Telegram Web Link
Sabar itu adalah menahan jutaan duka dan berterima kasih atas sedikit luka. Semoga sentiasa diberikan kekuatan buat diri dan semua.

@thetazkirahiman
Tahajud Itu Sumber Ketenangan Hidup

Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz.

Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan Ustaz. Dia baru darjah 6.

Suatu malam ustaz, saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya. Saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk.

Saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, tengok saja dia dan tanya

"Kenapa dik?"

"Saya ambil wuduk abah."

"Kenapa ambil wuduk?"

"Adik tak solat isyak lagi?"

"Adik nak solat tahajud bah."

Dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkan dia. Kemudian anak saya solat di ruang tamu.

Saya tengok dia berdiri ustaz.

Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia.

Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis.

Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

"Ya Allah, ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah.

Ayah saya tak tahajud Ya Allah. Ibu saya tak. Dia sebut nama saya dalam doa dia Ustaz.

Saya datang, saya peluk, saya cium anak saya Ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis?

"Adik nak tengok abah solat dengan adik. Bangun malam dengan adik."

Berjurai air mata saya Ustaz.

"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud. Tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi."

Saya kesat air mata dan janji dengan dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Sahabat,

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita.

Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita tenang. Hati kita menang untuk kehidupan akhirat. Dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya.

Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita.

Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@thetazkirahiman
Kalaulah bukan kerana Allah yang menutup segala aib, pasti tiada siapa yang akan menyukaimu.

@thetazkirahiman
Dunia itu hanyalah ladang akhirat. Maka, tanamilah ia dengan sebaiknya, agar kelak engkau berhasil menuainya dengan baik.

@thetazkirahiman
Aku tersenyum disaat aku tidak memperoleh apa yang aku inginkan.

Aku mengerti bahawa Allah menginginkan aku mendapat lebih daripada apa yang aku inginkan.

Maka, aku bersabar dan terus tersenyum.

@thetazkirahiman
Seandainya manusia itu 'menunggang angin' untuk lari daripadanya rezekinya, nescaya rezeki itu akan 'menunggang kilat' untuk mengekorinya.

@thetazkirahiman
Ibu, apakah sabar yang paling indah?

"Dikala engkau diuji, hatimu masih mampu menyebut, Alhamdulillah"

@thetazkirahiman
Tidaklah Allah memilihmu untuk melalui jalan ini, melainkan Allah Maha Mengetahui bahawa engkau mampu untuk menempuhinya.

@thetazkirahiman
Sesetengah orang mampu membaca kesedihan yang engkau alami daripada kedua matamu, meskipun engkau sedang tersenyum.

@thetazkirahiman
Allah melihat engkau sabar dan redha, kelak Allah akan meredhaimu dengan segala apa yang engkau harapkan.

@thetazkirahiman
Allah telah memuliakanmu dengan akal, maka janganlah engkau rendahkan kemuliaan dirimu itu dengan tingkah laku yang jelik.

@thetazkirahiman
Kaki-kaki yang tidak memandu dirimu kepada solat, mana mungkin ia akan memandu kamu ke syurga.

Peliharalah solatmu, kerana ia adalah kejayaan dirimu.

@thetazkirahiman
Allahlah yang mentadbir segala urusan petala langit dan bumi. Adakah Allah itu 'lemah' dalam hanya menguruskan dirimu yang seorang itu.

Beristighfarlah 😢

Jutaan nikmat telah diberi. Hanya kerana satu musibah, kita terus bersangka buruk terhadap Allah. Benarlah firman Allah, Nikmat apa lagi engkau ingin dustakan.

@thetazkirahiman
Manis ataupun pahit, semuanya adalah takdir yang telah tertulis. Kita hanya perlu bersyukur mahupun bersabar.

@thetazkirahiman
2025/07/05 06:03:40
Back to Top
HTML Embed Code: