Telegram Web Link
Tamat sudah Ramadhan.

Moga Allah izin kita bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun akan datang.

Jangan dilupakan didikan sepanjang Ramadhan.

Semoga hasil didikan Ramadhan dibawa sepanjang 11 bulan mendatang.

Kita cuba.
Kita usaha.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال 🤲🏻🤍
Forwarded from CAHAYA ISLAM CHANNEL
SAVE THE DATE ☑️

PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH - KEAMPUNAN DOSA UNTUK 2 TAHUN

Jangan lupa puasa sunat hari Arafah pada 9 Zulhijjah 1443H bersamaan 8 Julai 2022 (Jumaat) bagi Makkah dan 9 Julai 2022 (Sabtu) bagi Malaysia/Indonesia dan negara-negara serantau. Sebaik-baiknya puasa pada kedua-dua hari.

Jangankan lepaskan ganjaran hebat pada hari barakah ini. Allah menawarkan rahmat keampunan yang besar untuk hamba-hambaNya yang ikhlas, berdasarkan hadis sahih:

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
[Riwayat Muslim (1977)]

Hari Arafah juga hari mustajab doa, apatah lagi kalau berpuasa. Inilah hari terbaik untuk banyakkan doa. Siapkan juga list doa untuk hari yang dirahmati Allah ini ya.

Share with your family and friends.
3 DOA MUSTAJAB TERHIMPUN DALAM 1 MUKA SURAT AL-QURAN :
.
.
Dalam al-Quran, muka surat 329 AMAT UNIK kerana terkandung di dalamnya 3 DOA MUSTAJAB yang amat relevan dengan kehidupan kita.

--> DOA 1 : DOA SEMBUH PENYAKIT (Surah Anbiya, ayat 83)

Waktu itu Nabi Ayyub yang sebelumnya kaya & hidup senang diuji terkena penyakit teruk. Anaknya pula meninggal, jatuh miskin, dipulau & dihina.

Namun dengan membaca satu doa sahaja, Tuhan datangkan 1,001 kemudahan. Baginda kembali sembuh & keluarganya bertaut semula.

Bagi anda yang ditimpa penyakit berat, elok amalkan doa ini sebab ia doa mustajab amalan nabi.

--> DOA 2 : DOA HILANGKAN KESULITAN HIDUP (Surah Anbiya, ayat 87)

Hidup sedang tersepit? Dah cuba macam-macam tapi tak berjaya?

Cuba amalkan doa Nabi Yunus. Waktu itu nyawa baginda berada di hujung tanduk. Ikut logik, memang takkan selamatlah sebab dah ditelan ikan. Confirm meninggal-lah ikut fikiran kita.

Namun, dengan membaca 1 doa ampuh, baginda diselamatkan.

Bagi anda yang sedang kesempitan, kesulitan, rasa dah tak boleh move on, cuba amalkan doa ini ya. InsyaAllah Tuhan akan bagi jalan keluar sepertimana jalan keluar 'unsangkarable' yang pernah Dia tunjukkan buat Nabi Yunus.

--> DOA 3 : DOA MUDAH DAPAT ZURIAT (Surah Anbiya, ayat 89)

Jika anda berumur 30 an & dah 10 tahun berkahwin tapi masih tak dapat zuriat, jangan cepat berputus asa sebab dahulu, Nabi zakaria keadaannya lebih teruk dari situasi kita.

Umur baginda mencecah 80 tahun. Dah berkahwin lebih 40 tahun tapi masih tak dapat anak. Orang cakap isterinya impossible mengandung.

Tapi Tuhan ada formula lain. Cukup membaca doa khas yang diamalkan setiap hari, baginda dikurniakan anak comel, Nabi Yahya a.s.

Cuba amalkan doa-doa ini ya. Ia Tuhan kongsi dalam al-quran sebagai jalan keluar bagi segala kesulitan hidup. Doa merupakan senjata yang Tuhan kurniakan untuk kita gunakan sebaiknya.

Kerana dalam agama, tiada kalimah 'putus asa'. Tatkala usaha sudah sampai ke penghujung, masih ada jalan lain untuk kita terus berharap.

Namanya DOA.

#copypaste
#sebarkan

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
2024/06/03 09:15:53
Back to Top
HTML Embed Code: