Telegram Web Link
Hari-hari yang menggembirakan itu akan datang dengan izin Allah. Dan, kesusahan itu sama sekali tidak akan berpanjangan buat selama-lamanya.

@thetazkirahiman
Berikanlah orang disekelilingmu itu kegembiraan, kelak kau akan merasakan kebahagiaannya di hatimu.

@thetazkirahiman
Ya Allah, janganlah engkau angkat tutupanmu pada diriku ini, janganlah engkau melupakan aku daripada mengingatimu. Dan, janganlah engkau jadikan kami daripada orang-orang yang lalai.

@thetazkirahiman
PESAN BUAT LELAKI

Dalam hadis dikatakan Rasulullah ﷺ mafhumnya:

“Bagaimana kamu hidup di suatu zaman nanti, kalau wanita-wanita kamu melakukan perbuatan melampau, dan anak-anak muda kamu melakukan kefasiqan?”

Dimulakan dengan perempuan dahulu, kemudian rosaknya anak muda.

Ya, memang ramai anak-anak muda rosak disebabkan oleh kerana perempuan.

Perempuan itu rosak kerana tak dijaga oleh lelaki yang bertanggungjawab - kalau isteri itu tanggungjawab suami, kalau anak itu tanggungjawab ayah.

Sabda Rasulullah ﷺ, “Tidak aku tinggalkan fitnah setelah aku nanti yang lebih mencabar kepada laki-laki melebihi daripada fitnah perempuan.”

Sehingga ramai daripada orang yang tidak menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى dengan adanya anak, zuriat, dengan diabaikan, dan tidak dididik.

Sehingga tak peduli anak berkawan dengan siapa, pergi dengan siapa.

Menjadi perkara biasa anak lelaki kita makan malam dengan anak perempuan orang lain, kononnya untuk saling kenal-mengenali atau anak perempuan kita makan malam dengan anak lelaki orang lain yang mungkin kawan katanya.

Perkara itu tak jadi pelik, bahkan pelik jika ada orang berkahwin dan tiada ada perkenalan sebelumnya.

Disunting daripada tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@thetazkirahiman
Apa yang harus kami lakukan ketika dilanda putus asa dan kecewa dalam kehidupan?

Jawapan:

Ketahuilah dengan yakin akan hakikat,

Hakikat pertama: Bahawasanya dunia itu sementara dan sangat sedikit disisi Allah SWT.

Hakikat kedua: Bahawa dunia bukan tujuan Allah menciptakan makhluk-Nya melainkan tujuan Allah menciptakan makhluk-Nya adalah akhirat.

Maulana Syaikh Ali Jum’ah

@thetazkirahiman
𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙄𝙉𝙏𝘼𝙄

Kalau ada orang mencari-cari dan mendedahkan aib yang ada pada kamu, jangan kamu balas dengan mengaibkannya. Orang itu tadi akan menanggung akibat perbuatannya. Jangan cari aib dan dedahkan aib orang.

Hari ini dia aibkan kita, esok kita aibkan dia. Tak boleh! Ini namanya cegah mungkar dengan mungkar. Kita bukan hilangkan mungkar tapi menambahkan mungkar. Maka mungkarnya 'double'.

Orang yang menutup aib orang beriman Allah akan menutup aibnya. Orang yang mendedahkan aib orang beriman akan didedahkan aibnya oleh Allah SWT.

Tak tahu aib seseorang, dicari-cari aib orang itu untuk didedahkan. 'Wala tajassasu'. Jangan kamu mengintai, jangan cari aib orang lain.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@thetazkirahiman
Seandainya sebahagian manusia itu mengerti agar tidak masuk campur dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, pasti sebahagian manusia yang lain itu akan hidup dalam keadaan yang baik dan aman.

@thetazkirahiman
Sekarang kita berada pada satu zaman iaitu zaman kita menanti-nanti orang yang baik itu membuat keburukan, supaya kita boleh menghukum mereka itu bahawa mereka sebenarnya bukanlah orang yang baik dan tidak layak untuk dihormati.

@thetazkirahiman
Kesusahan dan kepayahan itu mengajarmu bahawa tiada siapa yang akan sentiasa bersamamu selain Allah.

@thetazkirahiman
Kebahagiaan orang lain, tidak sama sekali akan memberi mudarat pada dirimu. Dan kekayaan mereka itu, sama sekali tidak akan mengurangkan rezekimu.

Hiduplah dengan hati yang tulus bersih dan engkau mengharapkan kepada orang lain itu seperti mana pengharapanmu pada dirimu sendiri.

@thetazkirahiman
Sibukkan mulutmu dengan menjamah makanan itu lebih baik daripada engkau menyibukkannya dengan mengumpat.

Beratmu akan bertambah, namun ia sama sekali tidak menambah dosamu.

@thetazkirahiman
Berfikirlah terlebih dahulu sebelum engkau melontarkan kata-kata, kerana akan ada sebahagian pertuturanmu itu yang boleh mengguris hati dan perasaan.

@thetazkirahiman
2025/07/14 04:33:26
Back to Top
HTML Embed Code: