

[an-Naazi'at(79):46]
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#HikmahUlama Pesan Soleh al-Dimasyqiy kepada anaknya,

โ€˜Wahai anakku, andai berlalunya sehari semalam dalam keadaan agamamu, tubuhmu, hartamu & keluargamu dalam keadaan sejahtera; banyaklah bersyukur kepada Allah!

Berapa ramai pada hari yang sama agamanya rosak, hartanya dirampas, aibnya terbongkar, bala musibah menimpanya, sedangkan engkau dalam keadaan selamatโ€™

[Siyar Aโ€™lam an-Nubala]

Nota: Melalui hari-hari penuh ujian, Allah buka ruang perbandingan agar kita terus mensyukuri nikmat-Nya yang tak pernah putus.

Agar nilai konsisten penghargaan itu jadi pemangkin pelaburan meraih nikmat kekal abadi di akhirat nanti.
__
@BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
International Conference on Prophetic Sunnah organised by Dept of Quran & Sunnah Studies, KIRKHS.

https://www.facebook.com/1395695474045046/posts/2793879220893324/?d=n

โ˜บ๏ธ Please click _like_, _share_ & join us today & tomorrow! โ˜บ๏ธ
Forwarded from #BroSyariefShares
#Hadith06Tonight How do we identify doubtful matters? If a certain thing is doubtful to one, but not to other, is it still consider doubtful or unclear? Lets discuss this issue tonight at 7.30pm via Zoom >> bit.ly/fortyhadith or watch live on Fb Mahallah Sumayyah >> fb.com/mahallah.sumayyah #BSS
Forwarded from #BroSyariefShares
#HikmahUlama Pesan Syaikh as-Siโ€™di (atau as-Saโ€™di) - rahimahulLah -,

โ€˜Memang sepatutnya seseorang hamba yang menyedari bahawa dia akan disoal terhadap apa yang dikatakan dan diperbuat;

(Yang mana) Dia juga (menyedari tanggungjawab) terhadap penggunaan anggota tubuhnya yang Allah cipta untuk pengabdian kepada-Nya..

Dia sepatutnya mempersiapkan jawapan bagi persoalan di akhirat itu.

Caranya hanyalah dengan menggunakan setiap anggota tubuhnya untuk pengabdian kepada Allah, tulus ikhlas mengikut petunjuk agama & menahannya dari melakukan perkara yang Allah benci.โ€™

[Taysir al-Karim ar-Rahman] #BSS

Nota: Setiap bahagian dari anggota tubuh kita ini merupakan kurniaan, ia bukan milik mutlak untuk kita mendabik dada, sesuka hati menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Ianya dicipta untuk berkhidmat sebagai hamba, membuktikan pengabdian hanya kepada-Nya.
__
www.tg-me.com/brosyariefshares
Forwarded from #BroSyariefShares
#PetangNi ๐Ÿคฒ๐Ÿป SAAT MUSTAJAB, DOA DIJAWAB! ๐Ÿคฒ๐Ÿป #PesanNabi

‎ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูููŠู‡ู ุณูŽุงุนูŽุฉูŒ ู„ุงูŽ ูŠููˆูŽุงููู‚ูู‡ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŒ ู…ูุณู’ู„ูู…ูŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ูŠูŽุณู’ุฃูŽู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฃูŽุนู’ุทูŽุงู‡ู ุฅููŠู‘ูŽุงู‡ู‏

RasululLah - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam - berpesan tentang keistimewaan hari Jumaat, menyebutkan, โ€Pada hari itu, terdapat satu tempoh istimewa. Jika seseorang hamba Muslim berdoa & meminta kepada-Nya apa-apapun, pada waktu tersebut, Allah pasti akan memberikan kepadanya apa yang dimintaโ€

[HR Muslim]

Ibrah pesanan: Unik Jumaat diberkati sebagai penghulu hari. Disediakan pula tempoh istimewa, walau sebentar cuma, apapun doa pasti dijawab-Nya. Di dalam riwayat at-Tirmizi, disebutkan waktu itu di hujung waktu solat Asar (Ruj:bit.ly/2UhQNZ4). Rebutlah peluang ini. Mintalah apapun. Kesihatan. Perlindungan-Nya. Rahmat-Nya. Syurga-Nya.
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#HikmahUlama Pesan Yahya ibn Muaz - rahimahullah -,

โ€˜Jadikanlah 3 bahagian hak orang beriman yang lain dari dirimu ini terpelihara:

1. Andai engkau tidak mampu memberi manfaat kepadanya, janganlah engkau menimpakan mudharat kepadanya.

2. Andai engkau tidak mampu menggembirakannya, janganlah engkau membuatnya murung.

3. Andai engkau tidak dapat mendokongnya, janganlah engkau mencelanya.โ€™

[al-Muntakhab min kitab az-Zuhd war-Raqaiq]

Nota: Betapa suci interaksi atas ikatan iman, sehingga maruah dan kehormatan sesama mukmin digesa agar dipelihara.

Asal aturan-Nya dijaga saksama tanpa cuai & leka, bukan jalinan di atas gelapnya maksiat & kelirunya syubhat.
__
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿคฒ๐Ÿป AMAL SOLEH PENDINDING FITNAH KEKELIRUAN! ๐Ÿคฒ๐Ÿป #PesanNabi

ุจูŽุงุฏูุฑููˆุง ุจูุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ููุชูŽู†ู‹ุง ูƒูŽู‚ูุทูŽุนู ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูุธู’ู„ูู…ู ูŠูุตู’ุจูุญู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ู…ูุคู’ู…ูู†ู‹ุง ูˆูŽูŠูู…ู’ุณููŠ ูƒูŽุงููุฑู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ูŠูู…ู’ุณููŠ ู…ูุคู’ู…ูู†ู‹ุง ูˆูŽูŠูุตู’ุจูุญู ูƒูŽุงููุฑู‹ุง ูŠูŽุจููŠุนู ุฏููŠู†ูŽู‡ู ุจูุนูŽุฑูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง

โ€œProaktif lah beramal, sebelum tibanya fitnah yang datang bagaikan potongan malam gelap gelita. Di mana ada yang bangkit pagi hari beriman, lalu tiba waktu senja dia kufur. Atau sebaliknya, dia beriman di senja dan bangkit pagi keesokannya dalam keadaan kufur. Malah dia menjual agamanya untuk keuntungan sikit di dunia.โ€

[HR Muslim]

Hikmah pesannya: Urusan di sini & di sana menuntut usaha, diiringi azam & doa, tanpa putus asa. Jauhi angan kosong mendamba cetusan ilham atau detik istimewa konon titik motivasi untuk kembali kepada-Nya. Hidayah-Nya itu dicari, bukan dinanti. Semakin jauh, kita semakin lesu & kelu. Bangkit, walau sedikit. Moga dilindungi dari fitnah hipokrasi yang tak henti-henti. Beramallah!
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<subscribebss.wasap.my>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#HikmahUlama Pesan Abu Hatim rhm,

โ€˜Urusniaga yang pasti menguntungkan ialah dengan berzikir mengingati Allah.

Adapun perniagaan yang merugikan ialah mengingati & meminta diingati sesama manusia.โ€™

[Bahjatul Majalis].

Nota: Kejar pengiktirafan Tuhan, bukan pengiktirafan insan.
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿ’ฆ SOLAT MEMBERSIHKAN DOSA! ๐Ÿ’ฆ #PesanNabi

‎ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽูˆูŽุงุชู ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุณู ูƒูŽู…ูŽุซูŽู„ู ู†ูŽู‡ูŽุฑู ุฌูŽุงุฑู ุบูŽู…ู’ุฑู ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽุงุจู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูŠูŽุบู’ุชูŽุณูู„ู ู…ูู†ู’ู‡ู ูƒูู„ู‘ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฎูŽู…ู’ุณูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุงุชู

โ€Perumpamaan kelebihan solat 5 waktu itu bagaikan adanya sebatang sungai yang mengalir deras di hadapan rumah kalian, di mana dia berpeluang untuk selalu mandi di dalamnya setiap hari sebanyak 5 kali.โ€

[HR Muslim]

Ibrah pesannya: Solat fardhu mampu membersihkan dosa. Perumpamaan hebat diberikan dengan gambaran sungai di depan rumah, menandakan solat itu sentiasa hampir dengan kita. Lalu kita mandi di dalamnya, bukan sekadar sekali, tapi malah 5 kali sehari. Betapa bersihnya!
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
๐ŸŒ• PUASA HARI PUTIH BAGAI PUASA SETAHUN ๐ŸŒ• #PesanNabi

‎ุตููŠูŽุงู…ู ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‡ู’ุฑู ุตููŠูŽุงู…ู ุงู„ุฏู‘ูŽู‡ู’ุฑู ูˆูŽุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุจููŠุถู ุตูŽุจููŠุญูŽุฉูŽ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ‏

โ€œPuasa sunat 3 hari di setiap bulan menyamai puasa setahun. Hari-hari putih ini ialah pada 13, 14 & 15hb!โ€

[HR an-Nasaie. Dinilai Sahih] #BSS

Ibrah pesannya: Sunat berpuasa 3 hari setiap bulan terutama pada 13, 14 & 15hb hijrah. Dinama hari putih kerana jelas putih & bulatnya purnama di tengah bulan. Ganjarannya hebat bagaikan berpuasa setahun. Setiap 1 kebaikan diganjari pahala 10 kali ganda. (3 hari) x 12 bulan x 10 gandaan = 360.
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>> Info hari-hari putih: Isnin (28 Dis โ€™20) = 13 Jamadil-Awwal 1442H #Esok Selasa (29 Dis โ€™20) = 14 Jamadil-Awwal 1442H Rabu (30 Dis โ€™20) = 15 Jamadil-Awwal 1442H
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿค TAHAN & TELAN, MARAH & MAAF ๐Ÿค

#NotaBroSyarief (121215) (210119) 281220

Allah menyebutkan di dalam al-Quran agar bersegera mengejar syurga dan keampunan-Nya.

Kemudian digambarkan kriteria mereka, yang di antaranya ialah:

ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุงุธูู…ููŠู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุธูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุงูููŠู†ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู

โ€œOrang-orang yang sentiasa menahan kemarahan dan orang-orang yang sentiasa memaafkan kesilapan orang lain.โ€

[Aali-'Imran(3):134] #BSS

Kemudian, ketika Allah menggambarkan keutamaan apa ditawarkan di sisi-Nya di akhirat nanti berbanding nilai dunia; ianya untuk orang yang bagaimana?

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุง ุบูŽุถูุจููˆุง ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุบู’ููุฑููˆู†ูŽ

โ€œOrang-orang yang apabila mereka marah, mereka memaafkan..โ€

[asy-Syura(42):37] #BSS

Imam Ibn Abi Hatim ketika menukilkan ayat di atas menyebut,

ูŠูŽุบู’ุถูŽุจููˆู†ูŽ ูููŠ ุงู„ุฃูŽู…ู’ุฑู ู„ูŽูˆ ูˆูŽู‚ูŽุนููˆุง ูููŠู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุญูŽุฑูŽุงู…ุงู‹

โ€˜Mereka marah pada sesuatu urusan yang jika mereka benar-benar melepaskan kemarahan itu padanya maka ianya dilarang (mengundang dosa).

ููŽูŠูŽุบู’ููุฑููˆู†ูŽ ูˆูŽูŠูŽุนู’ูููˆู†ูŽุŒ ูŠูŽู„ู’ุชูŽู…ูุณููˆู†ูŽ ุจูุฐูŽู„ููƒูŽ ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู.

Lalu mereka berusaha mengampunkan dan memaafkan; tulus mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.โ€™

[Tafsir Ibn Abi Hatim] #BSS

Bayangkan pula marahnya seorang ayah terhadap kerabat terdekat yang terlibat dalam menyebarkan fitnah jahat tentang anak perempuannya.

Abu Bakr ra menghentikan bantuan kewangan kepada Misthoh yang terlibat menyebarkan fitnah terhadap ibu kita Aisyah ra.

Allah kemudiannya menurunkan ayat berpesan supaya janganlah mereka yang mempunyai kelebihan untuk berinfaq, lalu memutuskan pemberian tersebut.

Malah ditambah penegasan berikut,

ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุนู’ูููˆุง ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุตู’ููŽุญููˆุง

โ€œHendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada lah..โ€

[an-Nur(24):22]

Maafkan? Lepaskan?

Setelah segala kesalahan dan kezaliman yang dilakukan? Kesusahan yang ditimbulkan?

Susah bukan..?

Ia memang sukar jika yang menjadi fokus adalah semata-mata diri kita dan perasaan kita.

Perhatikan apa tawaran Allah selepas saranan supaya memaafkan dan melepaskan,

ุฃูŽู„ูŽุง ุชูุญูุจู‘ููˆู†ูŽ ุฃูŽู† ูŠูŽุบู’ููุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูƒูู…ู’

โ€œTidakkah kalian juga sangat menginginkan agar Allah juga mengampunkan segala kesalahan kalian?โ€

[an-Nur(24):22]

Jadi, maafkan dan lepaskan ini untuk apa?

Untuk mendapatkan tawaran ganjaran terhebat, iaitu..

Pengampunan-Nya. #BSS

Siapa di kalangan kita tidak mengharapkan pengampunan-Nya?

Jap. Jangan salah faham.

Memaafkan bukan bermaksud menutup mata terhadap kesalahan yang berlaku.

Malah ia tak menghalang dari kita berusaha memperjuangkan kebenaran; menegur, menasihati dan membantu membetulkan kesilapan.

Kemaafan bertujuan meredam kemarahan, menghalang dikuasai emosi, mengelak kerosakan dan membantu rasional dalam kawalan tindakan dan komunikasi.

Ingat, yang paling utama, kita memaafkan adalah kerana-Nya.. kerana tawaran keampunan dari-Nya.. tidak sesekali kerana apa pun sebab selain-Nya.

Sukar.. berat.. tapi tak mustahil untuk dilatih!

Sekali lagi.. hanya kerana-Nya!

Ingatlah..

ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุบูŽูููˆุฑูŒ ุฑู‘ูŽุญููŠู…ูŒ

โ€œAllah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.โ€

[an-Nur(24):22]

p/s: Perhatikan kisah para Rasul. Terlalu banyak sebab, peristiwa, dll yang sangat layak untuk mereka respon dengan menzahirkan kemarahan dan meluahkannya, tetapi bagaimana reaksi mereka bagi setiap insiden tersebut?
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿ’ž MERAIH HATI YANG BER-โ€˜AKALโ€™๐Ÿ’ก #PesanTuhan

‎ุฃูŽููŽู„ูŽู… ูŠูŽุณูŠุฑูˆุง ูููŠ ุงู„ุฃูŽุฑุถู ููŽุชูŽูƒูˆู†ูŽ ู„ูŽู‡ูู… ู‚ูู„ูˆุจูŒ ูŠูŽุนู‚ูู„ูˆู†ูŽ ุจูู‡ุง ุฃูŽูˆ ุขุฐุงู†ูŒ ูŠูŽุณู…ูŽุนูˆู†ูŽ ุจูู‡ุง

โ€œTidakkah mereka mengembara di atas muka bumi ini (untuk memerhati & mengalami), kemudian hasilnya mereka memiliki HATI yang mereka AKAL-kan (yakni: fikirkan) dengannya (akan kebenaran Tuhan), dan telinga yang mereka dengarkan dengannya (segala arahan & peringatan-Nya)โ€

[al-Hajj(22):46] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Perjalanan kehidupan ini menuntut kita memerhati pelbagai tanda kebesaran-Nya, lalu pakej kedua-dua HATI & AKAL berfungsi merealisasikan hikmah di sebalik setiap kejadian. Tidak hanya salah satu, tidak juga berat sebelah. Tapi optimum kedua-dua AKAL & HATI digunakan dengan seimbang, sinergi, seiring.
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
2025/10/24 12:41:48
Back to Top
HTML Embed Code: