Forwarded from #BroSyariefShares
⏳ PRIORITI MASA & NILAI UMURMU ⌛️
#NotaBroSyarief (090317) 260321
Setiap kali tiba tarikh hari kelahiran aka birthday, ada yang bertanya, 'Berapa umur sekarang?'
Dinding media sosial kita mula meriah, penuh dengn ucapan 'Sanah Helwah' & 'Happy Birthday'.
Hadiah peringatan prank diberi. Makanan istimewa dihidang. Gurau senda menghias suasana.
Tujuannya?
Menghargai. Lambang kematangan. Semakin dewasa. Petanda berdikari usaha sendiri.
Tapi soalan yang sama itu boleh diubah suai, seperti soalan di bawah yang pernah seorang guru ajukan kepada saya.
'Berapa lama waktu telah berlalu dari umurmu?' #BSS
Jawapannya tetap sama, kan?
20 tahun, 30 tahun, 40 tahun? Kurang atau lebih.
Tapi nada soalannya berbeza. Ia bukan soalan biasa.
Di sebaliknya ada susulan soalan penuh misteri..
‘Berapa pula BAKI umur ini?'
10 tahun? Setahun? Seminggu? Sejam? Atau seminit?
Tak tahu. Kita memang tak akan tahu. #BSS
Apa menariknya menghitung masa yang telah berlalu?
Sedang kita tak tahu berapa baki yang tinggal untuk kita?
Umur ini, kelak menjadi premis untuk dipersoalkan pertanggungjawabannya.
Antara soalan bocor di akhirat nanti telah dikhabarkan Nabi - sallalLaahu 'alaihi wa sallam -, iaitu..
عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ
'Tentang umurnya, pada apa ia dihabiskan?'
Malah, dikhususkan pula satu sela masa istimewa,
وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ
'Dan tentang masa mudanya, pada apa ia digunakan?' #BSS
[HR at-Tirmizi. Katanya: Hadith Hasan Sahih]
Bersediakah kita mengisi jawapan di tempat kosong di sesi soal jawab itu nanti?
Tanyakan sekali lagi kepada diri.. 'Soalan dah bocor lama, kita sibuk dengan apa?'
__
#BroSyariefShares
#Ramadhan17HariLagi
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>

Ringkasan 12 Tips Menuju Ramadhan - Usrah Santai JKQ
Tonton rakamannya: fb.com/jkq.iium/videos/3753628488005654/
01 Rehat & tidur yang cukup. Bersiap untuk tidur, bukan TERtidur. Jangan jadikan Ramadhan bulan penuh tidur.
02 Perbaiki hubungan dengan al-Quran. Konsisten baca walau sedikit. Usaha tadabbur, bukan fokus nak khatam. Kejar kualiti, baru kuantiti.
03 Ramadhan bulan ibadah, bukan juadah. Latih kawal makan. Makan sekadarnya untuk sahur & berbuka, agar selesa beribadah selepasnya.
04 Masa itu emas. Ramadhan akan berlalu pantas. Jangan salah keutamaan. Penuhi masa dengan ibadah, walau sekadar zikir & istighfar.
05 Jauhi aktiviti sia-sia & tidak memberi manfaat, apatah lagi yang membawa dosa.
06 Kawal ‘screen-time’. Nyah-aktif akaun sosial media, tutup notifikasi, aktifkan mode airplane ketika beribadah untuk kurangkan gangguan.
07 Malam untuk merehatkan ruh saat tenggelam dalam ibadah. Pagi untuk bekerja, memelihara hidup. Jangan terbalik.
08 Kembalikan pautan hati dengan masjid, agar dilindungi naungan-Nya di hari kiamat.
09 Anjakan iman bermula dengan diri sendiri, tanpa perlu tunggu detik istimewa atau tanda ajaib untuk berubah. Allah telah beri petunjuk sekian lama.
10 Berdoa. Berdoa. Terus berdoa. Yakinlah Allah pasti menjawabnya dengan cara yang Dia tahu terbaik untuk kita.
11 Jaga lidah agar mengaut sebanyak mungkin ganjaran, jangan jadikan ia tiket menempah azab.
12 Biar momentum Ramadhan itu meningkat dari awal hingga ke hujung khususnya di 10 hari terakhir. Bukan terbalik, awalnya semangat, di hujung sibuk bersiap cuti & raya.
__
@BroSyariefShares

📖 INTERAKSI AL-QURAN :: ANTARA KUALITI & KUANTITI 📖
#NotaTerjemahanBss
Syaikh Adil Muhammad Khalil menyebutkan,
والمتأمل في حال الأمة اليوم، يجد إقبالًا على سماع القرآن، وتلاوته وحفظه،
Sesiapa yang memerhatikan keadaan umat hari ini, dia akan dapati sambutan hangat untuk mendengar, membaca & menghafal al-Quran.
وهذا لا شك مما يُرجى نَفْعه وبركته، لكن بقدر محدودٍ؛
Pastinya usaha ini diharapkan ada ganjaran & keberkatannya, namun ia tetap terhad pada kadar tertentu sahaja.
لأن المقصود الأكبر من إنزال القرآن هو فَهْمُه وتدبُّره
Ini kerana objektif utama bagi penurunan al-Quran ialah *untuk difahami dan ditadabburi.*
Sebagaimana firman Allah- subhanahu -,
كِتابٌ أنزَلْناهُ إلَيْكَ مُبارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آياتِهِ ولِيَتَذَكَّرَ أُولُو الألْبابِ
“al-Quran itu sebuah kitab yang diberkati, yang Kami turunkan kepada engkau, agar mereka mentadabburi ayat-ayatnya & para Ulul Albab mengambil peringatan daripadanya.”
[Shod(38):29]
وهذا يجيب على تساؤلات الكثيرين ممن يحبون القرآن، حول عدم وضوح إعجازه، وعدم تأثرهم به، وعدم تمتُّعِهم، وتلذُّذِهم بِمعانيه.
Ini menjawab pelbagai persoalan dari ramai orang yang mencintai al-Quran, tentang nilai mukjizatnya yang tidak jelas, tiada kesan al-Quran kepada mereka, tidak ada kepuasan membacanya & tidak dapat menikmati makna-maknanya.”
[Awwalu Marrah Atadabbaru al-Quran]
Renungan #BSS: Aktiviti bacaan & hafalan al-Quran aktif berjalan di mana-mana, namun usaha memahaminya sering terabai.
Sedangkan keutamaan bacaan al-Quran untuk didengar dan diamati isi kandungannya, sehingga para sahabat tidak melangkau 5 ayat sehinggalah mereka beramal dengannya.
Utamakan kualiti kefahaman walau sedikit demi sedikit, kerana ganjaran pada kefahaman dan amalan itu pastinya jauh lebih besar berbanding kuantiti bacaan mengejar khatam semata-mata.
__
#BroSyariefShares
#Ramadhan15HariLagi
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

#JomPukul1Ni *15 Tips Bacaan al-Quran* Perkongsian live Fb oleh BroSyarief di Page Taffaqquh fideen Bakit Helwa TM. Tonton di https://fb.com/102994164878199/ #TolongLikeDanKongsikan
Forwarded from #BroSyariefShares
#IniRakamannya 15 Tips Bacaan al-Quran #BroSyariefShares
Bila-bila lapang nanti, tengok lah ya. Kalau free sekarang, tengok terus lagi bagus. 🤭
https://www.facebook.com/tafaquhfideenbakithelwa/videos/439826973791131/
Bila-bila lapang nanti, tengok lah ya. Kalau free sekarang, tengok terus lagi bagus. 🤭
https://www.facebook.com/tafaquhfideenbakithelwa/videos/439826973791131/
Forwarded from #BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#JomBacaHadith40 Petang ni siri ke-2. Pukul 5.15 petang. Hanya 45 minit. Dalam BM. Semua dijemput untuk turut serta melalui Zoom di bit.ly/onlinebss. #BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
🌙 RAMADHAN BULAN AL-QURAN 🌙 #PesanTuhan
شَهرُ رَمَضانَ الَّذي أُنزِلَ فيهِ القُرآنُ هُدًى لِلنّاسِ وَبَيِّناتٍ مِنَ الهُدى وَالفُرقانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهرَ فَليَصُمهُ
“Bulan Ramadhan itulah yang diturunkan al-Quran padanya, sebagai petunjuk bagi insan, juga sebagai keterangan akan petunjuk & perbezaan antara yang benar dan salah. Lalu sesiapa di kalangan kalian yang melihat anak bulan Ramadhan, maka mulalah berpuasa.”
[al-Baqarah(2):185] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Perkataan Ramadhan disebutkan sekali sahaja di dalam al-Quran. Allah iringkan dahulu pengenalan Ramadhan dengan menyegarkan kembali akan keutamaan wahyu-Nya yang pertama turun di bulan mulia ini. Demikian kita juga perlu membaiki interaksi dengan al-Quran.
__
#BroSyariefShares
#Ramadhan10HariLagi

#LangkahMenujuBahagia Siri 01. Pukul 5.30 petang ini. Boleh sertai perkongsian ini secara live di Google Meet: meet.google.com/bjx-kwbr-jvq #BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#BssOnlineSessionsTonight #Thursday8thApril2021
7.30pm : Forty Hadith - Hadith 20 (English). Link Zoom: bit.ly/hadithnawawi
8.45pm : Welcoming Ramadhan! (English). Link G. Meet: meet.google.com/akj-qxdq-ous
__
#BroSyariefShares
7.30pm : Forty Hadith - Hadith 20 (English). Link Zoom: bit.ly/hadithnawawi
8.45pm : Welcoming Ramadhan! (English). Link G. Meet: meet.google.com/akj-qxdq-ous
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#SesiPerkongsianBssHariNi
1️⃣ 5.15-6.00ptg: Tadabbur Surah Yusuf • Ayat 3-5! (B. Melayu). Link G.Meet: meet.google.com/hfe-ptmp-soq.
2️⃣ 9.00-10.00mlm: Ramadhan Kembali Lagi! (B.Melayu). Link: youtube.com/c/IIUMTV

😮 JAUH BEZA TU - MANA WAJIB? MANA SUNAT? 😮
#NotaBroSyarief (170518) (040519) 110421
Tiada siapa yang ragu bahawa ibadah WAJIB itu keutamaan & ganjarannya jauh lebih besar dan hebat berbanding amalan SUNAT.
Contoh mudah boleh dilihat dalam bab solat.
Solat Fardhu sudah tentu jauh lebih utama & agung nilainya berbanding Solat Sunat, apatah lagi jika dilakukan secara berjemaah.
Buktinya?
Nabi - sallalLahu 'alaihi wasallam - sendiri menyebutkan:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ
"Sesiapa yang melaksanakan solat ‘Isya berjemaah, ia bagaikan melaksanakan qiyamulLayl pada sebahagian malam.
وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Kemudiannya, sesiapa yang meneruskan dengan solat Subuh berjemaah, dia seolah-olah telah melaksanakan solat sunat sepanjang malam.."
[HR Muslim] #BSS
Ini rumus mudahnya secara umum:
Solat Isya berjemaah (4 rakaat) = Tahajjud separuh malam (mungkin berpuluh2 rakaat)
Solat Isya (4 rakaat) & Subuh berjemaah (2 rakaat) = Tahajjud sepanjang malam (mungkin 100 rakaat)
Itu gambaran kasar tanpa mengambil kira isu kadar ikhlas, khusyuk, kesempurnaan pakej, ketepatan amal, dll.
Nampak kan gambaran jauhnya beza nilai keutamaan ibadah Fardhu berbanding yang sunat?
Mari kita ulang kaji secara ringkas mana solat Fardhu & mana solat sunat:
i. Solat Fardhu = Maghrib, Isya, Subuh, Zuhur & Asar.
ii. Solat Sunat = Rawatib, Tarawih, Tahajjud, Witir, dll.
Sekarang, cuba perhatikan kebiasaan yang berlaku di masjid-masjid kita selama ini, jemaah yang mana biasanya lebih ramai? Solat fardhu atau solat tarawih?
PELIK & AJAIB apabila ada segelintir yang lebih bersemangat bersiap untuk Solat Tarawih (sunat) berjemaah di masjid, tetapi solat fardhunya 5 kali sehari sangat berat dibuat di awal waktu, apatah lagi berjemaah di masjid.
Utamakanlah apa yang utama!
Dahulukan yang paling penting!
Boleh jadi ada yang sempat melaksanakan solat fardhu berjemaah, tapi tidak berkesempatan untuk tarawih kerana pelbagai halangan.
Maka, itu tetap lebih baik dari lalai & mengabaikan solat fardhu berjemaah tanpa alasan kukuh, lalu bersungguh bila melaksanakan solat-solat sunat.
Pastilah yang terbaik secara keseluruhan ialahdengan mengusahakan keadaan yang paling sempurna, iaitu hadir semuanya secara berjemaah dan istiqamah semampu mungkin sehingga ke akhir Ramadhan.
__
#BroSyariefShares
#Ramadhan2HariLagi

😁 RAMADHAN TIBA (3x)! MARHABAN YA RAMADHAN! 😁 #PesanNabi
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ؛ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
[HR Muslim] #BSS
Hikmah pesannya: Tepat masuk waktu Maghrib malam ini, kita tiba di suatu tempoh istimewa. Tawaran ganjaran berlipat ganda. Diperbanyak faktor pendorong. Dikurangkan punca perosak, penghalang kebaikan. Rebutlah peluang ni sebaiknya!

Forwarded from UiTO Channel: Bicara CR (CikguRahim)
Buku Kecil Ramadhan.pdf
1.1 MB
Forwarded from #BroSyariefShares
#WatchVidBss *The Benefits of Suhur* Link: https://www.instagram.com/tv/CNrDx1yHXMc/?igshid=1j3nmjb9h6iat #BroSyariefShares