Telegram Web Link
Manusia yang paling jahat ialah orang yang datang kepadamu dengan muka yang baik dan suka berbuat baik padamu, sedangkan niat disebaliknya itu adalah ingin bermusuh dan ingin membuat keburukan pada dirimu.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau meninggikan suaramu, akan tetapi tinggikanlah kualiti percakapanmu.

@thetazkirahiman
Orang yang tidak pernah mengalami dan merasai itu, tidak akan pernah tahu.

@thetazkirahiman
Jika engkau mahu berhenti daripada terus bimbang dan ingin memulakan semula kehidupanmu, maka hitunglah nikmat yang telah engkau nikmati selama ini, bukannya kejerihan dan kepayahan yang kau alami.

@thetazkirahiman
Mari kita bersama-sama berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Khamis ini, 30 Julai 2020.

Lafaz niat,

"Sahaja aku berpuasa Sunat Arafah kerana Allah Ta’ala".

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@thetazkirahiman
Meskipun kesedihan itu berpanjangan, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu lebih besar.

@thetazkirahiman
Aku telah mempelajari suatu perkara iaitu aku tidak akan percaya dengan seseorang yang menceritakan perihal orang lain kepada diriku.

Kerna suatu hari nanti, pasti orang itu akan menceritakan perihal diriku kepada orang lain.

@thetazkirahiman
Kehidupan yang engkau nikmati sekarang ini merupakan impian jutaan manusia yang lain.

Hargailah nikmat yang sedang engkau kecapi ini.

@thetazkirahiman
Dalam sesetengah keadaan itu.

Terus bertahan itu lebih memudaratkan.

Berbanding, melepaskan.

@thetazkirahiman
Andainya engkau bisa melihat keresahan dan kegelisahan pada hati orang lain, nescaya engkau bersyukur kepada Allah atas apa yang hatimu tanggung sekarang.

@thetazkirahiman
Senyumlah.

Kerna dunia sama sekali tidak akan pernah berubah, dek kesedihanmu itu.

@thetazkirahiman
"Marah ke ?"

"Taklah, biasa je"

Allah merahmati seseorang yang apabila dia mendengar sesuatu yang menyakitinya, dia diam dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

@thetazkirahiman
Ya Allah, janganlah engkau mengangkat tutupanmu terhadap aib diriku.

Janganlah engkau melupakan aku daripada mengingati-Mu.

Juga janganlah jadikan diriku daripada golongan orang yang lalai. 😭

@thetazkirahiman
Agar engkau bisa tenang, jangan sekali mencuba untuk memahami segala perkara.

Ada yang perlu engkau fahami, ada juga yang perlu engkau serahkan sahaja kepada Allah.

@thetazkirahiman
Sekiranya engkau mempunyai masa untuk merasa bimbang, maka engkau sebenarnya mempunyai masa untuk berdoa memohon kepada Tuhan.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau berikannya hadiah mahupun bunga.

Berikanlah padanya nilai penghormatan. Jadilah seorang lelaki yang sejati disisinya.

@thetazkirahiman
Tikamana kita mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang kita kasihi, kita menangis bukan kerana kita tidak akan berjumpa lagi pada masa yang akan datang. Akan tetapi, kita sedar bahawa hari-hari yang telah dilalui bersama itu tidak akan kembali.

@thetazkirahiman
Sifat keibuan seorang wanita itu, lebih kuat daripada gagahnya seorang lelaki.

Jahat mana pun anak, si mak masih boleh terima dan memaafkan.

@thetazkirahiman
Sesetangah nikmat itu hadir dalam bentuk manusia yang datang ke dalam hidup kita.

@thetazkirahiman
Itulah hari yang tidak berguna lagi harta dan juga anak-anak, melainkan buat seseorang yang kembali kepada Allah dengan hati yang bersih.

@thetazkirahiman
2025/07/12 19:21:35
Back to Top
HTML Embed Code: