Telegram Web Link
Jangan sangka hidup kita sentiasa bahagia. Ada ujian yang akan hadir. Itulah kehidupan. Ada buruk ada baik. Ada turun ada naik. Apa pun bersyukur.

@thetazkirahiman
Kita selalu merasa yang kita akan bahagia apabila kita dapat hidup bersama orang yang kita sayang dan menyayangi kita.

Namun kita terlupa yang memberi bahagia itu adalah Allah.

Maka, carilah Allah. Sentiasalah bersama Allah. In Shaa Allah pasti kita akan bahagia.

@thetazkirahiman
Bila ibu atau ayah kita meninggal. Pada awalnya kamu akan menangis. Tangisan kamu akan diganti dengan rasa sedih. Bila rasa sedih itu berlalu, akan hadir rasa rindu. Dan, waktu itu baru kamu akan kenal erti menanggung rindu yang tidak berpenghujung.

Hargailah orang tua kita selagi mereka masih hidup. Orang yang pernah melalui semua itu dia akan tahu rasa itu bagaimana. Rindu itu hanya Tuhan saja yang tahu. Rindu yang tidak terungkap dibibir.

@thetazkirahiman
Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tidak sengaja mendekat. Allah itu Maha adil. Dia telah mengatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

Percaya sahaja, Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.

@thetazkirahiman
Ya الله,

Tidurkanlah kami dengan seribu ketenangan. Dan, bangunkan kami dengan seribu kebahagiaan.

@thetazkirahiman
Jangan sangka hidup kita sentiasa bahagia. Ada ujian yang akan hadir. Itulah kehidupan, ada buruk ada baik, ada turun ada naik. Apa pun tetaplah bersyukur.

@thetazkirahiman
Andai semua lelaki mencintai perempuan kerana akhlaknya, pasti semua perempuan berlumba memperbaiki akhlaknya, bukan make-upnya.

@thetazkirahiman
Hujan turun tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung. Demikian pula kematian, ianya akan datang menjemput setiap saat, tidak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya.

Jika hari ini kita masih lagi boleh berbicara. Maka, bicaralah yang baik-baik.

Jika hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda. Maka, berguraulah dengan penuh kasih sayang.

Jika hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara. Maka, banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika hari ini kita masih lagi boleh membaca Al-Qur'an. Maka, hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf.

Jika hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk. Maka, banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang. Maka, penuhilah dengan rasa kebaikan dan sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi. Mana tahu esok kita pula akan disolatkan.

@thetazkirahiman
Merantaulah.

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak karena diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tidak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tidak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam.

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

Imam Syafie

@thetazkirahiman
CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata:

"Bagaimana, sedang aku tak punya duit?"

Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan, Sabda Baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri setiap wanita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Allah menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, Facebook, Instagram anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tetamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@thetazkirahiman
JANGAN KEDEKUT DOA

Kalau nak berjaya kita doakan orang lain.

Kalau nak kaya kita doakan orang lain jadi kaya juga.

Kalau nak bahagia kita juga doakan orang lain bahagia juga.

Sebab apa?

Sebab bila kita doakan orang lain, Malaikat doakan untuk kita pula. Terus sampai pada Allah.

@thetazkirahiman
Walaupun engkau telah dewasa, janganlah sama sekali engkau membiarkan sifat keanak-anakan dalam dirimu itu lenyap buat selamanya.

@thetazkirahiman
Kehidupan bertanya kepada kematian,

"Mengapa manusia mengasihiku dan membencimu?"

Kematian menjawab,

"Kerana engkau adalah tipu daya yang indah, sedangkan aku adalah hakikat yang menyakitkan" 😢

@thetazkirahiman
Diwaktu engkau sedang bersuka-ria, ada seseorang yang berteriak di dalam kuburnya dengan berkata,

"Kembalikanlah aku ke dunia, agar aku bisa berbuat kebajikan" 😢

@thetazkirahiman
Disebalik kelewatan sesuatu dalam hidup kita, sesungguhnya bagi Allah itu pentadbiran dan percaturan yang lebih sempurna untuk kita.

Bersabarlah.

@thetazkirahiman
2025/07/09 20:10:55
Back to Top
HTML Embed Code: