Forwarded from #BroSyariefShares
😍 NABI SAW SUKA PUASA SUNAT! 😍 #PesanNabi
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ #BSS
“Dahulu RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - sering berpuasa pada 9 hari awal bulan Zulhijjah, hari ‘Asyura (10 Muharram), 3 hari di setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan & hari khamis”
[HR Abu Dawud. Dinilai sahih oleh al-Albani]
Hikmah pesannya: Tampunglah kekurangan pada amal wajib dengan memperbanyak amal sunat. Andai berkelapangan, rebutlah peluang kelebihan berpuasa sunat sebagaimana ditunjukkan oleh RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>

💪🏻 UJIAN INI REALISASI CINTA TUHAN! 💪🏻 #PesanNabi
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
“Hebatnya ganjaran berkadar langsung dengan hebatnya bala ujian menimpa. Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka. Siapa yang redha dengan ujian itu, maka dia mendapat redha Tuhan. Adapun siapa yang membencinya, dia akan mendapat murka Tuhan.”
[HR at-Tirmizi] #BSS
Hikmah pesannya: Semakin berat musibah menimpa, semakin hebat tawaran ganjaran-Nya. Demikian formula Tuhan, ia bukan sembarangan. Malah ia bukti utama kasih-Nya agar kita memperoleh rahmat-Nya di akhirat kelak. Dengan syarat: REDHA, SABAR & YAKIN dengan janji-Nya. Untungnya orang beriman.

Forwarded from UiTO Channel: Ustaz Emran Ahmad
Pilih antara Dua Kejahatan Kerajaan PN
1. Jika kerajaan PN secara sedar dan sengaja mengambil tindakan yang tidak cerdik, tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah covid-19 semata-mata demi untuk terus mengekalkan kuasa secara darurat maka mereka adalah golongan yang paling zalim, khianat dan fasik.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
"Tiada seseorang pun yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah kepimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Setiap kematian rakyat kerana covid-19 maka dosanya adalah ditanggung oleh mereka.
Gaji mereka haram, elaun mereka haram. Hasil pendapatan mereka selama berkuasa secara zalim dan khianat ini adalah haram.
Mereka boleh dikenakan qisos dan takzir.
Daripada gaji PM dan Menteri sehingga timbalannya, daripada Setiausaha-setiausaha politik sehingga kepada seluruh pegawainya, penyokongnya dan mereka yang menjadi pengikutnya.
Kaedah fiqh menyatakan:
الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ
"Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat."
Gaji penulis media sosial yang membela kerajaan PN, lebai-lebai yang memakan duit GLC hasil kerjasama dengan Kerajaan PN yang telah menipu dan menzalimi rakyat juga turut haram
Dan mereka terpaksa menangung dosa membunuh, dosa menindas rakyat dan dosa zalim serta dosa khianat kepada rakyat.
2. Sekiranya Kerajaan PN memang bukan sengaja mahu menzalimi rakyat dengan kegagalan mengekang wabak Covid-19 serta tiada niat jahat kepada rakyat seperti sengaja mahu memanjangkan darurat dan menutup parlimen untuk mengekalkan kuasa.
Sebaliknya segala kelemahan yang berlaku pada kerajaan PN hari ini adalah semata-mata kerana mereka tidak kompeten, bodoh, tidak pandai mengurus tadbir tanpa ada tujuan dan niat buruk untuk mahu mengekalkan kuasa.
Maka mereka tetap berdosa kerana tidak memberikan amanah kepada rakyat yang berhak mendapatkan hak dan kerana tidak merujuk nasihat pakar-pakar yang ramai dalam kerajaan.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
وَإنّهَا أَمَانَةٌ، وَإنّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلاّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ
"... Sesungguhnya hal ini (kepimpinan) adalah amanah, ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” (HR Muslim).
Para ulama juga menyebut;
كل ذنب أصابه عبد فهو بجهالة
"Semua dosa yang dilakukan hamba itu adalah kerana kebodohan."
Kerajaan yang bodoh dan tidak pandai memimpin perlu meletakkan jawatan kerana mereka dilarang oleh syarak untuk memikul amanah.
Bahkan Allah melarang diserahkan harta benda kepada orang bodoh.
وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ …
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya (bodoh) harta benda mereka…” (An-Nisa: 5).
Inikan pula kuasa politik dan kerajaan yang memerintah negara.
Akhir kata,
Kita menentang PN, bukan kerana nama dia PN. Kita menentang PN ialah kerana dia jahat atau bodoh dan merosakkan rakyat dan negara,
Sistem ekonomi kita rosak rakyat berjuta menganggur.
Sistem kesihatan kita rosak, rakyat ramai yang jatuh sakit.
Sistem pendidikan kita rosak, anak-anak kita ketinggalan dan tercicir.
Sistem agama kita rosak, ibadah banyak yang tidak boleh dilaksanakan.
Sistem moral kita rosak, rakyat sudah hilang hormat kepada pemimpin dan ramai yang menjadi gila di media sosial.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak yang gila kuasa sehingga merosakan negara dan masa depan rakyat semuanya.
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنا وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنفُسِنَا
“Ya Allah! Ilhamkan kami kepada petunjuk dan selamatlah kami dari kejahatan jiwa kami.”

👨🏻⚕️ SERAHKAN URUSAN KEPADA AHLINYA! 👨🏻🏫 #PesanNabi
إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
“Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan kepakarannya (dalam urusan itu), maka nantikanlah kedatangan kiamat!”
[HR al-Bukhari] #BSS
Hikmah pesannya: Berat amaran Nabi saw! Setiap urusan ada ahlinya. Bab perubatan, ahlinya ialah doktor. Bab agama, ahlinya ialah ilmuan sarjana agama. Nantikan kehancuran apabila kepakaran tidak diiktiraf, malah diberi kepada yang tidak ahli.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا

⚗️ TUHAN MAHA TAHU, KITA SERBA TAK TAHU! ⚗️ #PesanTuhan
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلمُ السّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الغَيثَ وَيَعلَمُ ما فِي الأَرحامِ وَما تَدري نَفسٌ ماذا تَكسِبُ غَدًا وَما تَدري نَفسٌ بِأَيِّ أَرضٍ تَموتُ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ #BSS
“Allah sahajalah.. yang mengetahui (rahsia) hari kiamat, yang menurunkan hujan, & yang mengetahui hakikat isi di dalam rahim. (Hakikatnya) Tiada siapa yang tahu apa akan dia peroleh keesokan hari, dan di tanah mana dia akan meninggal. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Menyedari!”
[Luqman(31):34] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Rahsia ketetapan-Nya itu tanda rahmat-Nya agar kita teguh beriman & berharap, sambil patuh & akur mentaati perintah, menjauhi larangan-Nya. Meyakini adil balasan-Nya bagi setiap tindakan kita di dunia. Sibuklah mempersiap diri, bukan sibuk membongkar rahsia ghaib-Nya, kerana itu usaha yang sia-sia!

Akhirnya kau akan tahu
Bukan soal siapa yang paling alim, tetapi siapa yang mampu menolak jawatan dan tidak goyah dengan godaan kuasa.
Bukan siapa yang paling terkenal dan kelihatan hebat tetapi siapa yang mampu menahan diri daripada perkara yang haram dan tidak tergoda oleh wang dan ringgit.
Bukan soal siapa yang paling banyak pengikut dan pengiktirafan tetapi siapa yang mampu mengawal diri terhadap wanita dan fitnah dunia.
Akhirnya kau tahu.
Bukan sebab dia ustaz atau Dr, bukan sebab dia belajar luar negara atau tempatan.
Bukan sebab dia anak tok guru atau tukang cuci.
Bukan sebab dia bergaji tinggi atau berkarisma.
Tetapi sebab dia ikhlas dan jujur mengikuti agama.
Akhirnya kau tahu, hanya iman dan taqwa itulah penyelamat.
Itulah yang menyelamatkan wanita daripada diraba ustaz atau ditipu.
Itulah yang menyelamatkan umat daripada dusta dan khurafat, sesat dan khianat.
Iman dan taqwa, kejujuran dan keikhlasan.
Ianya tidak diajar di universiti.
Ianya tiada dalam silibus madrasah atau sekolah.
Ianya rezeki Allah pada yang diberkati.
Hidayah petunjuk pada yang diredhai.
Ketika orang lain berlumba-lumba mengejar untung mudah, dia bersusah payah mencari halal dan berkah.
Ketika orang lain menjamu syahwat dan nafsu amarah, dia bertaubat dan menjauhkan diri.
Ketika orang lain sibuk mengangkat diri, dia berusaha mencari ikhlas dan menyembunyikan diri.
Itu, itulah yang patut kau cari sebagai guru dan sebagai peneman diri, sebagai pemimpin agama dan sebagai panduan di dunia.
Orang yang telah lulus diuji Allah seperti Nabi Ibrahim alaihisalam.
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menyempurnakannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia." (Al-Baqarah: 124)
Diangkat seseorang itu menjadi Imam dan pemimpin hanya setelah dia lulus ujian...Bukan sebelumnya!
قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ

🗣 INSAN BERALASAN DIKECAM TUHAN 🗣 #PesanTuhan
وَلَقَد صَرَّفنا في هذَا القُرآنِ لِلنّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكانَ الإِنسانُ أَكثَرَ شَيءٍ جَدَلًا
“Kami variasikan (gaya peringatan) di dalam al-Quran ini pada setiap perumpamaan, untuk semua orang. Namun insan ini sangat banyak membantah (beralasan, tidak akur & patuh).”
[al-Kahf(18):54] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Mesej al-Quran itu jelas & tuntas. Malah Allah raikan fitrah insan mudah bosan, dengan variasi contoh & perumpamaan. Namun begitu, ada yang terus buta memenang ego, suka beralasan & membantah apa yang jelas dari Tuhan. Jauhi sikap ini!

👦🏻 ZUHUD MENJIWAI FITRAH ANAK KECIL 👧🏻
#NotaTerjemahanBSS
as-Suyuthi (w.911H) menukilkan daripada Abu al-Hasan ibn Qufl, pesannya.
إن شئت أن تصير من الأبدال، فحول خلقك إلى بعض خلق الأطفال،
Sekiranya engkau mahu menjadi ahli zuhud, perbaiki sikapmu menjadi seperti sikap kanak-kanak.
ففيهم خمس خصال لو كانت في الكبار لكانوا أبدالا:
Terdapat 5 sifat pada kanak-kanak, sekiranya ia ditanam pada sifat orang dewasa, nescaya mereka akan menjadi ahli zuhud, iaitu:
لا يهتمون للرزق
[1] Mereka tidak sibuk bimbang tentang rezeki.
ولا يشكون من خالقهم إذا مرضوا،
[2] Mereka tidak meragui siapa pencipta mereka ketika sakit.
ويأكلون الطعام مجتمعين،
[3] Mereka makan bersama-sama.
وإذا تخاصموا لم يتحاقدوا وتسارعوا إلى الصلح،
[4] Andai mereka berselisih faham, mereka tidak akan saling mencemburui, malah segera memperbaiki hubungan.
وإذا خافوا جرت عيونهم بالدموع.
[5] Apabila mereka dalam keadaan ketakutan, mereka akan menangis.
[Husnul Muhadarah fi Tarikh Misr wal-Qahirah]
Faedah pesanan:
Fitrah insan paling terserlah di fasa kehidupan sebagai anak kecil. Segalanya tulus dibuat dan diluah tanpa diskriminasi.
Bicaranya jujur. Tingkahnya lurus. Reaksinya mulus. Itulah asal setiap kita yang tiada siapa mampu menafikannnya.
Meyakini rezeki itu dari-Nya, dia tidak berlebihan memberatkan fikiran mengenainya. Sambil mencari, sambil berdoa dan meletakkan pergantungan kepada-Nya.
Bila ditimpa musibah, tidak pernah tergamak menyalahkan Tuhan. Malah menyedari ini peluang penghapusan dosa..
Senang untuk bersama terutama bila makan. Tak terasa beza antara kita. Sama-sama punya perut yang perlu diisi.
Sekali-sekala berselisih, terkasar bahasa, terlebih tingkah. Namun tak pendam berdendam, malah segera berbaik dan bersama semula.
Memperakui lemahnya diri, berhadapan suasana sulit, bahaya yang mara, silap kerana leka; dikuasai rasa takut, sedih.. tanpa lengah mata menjadi basah.
Itu semua nilai sucinya fitrah dalam diri yang semakin terhakis dek ego kononnya mengagungkan kematangan dan kedewasaan.

😭 KEPADA SIAPA LAGI SELAIN-NYA? 🤲🏻 #PesanTuhan
أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ وَيَكشِفُ السّوءَ وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ أَإِلهٌ مَعَ اللَّهِ قَليلًا ما تَذَكَّرونَ
“Siapakah lagi (selain Allah) yang akan menjawab permohonan orang yang terdesak ketika dia berdoa kepada-Nya, lalu Dia menghilangkan kesusahan itu, malah menjadikan kalian khalifah di muka bumi? Adakah Tuhan lain bersama Allah (melakukan semua itu)? Betapa sedikitnya kalian menyedarinya!”
[an-Naml(27):62] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Bertalu musibah menimpa, sempit menghimpit; kelak sama ada cepat atau lambat, ia diangkat Tuhan kerana rayuan tulus memohon bantuan-Nya. Kepada siapa lagi layak kita bergantung? Hanya Allah yang Maha Esa, tanpa layak disekutukan. Merayulah tanpa ragu!
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً <<www.tg-me.com/brosyariefshares>>

😢 HIKMAH UJIAN MUSIBAH DARI-NYA 😢
#NotaTerjemahanBSS (260520) 250721
Nabi - sallalLaahu 'alaihi wa sallam - berpesan:
إِذَا أَرَادَ الله بعبدِهِ الخَيرَ عَجَّلَ لَهُ العُقُوبَةَ في الدُّنْيا،
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan bagi hambaNya, Dia akan mempercepatkan hukuman (balasan berbentuk bala musibah) untuknya di dunia,
وَإِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبدِهِ الشَّرَّ أمْسَكَ عَنْهُ بذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يومَ القِيَامَةِ
Sekiranya Allah menginginkan keburukan bagi hambaNya (yang ingkar), ditahan balasan dosanya sehinggalah dilangsaikan untuknya di hari kiamat."
وَقالَ النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم: #BSS
Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - juga pernah menyebutkan:
إنَّ عِظَمَ الجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ البَلاَءِ،
"Hebatnya ganjaran itu berkadar langsung dengan beratnya ujian (musibah yang menimpa).
وَإنَّ اللهَ تَعَالَى إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ،
Ini kerana Allah ta’ala.. sekiranya Dia mencintai sesuatu kaum, Dia pasti akan menguji mereka.
فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السُّخْطُ
Maka, siapa yang redha (menerima ujian itu), dia mendapat keredhaan Allah. Adapun sesiapa yang membenci (ujian dari-Nya), dia mendapat kemurkaan Allah."
[HR at-Tirmizi. Katanya: Ini hadith hasan]
Faedah hadith: Berat usaha melatih diri membaiki perspektif tatkala ditimpa siri ujian musibah dari-Nya.
Namun, hadirnya wahyu melalui kalam-Nya & pesan utusan-Nya berterusan memberi pedoman membimbing ke jalan-Nya.
Ia membantu kita tunduk & berusaha memahami hikmah-Nya; tidak pasrah & hanyut mengikut deras butanya emosi.

#HikmahUlama Pesan Ibn Hajar (w.852H) - rahimahulLaah -,
‘Allah akan menutup aib selama mana hamba yang beriman itu menutup aibnya sendiri.
Sesiapa yang sengaja menzahirkan maksiat, malah menunjuk-nunjuk; dia telah membuat Tuhannya murka, maka Dia tidak akan menutupkan aib itu lagi.
Adapun orang yang menutup aibnya kerana takutkan Tuhannya & malu dengan orang lain, nescaya Allah akan menutup aibnya untuknya.
[Fathul Bari] #BSS
Faedah pesanan:
Kita insan berdosa, penuh cacat dan cela. Terlupa, terleka, terlanggar batasan-Nya. Tanpa diketahui sesiapa.
Andai sudah ditutup Tuhan, jangan ditelan hasutan syaitan, dengan santai aib sendiri terang-terang dizahirkan.
Pelihara rasa malu, rasa bersalah; senipis iman itu biar dipertahan, moga kelak berpeluang diampun Tuhan. 😭
__
@BroSyariefShares
*Gambar disalin dari fb.com/hotaybah

#ItsTonight Lessons from al-Kahf • 8.45-9.30pm • via Zoom: https://zoom.us/j/98786074442?pwd=VDlJZldidjE2NFNFUU9HanBYaUJTZz09 Passcode: 123456. #BSS
Forwarded from #BroSyariefShares
😓 3 IKUT, 2 BALIK, 1 KEKAL 😓 #PesanNabi
يَتْبَعُ المَيِّتَ ثَلاَثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
“Tiga perkara akan mengiringi suatu jenazah itu. Dua akan pulang dan hanya satu akan tinggal bersamanya. (Itulah) Keluarga, harta dan amalannya akan mengikutinya (ke perkuburan). Kemudian, keluarga & hartanya pulang, dan tinggallah amalannya”.
[HR al-Bukhari & Muslim] #BSS
Hikmah pesannya: Kematian bukan pengakhiran, ianya fasa perpindahan. Bersiap itu dengan amal. Tapi kita terleka dek keluarga & harta. Disangkakan ubat kesunyian, ternyata keduanya pergi meninggalkan kita. Hanya amal kan kekal setia mendampingi.

🤑 ANAK ADAM TAK PERNAH PUAS 🤑 #PesanNabi
لَوْ كانَ لِابْنِ آدَمَ وادِيانِ مِن مالٍ لاَبْتَغى ثالِثًا، ولاَ يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إلّا التُّرابُ، ويَتُوبُ اللَّهُ عَلى مَن تابَ
“Sekiranya seorang anak Adam itu memiliki 2 lembah penuh harta, dia akan meminta yang ke-3. Perutnya tak akan pernah penuh, sehinggalah ia diisi dengan tanah (kerana mati). Allah hanya menerima taubat orang yang tulus bertaubat!”
[HR al-Bukhari] #BSS
Hikmah pesannya: Berat ujian harta & kemewahan. Semakin bertambah, semakin mabuk mendambakannya. Kerakusan menguasai, tanpa rasa cukup & puas, sehinggalah kematian tiba. Melainkan yang berkorban menundukkan ego, bertaubat kepada-Nya.

Bahaya, cepat ubah!
__________________
1. Sekarang ini anak-anak muda sudah tidak berminat lagi untuk belajar tinggi-tinggi dan berjaya dalam pelajaran. Di sekolah dan di pelbagai peringkat pengajian menunjukkan kemerosotan motivasi belajar dan ketagihan anak muda dengan gadget.
Bagi anak-anak muda, sudah tidak perlu lagi belajar tinggi-tinggi untuk berjaya dan hidup senang.
Ramai yang sudah menjadi kaya-raya dengan hanya bermain game, menjadi model di instagram, buat video di Youtube dan menari di TikTok.
Ramai anak muda yang sudah menjadi hebat dan mampu membeli kereta Mustang dengan menjual produk itu ini secara online.
2. Apa faedah belajar tinggi-tinggi?
-----------------------------------------------------------------------
Ramai yang belajar tinggi-tinggi seperti bidang kejuruteraan dan sebagainya hanya untuk menjadi pemandu Grab dan rider foodpanda.
Kalau bernasib baik dapat bekerja menjadi kuli dengan gaji yang tersangat rendah.
(Tiada rasa 'kebanggaan' dan hak penghormatan pada ilmu yang diperolehi)
----------------------------------------------------------------------
Lebih ramai lagi yang terpaksa menganggur akhirnya menjadi penjual produk tudung, kecantikan atau menjual makanan supliment dan agen takaful.
---------------------------------------------------------------------
Pesanan ibubapa supaya belajar tinggi-tinggi agar nanti hidup senang sudah tidak lagi releven bahkan semakin menyusahkan dan membebankan.

3. Jika Kerajaan dan masyarakat tidak melakukan sesuatu untuk mengubah fenomena ini, masa depan kita dalam bahaya apabila generasi muda akan datang tidak lagi berminat dengan ilmu dan pengetahuan tetapi hanya memburu material kebendaan dan mencari jalan cepat untuk senang.
Banyak keputusan bodoh akan terhasil akibat kekurangan ilmu.
Banyak kerosakan akan berlaku sebab ramai yang jahil.
لولا العلم لكان الناس كالبهائم
Kalaulah tidak kerana ilmu, jadilah manusia seperti haiwan.
4. KIta akan mempunyai ramai orang kaya yang bodoh dan orang miskin yang pandai. Lalu si kaya yang bodoh akan menguasai masyarakat dan mengatur hidup orang ramai dengan keputusan bodoh.
إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
"...Apabila tiada lagi orang yang alim. maka orang ramai akan melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya tentang sesuatu maka ketua yang jahil itu akan menjawab tanpa ilmu, lalu mereka pun menjadi sesat lagi menyesatkan...” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
#Kembalikannilaiilmu
#Berhentimenjadikanorangbodohterkenaldankaya
#JanganbukaYoutubeinstagramtiktoktidakcerdik