Telegram Web Link
Dekat itu bukanlah dinilai pada keberadaannya dia disampingmu, akan tetapi ialah orang yang merasai kewujudanmu walaupun dirinya itu jauh disana.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau jadikan sesaat pertelingkahanmu itu, menghancurkan hubungan kasih sayang telah terbina sekian lama.

@thetazkirahiman
Forwarded from The Tazkirah Iman
Jadikan ilmumu itu umpama garam, dan akhlakmu itu umpama tepung.

Kalau kita hendak membuat roti canai, tepung sekilo, garam secukup rasa. Mana boleh tepung sekilo, garam sekilo. Mana boleh tepung sejemput, garam sekilo, tak boleh, mesti tepung lebih banyak daripada garam, baru roti tu boleh makan.

Maka, Ulama buat perumpamaan, Jadikan ilmu itu umpama garam dan akhlak itu umpama tepung.

Sheikh Aminuddin bin Abd Rahim
[Ahli Majlis Fawta Negeri Kedah]

@thetazkirahiman
Forwarded from The Tazkirah Iman
“Mereka yang jauh dari Allah, mereka bukan jahat, mereka cuma dahagakan kasih sayang Allah S.W.T.”

Ustaz Ebit Lew

@thetazkirahiman
Al-Quran tidak memerlukan masa. Tetapi, masamu itulah yang memerlukan Al-Quran.

@thetazkirahiman
Apabila kita berubah ke arah kebaikan. Maka, kita jangan biarkan orang sekeliling kita masih lagi dalam keadaan jauh daripada Allah, ajak mereka juga untuk bersama-sama dengan kita untuk menggapai cinta Allah.

@thetazkirahiman
Hidup tidak selalunya indah, jika hidup semuanya indah pasti Allah tidak menciptakan dunia ini. Ujian dan dugaan yang datang silih berganti itu hanyalah tanda Allah sayang. Yakinlah, setiap ujian yang hadir itu pastinya ada sinar kebahagiaan yang menanti dihadapan.

@thetazkirahiman
Apakah itu yang dimaksudkan dengan kefakiran?

Fakir itu bukanlah seseorang yang tidak punya emas disisi, fakir itu ialah orang yang tidak punya akhlak dan adab dalam diri.

@thetazkirahiman
Kisah Nabi Sulaiman As Dengan Seekor Semut

Nabi Sulaiman As pernah bertanya seekor semut,

"Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?

Maka semut itu menjawab,

"Wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

Maka, Nabi Sulaiman As mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman As membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman As bertanya kepada semut tadi,

"Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?

Maka semut itu menjawab,

"Jika diluar botol ini
aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun. Oleh itu, aku terpaksa berjimat cermat.

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya. Manusia seperti kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah maka kita lebih teruk daripada semut.

Yakinlah setiap itu rezeki adalah milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat. Ianya milik Allah secara mutlak.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@thetazkirahiman
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Janganlah engkau bersedih terhadap apa yang telah terlepas daripada gengganmanmu.

Bisa jadi, jika engkau terus memilikinya, kesedihanmu itu akan menjadi lebih parah.

Maka, yakinlah bahawa segala apa yang terbaik untukmu itu ialah apa yang dikehendaki oleh Allah.

@thetazkirahiman
SATU KEBENARAN YANG MENDUKACITAKAN

Sedang kita bersolat di satu ruang dan ada sebilangan manusia sedang berbual-bual. Kemudian, seusai sahaja engkau bersolat, engkau mengetahui segala apa yang disembangkan oleh mereka.

Dan sebaliknya, ketika engkau sibuk dan khusyuk melayan 'whatsapp' atau media sosial yang lain, engkau langsung tidak menyedari bicara rakanmu walaupun dia begitu hampir denganmu.

Bukankah ini hakikat yang sedang kita alami sekarang?

@thetazkirahiman
Engkau menyangka bahawa Allah menahan segala apa yang engkau inginkan, namun hakikatnya Allah menangguhkannya pada suatu masa, agar mengurniakanmu sesuatu yang lebih indah, berbanding apa yang engkau minta.

@thetazkirahiman
The Tazkirah Iman pinned «Kehidupan yang engkau nikmati sekarang ini merupakan impian jutaan manusia yang lain. Hargailah nikmat yang sedang engkau kecapi ini. @thetazkirahiman»
The Tazkirah Iman pinned «Kehidupan yang engkau nikmati sekarang ini merupakan impian jutaan manusia yang lain. Hargailah nikmat yang sedang engkau kecapi ini. @thetazkirahiman»
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kadang-kadang kita suka melihat ujian itu sebagai satu bebanan dalam kehidupan kita hari ini. Kita nampak ujian Allah itu seolah-olah satu musibah untuk kita. Padahal ujian yang Allah berikan pada kita hari ini adalah tanda Allah masih sayangkan kita. Allah masih memandang kita dengan pandangan kasih sayang Dia.

@thetazkirahiman
Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah hati.

Disitu Allah melenyapkan segala rasa sedih dan putus asa akibat dosa mereka dan digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih.

@thetazkirahiman
2025/07/13 18:17:34
Back to Top
HTML Embed Code: