Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
#NotaTadabburBSS

Hari ni ramai berbangga dengan nilai keluarga & kerabat sehingga menjadi benih keangkuhan, malah dipamer ditunjuk dengan bangga.

Kelak di akhirat nanti, semua hubungan yang dibanggakan di dunia tidak mampu memberi apa-apa faedah & manfaat sedikitpun.

Lihat hakikat yang telah digambarkan Tuhan,

﴿يَومَ يَفِرُّ المَرءُ مِن أَخيهِ ۝ وَأُمِّهِ وَأَبيهِ ۝ وَصاحِبَتِهِ وَبَنيهِ ۝ لِكُلِّ امرِئٍ مِنهُم يَومَئِذٍ شَأنٌ يُغنيهِ﴾

“Pada hari kiamat itu, di mana seseorang itu akan lari dari saudaranya sendiri, begitu juga dari kedua orang tuanya, malah isteri dan anaknya (turut ditinggalkan).

Setiap orang dalam kalangan mereka akan ada perkara yang menyibukkannya pada hari tersebut (sehingga tak dapat memberi perhatian kepada orang lain.)”


[‘Abasa(80):34-37] #BSS

Jadikan hubungan & ikatan kekeluargaan ini sebagai pendorong ketaatan untuk memperoleh redha Tuhan, bukan untuk lupa diri & lupa Tuhan.

#BroSyariefShares
Forwarded from Norsiah M
📍Sudahkah anda mendaftar atau membayar Yuran Tahunan ahli Ukhuwah 2023?

💪🏾Ayuh daftar segera demi untuk kesinambungan dakwah Ukhuwah dan manfaat bersama.

📝Borang keahlian boleh didapati di link berikut:
https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Yuran Daftar : RM10.00
Yuran Tahunan: RM20.00
Yuran Seumur Hidup: RM200.00

Bayaran keahlian:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)
Maybank
562058070928
Ruj: Yuran Ahli atau Daftar Ahli

ATAU klik:
https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/yuran01

Untuk semak status Keahlian Ahli Ukhuwah
https://www.uito.org/2022/02/28/persatuan-ukhuwah-teguh-malaysia-ahli-berdaftar/

Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
email: [email protected]

📚Sertai bilik aktif kuliah online UiTO:
https://www.tg-me.com/bilikkuliahonlineUiTO

https://linktr.ee/uito

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya [ Ali 'Imran: 104 ]

Jazaakumullahu khayran atas perhatian dan kerjasama anda.💝

Allahu a'lam.

web rasmi: uito.org
https://www.facebook.com/ukhuwahteguh
Forwarded from #BroSyariefShares
#NotaTadabburBSS

Nak lari ke mana tu?

Bila kita takutkan sesuatu di dunia ini kita berusaha untuk jauhkan diri daripadanya.

Kita akan usaha mengelakkan ia berlaku kerana bimbang ia akan membawa bahaya & musibah.

Namun antara kita dengan Tuhan, dengan bertumpuknya dosa kita kepada-Nya, ia berbeza.

Ramai yang cuba lari dari murka & azab Allah, dengan menipu diri sendiri dan mengabaikan realiti.

Hakikatnya kita berterusan berhadapan dengan kesan akibat kesalahan kita terhadap-Nya. #BSS

Jauh di sudut hati, kita sedar kita berterusan merasa takut & bimbang akan murka-Nya.

Malah ungkapan yang Allah pilih untuk tindak balas rasa takut & bimbang itu ialah ‘lari menjauhkan diri’.

Lari ke mana? Nak menjauhkan diri pergi ke mana? Di mana tempat selamat dari kemurkaan dan azab Allah?

Allah sebutkan ‘larilah kepada-Nya’!

﴿وَإِيّايَ فَارهَبونِ﴾

”Kalian lari lah (menyelamatkan diri) KEPADA-KU!”

[al-Baqarah(2):40, an-Nahl(16):51]

﴿فَفِرّوا إِلَى اللَّهِ﴾

“Larilah (dari bahaya azab) KEPADA ALLAH.”

[adz-Dzariyat(51):50] #BSS

Sebagaimana kita menyebutkan dalam doa sebelum tidur yang diajarkan oleh Nabi saw,

لا مَلْجَأ ولا مَنجى مِنكَ إلّا إلَيْكَ

‘Tiada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari azab-Mu kecuali dengan kembali KEPADA-MU.”

[HR al-Bukhari]

Ibn al-Qayyim ketika mentafsirkan ayat surah adz-Dzariyat di atas, katanya:

وَحَقِيقَةُ الفِرارِ: الهَرَبُ مِن شَيْءٍ إلى شَيْءٍ، وهو نَوْعانِ: فِرارُ السُّعَداءِ، وفِرارُ الأشْقِياءِ.

Hakikat ‘al-Firar’ itu bermaksud: Melarikan diri dari sesuatu, pergi kepada sesuatu. #BSS

Terdapat dua jenis ‘al-Firar’ (aka: Lari menyelamatkan diri),

1. Larinya orang yang bahagia

2. Larinya orang yang sengsara

فَفِرارُ السُّعَداءِ: الفِرارُ إلى اللَّهِ عَزَّ وجَلَّ، وفِرارُ الأشْقِياءِ: الفِرارُ مِنهُ لا إلَيْهِ.
وَأمّا الفِرارُ مِنهُ إلَيْهِ فَفِرارُ أوْلِيائِهِ

Larinya orang yang bahagia itu dengan lari menyelamatkan diri kepada Allah.

Larinya orang yang sengsara pula lari menjauhkan diri daripada Allah, tanpa kembali kepada-Nya.

Orang yang lari daripada Allah dan pergi menyelamatkan diri kepada-Nya adalah para wali-Nya.

Ibn ‘Abbas menyebutkan,

فِرُّوا مِنهُ إلَيْهِ، واعْمَلُوا بِطاعَتِهِ

‘Larilah daripada-Nya.. kepada-Nya! Beramallah dengan taat kepada-Nya!’

[Tafsir Ibn al-Qayyim] #BSS

Sedarlah bahawa hakikat kita dan Dia adalah takdir yang tak terpisah.

Apapun yang kita lakukan, hakikatnya kita akan kembali kepada-Nya.

Jadi, bertindak bijaklah memutuskan reaksi terhadap segala perintah & larangan-Nya.

Kembalilah kepada-Nya. Selamatkan diri dari murka & azab-Nya dengan berlindung kepada-Nya.

#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Tafsir Al-Muyassar
*20 Muharram*
1445 h
750 pagi
Oleh: *Imam 1 Masjid Ar-Rahman*

Tafsir Al-Muyassar

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Jihad menjelaskan kesyumulan Islam yang indah dan tinggi diteruskan. Islam tidak boleh dipisahkan dengan akhlak yang mulia.

CR
Setiap kumpulan memuji tokoh masing-masing. Fahamilah, bahawa seseorang tokoh itu ada kekuatan dan ada kelemahan. Jangan taksub.

Cikgu Rahim
Tafsir Al-Muyassar
Surah Taha
Oleh: *CR*
Jam: *750 Pagi*



Allah SWT berfirman dalam QS 20 : 130

فَاصْبِرْ عَلٰى مَا يَقُوْلُوْنَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا ۚوَمِنْ اٰنَاۤئِ الَّيْلِ فَسَبِّحْ وَاَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضٰى

Terjemah Kemenag RI:
Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang.



Sila tekan

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
2025/10/20 02:11:21
Back to Top
HTML Embed Code: