Telegram Web Link
Suatu hari Syeikh Abdul Qadir al-Mandili pengarang Kitab Penawar Bagi Hati berjalan-jalan di kawasan tempat tinggal Syeikh Daud al-Fathani di Patani dahulu. Mundar mandir dikawasan tersebut lalu ditanya oleh orang kenapa begitu. Beliau menjawab, "mudah mudahan tapak kaki aku terkena dengan kesan tapak kaki Syeikh Daud al-Fathani dan aku mendapat keberkatan daripada itu". Allahurobbi.

Tuan Guru Haji Jusoh Tobiar

@thetazkirahiman
أدب المرء خير من ذهبه

Adab seseorang itu jauh lebih berharga daripada emas yang dimilikinya.

@thetazkirahiman
Berkata Muhammad Zakariya Al-kandahlawi RA,

"Aku dengar dari para masyaikh dan orang-orang soleh berkata, dan aku saksikan langsung juga,

Bahwa barang siapa yang tidak menghargai para gurunya akan terharamkan dari ilmu yang manfaat.

Dan, barang siapa yang tidak menghargai kedua orang tuanya akan terharamkan dari keberkahan rezeki."

Kitab tarbiyatus salikin

@thetazkirahiman
Ada pakaian untuk dipakai hari ini, ada makanan untuk dimakan hari ini, dan ada tempat untuk bermalam hari ini. Kalau kita mahu bersyukur itu sudah menjadi satu nikmat besar kepada kita.

Kerana malam ini, ada keluarga yang menangis kerana anaknya masih lapar. Ada orang yang menangis kerana sakit dan ada yang tak punya rumah untuk bermalam.

Sebelum mengeluh, bayangkan sebentar posisi mereka dan ingat betapa beruntungnya kita.

@thetazkirahiman
𝗠𝗔𝗡𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛.

Syeikh Abu Yazid Al Busthami رضى الله عنه, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab رضى الله عنه walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri رحمة الله تعالى berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

@thetazkirahiman
Zuriatmu itu ialah peluang kedua bagimu.

Maka usahakanlah, agar anakmu bisa merealisasikan apa yang telah terlepas pada masamu yang lalu.

@thetazkirahiman
Rumahmu yang kecil itu menjadi idaman orang yang langsung tidak punya tempat berteduh.

Dan hartamu yang sedikit itu menjadi idaman sekalian orang yang berhutang.

@thetazkirahiman
Kata Syaikhuna,

Keraplah SELAWAT kepada Nabi ﷺ kerana terdapat satu malaikat yang akan menyampaikan selawat dan salam itu kepada Baginda ﷺ dengan lafaz 'fulan bin fulan'.

Ini bermakna, ayah-ayah kita juga akan mendapatkan manfaat dari SELAWAT itu. Baik yang hidup ataupun sudah tiada.

Dan,

Bala yang terbesar bagi seseorang ialah dijauhkan hatinya dari mencintai orang yang menunjukkan jalan kepada Allah (Nabi ﷺ dan ulamak aswj).

:: Semoga kita semua tergolong sebagai ummat yang mencintai Baginda ﷺ dan dijauhkan dari bala itu dunia akhirat.

- Istifadah yang dicatat semasa majlis 18.1.2017, Masjid Laguna Merbok, Sg Petani.

@thetazkirahiman
Dikatakan ; 4 perkara yang mujarab untuk bermimpi bertemu Nabi ﷺ.

1. Banyak berselawat keatas Nabi ﷺ.
2. Hati yang selalu bersambung dengan Nabi ﷺ.
3. Mengagungkan sunnah nabi ﷺ.
4. Berkhidmat kepada umat dan syariat nabi ﷺ.

Al Habib Ali Al Jofri

@thetazkirahiman
Siapa yang mencintaimu kerana sesuatu perkara, kelak akan meninggalkanmu apabila hilangnya perkara itu.

@thetazkirahiman
2025/07/07 16:39:11
Back to Top
HTML Embed Code: